Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 22 January 2014

Jangan Sembunyi PATI! cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Umum mengetahui masalah PATI ini menjadi antara ketakutan kepada rakyat jelata... Isu ini dimainkan oleh pihak pembangkang dalam meraih undi pada PRU13 yang lepas... Namun dipihak kerajaan ini adalah tindakan berterusan yang perlu dilakukan...

Berbelanja duit untuk PATI amat tidak baik dalam keadaan kita dalam usaha kearah penjimatan, perbelanjaan pengurusan PATI ini cukup tidak baik, justeru, tindakan kerajaan memperkenalkan i-Kad adalah satu inisiatif baik sebagai pengenalan diri PATI di negara ini... Namun, bagi menyelesaikan isu ini sekali lagi JOMO ingatkan semua pihak mesti bersama-sama dengan pihak ekrajaan bagi membasmi PATI... 

Kita tidak mahu ada yang menyembunyikan PATI untuk kepentingan pribadi yang akhirnya akan menjadi BARAH kepada Negara... 

Kerajaan tidak akan berhenti melaksanakan Ops 6P Bersepadu di seluruh negara sehingga kesemua 400,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai masih berada di negara ini dapat diburu. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kerajaan akan bertegas dalam perkara itu memandangkan PATI gagal memohon permit meskipun diberi tempoh yang panjang berbuat demikian semasa pelaksanaan Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) berakhir semalam. 
Katanya, setiap PATI yang ditahan dalam operasi tersebut selepas ini bukan sahaja akan diusir dalam tempoh tujuh hari sebaliknya maklumat biometrik mereka akan direkodkan untuk disenarai hitam daripada masuk semula ke Malaysia pada masa akan datang. 
“Kita telah memberikan tempoh panjang kepada mereka untuk memohon permit bermula 20 Oktober (tahun lalu) hingga 20 Januari semasa PKPP tetapi masih ada yang degil. Justeru, kita akan usir dan pastikan mereka diharamkan masuk semula ke Malaysia sama ada secara sah atau tidak. 
“Kerajaan akan merekodkan maklumat cap jari mereka untuk mengelak berlaku penggunaan identiti berlainan atau bahasa mudah kalau nak datang ke Malaysia lagi kena potong jari terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan hasil kejayaan Ops 6P Bersepadu yang dilancarkan di seluruh negara bermula pukul 12.01 tengah malam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. 
Menurut beliau, sebanyak 107 operasi dijalankan dan seramai 6,149 warga asing telah diperiksa dalam tempoh 12 jam manakala daripada jumlah itu 1,565 orang telah ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan lengkap. 
“Mereka yang ditahan adalah seramai 695 rakyat Indonesia, 255 Bangladesh, 157 Myanmar dan selebihnya adalah rakyat negara Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand. 
“Kesemua mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan peribadi dan permit kerja mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIP SOM),” katanya. 
Sementara itu, beliau mengingatkan para majikan bahawa mereka juga terikat dengan Akta Imigresen 1959/63 sekiranya menggaji, membawa masuk ke negara ini atau memberi perlindungan kepada PATI.-Utusan
JOMO: PATI datang sini kebanyakannya mahu bekerja... Kepada TAUKE-TAUKE diluar sana, jangan hanya mahu UNTUNG saja, tapi, soal kepentingan negara perlu diutamakan... Ikut propper channel, kerana keputusan dan tindakan yang kita buat hari ini akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat...

Sokong pembasmian PATI!!! JANGAN SEMBUNYIKAN PATI!!!

2 comments:

  1. Minta disamapaikan mesej ini kepada Dato Menteri KDN dan Timbalan , dalam kawasan Kuala Kurau, Tanjong Piandang dan Parit Buntar dan sedikit di Bagan Serai, jika serbuan dibuat melalui laut (APMM) dan darat , kita yakin sekurang-kurangnya tidak kurang kurang 10000 orang boleh diangkut dengan menggunakan jengkaut kecuali maklumat serbuan pati disebarkan terlebih awal kerana mereka ini dilindungi oleh pak polisi. (Itu lah hakikat nya, mereka dilindungi). Mereka ini kebanyak nya bekerja dilaut , penternak ikan dll yang berkaitan dengan hasil laut, tak percaya buat risikan dahulu.

    ReplyDelete
  2. Tuan , operasi di Semenanjung saja ke ? Di Sabah dan Sarawak macam mana , semua bandar bandar besar terutama di Sarawak penuh dengan Indonesia , China dan Filipina. Kdn buat tangkapan PATI sedangkan kelulusan dari KDN berlambak-lambak , sekarang ni semua buat projek DB10 dengan kelulusan khas .Kalau tak percaya pergilah periksa sendiri.

    ReplyDelete