Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 2 December 2013

Bagi Rebet untuk Rakyat Yang Memerlukan...

Bising satu negara bila diumumkan kenaikan tarif elektrik di seluruh negara... ia adalah keputusan yang cukup berani oleh Menteri bertanggungjawab, namun pengumuman untuk memberikan rebet kepada pengguna yang menggunakan elektrik kurang rm20 sebulan...

Persoalannya, berapa ramai yang menggunakan elektrik di bawah RM20? Keputusan ini pastinya memberikan impak besar kepada rakyat...

Harap kerajaan dapat menilai keputusan ini secara menyeluruh melalui kementerian yang bertanggungjawab... kalau semua naik kita pun marah juga...

JOMO: Rakyat Prihatin...

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. Elektrik adalah keperluan asas rakyat. Tetapi, harga tariff elektrik adalah membebankan. Setiap tahun kita boleh saksikan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama CEOnya duduk tersenyum mengumumkan keuntungan yang bernilai berbillion-billion Ringgit Malaysia, seolah-olah mereka sangat pandai menjalankan perniagaan. TNB sepatutnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan yang berkonsepkan rakyat, bukannya syarikat koperat yang mementingkan keuntungan semata-mata. TNB sendiri dimulakan dan didirikan dari wang rakyat, maka sepatutnya rakyat mendapat menafaat dari penubuhan TNB, bukannya sengsara dengan bil dari TNB.
    Rakyat tahu akan kesan Penyedia Kuasa Bebas (IPP) kepada perbelanjaan TNB. Jadi, saya memohon kerajaan kajilah balik perjanjian IPP dengan TNB. Jangan hanya kerana nak jaga kroni-kroni, maka suara kami tidak dipedulikan.
    Saya sangat pelik dengan cara pengurusan TNB ‘menjaga’ paras keuntungan TNB. Dalam perniagaan, secara asasnya, UNTUNG = PENDAPATAN – KOS. Bila saja terdapat kenaikan harga bahan api yang melibatkan KOS, maka secara tak langsung, UNTUNG akan berkurangan. Jadi untuk memelihara margin UNTUNG, maka pengurusan membuat keputusan untuk menaikan paras PENDAPATAN melalui kajian semula tariff. Semudah inikah cara pengurusan TNB? Penat saya setiap kali saya membaca berita pengumuman kenaikan tariff serta alasan-alasan yang diberi bagi menjastifikasikan kenaikan tersebut. Pengurusan TNB sepatutnya kena berfikir dengan lebih jauh seperti melakukan projek-projek inovasi yang bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN KOS.
    Secara mudah, TNB tidak akan mengahadapi masalah besar kerana TNB adalah PENYEDIA TUNGGAL dalam perkhidmatan ini. TIADA SAINGAN. Jadi, TNB ambillah untung sekadar yang perlu untuk menampung kos operasi, janganlah pada kadar melampau hingga berbillion-billion Ringgit Malaysia yang akhirnya rakyat yang menerima padahnya.

    ReplyDelete