Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 6 January 2014

Panas! Majlis Hargai Sahabat DS @Zahid_Hamidi dapat Sambutan Ribuan Orang...


Perjuangan perlu tabah meredah api, itulah ayat terbaik untuk JOMO gambarkan terhadap perjuangan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mengharungi liku-liku perjuangan, Allah memberikan beliau kemenangan besar dalam pertandingan Naib Presiden UMNO baru-baru ini...

Kemenangan dari dokongan dan sokongan jentera dan ahli UMNO secara keseluruhan ini adalah signal jelas UMNO sangat memerlukan pemimpin yang berani, Istiqomah dan paling penting lagi punyai prinsip perjuangan luhur demi agama bangsa dan negara... 

Bagi menghargai penat lelah sahabat yang membantu beliau  dan dalam usaha menguatkan lagi sillaturrahim dikalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong perjuangan beliau, semalam satu perjumpaan yang dipanggil jalinan sahabat telah dihadiri lebih 2000 orang telah diadakan di Hotel Royal Chulan KL... kehadiran difahamkan melebihi jemputan yang hadir menunjukkan sokongan jelas ahli-ahli UMNO kepadanya selaku Naib Presiden UMNO nombor 1... Malah apa yang buat JOMO terharu difahamkan, ramai lagi jalinan sahabat diluar yang tiada jemputan dan yang tidak dapat hadir ke sana memberi maklum balas agar DS Zahid mengadakan lagi majlis seperti itu agar mereka dapat hadir bersama...

Perjumpaan yang dimulakan dengan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w itu dilihat sebagai satu manifestasi perjuangan dan peringatan bahawa ahli-ahli UMNO akan terus berpaksi kepada Islam sebagai Agama luhur dan Agama Rasmi persekutuan... Pembacaan Doa bagi memohon rahmat Allah dan memohon agar perjuangan Agama Bangsa dan Negara ini terus diredhai dan diangkat pada darjat yang tinggi juga cukup menyentuh hadirin yang hadir...

Alhamdulillah, walaupun dijalankan di Hotel Royal Chulan ( tujuan bagi menampung kehadiran ramai orang dalam satu-satu masa) dan hidangan makanan yang sederhana dapat juga menampung kehadiran ramai sahabat-sahabat perjuangan beliau, malah difahamkan kehadiran lebih dari jangkaan... Tambahan, perkara yang membuatkan orang lagi terharu, majlis tersebut diadakan atas semangat setiakawan Sahabat-sabahat beliau dalam mezahirkan tanda persahabatan dan setiakawan dalam perjuangan...

Rata-rata yang hadir semalam mengucapkan terima kasih kepada DS Zahid Hamidi di atas penganjuran majlis tersebut, mereka cukup berterima kasih kepada penganjur kerana majlsi sedemikian rupa membuatkan cukup dihargai apatah lagi ia dianggap sebagai satu penghargaan oleh seorang sahabat... Walaupun sebenarnya pengorbanan sejati seorang sahabat tidak dapat 'dinilai' tinggi akan darjatnya...

Seperti kebiasaan, DS Zahid terus melaungkan akan memastikan keselamatan dan keamanan rakyat dan negara dijaga... Kata-kata tiada lagi amaran dan tindakan akan diambil bukanlah hanya omong-omong kosong, tetapi jelas membawa kepada banyak tindakan walaupun baru memegang jawatan Menteri Dalam Negeri...

Isu lain hari ini pula, DS Zahid menyatakan Kem Tahanan Kamunting akan dijadikan penjara agro dan kekal sebagai pusat tahanan banduan... Ia selaras dengan konsep sara diri yang diperkenalkan Jabatan Penjara kepada banduan...

"Banduan itu nanti adalah di kalangan banduan yang dipilih dari beberapa penjara dan dikategorikan sebagai banduan tidak berisiko serta menjalani hukuman yang tidak panjang..." katanya

JOMO: Hargailah sahabat kita! Bekorbanlah demi mereka kerana sahabat sejati sukar dicari ganti... 

p/s: Jangan cari masa nak dapat undi saja!

No comments:

Post a Comment