Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 29 December 2012

Syirik Tanpa Kita SEDARI! Ustaz kazim

Jangan Kita Sesekali Syirik kepada ALLAH! Pertahankan KALIMAH ALLAH! ALLAHUAKBAR!!!!

KHAS: Doa Elak DiROGOL...



Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah. Iaitu :-


رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.- sumber



PANAS!!! Video 'SEKS' Anwar tersebar di negara JIRAN...?

sumber...


Sememangnya VIDEO SEKS Anwar telah menimbulkan Fenomena Besar kepada RAKYAT Malaysia... Penolakan secara total dikalangan sebahagian penyokong ANWAR terutamanya dari PAS terhadap video ini jelas menunjukkan mereka 'MEMERLUKAN' Anwar untuk menakluk Putrajaya...

Terkini! Bilamana VIDEO SEKS Anwar masih belum reda di malaysia bilamana bekas kawan-kawan Anwar secara terus menerus membongkarkan SIAPA ANWAR... Ini ditambah lagi dengan satu laporan di indonesia yang menyatakan VIDEO ANWAR kini tersebar luas...

Jakarta 26 Disember: Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BalckBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia.

    Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."

    Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri.

    Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia.

    Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu,  "Hebat sekali pukulannya Pak,dia bisa jadi Phonographic Actor."- sumber

JOMO kata: Kita tunggu dan lihat... Apa pula Orang PAS akan kata.... Pertahankan KALIMAH ALLAH!!!

Video PM @NajibRazak Lancar 7 Inisiatif Baru Veteran tentera! @Zahid_Hamidi

PANAS! 10 nama MANGSA @anwaribrahim di BONGKAR...



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
    Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

    Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk “Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan” tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.
    10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

    Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.
    Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.
Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
    Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.
Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.
    Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

-admin-

Friday, 28 December 2012

Cakap Biar BerFAKTA...

Beralih kepada politik.... Setiap apa juga kita lakukan mesti berfakta... Jangan main-main sama Kalimah ALLAH...

PANAS! Hati-Hati SAMA itu TEMASEK HOLDING...



LEE KUAN YEW walaupun berstatus Ketua Menteri Singapura semasa masih berada di dalam Malaysia, namun semasa melawat negara-negara Eropah pada awal tahun 1960an, mengandaikan dirinya sebagai Perdana Menteri, pegawai-pegawainya diberi gelaran bertaraf Duta. Perkara ini sangat tidak menyenangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu sebagai sebuah negara berdaulat, tentulah hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia, iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.(Baca di Memoir LKY)

Anak-anak muda mesti membaca seberapa banyak minda Lee Kuan Yew, kerana beliau adalah mentor kepada negara baru Singapura (dahulunya dikenali Temasek milik Kerajaan Johor).

Mengapa Lee Kuan Yew? Jawapannya ialah, apabila DAP berjaya membentuk kerajaan DAP di Pulau Pinang, Lee Kuan Yew dan delegasi PAP merupakan pemimpin luar yang paling awal dan paling kerap mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau sebaliknya.

Semasa Kerajaan Singapura berjaya memenangi Pulau Batu Puteh di Mahkamah ICJ, saya menghubungi salah seorang pemimpin Persatuan Sejarah Johor, Tuan Hj. Kamdi, kebetulan bekas pensyarah saya di Johor Bahru dahulu. Beliau menyatakan, Kerajaan Malaysia mempunyai asas lain yang boleh ditunjukkan untuk membuat Semakan Semula keputusan ICJ itu.

Dalam hal ini, saya menyokong kita berusaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh itu. Mahkamah Antarabangsa memberi kita peluang untuk Membuat Semakan keputusan itu dalam masa 10 tahun dari tarikh penghakiman, jika terdapat bukti baru.

Kita harus beringat, Singapura di Selatan merupakan negara ketiga paling sibuk dalam perniagaan perkapalan dunia, mereka menguasai perairan Selat Melaka di selatan. Manakala, Pulau Pinang di Utara turut menggenggam perairan Selat Melaka. Tahukah kamu apa implikasinya dalam dunia politik? Fikirkanlah...

