Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 2 February 2013

Peringatan!!! Allah Hanya Untuk ISLAM... INSAFlah @anwaribrahim @rafiziramli

Si kaki Putar Alam! @anwaribrahim Akhirnya Akui PM @NajibRazak Betul...

Sumbangan bagus... Tapi, PKR dapat duit dari mana?


AIDCNews – 01/02/13 – Daripada mengkritik kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza minggu lalu, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah nada dengan “memuji” pula usaha Perdana Menteri untuk memulihkan keamanan di Gaza, lapor Sinar Harian.

Minggu lalu Anwar mengkritik lawatan Najib ke Gaza sebagai gimik politik untuk membeli undi Melayu.

Namun, hari ini, Anwar mengubah nada kritikan itu dengan pujian selepas menerima kunjungan anggota Kabinet Hamas, Walid Amudi di ibu pejabat PKR pagi tadi.

“Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak, walaupun baru kali pertama beliau ke sana,” kata Anwar.

Menurut Antarapos, kunjungan wakil Hamas ke ibu pejabat PKR hari ini menyusul selepas rombongan Najib mengunjungi Perdana Menteri Hamas minggu lalu.

Najib terpaksa mengakhiri lawatannya di Gaza, tanpa ke Tebing Barat kerana rejim Tel Aviv enggan memberi persetujuan untuk pesawat rombongan Malaysia menggunakan ruang udara berkenaan.

Walid berkata pihaknya amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak memberikan bantuan untuk membela umat Islam Palestin.

“Kami yakin seluruh umat Islam akan membebasan Masjid Al-Aqsa. Semoga Allah terus mencurahkan barakah kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Selain itu, beliau turut memuji Anwar di atas perhatiannya terhadap isu Gaza.

“Anwar adalah seorang tokoh terkenal terutamanya dalam ‘memantau begitu rapi’ pembinaan semula masjid di Gaza,” katanya, pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan PKR.

Pada majlis itu, Anwar juga turut menyerahkan replika cek bernilai AS$700,000 kepada Walid bagi tujuan pembinaan Masjid an-Nour al-Muhammadi di Gaza, Palestin.

Laman keadilandaily.com menjelaskan sumbangan bernilai AS$700,000 (RM2.175 juta) adalah sumbangan Aqsa Syarif, sebuah NGO yang memperjuang hak rakyat Palestin.

Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan penyerahan sumbangan itu. sumber

-admin-

PANAS!!! 'Ali Tinju': Prebet SINGKAT yang ada kuasa pecat BOSS...?



Siapa sebenarnya Ali Tinju ni...?

menurut maklumat yang JOMO perolehi hanyalah bekas seorang askar yang pernah menjadi seorang prebet selama 7 tahun sahaja...( rujuk) Tapi yang menghairankan, LAGAKnya macam seorang bekas panglima yang bertugas bepuluh tahun dalam tentera dan berjasa banyak kepada Negara...

Beliau yang ketika ini dikhabarkan menerajui NGO (Persatuan veteran Tentera Melayu@PVTM) yang sehingga hari ini tidak pernah menyatakan dengan jelas berapa ahli dalam persatuan itu... Hairan Bin Ajaib, hari ini beliau menyatakan beliau mewakili beribu ahli bekas tentera, tentera apa? Justeru JOMO Cabar ALI TINJU untuk menyenaraikan jumlah sebenar ahli PVTM dan apa sumbangan yang pernah beliau lakukan dalam PVTM...

Cerita demi cerita yang tidak sedap didengar mengenai beliau yang berlagak macam HERO... Difahamkan beliau juga pernah memecat Datuk Ahmad Maslan dan terkini Dato Seri Zaini juga telah meletak jawatan penasihat PVTM kerana tidak sehaluan dengan beliau... Apa cerita ni?

Tambahan lagi, beliau juga secara konsisten menyerang Menteri Pertahanan atas sebab yang tidak diketahui... Lebih malang lagi, dikhabarkan beliau sebenarnya telah berjanji untuk tidak menyerang Menteri pertahanan malaysia dalam satu pertemuan, Namun, ia berlaku sebaliknya...

Tiada niat untuk mempertikaikan jasa tentera kepada negara, namun, disebabkan LAGAK Ali Tinjuyang hanya bekas prebet ini sebenarnya boleh memburukkan nama bekas-bekas tentera yang lain...

