Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 24 March 2014

Dengarnya Azmin Nak Wan Azizah Cepat Angkat Sumpah Jadi MB...?



Pilihanraya Kecil Kajang baru habis semalam, tapi, paluan gendang utnuk jawatan timbalan Presiden PKR sudah dimulakan... Advantage untuk Khalid Ibrahim sebagai pengarah Pilihanraya Kecil Kajang kerana telah membuktikan beliau mampu menjadi Orang nombor 2 parti itu... Tapi Azmin macamana?

Azmin mungkin menjadikan Anwar sebagai PAUTAN untuk terus relevan dalam politik PKR... Jadinya, Wan Azizah terus menjadi sandaran untuk dijadikan kuda tunggangan dalam permainan politik ini... Tapi, sumber yang aku perolehi, jika seorang dikalangan mereka tewas, berkemungkinan akan diberi jawatan Ketua Penerangan PKR... Apapun, itu percaturan mereka...

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yakin Datin Seri Wan Azizah perlu menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Azmin berkata, keyakinannya itu bersandarkan pengalaman Presiden PKR itu sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik negara, selain pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal.  
"Saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baru bersama ADUN di Selangor dan saya mahu perkara itu segera dilaksanakan," katanya  
Krisis antara Azmin dan Khalid Ibrahim terus meruncing sekiranya Khalid masih memegang jawatan sebagai menteri besar Selangor. sumber
Jomo: Azmin telah memulakan perang, kita tengok siapa bakal tersungkur rebah... Patutlah GIAN sangat nak minta ORANG tu Jadi MB...Luar nampak tenang, tapi, dalam BERKECAMUK boh!

No comments:

Post a Comment