Kesilapan kita ialah kita tidak membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ideanya dicadangkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Semasa Tan Sri Syed Mokhtar mencadangkan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal tahun 1990an dahulu, Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya agak kurang yakin idea ini. Namun,  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya membuktikannya dan Tun Dr. Mahathir begitu gembira.

Saya sangat yakin, menjelang PRU13 nanti, Singapura akan memainkan peranan penting dalam mencorak pemikiran pengundi, khususnya di seberang tambak dan negeri Johor. Berpuluh ribu pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari akan didedahkan dengan 'Singaporean Nice" untuk kita melihat, mendengar, membaca, memerhati dan membuat keputusan sama ada akan mengundi BN atau Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, sebenarnya.

Kita mesti menghalang Singapura, khususnya Temasek Holding, daripada melaburkan wang mereka tanpa kawalan di Malaysia. Kita mesti mengkaji niat dan tujuan sebenar mereka. Kita harus ingat simpanan Temasek Holding 3 atau 4 kali ganda banyaknya berbanding Khazanah Holding yang semakin berkembang pesat.

Bukankah Thaksin Shinawatra Jatuh dan Dijatuhkan ketika proses Temasek Holding hendak membeli Syarikat Telekomunikasi negara Thailand?

Bukankah Pasukan Bola Sepak Malaysia dikalahkan 0-3 oleh Singapura selepas wajah-wajah asing menghiasi muka-muka pemain Singapura?

Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan dahulu, jika mahu adil, dengan keluasan padang yang sama, saiz badan yang sama, tinggi tubuh badan yang sama, bermain dengan 11 pemain, mungkin Malaysia boleh menang Piala Dunia?
Bukankah Lee Kuan Yew pernah berkata, sepatutnya Singapura membina Litar Lumba Formula 1 sepuluh tahun lebih awal sebelum Malaysia. Walaupun lambat, walaupun mereka tiada litar, mereka berjaya juga menganjurkannya selepas Malaysia hampir 20 tahun menjadi penganjur siri Formula 1.

Jika bank-bank di Malaysia berjaya membeli bank-bank di Indonesia, Temasek Holding tidak akan membiarkan Singapura ketinggalan oleh Malaysia.

Singapura hanya berdiam diri apabila Presiden BJ Habibie berkata, ""Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia!".

Bagaimanakah kita hendak menghentikan semua ini. Jawapannya mudah, ada di tangan anda, iaitu jangan menangkan DAP dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.


-admin-

Pandangan JOMO! Guna Kalimah Allah: Kenapa Jangan...?



Jangan menakutkan sejak akhir-akhir ini bilamana isu agama di politikkan oleh rakyat Malaysia yang tidak mengerti akan sensitiviti agama dikalangan penduduk malaysia...

Umat islam ada lebih kurang 61% penduduk di negara ini yang mana membawa maksud sebagai majoriti... selama lebih 50 tahun kita merdeka, jarang kita dengar ada rakyat bukan beragama Islam berani berdiri untuk berjuang perkara-perkara yang tak perlu diperjuangkan...

DAP yang selama ini hidup menentang perjuangan negara Islam sendiri pun tidak pernah berjaya memainkan isu ini sebelum ini... namun kenapa terjadi kini...?

Selepas kemenangan beberapa kerusi Pakatan haram dalam pilihanraya lepas, jelas kelihatan adanya cubaan untuk mengruhkan hubungan kaum dan agama di negara ini... Insan bernama Anwar yang sebelum ini berjuang bersama UMNO atas prinsip agama bangsa dan negara telah membuat satu langkah yang silap bila bekerja sama dengan bekas musuh-musuhnya seperti Limkit Siang dan Nik Aziz yakni menggabungkan PAS dan DAP untuk bersama beliau menjatuhkan UMNO dan BN...

Orang Melayu lawan melayu lawan melayu...

Melayu dalam pakatan Haram juga sangat bergantung kepada KAFIR DAP utnuk mendapatkan kuasa... Maka, kebergantungan ini menyebabkan DAp mula naik kepala macam Abang besar... PAS pula? terus menjadi pengikut yang setia kepada mereka walaupun secara luarannya PAS kononnya setaraf dengan mereka walhal hakikatnya dalam keadaan kerusi parlimen yang sedikit PAS sebenarnya tak lebih macam MELUKUT DITEPI GANTANG...

