Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Tuesday, 1 January 2013

Kerja Pencacai! Gerakan Pindahkan Pengundi diKesan di Sabah...?

Hiasan...

Dari Blog Anak Parlimen Sepanggar

Kekuatan dan kebangkitan UMNO begitu tidak disenangi beberapa pihak terutamanaya PEMBANGKANG... Percubaan demi percubaan dilakukan pembangkang untuk melemahkan UMNO/BN gagal disebabkan gerak kerja dan strategi UMNO/BN mendekati pengundi yang akhirnya mendapat kepercayaan dikalangan pengundi...

Terkini! Politik kotor yang dimainkan oleh pembangkang untuk melemah dan mengalahkan UMNO/BN kini dapat 'dikesan'... Di Sabah, Mengehui UMNO Sepanggar telah bekerja keras dengan strategi yang mantap dibantu pula oleh rakan-rakan parti-parti komponen yang lain untuk mengambil semula dan memenangkan BN di parlimen Sepanggar... Namun,terdapat mainan kotor dengan memindahkan pengundi terutamanya pengundi bumiputera mula dikesan di Parlimen ini...

APS ketika menghubungi Pengerusi Barisan Nasional Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris menyatakan "Warga Sepanggar terutamanya penduduk kampung agar berwaspada dengan usaha BROKER atau AGEN PEROSAK undi yang giat berlegar di kampung-kampung mahupun di Jabatan Pendaftaran yang bertujuan untuk 'MEMBELI' Pengundi di parlimen Sepanggar untuk dipindahkan ke tempat lain terutamanay di parlimen kota Kinabalu..."

Tambahnya lagi "Parasit@Pencuri ini bekerja siang dan malam untuk memastikan UMNO tidak berpeluang bertanding diParlimen Sepanggar dengan mengurangkan bilangan pengundi Bumiputera dan Islam... Gerakan terancam ini adalah konspirasi 'jahat' yang bertujuan untuk melumpuhkan UMNO Sepanggar... Difahamkan, pelbagai strategi dilakukan golongan 'PARASIT' dan 'Broker-Broker' ini yang kononnya untuk mencapai Target memindahkan '10 ribu' pengundi atas alasan mahu kalahkan pembangkang... Ini boleh diibaratkan sebagai mencurah garam ke lautan dan umpama Tikus membaiki Labu..."

Dalam masa yang sama Datuk Jumat mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya terus bersatu-padu dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang terbukti menjamin kelangsungan kekuatan perpaduan kaum dan kemakmuran negara melalui pelbagai program transformasi kerajaan... 

Cerita selajutnya baca Anak Parlimen Sepanggar 

No comments:

Post a Comment