Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Thursday, 7 March 2013

Hairankan!!! Kenapa Anwar Tak Pernah 'JENTIK' Penceroboh Sulu...?



Banyak perkara yang bermain difikiran rakyat malaysia ketika ini... Tatkala, Pemimpin negara berusaha sedaya upaya untuk memastikan isu pencerobohan dapat diselesaikan dengan baik, namun, Anwar secara konsisten terus menerus menyerang pemimpin Negara... Kenapa mahu diserang pemimpin Negara...? Bukankah yang patut diserang dan dikecam itu penceroboh yang masuk mengganas di Negara kita?

Umum mengetahui, Anwar mahu sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, beliau yang sebelum ini lantang dengan lagu BANGANGNYA "Tanya Sama Najib"... Nyanyian ini telah tersebar dengan begitu meluas dalam You Tube sehinggakan penyokongnya sendiri juga mempersoalkannya... Secara logiknya, bukankah dalam nyanyian ini dianggap sebagai ancaman Anwar kepada DS Najib (yang difikirkannya terlalu kental) untuk menghilangkan Sabah...? Ia ditambah  lagi dengan bukti-bukti seperti status twitter Tian Chua yang ke Filipina dan perjumpaan Anwar dengan nur Miswari Ketua MNLF sebelum pencerobohan itu berlaku...

Dari aspek yang lain, JOMO melihat, Anwar sudah tidak pandai berlakon dan menyerupai wajah yang lain, seperti yang dilakukan olehnya dalam banyak perkara sebelum ini?Ini bermaksud, Anwar Gagal untuk membawa pelbagai Wajah dalam satu masa... Nampak sangat!!!

Anwar yang sebelum ini menyatakan askar yang masuk itu adalah askar Sulu dan bukannya pemberontak MNLF, namun, ketentuan "Yang Maha Besar" adalah segala-galanya... Belum sempat Anwar dan konco-konconya berhujah, sudah terdapat laporan yang menyatakan penceroboh itu adalah pemberontak... Ia diperkuatkan lagi dengan munculnya secara tiba-tiba Miswari untuk menjadi orang tengah sebagai pendamai dalam keadaan penceroboh itu sudah semakin hilang kerana operai pihak keselamatan Negara menghapuskan mereka...

Beliau hanya hebat untuk menyaman orang Malaysia, tapi, hairan kenapa beliau tidak mahu pernah menyaman presiden Filipina yang membayangkan beliau sebagai dalang pencerobohan itu... Banyak persoalan yang timbul!!!

JOMO Kata: Kita hanya berdoa agar semuanya selamat... Apa-apapun dalangnya masih disiasat!!! Semoga Allah memberi kekuatan kepada pemimpin Negara kita dan mencucuri roh anggota keselamatan yang telah pergi kerana mempertahankan negara!!!

Persoalannya!!! Kenapa Anwar Tidak Pernah JENTIK Penceroboh...? Fikir-fikirkan...

1 comment:

  1. Tanya sama Nuar kenapa Sabah goyang,,nanti jwb nuar Sulu yg goncang..

    ReplyDelete