Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Wednesday, 23 January 2013

PATI??? Mungkinkah Kerakyatan 1 Juta Perlu Suruhanjaya Siasatan DiRaja...?



Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan ditubuhkan Suruhanjaya Khas menyiasat kelayakan keturunan mereka yang diberikan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau membuat saranan ini dalam Konvensyen Tranfromasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013 di Permatang Pauh...

“Orang Melayu ‘murah hati’. Kita sedia berkongsi tanahair dengan mereka, membenarkan mengekal identiti, bahasa dan budaya mereka. Kemudian kita kongsi-kuasa dengan mereka yang bukan pri-bumi negeri ini. Orang Melayu benarkan orang asing ini bebas berniaga..

“Malangnya mereka tidak menunjukan kesyukuran. Bukan sahaja mereka sudah menguasai 70% ekonomi. Kini mereka ingin megambil kuasa dari kita pula. Apabila kita mempertahankan apa yang hak bagi kita (sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia), kita dianggap tamak. Kita dianggap ‘rasis’!”...

Jelas dengan lantang Mantan Presiden UMNO V itu menyuarakan kekecewaan kepada golongan minoriti dikalangan Bukan Melayu yang lewat ini membuat tuntutan yang tidak munasabah dan membangkitkan isu isu sensitif dengan niat tidak baik, untuk menunjukan bahawa mereka sebagai minoriti ditindas dan dinafikan hak oleh majoriti...

Sebelum itu, beliau menjelaskan dalam amalan biasa banyak negara negara lain apabila pri-bumi memgambil kuasa dari kuasa penjajah, mereka mengusirkan keluar orang orang asing dan bukan pri-bumi. “Contohnya negara negaar Afrika dan Burma. Orang India diusir, walaupun mereka golongan peniaga. Kini mereka menafikan hak kaum Rohingya”...

Perdana Menteri Malaysia antara 1981-2003 itu menjelaskan 200,000 kerakyatan yang diberikan di negeri Sabah ialah kepada mereka yang secara tradisi berada dikawasan itu, menjalani kehidupan dan bertutur dalam Bahasa Melayu. “Mereka diberikan kerakyatan (meng)ikut undang undang (amalan proses biasa melalui permohonan yang mereka buat)”....

cerita selanjutnya baca GAP

-admin-

No comments:

Post a Comment