Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 21 January 2014

Cerita Benar! Menteri Dalam Negeri Turun Padang Basmi PATI... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

MDN menyemak Dokumen PATI

Terbaik! Operasi besar-besaran bagi membasmi Pendatang Asing tanpa Izin (PATI) di negara ini telah bermula hari ini... Operasi yang menggunakan pendekatan baharu ini berbeza dengan operasi-operasi yang pernah diamalkan sebelum ini, di mana pihak penguatkuasa bukan sahaja menggeledah Kilang, Gudang , Kebub-Kebun Sayur tetapi juga akan menggeledah mana-mana premis perniagaan yang menjadi tumpuan PATI...
Selepas kerajaan memperkenalkan program Khas pengurusan PATI selema dua bulan sebelum ini, operasi menangkap PATI secara serta merta dimulakan... Bagi JOMO bagus juga, ajar sikit majikan-majikan yang tidak mahu ikut peraturan ni... Tahu ambil untung, tapi, tidak mahu ikut peraturan...

"Operasi Buru PATI selepas PKPP, Bukti Kerajaan Tidak Berkompromi..." antara kata-kata Dato Seri Zahid Hamidi mengenai perkara ini... Apa yang lebih menerujakan,  walaupun dengan jadual yang padat, Menteri sendiri meluangkan masa turun padang bersama-sama  pihak penguatkuasa (anak-anak buah) untuk menjalankan operasi ini... Difahamkan, penguatkuasa yang terlibat dalam operasi awal pagi tadi, teruja dan merasa gembira dengan kehadiran sendiri Menteri dalam Negeri dalam operasi tersebut...

Tidak hanya memberi amaran, Dato Seri Zahid juga dilihat bersama-sama terlibat dalam menyemak dokumen PATI tersebut... Nah! Jelas, kerajaan bersungguh-sungguh dalam perkara ini... Diharapkan semua pihak juga dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan perkara ini, tidak hanya memandang semata-mata...




JOMO: Aku harap Majikan-Majikan diluar sana dapat beri kerjasama kepada pihak penguatkuasa... Jangan cuba menyembunyikan PATI demi kepentingan pribadi atau demi keuntungan berniaga semata-mata... andai kita semua jalankan tanggungjawab isu PATI pasti akan selesai... Jangan hanya tahu menuding jari kepada kerajaan... jangan sesekali bermain dengan sentimen kaum pula selepas ini... Ini soal keselamatan untuk semua Rakyat!

Apa-apa pun Tahniah DS Zahid! Tahniah KDN melalui Imegresen, Polis dan RELA!!! Good Job!!!

3 comments:

  1. Saya bukanlah penyokong pembangkang tetapi hanya ingin menyatakan tidak puas hati apabila melihat berita serbuan/penangkapan pati berkali2 dan lepas tu kerajaan menaggung berjuta2 ringgit tiap2 bulan utk menyara mereka di pusat tanhanan tetapi tidak pula mendengar berita yg majikan2 kpd pati2 ini didakwa dan dihukum. Kalau ada kenapa tidak diketengahkan berita2 sedemikian utk meyakinkan rakyat yg kerajaan benar2 berusaha mengatasi masaalah ini dan yg lebih pentungnya utk meyakinkan rakyat yg tidak ada element rasuah berlaku utk melindungi majikan2 durjana ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, majikan juga mesti hukum. Kesemua pati yg ditahan mesti dihantar pulang segera dgn kos ditanggong majikan atau kedutaan. Ini zahid sndiri yg kata, jgn tak buat.

      Delete
  2. Setuju sebab duit yang menanggung PATI dalam tahanan tu ialah duit rakyat. Kan lebih baik duit rakyat dibelanjakan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat Malaysia daripada dibazirkan kepada orang luar.

    ReplyDelete