Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 28 January 2014

Tahniah JKR! Jejambat KK, Sabah, Batu Selesai Kesesakan... @NajibRazak @Rosnah_ARS

Datuk Rosnah ARS: harapan rakyat Sabah

Sebelum ini JOMO ada menulsi berkenaan dengan Jalan Pan-Borneo yang akan memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya di Sabah dan Sarawak... Terbaru adalah inisiatif Jabatan kerjaraya Malaysia untuk membina lebih banyak Jejambat di Bandaraya Kota Kinabalu bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang menghantui rakyat di sini...

Bagi aku, ini adalah inisiatif yang cukup baik dilakukan oleh JKR untuk membantu rakyat negeri ini... Yalah! kalau kita datang ke KK terutamanya bila waktu kemuncak ataupun waktu-waktu perayaan, Ma Sha Allah, Bandaraya Kota Kinabalu cukup sesak... Bukan sahaja di dalam KK itu sendiri, tetapi akses untuk masuk ke bandaraya ini juga cukup membebankan rakyat... Ia bukan sahaja melibatkan rakyat yang tinggal di negeri ini, tetapi, maklumat dari pelancing yang turun ke Airport LCCT atau KLIA juga memberikan maklumbalas yang sama...

Atas kesedaran ini, Timbalan Menteri Kerjaraya datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar Sabah berkata: 

"Berikutan itu, kementerian telah merancang untuk membina lebih banyak jejambat atau susur keluar bertingkat di Kota Kinabalu bagi mengatasi masalah kesesakan yang sering dihadapi oleh pengguna jalan raya, termasuk beberapa kawasan yang telah dikenal pasti apabila turut sama menghadapi masalah ini..."

Ini adalah komitmen tinggi JKR yang perlu diberi penghormatan dan dihargai oleh rakyat, apatah lagi harapan besar rakyat Sabah agar negeri ini mendapat bantuan lebih banyak lagi oleh Kerajaan persekutuan dalam keadaan Sabah juga telah memberikan kemenangan besar kepada Barisan nasional pada PRU13 lepas.

Apa yang menggembirakan lagi penduduk di negeri ini juga katanya, 

Dua daripada lima cadangan membina jejambat atau susur keluar bertingkat telah diluluskan oleh kerajaan bagi dilaksanakan di kota raya ini.
Tambahnya, proses pelaksanaan pembinaan tiga lagi infrastruktur itu juga telah melalui Kementerian Kewangan bagi diluluskan, sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya di negeri ini.

Inisiatif kerajan melalui Jabatan kerjaraya ini sangat dialu-alukan oleh rakayat Negeri Sabah ini... Semoga apa yang dirancang bagi kepentingan rakyat secara keseluruhan dapat direalisasikan dengan baik.

JOMO: Sokong inisiatif JKR! Harap kementerian-kementerian lain juga dapat memberikan sesuatu atau lebih kepada rakyat di Negeri Sabah ini...

baca juga UtusanMalaysia

No comments:

Post a Comment