Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 15 January 2014

Kurang Ajar? Macamana Nak Percaya Mereka Tak Akan Sebarkan...?


Bila ada Orang Kristian menyatakan penggunaan Bible dalam Bahasa Melayu bukan bertujuan untuk disebarkan tetapi lebih kepada penggunaan dalam gereja, ianya pastinya menimbulkan kerisauan kepada umat Islam secara keseluruhan... Saya nak tanya, mana Jaminan ianya tidak akan tersebar? Untuk tujuan apakah Bible dalam Bahasa Melayu dalam keadaan ianya telah bertahun digunakan dalam Bahasa Inggeris? Dalam perlembagaan Melayu itu Islam, jadi untuk apa gunakan bahasa Melayu lagi?

Kes terkini:

Kira-kira 100 ahli kariah Surau As Salam, Pangsapuri Damai, Bandar Sunway, Selangor yang sedang mengikuti Ceramah Maulidur Rasul sebentar tadi gempar apabila seorang pemuda dipercayai pendakwah Kristian memasuki surau berkenaan sambil memakai baju t shirt yg tertulis perkataan yg mengagungkan Jesus.  
Tindakan biadap itu, hampir mencetuskan ketegangan, namun berjaya diredakan selepas pemuda tersebut berjaya dihalau keluar dari surau berkenaan.  
Menurut salah seorang ahli kariah, ketika itu Ustaz Shaari sedang menyampaikan ceramah selepas waktu Maghrib apabila muncul kelibat pemuda berkenaan. Persoalan kini timbul, adakah Kristian sudah semakin biadap di Selangor?-sumber

JOMO: Apakah signal bagi semua ini? Semakin berani mereka melakukan tindakan yang kurang ajar... Kalau ini pun mereka sudah berani, apa jaminan mereka tidak akan sebarkan dakyah agama mereka...?

Hanya mahu menegakkan Syiar Islam... Kalau kita semua ikut peraturan dan tiada agenda jahat pastinya Negara ini akan aman dan kita hidup bahagia...

3 comments:

  1. pas nak percaya ke? itu semua gembar gembur politik umno jer. tunggu sampai habis semua kafir baru pas tersengguk-sengguk macam orang bangun dari mimpi...

    ReplyDelete
  2. Salah ke kalau dia masuk mendengar untuk belajar ?

    ReplyDelete
  3. itu hanya tulisan di baju...kalau itu pun haram.....semua baju periksa..logo2 dan tulisan tulisan yang boleh didakwa gugat iman harus ditanggalkan atau si pemakainya dihalau keluar......ini baru ngam!

    ReplyDelete