Penggunaan kalimah Allah...

Kehidupan bersama rakan-rakan yang bukan beragama Islam di Negeri di Bawah bawu banyak mengajar erti betapa pentingnya Umat islam bersatu... rakan-rakan saling memahami antara satu sama lain... Namun, isu besar di sini, terdapat pemimpin CHAUVINIS terutamanya dikalangan Kafir DAP yang membesar-besarkan isu ini kononnya demi Hak mereka... persoalannya Hak Apa...?

penjelasan demi penjelasan telah diutarakan oleh pemimpin dan juga para Ilmuan Agama... namun mereka masih tidak mahu menerimanya...

Ada orang bertanya, kenapa di indonesia boleh...?

JOMO kata, kenapa perlu kita samakan Malaysia dan Indonesia... Di Malaysia kita sangat menjaga hukum dan perlaksanaan islam... Sebagai contoh isu murtad, kita sangat jelas menentangnya berdasar Syariat islam... tapi di indonesia...? Mahukah kita jadi seperti mereka..? Kuasa Allah menentukan apa saja... Allah menurunkan bala... menurunkan ujian... Tapi, Alhamdulillah, Allah masih menjaga Malaysia daripada bala yang besar...

Mahukah kita lihat orang bukan islam menggunakan Kalimah Allah di mana-mana sahaja..; Dijadikan tatu...? di jadikan 'BUAH' rantai...? keluar masuk tandas dengan membawa kalimah Allah...

Apakah yang dimaksudkan ALLAH bagi mereka...? Allah bagi kita adalah tuhan yang satu... Bagi mereka..? Sanggupkah diri kita mereka menyamakan pemahaman Allah yang tauhid itu dengan pemahaman mereka...?

Tunggu sambungan kedua.....

-Pertahankan KALIMAH ALLLAH!-

Thursday, 27 December 2012

Kaki Putar Belit! Roh 'Altantuya' Kini Mencarinya...


Menarik mengenai isu Altantuya ini... Sehingga kini tak habis-habis di politikkan oleh kumpulan  yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri kita Dato Seri najib Tun Razak...

GAME PLAN yang kelihatan pada awalnya untuk menyerang PM Najib akhirnya memakan diri... Satu demi satu pembongkaran dibuat... Pembongkaran oleh raja Petra diantara orang yang terlibat menyerang PM Najib yang membawa kepada kenyataan bahawa karektor seperti NAJIB, ROSMAH hanyalah rekaan semata-mata... Akhirnya Ayah mangsa Dr. Setev sendiri membuat kenyataan yang menikam kalbu Anwar dan konco-konconya...

Inilah permainan politik KOTOR Anwar dan anak buahnya... Ketaksuban yang melampau untuk menjadi Perdana Menteri malaysia, menyebabkan beliau menikam diri sendiri bilamana kawan-kawan beliau sebelum ini yang bersama-sama dengan beliau menentang kerajaan BN akhirnya membuat keputusan untuk MUFARAKAH daripada beliau...

JOMO kata: Jangan mudah percaya...

baca juga di sini

Sanggup!



Fikirlah sendiri....

Tekanan demi tekanan dibuat...

Serangan demi serangan dibuat....

Masih tidak mahu menarik balik...

Senang saja mengkafirkan orang lain...

Siapalah kita disisi Allah...

JOMO Kata: teringat kisah pemerintahan Islam yang paling zalim dialam semesta... Kisah HAJAJ...!

Kes Saman Anwar Biseksual: Mahkamah Buat Keputusan...

Foto ini boleh menceritakan mengenai Nalla dan Anwar...

AIDCNews – 26/12/12 – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi defenden mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan berdasarkan permohonan Anwar September lalu yang memohon untuk membuang beberapa kenyataan di mana Anwar tidak berpuas hati apabila pihak defenden telah memasukkan keputusan mahkamah kes liwat yang terdahulu dalam pembelaan mereka.

Mahkamah Tinggi hari ini juga turut menetapkan 18 Jan untuk pengurusan kes saman itu.

Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac bertajuk ““Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla”.

Dalam kenyataan pembelaan bertarikh 23 Mei 2012, Nallakarupan memberi kenyataan berdasarkan kes-kes mahkamah yang pernah dihadapi Anwar termasuk kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Munawar Annes, Azizan Abu Bakar dan Shamsidar Taharin untuk membuktikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah seorang biseksual.

Nallakarupan yang lebih dikenali sebagai Nalla merupakan bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh majikannya, Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.

Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.

Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan mereka telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan Anwar adalah biseksual.


-admin-

SAMPAH dan MEMALUKAN? AZWAN ALI di 'KUTUK' Lagi...


Bagi JOMO, beliau bukanlah selebriti yang mashur..... Namun, beliau pandai mencuri tumpuan peminat diluar sana... Isu yang melibatkan beliau seringkali terpapar di media... Apatah lagi ahli keluarganya juga adalah dikalangan orang politik sebuah parti... Beliau punyai kebolehan untuk menarik orang media agar membuat cerita mengenai beliau... Itulah di Azwan Ali...

Terkini! Seorang artis senior Arash mohamad telah mengutuk satu program yang dikendalikan oleh Azwan Ali sebagai 'sampah' dan memalukan... kenapa?



Artis punyai pandangan mereka sendiri... Apappun masalah perlu diselesaikan... Siapa yang telah dilantik menerajui satu persatuan itu mohon untuk tidak mendiamkan diri dan membisu sahaja... Sekian!

selanjutnya rujuk Kedah Ke KL

Kafir DAP Baca Ayat Quran Kena Bantai Oleh UFB!

Senang-senang mereka membaca ayat Quran... Untuk UNDI Pilihanraya... Untuk menyokong mereka... AKIDAH pun tak betul, inikan pula mahu ajar Orang Islam yang lain... KUTUK TINDAKAN KAFIR DAP ini...

Wednesday, 26 December 2012

Video Wajib Tengok! Bekas Kawan Anwar kata 'ANWAR AKAN LAKUKAN APA SAJA..."

Kalimah Allah! Ustaz Haron Din 'KELUAR' dari Kepompong PAS..


AIDCNews – 25/12/12 – Ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen kalimah Allah patut diberi kepada penganut Kristian, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada tahun 20101 pernah ‘mufarakah’ daripada PAS semata-mata untuk mempertahankannya.

Walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menyokong kenyataan Ketua Pakatan, Anwar, namun Presiden PAS itu tidak turun padang melobi penggunaan kalimah Allah itu kepada Kristian sebagaimana yang dilakukan secara agresif oleh Ketua Umum PKR.

Sebaliknya, sebagai menentang hujah Anwar, Haron Din turun padang atas kapasiti individu.

Haron Din ketika dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermksud, “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal, Haron berkata sepatutnya perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.

“Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah.

“Soalan yang saya nak tujukan kepada orang yang merasakan bebas berfikir, bebas bersuara, bebas menyokong apa sahaja..kalau kita sokong..sokong maknanya bersetuju, sokong juga maknanya menolong..,”katanya.

Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong menolong, iaitu tolong menolong ke rah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.

“Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak Mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?

“Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar, “katanya.

Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini sebelum ini, semuanya terhapus. “Mahukah perkara syirik seperti ini, kita terlibat ? Nauzubillah. Jadi saya tak nampak kalau orang Islam yang faham ini, dia nak buat perkara syirik,”tegasnya.

Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain.

Sambil merujuk Bible, Haron berkata, “Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat..diguna perkataan ‘God’…

“Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.

“Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah.”


-admin-

Takut dan Tiada Telur! Membisu Seribu bahasa Bila Kafir DAP Mahu Guna Kalimah Allah...


Keangkuhuan DAP dan ketaksuban PAS adalah kunci kehancuran Pakatan Haram... Kunci ini hanya tunggu untuk dibuka oleh manusia yang CEKAL memperjuangkan ISLAM dikalangan mereka...

Krismas telah berlalu! Kenyataan yang palung menggemparkan bilamana KAFIR DAP sekali lagi menyuarakan kenyataan agar golongan bukan Islam di Negara ini dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam kehidupan mereka...

PAS selaku kawan mereka langsung tidak berani memberikan pendapat dan jawapan mengenai hasrat kafir ini... memilih diantara Islam ataupun kawan pun susah... Almaklumlah, mereka sudah 'BERTUNANG' demi menawan Putrajaya...

