Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Thursday, 7 March 2013

Bongkar! @anwaribrahim masih membisu kenapa perlu jumpa MisWari...?



AIDC - Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari.

Sebaliknya, Anwar hanya menafikan pertemuannya dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.
“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram,”lapor Sinar Harian, 5 Mac.

“Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?” ujar Anwar lagi.

Lapor Sinar Harian lagi, Anwar turut memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama media Filipina ‘Inquirer News‘ setelah beliau membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.

“Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi. “Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu,” ujar Anwar lagi.

Bagaimanapun Mstar melaporkan temu bual media Filipina itu ditolak oleh Anwar dengan alasan sibuk.
Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber perisikan negara itu mendapati seorang ahli politik Sabah telah bersekutu dengan Ketua pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Filipina, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Persoalan tentang perjumpaan Ketua Umum PKR dengan Sultan Sulu bukan isu utama, apatah lagi apabila Anwar mengaitkan dengan Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan bukannya Sultan Jamalul Kiram III.

Menurut Mstar, sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III, selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Barangkali dengan membangkitkan isu pertemuan dengan Sultan Sulu yang tidak difokuskan, mungkin Anwar boleh menyembunyikan persoalan paling utama iaitu benarkah beliau berjumpa dengan Nur Misuari dan jika benar, apakah motif perjumpaannya itu yang diadakan beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu ?

Anwar Ibrahim dan Nur Misuari

Akhbar berpengaruh Filipina, The Philippine Star baru-baru ini melaporkan Nur Misuari dan beberapa orang lagi merupakan ‘dalang’ yang mempengaruhi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III supaya menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Laporan itu menyusul selepas sekumpulan individu bersenjata mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu telah menceroboh ke Lahad Datu, 9 Februari.

Semalam, The Philippine Star sekali lagi menegaskan Misuari memang rapat dengan ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III yang menyiarkan bukti bergambar yang menunjukkan Misuari berpegang tangan dengan ‘Sultan Sulu’


“Pengerusi dan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari semalam menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai utusan ke Kuala Lumpur dan membantu dalam perbincangan untuk menyelesaikan keganasan di Sabah.

“Misuari melawat Sulu Sultan Jamalul Kiram III di rumahnya di Maharlika Village, Taguig City semalam,”lapor media Filipina itu.

Sebelum ini, Misuari dilaporkan memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin di Kampung Tanduo, Sabah.

“Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami,” katanya.

“Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,’ tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

“Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

“Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya,” katanya.

Ini merupakan amaran kedua daripada Misuari selepas amaran pertama pada 21 Februari lalu.

“Ini harus dikendalikan oleh ‘cooler heads’,” katanya, sambil menambah ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya Malaysia yang akan datang pada bulan April untuk melihat siapa yang akan menjadi perdana menteri yang baru,”katanya dipetik dari Manila Bulletin. -sumber

JOMO kata: Semoga mereka mendapat pembalasannya...

No comments:

Post a Comment