Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 22 November 2013

PAS Dapat 'Bala'? DPPM Tolak Kepimpinan Ulamak Sebab Nak UNDI...?



Siapa pun menang dalam pemilihan PAS tu aku tak peduli, persekongkolan mereka bersama puak Kafir yang memakan diri mereka sendiri sudah jelas membuktikan mereka hanya bercita-cita mahukan kuasa... Peliknya, PAS seolah-olah ditunjang oleh segelintir 'MANUSIA' yang cukup licik dalam menggunakan Agama untuk kepentingan sekelompok kecil manusia... Wallahua'lam...

Apa yang menarik utnuk dibahaskan, semalam Dewan Pemuda PAS Malaysia dikatakan menolak Usul agara PAS terus dipimpin oleh Kepimpinan Ulama? Nampak??? Dikatakan ianya tidak tercatat dimana-mana perlembagaan PAS yang menyatakan hanya golongan Ulama sahaja yang boleh memimpin PAS... Kita lihat PAS sudah mula membuka pekung didada, kalau sebelum ini bukan main dengan slogan mengangangkat kepimpinan Ulama lah, Ulama Pemimpin untuk semualah, macam-macam lagi...

Hari ini terbukti, kepura-puraan mereka yang memimpin PAS itu satu persatu dilondehkan... Apa yang menghairankan lagi, usul Tahaluf Siasih diterima sebulat suara oleh perwakilan? Atas dasar apa usul itu diterima pula? Bukankah ianya tiada tercatat dalam perlembagaan PAS? Ahli JUMUD PAS Sila JAWAB!!!kahkahkah

kepada ahli PAS sedarlah, PARASIT dalaman sudah mula meresap dalam kepimpinan PAS... Ahli biasa tak boleh buat apa, hanya tahu ikuuuut saja... Kepimpinan Ulama sudah tidak menjadi kekuatan PAS hanya kerana UNDI geng 'KAFIR' mereka yang lain... Lawak!

JOMO: aku cabar PAS yang kononnya lebih terbuka berbanding parti lain untuk memberi peluang kepada lebih ramai Ahli untuk memilih pucuk pimpinan... Ada berani? So, lepas ni jangan nak kata bila orang luar serang PAS bererti orang luar menentang ULAMA pula... 

UMNO adalah parti yang mengangkat golongan Ulama pada tempat nya... PAS? hanya gunakan mereka untuk berceramah sahaja...

1 comment:

  1. Tapi DAP kata UMNO itu kapir laknat bab banyak berdosa kpd umat manusia.

    ReplyDelete