Sangat menakutkan! Kalau sebelum ini kita tidak pernah dengar orang bukan islam walaupun dari DAP menyuarakan isu yang sangat merbahaya... namun, mereka inilah punca segalanya...

JOMO ketika berbual dengan beberapa pemuda peringkat akar umbi menyatakan, PAS sebenarnya sudah silap langkah bersama DAP... Niat mereka untuk menolong Anwar terjerat dengan PERTUNANGAN bersama DAP...

JOMO Kata: terlajak eprahu boleh diundur, terlajak perbuatan.... Nahas padahnya... JOMO mahu mengambil sikap semua orang ISLAM MESTI BERSATU di bawah 1 payung! pertahankan Kalimah Allah!

PANAS! Player M.U. "Chicarito" Kagum Dengan Rasulullah...



Penyerang kelab bolasepak gergasi dunia Manchester United, Javier Hernandez Balcazar atau yang lebih dikenali dengan nama Chicarito manyatakan perasaan kagumannya kepada baginda Nabi Muhammad SAW.Difahamkan, Chicharito merupakan pemain Mexico pertama yang diserap ke kelab gergasi Manchester United untuk Liga Perdana Inggeris.

"Saya bukan seorang Muslim, tetapi tokoh orang terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad," tulis Chicarito, di akaun Twitter-nya.

Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Mexico pada tahun 2009, untuk Piala Dunia FIFA 2010 dan tahun Piala Emas CONCACAF 2011 yang lalu.Chicharito telah dinobatkan sebagai pemain paling berharga setelah berjaya sebagai penjaring terbanyak Piala Emas dengan 7 gol.

Walaupun pada masyarakat dunia yang bukan muslim sekarang ini sedang mengutuk dan tidak mengiktiraf kewujudan pemimpin islam Nabi Muhammad SAW, tetapi lain pula bagi Chicharito walaupun dia bukannya seorang Muslim.

Saya sangat kagum mendengar berita ini dan berasa betapa rendahnya darjat saya walaupun seorang muslim yang memang asal dilahirkan dalam islam. Begitu besar kekagumannya kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Bagaimana pula dengan anda? -EP

-admin-

Terkini! Begitu SenangDapatkan "Calsberg" di Shah Alam Sekarang...


Setelah kecoh isu penjualan arak di Seksyen 8, Shah Alam kira-kira 4 tahun lalu yang menjadi salah satu punca pemecatan Dato Dr Hasan Ali dari PAS dan jawatan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam, kerajaan Negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

“Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu,” begitulah laporan Harakahdaily yang meninjau di kedai 7-Eleven di Seksyen 8 Shah Alam pada Mei 2011.

Namun, janji kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ditepati kerana tinjauan kami di DUN Bangi pada dua hari lepas, Ahad, 16 Disember mendapati minuman keras masih lagi dijual di kedai 7 Eleven, malah lebih menyeluruh dijual di kedai serbaneka, 99 Speedmart.

DUN Bangi majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.

Daripada 3 kedai serbaneka 99 Speedmart yang kami kunjungi, semuanya menjual secara terbuka minuman keras sama ada yang mengandungi paras alkohol kurang atau lebih 10 peratus.

Jenis arak itu termasuklah Tiger, Carlsberg, Guiness, Anchor, Heineken dan sebagainya yang diletakkan sebaris dengan minuman-minuman lain.

selanjutnya baca di sini

-admin-

JOMO Kata: penulis selalu juga mengunjungi seksyen 8 tu... Ramai para Ustaz berceramah di surau...

Tuesday, 25 December 2012

Isu DNA Mesti kita Tahu! Terbaik by Zul4Kulim


Zul4Kulim Salam 2 all.

Teman tersenyum membaca kenyataan YAB Datuk Nik Aziz (DNA) yangg menegaskan akan terus bertanding dalam PRU 13 kononnya atas alasan "mahu mencegah kemungkaran UMNO"! Kata DNA, "orang Melayu yang menyokong UMNO melakukan kemungkaran. Selagi orang Melayu menyokong UMNO, selagi itu saya akan terus bertanding! Maknanya bagi DNA, menyokong UMNO adalah menyokong kemungkaran. Dan DNA menghalalkan tindakan untuk terus bertanding atas alasan rapuh itu!

