Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 13 February 2014

Anwar Memang Takut Dengan Shafee... -Komen Dr.M


'Saya lebih kenal Anwar daripada yang lain-lain...' Antara petikan kata-kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah apabila ditanaya mengenai Anwar...

Ada sesuatu yang menghantui Anwar dalam perbicaraannya kali ini, kes liwat yang tak sudah-sudah pastinya akan menemui jalan buntu untuk proses penyelesaian... Apa yang menarik, komen Bekas Perdana Menteri terhadap Anwar Ibrahim... Seperti ada sesuatu yang ada pada Shafee yang membuatkan Awnar begiut takut untuk dibicarakan...

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan sebagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan Kes Liwat II. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sengaja mencari pelbagai alasan untuk memanjangkan perbicaraan kes itu kerana beliau sedar beliau akan tewas dalam rayuan tersebut. 
"Sebenarnya Anwar hanya ingin melewat-lewatkan kes perbicaraan rayuan kes liwat dan sengaja membawa usul untuk menggugurkan Shafee Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwa sebagai alasan. 
"Beliau takut untuk dibicarakan kerana beliau tahu dia bersalah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Forum Buku Perdana di Hotel Seri Pacific di sini hari ini. 
"Memang dia patut takut dengan Shafee kerana beliau adalah seorang peguam yang berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang rumit. 
"Dan dengan itu saya memang merasakan Anwar mempunyai perasaan gentar dengan Shafee sebagai ketua pasukan pendakwa," katanya.
Jomo: Jangan tangguh lagi! Semoga kita semua ditunjukkan jalan agar tidak salah menyokong Orang...

No comments:

Post a Comment