Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 23 January 2014

Hot!!! Nurul bercerai, Tian Chua Masuk Jail...? Rahsia Tersirat???

Siapa lelaki misteri ini???

Desas desus penceraian Nurul Izzah dengan Suaminya hanygat diperkatakan... Isu ini sebenarnya telah lama dimainkan, namun, ianya dikatakan sebagai khabar angin bilamana tiada pengakuan dibuat oleh kedua-dua pihak... Terkini! Isu penceraian Nurul Izzah semakin panas... 


PETALING JAYA 23 Jan - Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.
Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.
Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.
Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.
Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.
Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara... sumber

Di satu kes yang lain, Tian Chua lelaki Cina PKR yang suka berjalan dengan memegang TAB nya dihukum penjara 1 bulan dan denda RM1000.00....

KUALA LUMPUR 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.
Hakim Mahmud Abdullah yang membuat keputusan itu di Mahkamah Seksyen di sini mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.
Mengikut laporan, Tian Chua dikatakan melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.... sumber

Apa sebenarnya yang berlaku dalam PKR??? Kes PKNS belum redha, bala baru menimpa... Boss hilang entah ke mana... Apa kaitan Nurul dengan Tian Chua Pula...? Semuanya masih hangat diperkatakan...

JOMO: Kita tunggu dan lihat... 

3 comments:

  1. Nurul Mencari CINTA Baru.....Anda Berani...?
    Tian Chua kena hukuman JAIL dan Denda RM1000.00. Macam mana kedudukan jawatan MP...?

    ReplyDelete
  2. Pergi melangkop hahaha

    ReplyDelete
  3. Cina komunis tu sanggup bersunat untuk kawin janda muda tu, janji dapat power dari bapak mertua.

    ReplyDelete