Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 6 December 2013

UMNO ada 3.4 Juta Ahli... PAS?

Kebimbangan orang Melayu melihat isu kebergantungan kepada parti melayu yang menjadi nadi kepada pentadbiran negara dijawab kemas apabila parti UMNO mengumumkan keahlian terkini parti keramat ini iaitu seramai 3,430,750 orang melibatkan 21208 cawangan diseluruh negara...

Sabah sebagai penyumbang utama kemenangan UMNO pada PRU13 lepas mencatatkan bilangan ahli teramai iaitu 518,773 orang...

Tidak dapat dinafikan perjuangan UMNO untuk orang melayu bumiputera begitu dirasai disegenap lapisan masyarakat diseluruh negara...

Ketika ini UMNO sedang mengadakan perhimpunan Agung tahun 2013 di pwtc... Pastinya laporan pasca PRU bagi melihat kekuatan dan kelemahan UMNO menjadi topik perbahasan yang cukup menarik untuk dikupas...

Apa yang menarik, biarpun kedudukan BN secara amnya merosot tetapi sokongan kepada UMNO pula meningkat naik... Ini jelas menunjukkan, orang Melayu Bumiputera menaruh harapan yang cukup besar kepasa parti keramat ini untuk terus menjadi nadi kepada kerajaan Malaysia pada hari ini...

JOMO: Teruskan bersidang... teruskan perjuangan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment