Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 27 January 2014

Bodoh!!! Apa Masalah Gantung Banner? Sekarang Baru Tahu Akibatnya... Korang Jawablah!!!


Aku makin pelik dengan juak-juak pakatan ni... Pemikiran politik sudahlah jenis ikut-ikutan, nak harapkan ketajaman fikiran dalam menentukan dasar negara amat jauh sekalilah...

Bila kes banner digantung di Pulau Pinang yang menunjukkan "Yesus is the Son of Allah", mereka (juak islam PR)sudah mula bising... Totok PAS ini sudah mula bersuara dengan menyatakan ini tidak boleh diterima sama sekali... Tapi kenapa tak nak terima??? Bukankah ini yang diminta oleh mereka semua??? Bukankah pemimpin mereka yang menyokong penggunaan kalimah suci ALLAH oleh kaum kafir...??? Inilah akibatnya!!!

Perlu diingatkan, bila kita berpolitik, pemikiran perlu tajam, perlu tahu kesan dan akibat sesuatu keputusan dibuat... Jangan terlalu taksub dan terikut-ikut sehingga mengeluarkan bukti untuk support pandangan yang diberi... Tidak diakui, bukti yang dibangkitkan itu benar.... tetapi, adakah ianya sesuai digunakan dalam keadaan malaysia yang majoritinya beragama Islam dan kita hidup dalam kepelbagaian agama dan bangsa...

Kita kena lihat dari segenap sudut dan bukan semua orang hatinya sama walaupun rambut sama warna hitam...

yang sibuk pertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh Kafir ni juak-juak PAS yang kononnya lebih berilmu dari yang lain... Tapi, bila hal ini terjadi, pemimpin ini diam membisu... Kenapa diam??? Atau cuba nak cari jalan dengan menyatakan ini Propaganda UMNO...??? memang bodoh!!! Ini masalah realiti bukan hanya omong-omong kosong, bila ada sudah yang berani menyatakan Yesus itu anak Allah, nak jawab macamana???

Paling simple, apa kita nak jawab dengan anak-anak kita??? Setiap bapa bertanggungjawab untuk memberi jawapan kepada anak-anak pula jadinya... Itu kalau ibubapa tahu jawapan yang sebenar, kalau ada anak-anak yang lagi bijak dari ibubapanya, nak jawab macamana??? Bukankah jadi dosa kepada kita bila ada yang MURTAD disebabkan KONFIUS dek kerana permasalahan ini...(mungkin boleh berlaku)??? Nauzubillah minta kita dijauhkan!!!

Cuba fikirkan secara positif, kalau semua orang Islam menyokong keputusan mahkamah dengan tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh kafir, perkara seperti ini pasti tidak terjadi... 

kes di penang ini memang sudah dijangka, apa nak buat??? juak pakatan ini pastinya akan lepaskan tanggungjawab kepada Kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini... Kan bagus kalau ikut langkah pencegahan yang telah dibuat oleh kerajaan...

Yang gaduh semuanya pemimpin melayu Islam... yang kafir tu, asyik buang batu sembunyi tangan... Akhirnya orang melayu/islam yang rugi...

JOMO: Pemimpin Islam PR: Bukalah mata tu sikit!!! Sokong kenyataan Ustaz Haron Din...

isu penang baca pisau.net

No comments:

Post a Comment