Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 5 January 2013

Hina GURU Sekolah Rendah! Ustaz Apa Ini...?


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Kerjaya perguruan tidak wajar diperlekeh apatah lagi merendah-rendahkan pekerjaan mulia itu tanpa mengira apa jua tahap kelayakan dan kelulusan mereka.

Tanpa mahu merujuk kepada mana-mana kenyataan, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, guru perlu diberi penghormatan tertinggi berdasarkan sumbangan besar mereka dalam menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa.

"Guru adalah profesion mulia, tidak kiralah apa jua kelulusan atau kelayakan mereka.

"Semua masyarakat patut menghormati guru kerana mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan malah mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang insan berguna," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini memperlekehkan taraf pendidikan bekas penyokong parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N. al-Afghani hanya kerana penulis buku Kafirkah Aku? itu seorang guru sekolah rendah. sumber

JOMO kata: Jadilah tauladan yang baik... Say no To UlarMak!

1 comment:

  1. Hadi patut mohon maaf kepada guru. Kerana memperlekehkan tugas seorang guru sekolah rendah yang tahu ABC..

    ReplyDelete