Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 24 February 2014

PANAS! Jangan Lupa Krisis Anwar & Cina


Kempen dan terus berkempen... Anwar dilihat menjadi tunggangan yang cukup berharga dikalangan kawan-kawannya dalam Pakatan rakyat terutamanya kepada orang bukan Melayu... kemenangan sangat penting di Kajang, justeru, segenap pelusuk perlu dilawati dalam proses kempen...


Suka atautidak, Anwar pastinya pernah mengguris hati Orang Cina suatu ketika dahulu...

Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu. 

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris. 

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu. 

‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion. 

Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran. 

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei. 

Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana. 

Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013). 

Anwar juga perancang dan pemain utama ‘politik wang’ ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993. 

Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994. 

Beliau juga mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk menyekat dan menyerang ‘musuh-musuhnya’ dalam UMNO, terutama Tun Ghafar Baba, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Sanusi Junid (ms 94) 

Hubungan Anwar dengan Pas sekadar menguntungkan beliau. Menurut Prof Osman Bakar, berbeza dengan PAS, Anwar tidak buang identiti Melayunya dan mengutamakan nilai plural serta universal Islam, bukannya soal hudud atau negara Islam (ms 65). 

Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal ini. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud. 

Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya. 

Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu. 

Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks...sumber

No comments:

Post a Comment