Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 9 February 2014

Jangan Silap! TIADA JALAN MUDAH UNTUK PKR - @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Kehangatan Pilihanraya Kecil Kajang ciptaan Anwar dan PKR semakin dirasai... Kegagalan bekas YB Kajang yg mewakili PKR sebelum ini terus menjadi isu yang berkemungkinan besar kan membawa kekalahan kepada PKR pada PRK ini nanti... Tiada Jalan Mudah untuk PKR!


HULU LANGAT 8 Feb. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada laluan mudah kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini sekiranya Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk bertanding.

Menurutnya, biarpun rekod Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menunjukkan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 6,824, tiada apa yang mustahil untuk melakukan perubahan di kawasan itu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, walaupun logiknya majoriti itu adalah terlalu besar, namun perubahan boleh berlaku jika penduduk Kajang mengambil keputusan menukar wakil rakyat mereka pada PRK kali ini.

"Kita tahu Kajang mempunyai banyak permasalahan walaupun ia sebuah bandar yang terletak di pinggir Kuala Lumpur termasuk dari segi pembangunan mahu pun sosial,'' katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Kajang, hari ini.Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar. -Utusan Malaysia.


JOMO: aku baru sembang dengan seorang peniaga melayu di Kajang... beliau mengeluh harga sewa premis perniagaan naik... justeru beliau terpaksa menaikkan harga barang jualan yang akhirnya menghimpit keadaan beliau... pelanggan sdah beberapa kali komplen tetapi beliau sendiri tidak boleh buat apa-apa... aku nak tanya, apa kerajaan negeri buat untuk peniaga ini? YB yg mewakili PKR sebelum ini buat apa?

Keadaan kajang yang sesak dan banjir juga menyusahkan rakyat... Tiada tindakan oleh kerajaan negeri dalam menangani isu ini... Tapi peliknya, ada pengundi terus menerus menyalahkan UMNO walhal ini kerja PKR... bodoh!

Tiba masanya pengundi Kajang beri pengajaran untuk PKR dan pastikan mereka bungkus di Kajang...

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Sekarang barulah rakyat tahu siapa dan apa yg mampu dibuat oleh kerajaan PKR Selangor.
    Kini para peniaga dan penjaja kecil baru tahu bagaimana peritnya himpitan bayaran-bayaran lesen berniaga jika dibandingkan semasa negeri itu di bawah BN.
    Padan muka.... Sokong lagi puak pembangkang yg didalangi komunis DAP.

    ReplyDelete