Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 21 February 2014

UAE Haramkan Pergi Ke Marikh...?



DUBAI - ARAB BERSATU. Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Wakaf (GAIAE) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa mengharamkan mana-mana individu terlibat dengan program yang cuba untuk mewujudkan koloni manusia di planet Marikh menjelang 2023.

Ketua jawatankuasa itu, Profesor Dr Farooq Hamada menyifatkan misi itu sebagai tindakan 'membunuh diri'.“Perkara tersebut dijelaskan dalam Ayat 4, Surah An-Nisa yang bermaksud: Janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.“Program jelajah sehala dikendalikan Mars One terbabit sememangnya mendatangkan risiko kepada kehidupan dan perkara tersebut tidak dibenarkan dalam Islam," jelasnya kepada DailyMail.

Menurutnya, ada kemungkinan seseorang itu tidak dapat menyesuaikan diri di planet merah tersebut dan terdedah kepada kematian.  Difahamkan, fatwa berhubung pengharaman itu adalah antara dua juta keputusan yang diluluskan GAIAE sejak ia ditubuhkan pada 2008.

Khaleejtimes.com melaporkan, lebih 200,000 orang termasuk 500 warga Saudi dan negara rantau Arab telah mendaftar untuk menyertai program bernilai berbilion ringgit itu.

Jomo: Dunia owh dunia...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment