Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 3 February 2014

Selepas Anwar Siapa??? Jadi Ketua Umum pun tidak boleh buat apa-apa...


Alasan umpama melepaskan batuk di Tangga... Sedaya upaya untuk memberi jawapan untuk memuaskan hati macai-macai PKR yang kini sedang berusaha menepis apa juga serangan yang datang... Hairan! Isu gereja dan bible ini sudah berlaku sebelum PRU13 lagi, kenapa Anwar tidak memilih untuk bertanding di Selangor sahaja pada PRU13 yang lepas...

Macai PKR mungkin boleh diperbodohkan, tetapi rakyat secara keseluruhan bukan mudah untuk ditipu... Sebut saja, masalah dalam yang kronik yang memaksa Anwar untuk campur tangan, kerana kalau beliau tidak berada di Selangor, pastinya percakaran Azmin dan Khalid memang sudah tidak boleh dibendung... DUN Kajang adalah antara DUN yang memperoleh majoriti tertinggi pada PRU13 yang lepas, Anwar tidak akan berani mencari kawasan lain kerana baginya Kajang adalah tempat selamat untuk beliau menjadi HERO... 

Mencabar UMNO untuk meletakkan Najib sebagai Calon cukup memualkan kerana mereka hanya berani pada kawasan-kawasan yang sememangnya telah menjadi kubu kuat mereka... Kenapa tidak di kawasan lain yang kemenangan PKR majoritinya adalah sedikit???

Apapun alasan, isu ini menunjukkan PKR cukup lemah dalam menyelesaikan isu... Semua nak harapkan Anwar... Bayangkan kalau Anwar sudah tiada siapa yang mereka nak harapkan??? Nauzubillah! cuba bayangkan, jika PKR memerintah lebih dari satu negeri, mereka ada masalah dan menggunakan strategi yang sama, takkanA Anwar nak bertanding banayk negeri pula??? Strategi yang cukup bodoh dan memualkan...

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.
Beliau berkata peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.
"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai ADUN) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.
"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam Sabtu.
Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.
"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.
Anwar juga berkata beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.--SUMBER

JOMO: Dalam UMNO kita punyai ramai pelapis kepimpinan... Tapi dalam PKR, Selepas Anwar siapa??? Azizah? Azmin? Tian Chua? rafizi? Semua mereka hanya harapkan TUAH Anwar semata-mata... Kepada macai PKR fikir-fikirkanlah... 

Setiap yang hidup pasti akan mati...

No comments:

Post a Comment