Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 6 February 2014

Taib Mahmud Letak Jawatan Bila?


Spekulasi bertiup kencang dari Bumi Kenyalang yang kononnya Taib mahmud Ketua Menteri yang telah mentadbir negeri Sarawak selama 33 tahun itu dikatakan bakal melepaskan jawatannya sebagai ketua Menteri Sarawak pada akhir bulan ini...

Beliau yang dilihat cukup bertenaga walaupun telah mentadbir negeri 33 tahun lamanya... Khabar ini pastinya memberi berita gembira kepada pembangkang di Sarawak kerana antara kekuatan BN Sarawak untuk terus kekal menjadi kerajaan adalah disebabkan juga oleh kekuatan dan pengaruh yang ada pada Taib mahmud itu sendiri...

DAP mengorak langkah dengan lebih pantas, walaupun PKR cuba bermain dengan sentimen untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak... Bagi aku Ketua Menteri yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ini cukup berani dan matang dalam mendepani isu di negeri Sarawak ini... Satu-satunya Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh parti komponen tempatan... Ini adalah satu kekuatan tersendiri untuk negeri Sarawak itu secara keseluruhan...

Apa yang berlaku, pembangkang melalui DAP, PKR mahupun PAS cuba 'mencucuk jarum' bagi memecahkan monopoli kekuatan parti tempatan Sarawak itu... Namun, ianya dapat ditangkis dengan baik oleh pucuk pimpinan negeri...

JOMO: Bagi aku, biarlah dikekalkan status quo yang ada... Parti tempatan Sarawak perlu diberi peluang untuk terus mentadbir Sarawak... Jangan biarkan DAP, PAS dan PKR berkuasa dan pastikan mereka lingkup di Sarawak... Taib Mahmud punyai empayar pengaruh yang cukup besar, berundurnya beliau bererti akan berlaku senario baharu dalam landskap politik Sarawak secara keseluruhan... Apakah PBB akan terus memimpin yang lain?

No comments:

Post a Comment