Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 28 January 2014

Apa Masalah Polis Bantu KPDNKK? Langkah BOS Kawal Harga Barang... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kenaikan harga barang semakin hangat diperkatakan terutamanya dalam isu menangani kos sara hidup masa kini... Pelik dan ajaibnya, ianya seperti angin yang bertiup di mana kebanyakan barang naik harganya... JOMO mahu bertanya, siapa yang pegang industri perniagaan seperti perniagaan runcit ini...?

Apabila KPDNKK menyatakan mereka akan turun padang memantau harga barang dan kelihatanlah beberapa Menteri turun padang ke pasar-pasar peruncit, penjual untuk memantau kenaikan harga barang... Hasilnya difahamkan ada penjual didapati menaikkan harga barang yang menyalahi undang-undang...

Tapi peliknya, kenapa hanya peruncit/penjual yang menjual kepada pengguna sahaja dipantau? Bagaimana pula Kilang, Pemborong yang menjual kepada peruncit...???

Atas kesedaran itu, ada satu kenyataan menarik oleh Menteri Dalam Negeri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, di mana bagi menyahut seruan kerajaan agar Menteri-Menteri turun padang pantau harga barang. Beliau mengorak satu langkah kehadapan, dimana Polis DiRaja Malaysia akan sama-sama membantu kenaikan harga barang di Negara ini...

Apa yang menarik, PDRM akan bantu KPDNKK memantau harga barang bukan sahaja dikalangan peruncit tetapi dikalangan pemborong, kerana didapati ada pemborong yang mendapat harga murah dari Kilang tetapi menjual dengan harga mahal kepada peruncit... Itulah sebabnya peruncit terpaksa menjual harga mahal kepada pengguna...

Langkah PDRM ini dilihat sebagai antara Blue Ocean Strategy (BOS) untuk PDRM terutamanya dalam memperkasakan mereka sebagai badan yang bukan sahaja menjaga keselamatan negara tetapi juga menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan...

Beliau (DS Zahid) menyatakan sebelum ini:


PDRM akan membantu menangani tindakan peruncit dan pemborong yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.
"Kita tidak akan menghantar pasukan berpakaian seragam untuk memantau tetapi anggota (polis) yang berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang kita ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sabtu.
Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai mekanisme mengenai harga barang di peringkat pemborong sebelum ia dijual kepada peruncit.
"Kita telah membuat kajian mengenai harga yang dibeli oleh pemborong sebenarnya murah, tetapi apabila dijual dengan harga melampau kepada peruncit, maka peruncit terpaksa menaikkan harga barangan," katanya.
Beliau berkata tindakan yang dilakukan ini bukan bertujuan untuk mengganggu peniaga sebaliknya membantu kerajaan ekoran peniaga menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga barangan sedangkan mereka yang berbuat demikian.
"Saya melakukan ini bersama-sama dengan pegawai dan anggota polis atas keprihatinan terhadap apa yang sedang berlaku di pasaran sekarang. Saya tidak mahu campur dalam hal ehwal kepenggunaan kerana ia dalam bidang kementerian lain tetapi kita akan bekerjasama mengikut bidang kuasa PDRM," katanya.... petikan bernama

Hasrat memantau kenaikan harga barang juga disahut dengan baik oleh Menteri Dalam Negeri. Justeru, kita mendoakan agar usaha dan hasrat murni kerajaan ini berjalan dengan baik dan sedikit sebanyak membantu rakyat terutamanya dalam menangani kenaikan harga barang...

JOMO: Sekadar berpesan kepada 'TAUKE-TAUKE' seperti Pengilang, Pemborong dan Peruncit diluar sana, Janganlah hanya mementingkan keuntungan semata-mata... Utamakan juga kepentingan rakyat... Kamu naikkan harga barang, rakyat tak salahkan kamu tetapi rakyat salahkan kerajaan...

Apapun TAHNIAH KDN dan PDRM!

1 comment:

  1. Apahal suruh polis... Amik jelah penguatkuasa baru biar ramai... Ramai anak melayu yg xde keja lagi.

    ReplyDelete