1. Tidak boleh dipercayai!

Kenyataan tersebut membuktikan DNA sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini kerana sekitar awal tahun 2000, DNA menyatakan bahawa "kalu Dr. Mahathir letak jawate, esoknya ambo pun letak jawate"! Tun Mahathir telah pun meletakkan jawatan tahun 2003. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi DNA bukan sahaja masih belum meletak jawatan, malah berangan nak bertanding lagi!

Ternyata DNA tidak mempunyai ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin yang sepatutnya wajib mempunyai sikap amanah dan kebolehpercayaan memegang janji dan kata-katanya, apatah lagi ciri-ciri seorang ulama' kerana memungkiri janjinya sendiri! Keldai dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Jika janji seorang yang dilabel Tok Guru pun tidak mampu dia tunaikan, malah dimungkiri, apakah nilai kemanusiaan & kepimpinan yang ada pada DNA?

2. Tidak konsisten & istiqomah!

Sikap tidak menunaikan janji dan tidak amanah dengan kata-katanya membuktikan DNA seorang yang tidak konsisten dan istiqomah. Dan sikap tidak konsisten DNA ini terserlah sepanjang kepimpinannya. Antaranya UMNO pernah dimurtadkan kerana berkawan dengan MCA! Tidak laksanakan hudud!

Tetapi sekarang DNA sendiri berkawan sekatil sebantal dengan parti cauvinis rasis yang extremis DAP yang menentang perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Kedua, UMNO difitnah tidak mengikut Al Quran & Sunnah kerana kononnya tidak melaksanakan hudud & tidak menegakkan Negara Islam.

Tapi kini DNA bersetuju, malah mempersaksikan dan merestui perjanjian Memorandum Persefahaman Pakatan DAP-PKR-PAS yang kini diterjemahkan dalam bentuk Buku Jinggay dan manifesto pembangkang DAP-PKR-PAS bahawa 'hudud dan negara Islam tidak masuk dalam agenda pembangkang jika menang PRU 13'! Jadi dimana konsistensi dan istiqomahnya DNA!

Malah teman boleh bariskan banyak lagi sikap & pendirian tidak konsisten DNA yang membuktikan bahawa DNA tidak punya ciri-ciri keperibadian pemimpin Islam; sekadar bersalut serban & jubah yang berjaya mengelabui pengikut yang taksub!

3. DNA aset bagi Anwar & DAP

Atas sikap ketidakboleh-percayaan dan tidak konsisten itulah teman percaya Anwar & DAP akan terus memastikan DNA terus memimpin PAS & bertanding dalam PRU 13 dan kekal sebagai MB.

Ini kerana DNA tidak saperti ulama' lain yang tegas dalam pendirian mempertahankan Islam & istiqomah. Contohnya Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, YB Ustaz Nasarudin Mat Isa dan lain-lain ulama.

Ini adalah kerana mereka adalah ulama dan tokoh ilmuan & pemimpin Islam yang terkenal tegas dalam pendirian mempertahankan Islam dan istiqomah. Orang saperti DNA memang sangat berguna bagi Anwar & DAP dalam melaksanakan agenda impian mereka.

Contoh terbaru kita lihat bagaimana Kerajaan DNA memberikan anugerah tanah kepada kepimpinan kafir DAP yang bukan rakyat Kelantan! Sedangkan undang-undang tubuh Kelantan sangat jelas; tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh warga Kelantan, tetapi dibawah DNA semuanya boleh!

Sudah pasti Anwar & DAP akan bersyukur adanya pemimpin PAS saperti DNA yang banyak membantu dan menyumbang kepada menjaya dan melaksanakan agenda mereka! Teman cukup yakin Anwar & DAP berserta para Anwarinas dan parasit yang ada didalam pembangkang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan DNA terus bertanding & kekal sebagai pemimpin PAS & MB Kelantan!

4. Bonus bagi kafir harbi!

Selanjutnya, pengekalan DNA sebagai MB & pemimpin PAS akan menguntongkan agenda cauvinis, rasis & extremis DAP. Ini kerana ternyata DNA telah berjaya menjadi agen pemecah belah umat Islam-Melayu dengan beberapa kenyataan & tindak-tanduk beliau, termasuk melabelkan UMNO sebagai murtad, menghalalkan tindakan mendoakan supaya UMNO dihancurkan dan lain-lain.

