Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 30 January 2014

'Bodohlah' Pengundi Kajang Yang Undi Anwar... Apa Komen Tun M?


Mempertahankan Anwar 'at all costs', itulah bunyi kenyataan Rafizi Ramli yang terus menerus mengaitkan UMNO dalam malapetaka yang menimpa Parti seripihan bernama PKR ini... Rafizi yang baru setahun jagung bila Anwar menjadi TPM dahulu, dilihat memberikan hujah yang cukup dangkal... Mungkin kepala otak dia Fikir semua Rakyat boleh diperbodohkan macam MACAI mereka...

Kita bayangkan, Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh, bagaimana dia nak beri perkhidmatan kepada pengundi di Kajang??? Jarak jauh! Sepatutnya beliau beri fokus kepada Permatang Pauh walaupun kedengaran Anwar sendiri tidak memberi service kepada parlimen tersebut... Macamana nak bagi service, beliau sibuk bagi ceramah satu negara... Kawasan sendiri pun tak pandai nak jaga... Kepada Pengundi Kajang, Orang macam ini yang kamu nak harapkan???

Kupasan dan komen Tun Mahathir mengenai perkara ini jelas menunjukkan siapa Anwar sebenarnya...

"Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri. 
"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya. 
Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak. 
"Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya," katanya.

Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu. 
"Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja," katanya. 
Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara. 
"Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. 
Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : "Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia." 
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan. 
"Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.
"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu)," katanya.-29/1/2014

JOMO: Buat masalah, Letakkan masalah di bahu orang lain! Umapama, Berak tapi tuduh orang lain yang buat! Bodoh!!! Parti Kian Rapuh...

selanjutnya baca di sini

7 comments:

  1. SEBELUM INI PUN PENGUNDI PENGUNDI KAJANG MEMANG DAH BODOH SEBAB LANTIK PKR SEBAGAI ADUN. KALAU ANWAR IBRAHIM MENANG KALI INI...MEMBAWA MAKSUD..ORANG ORANG KAJANG 2 KALI BODOH LAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....Mereka (Pengundi Kajang - Khususnya Melayu Selangor Jati) memang telah ditipu bulat-bulat dan diperbodohkan oleh pembangkang....Agaknya sampai hari Kiamat kot

      Delete
  2. Pening kepala lah DYM Sultan Selangor kali ni

    ReplyDelete
  3. Bertambah maju dan hidup makmur lah rakyat-rakyat di negeri selangor jika Anuwar jadi Menteri Besar nanti...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jer nak handle sultan selangor ni.....he..he..he...

      Delete
  4. Pemimpin taraf dunia tu nak jadi yb kajang. Cincai2 ma.. kasi dia menang.. pru14 kasi angkat dia jadi pm.. apa susah.. semua turun itu minyak itu tol itu seluar kecik pun mesti mau kasi turun ma..sama chinadoll

    ReplyDelete
  5. Semoga ALLAH melindungi YAM Sultan Selangor dari terpalit dengan politik Anuar. Rakyat mengharap dan berdoa agar ALLAH memberi kekuatan dan kebijaksanaan demi kesejahteraan ISLAM dan Negeri Selangor yang di kasihi.

    ReplyDelete