Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 26 January 2013

Ini Kali Lah! @rafiziramli 'MURUNG' Terima SAMAN... @Zahid_Hamidi


Rafizi melalui blognya RafiziRamli.com bakal menerima saman daripada Menteri Pertahanan Dato Seri Zahid Hamidi mengenai TUDUHAN dan FITNAH yang tidak berasas terhadap beliau... Beliau (Rafizi) yang sebelum ini terus menerus menyerang DS Zahid disebabkan isu LTAT telah menyebabkan ramai rakyat mula memberi maklum balas terhadap isu ini...

Rafizi yang dari segenap sudut telah membesar-besarkan isu ini walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak mempunyai fakta yang betul mengenai LTAT... Kekuatan yang hanya ada pada beliau sama seperti Bossnya Anwar Ibrahim yakni suka MEMUTAR BELITKAN cerita...

DS Zahid pemimpin UMNO/BN yang sentiasa kehadapan dalam memastikan perjuangan UMNO/BN untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat telah memutuskan untuk memfailkan saman terhadap Rafizi Ramli... Hakikatnya permainan Politik ciptaan Rafizi dan bossnya Anwar bagi memastikan satu persatu pemimpin UMNO/BN tersungkur bakal menerima PADAH dan BALA di atas perbuatan BODOH mereka sendiri...

Agenda mereka hanyalah satu iaitu untuk melemahkan UMNO/BN melalui cara menjatuhkan imej dan personaliti pemimpin UMNO terutamanya yang berani dan mempunyai rekod pimpinan yang baik seperti DS Zahid Hamidi...

JOMO Kata: Tunggulah akibatnya Wahai Rafizi...

berita penu bernama.... 

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog. 

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. 

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. 

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam. 

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet. 

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai
Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.
 

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang. 

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari. 

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. 

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.
-Bernama

baca juga khazanah 

No comments:

Post a Comment