Sudah tentu sikap memecah belah dan merosakkan ukhwah & perpaduan umat Melayu-Islam oleh bangsa Melayu sendiri adalah satu bonus besar kepada parti cauvinis, rasis & extremis saperti DAP. DNA adalah aset politik besar bagi Anwar & DAP! It's a BIG BONUS for them!

5. Siapa yang tidak Islamik?

Akhirnya, teman nak tanya DNA, siapa sebenarnya yang mencemari & mengkhianati Islam & risalah suci Islam! Siapa sebenarnya yang tidak mengikut Al Quran & Hadis? UMNO atau PAS?
PAS terbukti sekadar parti politik yang punya labelling Islam sahaja, diselimutkan dengan warna-warni Islam, dipenuhi para pemakai serban & jubah!. Tetapi dari segi pengisian adalah sebaliknya.
PAS hanyalah sekadar "parti Islam kulit bawang".

PAS yang menyokong Anwar yang jelas menganut fahaman pluralisma & liberlisma yang menyamakan semua agama!

PAS menghalalkan kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian sebagai nama ketuhanan 3 dalam 1 yang jelas syirik dan kufur kepada ketuhanan ALLAH Maha Esa!

PAS menghalalkan persekongkolan dengan DAP yang jelas anti perlaksanaan syariat Islam dengan slogan "Islam over my dead body"!

PAS menghalalkan politik rusuhan & keganansan melalui perhimpunan haram!

PAS mengangkat seorang anti-Islam & pro-murtad sebagai ketua dalam himpunan haram!

PAS memecat pemimpin yang mahu menjaga aqidah umat & mencegah kemungkaran tanpa mengikut lunas Islam!

PAS menghalalkan tindakan sesetengah calonnya mengangkat sumpah talaq tiga terhadap isteri masing-masing demi menjaga kepentingan parti!

PAS mahu mengangkat seorang yang menghadapi masalah moral & akhlak yang serius sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat banyak dalil dan bukti!

PAS mengangkat martabat kominis saperti Mat Indera dan mengutuk pejuang yang mempertahankan tanahair dan anggota keselamatan negara yang dibunuh kejam!

PAS melarang ahlinya daripada menghadir Himpunan Umat Islam untuk menyelamatkan aqidah, tetapi menyokong himpunan haram yang diketuai oleh kafir!
Teman boleh bariskan banyak lagi bukti, tindak-tanduk, kenyataan dan pendirian PAS yang jelas bercanggah dan terkeluar daripada Al Quran dan Sunnah!
Memalukan Islam!

Malah, tindak-tanduk PAS kekadang lebih memalukan Islam dari kacamata bukan Islam. Contohnya menyaman wanita bukan Islam yang menggunting rambut lelaki bukan Islam! Adakah ini ajaran Islam? Mana dakwahnya?
Bagaimana pula dengan Kerajaan DNA yang sehingga hari ini,setelah lebih 20 tahun diberi amanah memerintah Kelantan, gagal membekalkan sebahagian rakyat Kelantan dengan air bersih, sehingga air yang dibekalkan kotor dan ada lapuran ianya beracun! Mana pembangunannya? Mana pembasmian kemiskinannya?
Adakah ini ajaran Islam, berdasarkan Al Quran & Sunnah!

Mana dia dasar keselamatan & pertahanan PAS?
Mana dia dasar hubungan luar & antarabangsa PAS?
Mana dia dasar perumahan PAS?
Mana dia dasar pendidikan PAS?
Mana dia dasar pembangunan PAS?
Mana dia dasar pembangunan modal insan PAS?
Mana dia dasar sukan & rekreasi PAS?
Mana dia dasar kebajikan PAS?
Mana dasar membasmi kemiskinan & mengangkat taraf ekonomi umat Islam & rakyat?
Mana dia dasar pertanian PAS?

Teman langsung tidak nampak ini samada di Kelantan, Kedah mahupun Terengganu dahulu!