JOMO kata: Jangan berumah ditepi Pantai jika Takut di lambung OMBAK... Ali Tinju sila tampil kehadapan kalau berani!!!

Friday, 1 February 2013

PANAS! SPRM Jadi mata-Mata Pembangkang...?

Apakah benar ada Double Standard oleh pihak SPRM apabila mahu bertindak keatas mana mana pimpinan juak juak murahan Pakatan Pembangkang, seolah-olah mereka ini kebal dan payah untuk didakwa dan dijatuhi hukuman bersalah...?

Semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan PEMBANGKANG...

kena ingat RAHSUAH ini bukan isu politik, ini adalah isu sejagat... Tak kira siapapun kita, RAHSUAH boleh terjadi...

selanjutnya rujuk di sini

Tuesday, 29 January 2013

Ustaz Kazim Di FITNAH Mereka Kaki Kelentong! @anwaribrahim @rafiziramli

Ini Kalilah! DAP Bakal Hilang Pengundi Cina...?




SHAH ALAM: DAP mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi orang Cina jika parti itu gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) akibat daripada dakwaan wujud penipuan dan manipulasi.

Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata dakwaan ini ada asasnya apabila terdapat ahli parti yang kini mula hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi DAP kerana dilihat bersikap berat sebelah."Itu terpulanglah, mereka yang setia kepada DAP itu memang tidak akan memberi undi kepada BN."Tetapi mereka yang bukan begitu setia kepada DAP, mungkin akan memberi undi kepada BN lah," katanya.Beliau berkata DAP perlu menitikberatkan dakwaan ahli partinya yang sudah membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mencari bukti tentang tuduhan penyelewengan dalam pembetulan jumlah undi oleh syarikat audit bebas.

Jelas Khoo, sekiranya terbukti bahawa DAP telah melanggar akta pertubuhan dan parti itu diharamkan seperti yang berlaku pada Umno tahun 1988, maka sebuah parti baru akan wujud untuk kepentingan kaum Cina.

"Tentu mereka (pengundi Cina) akan menubuhkan satu pertubuhan yang lain. Macam Umno 1988 jugalah kan, ada Umno baru tetapi mereka tidak semestinya ada DAP baru.

"Tetapi saya rasa mereka akan menubuhkan satu parti,"katanya.Parti Umno pernah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988 kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.11 orang ahli Umno sebelum itu telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti.

DAP tidak akan diharamkan

Dalam perkembangan yang sama, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff pula menyifatkan DAP tidak akan diharamkan walaupun wujud dakwaan unsur-unsur salahguna kuasa ketika membuat pembetulan keputusan CEC itu."Diharamkan itu adalah benda-benda yang lebih besar daripada kesilapan, cuma ini CEC DAP hanya ada kesilapan teknikal pun kalau ada"Kalau ROS terus buat haram, jadi peliklah," katanya.
Justeru, beliau berkata DAP sewajarnya mengadakan semula pemilihan CEC DAP dalam menangani krisis dan memberi keadilan kepada anggota parti itu yang bertanding bagi merebut 20 kedudukan tertinggi.

"Perlu ada salah laku dan perlu ada surat tunjuk sebab dulu daripada CEC DAP.

"Daripada surat tunjuk sebab itu, maka satu keputusan dibuat dan biasanya keputusan paling keras pun ialah mengadakan pemilihan semula CEC DAP demi mencari keadilan kepada orang yang bertanding," katanya.Untuk rekod minggu lalu, dua ahli seumur hidup DAP mendesak ROS menyiasat dakwaan wujud penipuan dan manipulasi ketika pemilihan CEC parti itu tahun lalu.Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass dilaporkan berkata, beliau membawa isu itu berikutan keengganan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan ramai ahli parti yang kecewa dengan keputusan itu.Ia susulan pertambahan undi yang diperoleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Abdullah, yang pada mulanya mendapat undian 305, diumumkan memperoleh 803 undi selepas kiraan semula, sekali gus meletakkan beliau di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ROS memerlukan maklumat tambahan selepas menerima memorandum daripada dua ahli parti berkenaan minggu lalu.Hishammudin berkata ini bagi memudahkan siasatan mengenai isu berkenaan dapat dijalankan dengan baik dan mengikut undang-undang, selain memberi keadilan kepada semua pihak. sumber

-admin-

Video Mesti TONTON! Jangan Main-Main!

Monday, 28 January 2013