Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 27 February 2014

Tiada Salah! Media Sosial Ukur Kepuasan Rakyat cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



KUALA LUMPUR: Prestasi seseorang ahli politik itu tidak terlepas daripada penelitian di media sosial yang merupakan cara yang baik untuk mengukur tahap kepuasan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin negara.

“Media sosial terbukti sebagai elemen pengukuran prestasi yang baik untuk ahli-ahli politik dalam memastikan komitmen mereka kepada rakyat di bawah jagaan mereka diteruskan,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Dunia di sini, Rabu.

Majlis makan malam gala diadakan sempena berakhirnya Minggu Media Sosial Malaysia 2014, berlangsung di Zebra Square.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan Datuk Farida Mohd Ali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata media sosial adalah satu alat yang penting yang melengkapkan tanggungjawabnya yang mempunyai pelbagai peranan sebagai pemimpin masyarakat, menteri dan warganegara Malaysia.

“Saya perlu dimaklumkan, terlibat, dan dapat menawarkan penyelesaian dengan kemampuan kuasa yang diberikan kepada saya,” katanya.

Dengan pelbagai jabatan berorientasikan perkhidmatan awam di bawah bidang beliau, Zahid mendapati media sosial tidak boleh diketepikan, dan ia sebagai alat di tangan untuk berhubung dan memastikan maklumat berkaitan disampaikan kepada orang ramai.

“Media baru memberikan kebebasan, ketelusan dan tidak berat sebelah untuk orang ramai menyuarakan pandangan mereka mengenai agenda politik semasa negara, sama ada pemimpin melakukan perkara yang betul atau adakah rakyat perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan hasil yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga mengajak pengguna media sosial untuk menegakkan kebenaran dan bertanggungjawab dalam posting-posting mereka dalam talian.

“Jadilah orang yang benar dengan berani menyuarakan apa yang salah, tetapi juga bertindak baik dengan menawarkan penyelesaian yang baik kepada isu-isu yang memerlukan penyelesaian,” kata Ahmad Zahid.

Majlis anugerah memberi penghormatan terhadap blog, penulis blog dan aktivis media sosial negara untuk pencapaian dan sumbangan mereka dalam arena media baru. - sumber

JOMO: Tahniah di atas penganjuran program ini, pengiktirafan kepada mereka-mereka yang bergiat aktif diluar sana adalah satu menafestasi terpuji yang perlu diteruskan di masa akan datang... Penganjur berhak memilih sesiapa sahaja yang merasmi berdasarkan penilaian dan kesesuaian keadaan dan pastinya badan bebas yang menganjurkan program seperti ini adalah badan yang mahu melihat suasana media baru terus subur dan mekar secara positif disegenap lapisan masyarakat...

Agenda besar menyebarkan maklumat kepada seluruh rakyat melalui medium media baru adalah lebih penting dari memikirkan perkara remeh temeh berkaitan dengan media baru itu sendiri... Justeru, untuk menggalas hasrat ini kita memerlukan mereka-mereka yang berjiwa besar....

Tahniah kepada mereka yang terlibat!

No comments:

Post a Comment