Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 10 February 2014

PANAS! INI VIDEO HINA RAKYAT DAN NEGERI SABAH...? @musahjaman @Rosnah_ARS @mpkotabelud






Video Teresa Kok terus dikecam ramai pihak, walaupun, ada pihak terutamanya chauvinis yang cuba mempertahankan beliau... Permainan ini cukup mudah! Mereka cuba mengalihkan isu Pilihanraya Kecil Kajang dengan isu remeh-temeh yang mereka cipta sendiri dalam bentuk persembahan yang lebih menarik (tapi dungu) bagi menarik minta rakyat untuk bersama mereka...

Skrip yang cukup memualkan dibualkan dalam video klip tersebut bilamana Sabah dikaitkan dengan Lanun dan Penculikan... Aku nak tanya Cina bernama Teresa Kok ni, pernah datang Sabah? Pelakon yang bercakap ikut skrip macam orang dungu yang tak pergi sekolah tu, apakah mereka tahu keadaan sebenar di negeri Sabah? Lanun? Tembak menembak? Negeri mana ni???!!!

Setahu aku, Negeri Sabah terus mencatatkan kehadiran pelancong yang ramai berbanding negeri-negeri lain di Malaysia ini... Pastinya, kalau ada pelancong yang menonton Video ini terasa keselamatan mereka terancam, walhal, apa yang berlaku sebaliknya... Pastinya, ini akan memberi kesan kepada sektor pelancongan di negeri Sabah... Apakah Penerbit, teresa Kok dan Pelakon-Pelakon yang bercakap tak guna akal ini sedar akan hakikat ini? Tidak tahukah realitinya pelancong luar suka untuk datang ke Sabah kerana suasana di negeri ini yang lebih aman dan damai, orang-orangnya ramah mesra dan paling penting punyai sikap terbuka dan toleransi yang cukup dikagumi oleh rakyat di negara ini secara keseluruhannya...

Lawak bodoh yang dipersembahkan cukup membuatkan orang Sabah marah kepada mereka... Ada otak tak guna otak... Korang ingat hanya 10 orang kah yang duduk di negeri Sabah ini? Kasihan dengan orang Sabah, Teresa Kok yang berlagak pandai ini kena bertanggungjawab dalam soal ini... Pemimpin Sabah juga kena bersuara mengenai perkara ini...

Jomo: Aku tegaskan! Teresa Kok perlu membuat kenyataan MOHON MAAF terbuka kepada seluruh kepimpinan dan rakyat negeri Sabah mengenai hal tersebut... paling penting aku mahu, Teresa Kok menarik balik video klip tersebut!

KITA MAHU TERESA KOK MENARIK BALIK VIDEO KLIP INI DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA!!!

selanjutnya baca juga di sini

No comments:

Post a Comment