Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 27 February 2014

Bangga DiRaba? Declare Dalam Facebook, Gadis Jatuhkan Maruah Sendiri



Keadaan semakin kelam kelibut hari ini... Pemimpin Melayu/Islam banyak bercerita mengenai politik... Kalau tak melibatkan kuasa dan harta, tak sah... Akhirnya, anak-anak melayu/islam entah ke mana... Institusi keluarga perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli keluarga yang baik soleh dan solehah...

Realitinya, dikalan ibubapa sibuk mencari rezeki untuk anak-anak, masa bersama keluarga juga semakin berkurang, akhirnya anak-anak merasa kurang kasih sayang dan mulalah mencari kasih sayang dalam bentuk yang lain... Ini mungkin antara satu sebab mengapa berlaku masalah sosial anak anak remaja malahan budak sekolah rendah sejak kebelakangan ini...

Amat merisaukan! Tapi, inilah tanggungjawab kita bersama... Namun, apabila dilihat keadaan hari ini, kesedaran ibubapa betapa pentingnya pengajian agama untuk anak-anak semakin meningkat... Ini juga petanda yang positif untuk kita dalam keadaan cabaran teknologi yang cukup menggerunkan terutamanya kepada ibubapa masa kini dan akan datang...

Jomo: Kementerian yang bertanggungjawab hal ehwal agama dan keluarga perlu mengambil berat mengenai isu ini... Namun, status budak-budak seperti gambar di atas hanya menjatuhkan maruah seorang gadis muslim kepada masyarakat dalam masa yang sama mempersendakan agama islam itu sendiri... 

No comments:

Post a Comment