Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 3 February 2014

Anwar VS Ong Tee Keat VS Zaid Ibrahim


Calon dan komponen apa yang akan mewakili BN pada Pilihanraya Kecil N25 Kajang masih menjadi teka teki... Kalau sebelum ini Lee Chong Wei antara nama yang HOT bakal menduduki calon tersebut seperti tidak akan menjadi kenyataan, namun, Nama Bekas Presiden MCA Dato Seri Ong Tee Keat semakin disebut-sebut menjadi Calon Paling sesuai untuk Lawan Anwar Ibrahim... Ong Tee Keat masih punyai pengaruh dikalangan pengundi-pengundi Cina, apatah lagi, Orang kajang sendiri mahukan Wakil Cina untuk menjadi Wakil Rakyat di sana...


Difahamkan, disesetengah tempat kehadiran Anwar cukup tidak disukai penduduk cina di kawasan tersebut, itulah sebabnya Anwar lebih suka bertemu dengan pengundi Melayu yang difikir olehnya dapat memberi kemenangan kepadanya... Melayu yang mewakili 48% Pengundi di sana  pastinya lebih terarah untuk memilih calon Melayu... Namun ianya tidak semudah itu, dikatakan bekas Orang UMNO dan PKR 'Zaid Ibrahim' akan turut serta dalam pertandingan ini... Justeru, laluan untuk pengundi Melayu tidak boleh dianggap sebagai sokongan SOLID kepada Anwar Ibrahim...

Kemungkinan besar, jika pecahan UNDI Melayu pecah dan Pengundi Cina lebih mahukan ORANG CINA sebagai Wakil rakyat, Kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional... Pastinya Anwar akan berputih mata!

JOMO: Ong tee Keat VS Anwar VS Zaid Ibrahim, pilihan terletak kepada pengundi KAJANG!

4 comments:

  1. SAIFUL BUKHARI AZLAN CALON BN DI DUN KAJANG

    Penulis ketawa besar apabila kekawan blogger mencadangkan Saiful Bukhari Azlan dicalonkan bertanding atas tiket BN menentang Anwar Ibrahim yang mewakili PKR.

    Walaupun ia bersifat jenaka dan ingin menyakiti hati Anwar Ibrahim, penulis berpendapat ia suatu strategi yang baik buat BN, lebih lebih lagi, tujuan Anwar Ibrahim berura ura dan berangan angan menjadi MB Selangor. Seperkara lagi bulan Februari adalah bulan perbicaraan rayuan kes liwat pengendalian Tan Sri Dr Shafee Abdullah.

    Jikalau ada kesanggupan dari pihak BN dan Saiful untuk bertanding di Kajang, ia amat menarik melihat implikasinya. Saiful dipertandingkan bukan untuk menang tetapi untuk memalukan Anwar Ibrahim. Kem PKR sangat sombong kerana mereka tahu pengundi Cina akan menyokong mereka secara solid. Keegoan PKR menjuruskan YB Azmin Ali mencabar PM bertanding di Kajang. Ubatnya mudah sahaja jika BN mencalonkan Saiful. Faham faham lah mereka. Selain dari memalukan, ia boleh mengembalikan ingatan rakyat `dera’ Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya. Kalau Anwar Ibrahim lakukan di Sweden, sudah lama Anwar Ibrahim di tahan dan dipenjarakan. Lambakan poster serta kelibat Saiful di Kajang, akan menaikkan sentimen anti Anwar Ibrahim.

    Seluruh DUN Kajang akan terpampang gambar Saiful dan kemana sahaja Anwar Ibrahim pergi, Saiful akan menghantuinya.

    Namum begitu, Pengerusi BN ini terlalu berhati hati dan tidak mahu mengambil risiko. Beliau akan resah jika Pakatan Rakyat meng`spin’ yang BN berkomplot dengan Saiful di dalam konspirasi liwat tersebut. Takut pada bayang bayang. Inilah masanya BN buat `Kajang Move version BN’.

    BN akan memastikan Saiful layak bertanding seperti yang dikehendaki oleh BN, SPR dan Enakmen Selangor yang hendakkan beralamat di Selangor.

    Sebelum ini, penulis telah mencadangkan BN turut serta di dalam PRK tetapi gaya kempen yang berbeza. Kempen secara kecilan dan rumah ke rumah. Tanpa umum peruntukan, tanpa jamuan besar. Tanpa kehadiran pimpinan besar. Yang ada hanyalah agihan barangan dapur kepada pengundi terpilih.

    MCA boleh memberi laluan kepada Saiful untuk meremukkan imej Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini, ada cadangan supaya Datuk Lee Chong Wei dicalonkan tetapi YB Menteri Belia dan Sukan berkata Datuk Lee adalah harta negara. Kemudian timbul nama Datuk Seri Ong Tee Kiat. DS Ong tewas teruk di dalam pemilihan MCA baru baru ini. Penulis tidak mahu beliau terus di kuburkan oleh Ahli MCA sendiri dengan bertanding di Kajang
    nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Siapa jua yang diletakan oleh BN akan kecundang juga. Sentimen kebencian yang dilakukan oleh DAP terhadap BN dan UMNO telah menusuk kedalam hati orang cina dan juga segelintir orang melayu. UMNO dan BN sudah tidak punya kudrat untuk menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh pembangkang. Walaupun sesetengah itu hanya tohmahan dan fitnah. Namun dengan kepandaian mereka, mereka dapat menyakinkan rakyat khususnya orang cina untuk mempercayai. Permainan politik PR yang ditunjangi oleh DAP telah berjaya untuk rakyat mempercayai yang pemimpin BN khususnya dari kalangan UMNO adalah pemimpin yang banyak menyalahkan kuasa. Menindas bangsa cina dan lain2 bangsa. DAP telah berjaya mendapat sokongan dari hampir 99% pengundi cina untuk menyokong mereka. Mereka merasakan bahawa kini telah sampai pada masanya untuk cina memerintah Malaysia. Walaupun PM bukan dari kalangan orang cina , namun mereka akan meletakan orang melayu yang boleh diperbodohkan sepertimana yang mereka lakukan di Perak semasa PR dapat menguasai DUN Perak. Orang melayu seperti Nizar sentiasa ada bersama mereka untuk DAP memperkudakan. Jadinya BN khususnya MCA dan GERAKAN mencari keadah untuk mendapatkan kembali sokongan cina kepada parti mereka. Yang menjadi takutnya ialah MCA dan GERAKAN juga menyokong akan permainan politik DAP. Kita orang melayu seharusnya ingat bahawa jika DAP dapat menguasai politik untuk bangsa cina maka MCA dan GERAKAN sudah tentu akan memberi 100% sokongan untuk bangsa cina. Melayu seharusnya berfikir dengan menolak sentimen politik demi survival bangsa melayu. Jika hilang kuasa politik melayu maka islam tidak akan dapat bertahan lama di bumi Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  3. cadangkan Nallakarupan jadi calon BN...

    ReplyDelete
  4. BARISAN NASIONAL KENA TERIMA HAKIKAT IAITU DI KAWASAN MANA SAJA DENGAN PERATUS PENGUNDI CINA NYA TINGGI MAKA MEMANG SUKAR BAGI BN UNTUK MENANG, LETAK LAH SIAPA PUN..DULU HANYA SEORANG CALUN CINA DARI BN YANG BOLEH MENANG IAITU LEE KIM SAI. SEKARANG DIA TELAH MENGUASAI KAJANG MELALUI MKH HOLDING.

    ReplyDelete