Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 24 November 2013

Kemenangan Abg Mat Sabu Sebabkan UNDI Naib Presiden Ditangguh...?


Kemenangan Mat Sabu dikatakan sebagai kemenangan Golongan Bukan Ulama dalam PAS... Kalau sebelum ini DPPM menolak usul Kepimpinan Ulama, Kemenangan Mat Sabu pastinya menjayakan lagi gerakan pendekmorasian yang tidak lagi berpaksi kepada golongan ulama...

Apakan daya, Parasit yang dikatakan oleh bekas  pemimpin PAS sudah mula meresap masuk dengan penuh BERGAYA di dalam parti PAS... Ahli bawahan yang selama ini menjunjung ULAMA sudah tidak lagi didengari oleh mereka-mereka yang sudah begitu yakin dengan teori ULAMA tidak boleh membawa PAS lebih jauh kehadapan...

Mat Sabu tidak diterima rakyat, tetapi, masih menjadi pilihan kepada ahli PAS untuk memimpin PAS... Apakah mungkin PAS boleh memenangi PRU14 dnegan lebih baik dalam keadaan Timbalan Presidennya sendiri kalah pada PRU13 yang lepas...

Penolakan kepaada Idea Mursyidul AM PAS bahawa PAS perlu dipimpin oleh golongan Ulama sebagai identiti PAS dalam usaha menyayingi UMNO sebagai Parti Tunjang orang Melayu/Islam di negara ini... Kekalahan Datuk Amar memberi signal jelas bahawa Ulama hanya diperlukan untuk berceramah di pentas PAS, peraih UNDI bagi menarik rakyat untuk mengundi PAS bukannya untuk memimpin PAS itu sendiri...


Hari ini keputusan Naib Presiden PAS ditangguhkan, khabar angin menyatakan seorang kuda tunggangan ANWAR TUMPAS oleh seorang calon pro-Ulama Tuan Ibrahim Tuan Man, walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan keputusan Naib Presiden ditangguh... Kenapa perlu ditangguh? Mana ahli-ahli PAS, Blogger-blogger pro PAS senyap bila isu ini timbul?

Dekmokrasi dalam PAS sudah begitu berubah, walaupun dahulu mereka juga yang katakan demokrasi ini adalah acuan barat yang perlu ditolak... Aku kasihan Melihat Datuk Nik Aziz yang dikatakan merestui Datuk Amar bagi melawan Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden, akhirnya, menemui kekalahan... Persoalan, apakah PAS bersedia untuk menerima Mat Sabu sebagai Presiden pertama Bukan Ulama jika Ustaz Hadi Awang berundur?

JOMO: Pertama kali anjur Konsert Metal dalam Muktamar PAS... Tangguh pula keputusan Naib Presiden... Kerja siapa tue??? PAS untuk semua... (Orang DAP dapat untung maaaa)

No comments:

Post a Comment