Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 16 February 2014

Gambar Datuk @Rosnah_ARS Bersama CM @musahjaman Melawat Penempatan Banjir Beaufort, Sabah



Bersama-sama pikul amanah demi kepentingan rakyat... Ketika rakyat negeri Sabah dibeberapa tempat di Beaufort dan Tenom yang mengalami musibah akibat banjir, kehadiran pemimpin Sabah dari segenap tempat membantu dan melawat mangsa-mangsa banjir mencuri tumpuan rakyat...

Di Beaufort, rakyat sedikit terubat walaupun banjir besar melanda mereka dengan Kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ahli Parlimen Papar) melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di daerah ini... Turut sama ahli Parlimen Beaufort sendiri, Datuk Azizah Mohd Don... Walaupun banjir itu berlaku di Beaufort tetapi kehadiran pemimpin dari kawasan lain seperti Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Menteri sendiri atas tanggungjawab menjaga rakyat Sabah secara keseluruhan memberi signal yang jelas sesiapapun yang ditimpa musibbah mesti dibantu...

Betullah kata pepatah 'Berat Sama DiPikul, Ringan Sama di Jinjing', Semoga dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dan bantuan yang dibawa oleh mereka meringankanj lagi beban yang kini dipikul oleh Mangsa banjir yang terlibat...








 JOMO: Pemimpin seperti inilah yang rakyat mahukan... Membantu mereka yang memerlukan... Melawat mereka yang ditimpa musibah... Aku doakan Rakyat Sabah yang ditimpa musibah agar terus tabah, percayalah kerajaan sentiasa mengambil tahu kebajikan rakyat negeri Sabah!

 

 

No comments:

Post a Comment