Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 9 January 2014

Majlis Sillaturrahim, Datuk Nik Aziz Tak Pula Jadi isu? Cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Inilah dia politik, macam-macam karenah... Bila dah niat untuk menjadikan ia isu, maka akan adalah 'orang' yang cuba menjadikan ia isu... Pilihan terletak ditangan kita untuk sama-sama fikirkan samada ianya baik ataupun buruk...

Aku hairan, ada pihak yang cuba mengeruhkan air yang jernih... Ini berlaku ke atas majlis jalinan sahabat DS Zahid Hamidi sebelum ini... rujuk artikel aku sebelum ini, majlis berkenaan adalah semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim dan menghargai para sahabat yang berjuang bersama DS Zahid dalam politik, apatah lagi dengan pengorbanan mereka atas nama sahabat tidak boleh dinilai kerana ianya cukup tinggi akan darjatnya...

Tapi, aku hairan ada juga orang yang cuba untuk menghebohkan keadaan dengan tohmahan-tohmahan yang tidak benar terhadap DS Zahid... Umum mengetahui, track record DS Zahid bagi tahun 2013 cukup cemerlang sebab itulah dalam keadaan negara yang sedikit huru-hara beliau menjadi pilihan dan harapan DS Najib bagi menerajui Kementerian Dalam Negeri untuk membantu beliau menjaga hal ehwal keselamatan dalam negara... Tapi, biasalah bila track record ada jyga manusia yang punyai hasad dengki diluar sana cuba untuk nencari apa juga kelemahan beliau...

Kuasa dan iradat Allah meletakkan DS Zahid sebagai Naib Presiden UMNO nombor 1, justeru cabaran dan tanggungjawab yang menanti beliau cukup besar dan berat... Majoriti Ahli UMNO telah membuktikan mereka sangat memerlukan pemimpin macam DS Zahid untuk berada dalam UMNO dan pastinya ianya menimbulkan rasa gerun kepada sebilangan kecil mereka yang tidak menyokong...

Aku taknak sebut lagi mengenai majlis jalinan sahabat kerana aku dah jawab dalam artikel sebelum ini... Cumanya aku hairan, kenapa majlis yang hampir sama diadakan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat disebuah resort tidak pula dijadikan isu oleh 'orang-orang' ini...? Tepuk dada tanya iman!

JOMO: Jangan kita sesekali berdiri atas kelrmahan orang lain, jadilah HERO berdiri atas kekuatan sendiri... Kalau sudah tidak ampu berdiri atas kekuatan sendiri, boleh beri peluang orang lain mengganti...

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. sbb majlis nk Tok Guru tak pakai duit & harta kjaan...tu pun tak tau...atau buat2 tak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana kau tahu majlis NIk Aziz tak pakai duit kerajaan dan mana pula kau tahu majlis Zahid pakai duit kerajaan?.oopp lupa SOP pembangkang ,kalau tuduh geng Umno tak perlu bukti,kira betul je,tapi kalau geng mereka ada bukti pun itu fitnah.

      Delete