Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 17 December 2013

Syiah Sesat: Mahu Apa Lagi? @dsjamilkhir Sila Take Note!

contoh



Aku dengar sudah ada orang nak Fail Saman Isu Syiah... Betul kah Kalau betul dipersilakan, disebabkan isu ini adalah berkaitan dengan Agama sepatutnya ia dibicarakan di dalam Mahkamah Syariah...

Beberapa bukti yang dikaitkan dengan pemimpin embangkang sebelum ini masih bersifat awal kerana pastinya bukti-bukti yang lebih besar akan dibongkar di dalam Mahkamah... Biar Rakyat tahu siapa benar siapa salah... 

Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan dengan jelas SYIAH itu sesat... 

Khalid Ismath bertemu Mat Sabu...
SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini  yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

“Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

“Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

“Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut  di negara ini.

Namun, beliau berkata, ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia.

“Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

“Itu yang kita bimbangkan, lama kelamaan jika mazhab ini terus disebar dan menular akan berlaku perpecahan ummah yang selama ini kita bersatu dan hidup dengan harmoni,” tambahnya.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kenyataan Jamil Khir yang bercanggah dengan kenyataan Jakim sebelum ini, Abdul Shukor berkata beliau telah diberitahu kenyataan menteri itu merujuk kepada pengamal asal ajaran tersebut sahaja.

“Saya ada berjumpa dengan Jamil Khir dalam satu program, dia telah membetulkan balik kekeliruan yang timbul mengenai kenyataan yang membenarkan ajaran Syiah terus diamalkan di negara ini,” jelasnya.

JOMO: Sesiapa sahaja yang kita dengar dan tahu mengamalkan SYIAH di Negara ini perlu dinasihat untuk kembali ke pangkal jalan... Jabatan Agama perlu lebih proaktif bagi menangani masalah AGAMA seperti ini...

No comments:

Post a Comment