Saturday, 26 January 2013
Cari Siapa YB PeramPAS Bini Orang...?
Ini Kali Lah! @rafiziramli 'MURUNG' Terima SAMAN... @Zahid_Hamidi
berita penu bernama....
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.
Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai
Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.
Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.
Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.-Bernama
Friday, 25 January 2013
Jika Umat Nabi Muhammad S.A.W. BACA dan TONTON Ini!!!
Thursday, 24 January 2013
PAHALA!!! Bersama SITI Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.!!!
HIPOKRIT!! Akhirnya Salleh Cabar Anwar Isu RCI...
Bila Orang Bisnes BERSUARA! Fahami TUGAS POLIS...
Wednesday, 23 January 2013
KUFUR!!! Video PANAS Buat @cmlimguaneng Naik Angin...? -Ust Haron Din
PATI??? Mungkinkah Kerakyatan 1 Juta Perlu Suruhanjaya Siasatan DiRaja...?
Janji @NajibRazak: Husam Kata Sia-Sia, Nik Aziz Kata RAHSUAH...?
PM @NajibRazak di Bumi Palestin!!! Mat Sabu Insaf...???
Soal Pelajaran Adalah Hak Kita Semua... @Zahid_Hamidi @NajibRazak
Ilmu itu adalah untuk semua...
Justeru HAKIKATNYA Tuntutlah Ilmu hingga ke Negeri China perlu diterapkan dalam diri dan sanubari kita...
Monday, 21 January 2013
Apa? IPS DIBAYAR UNTUK TUTUP MULUT...?
Isu Suruhanjaya Di Raja (RCI) bagi menyiasat skandal 'Ops Durian Buruk' telah menjentik reaksi pelbagai pihak kebelakangan ini berikutan ia dilihat sebagai potensi bagi menawan undi pengundi Sabah dan mungkin juga Sarawak pada Pilihan Raya 13 (PRU13) nanti.
Isu yang telah lama diperkatakan sejak dari zaman pentadbiran kerajaan Malaysia oleh Tun Dr Mahathir lagi ini sebenarnya telah diberi perhatian yang serius oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Beberapa tindakan telah diambil sehingga banyak pihak terbabit dan dikenakan tindakan serius.
Polemik 'Ops Durian Buruk' sebenarnya sekadar satu lagi isu bagi menjatuhkan kredibiliti menteri-menteri tertentu selain daripada perisa tambahan selepas isu kalimah Allah yang dilihat sebagai peluang terbaik oleh pakatan pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Seandainya isu yang dimainkan kena pada masa dan ketikanya, tidak mustahil Barisan Nasional akan tumbang kali ini kerana Sabah dan Sarawak adalah deposit kerusi Dewan Parlimen Barisan Nasional.
Selanjutnya baca http://www.isupolitiksemasa.com/2013/01/ips-dibayar-rm60000-untuk-tutup-mulut.html?m=1

PANAS!!! Kenapa @anwaribrahim GOYANG Isu RCI...?
Sunday, 20 January 2013
Tweet Bengong @drealDrMAZA ... Dipersendakan???
![]() |
| sumber |
Bantuan Bekas Tentera! Terima Kasih PM @NajibRazak cc @Zahid_Hamidi
SEMOGA ALLAH MERAHMATI PERDANA MENTERI MALAYSIA...