Apa yang ada sekadar ustad-ustad dan penceramah-penceramah PAS siang malam pagi petang surau masjid berceramah, sampai maki hamun, caci nista sesama umat Islam! Sampai kafir mengkafir, murtad-memurtad, hancur menghancurkan sesama Islam!

Cukup Islam kah PAS kalau sekadar melilit serban & berjubah sambil berceramah siang malam pagi petang? Siap minta derma jihad konon! Mana dia Tabung Memali? Mana dia Tabung Kohilal?

Islam bukan sekadar label!
Islam bukan sekadar agama jerit pekik maki hamun!
Islam bukan sekadar agama caci maki & fitnah sana sini!
Islam bukan sekadar agama 'jual airliur'!
Islam bukan agama untuk diguna sebagai bahan kutip derma!
Islam bukan agama sekadar melilit serban berjubah!
Islam bukan agama hukum menghukum, kafir mengkafir, murtad memurtad!
Islam adalah addeen! Islam adalah cara hidup! Islam itu cantik dan indah, tetapi diburukkan oleh segelintir umatnya sendiri! Islam itu a'la, Islam itu tinggi, tetapi direndahkan maruah dan martabatnya oleh segelintir umat Islam sendiri!

Sebab itu teman berpendapat kenyataan DNA mahu terus bertanding dalam PRU 13 konon untuk mencegah kemungkaran UMNO adalah sekadar untuk menghalalkan nafsu DNA untuk terus memegang jawatan Menteri Besar!

Kalau nak berdakwah, tidak perlu bertanding pilihanraya, tidak perlu memegang jawatan Menteri Besar. Malah pendakwah yang lebih berkesan adalah yang tidak cari makan melalui politik kepartian, melalui jawatan dan habuan, sebaliknya bebas dari segala cengkaman duniawi.

Adakah DNA tidak lebih daripada apa yang disebut dalam loghat Kelate "nate politik", 'political animal- haiwan politik' yang hidup hanya untuk berpolitik kepartian? Mike ada otak, pikior sendirilah yop!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, memperteguhkan aqidah, dan memberikan hidayah yang berterusan. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Safar 1434
21 Dis 2012

Buku 'Kafirkah Aku?" yang perlu Di Miliki Oleh Orang PAS...


Ketaksuban ahli PAS dalam misi mereka untuk melawan UMNO kini terbongkar...

Apa sebab sehingga hari ini ada Orang PAS yang langsung tidak pernah mahu bersama UMNO untuk memimpin Negara ini...?

C.N Al-Afghani, seorang -engikut Ibrahim libya yang menceritakan segalanya dalam buku ini... Haji Hadi Awang tidak mahu membuka mulut bagi membicarakan isu ini... Haji Hadi diam seribu bahasa... Kenapa?

Inilah yang mula diperkatakan oleh golongan yang taksub kepada PAS... Anak-anak muda dalam PAS mula mempertikaikan apa yang berlaku dalam parti itu... Ini semuanya berpunca bilamana PAS bekerjasama dengan DAP parti yang mereka tentang dahulu disebabkan tidak mahu menubuhkan negara Islam...

Tapi Sekarang....

JOMO Kata: Jom dapatkan buku ini....

Krismas! @DatukJumat Ajak Warga Sepanggar Bersatu Padu!





"Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru kepada semua warga Sepanggar khasnya penganut yang beragama Kristian... Semoga Perayaan ini dapat merapatkan hubungan antara kaum yang sememangnya begitu akrab.

Semoga tahun baru 2013 akan datang membawa rahmat kepada kita khususnya kaum bumiputera Sepanggar yang amat memerlukan pertolongan dan perlindungan dari segi sosial ekonomi.

Tirai tahun 2013 juga dibuka dengan pungutan suara akyat di mana PRU ke 13 akan diadakan pada awal tahun. Sesekali lagi rakyat Sepanggar perlu bersatu padu dan melihat jauh kehadapan agar suara rakyat ini mampu mengukir masa depan generasi kita yang lebih terjamin.

Saya mengharapkan agar rakyat dapat memilih untuk kelangsungan perjuangan, memurnikan hubungan antara kaum dan memakmurkan negara agar pembangunan ekonomi berjalan dilandasan yang betul tidak tersekat atau terencat."

Selamat Menyambut Hari Natal dan menyambut Tahun Baru 2013.

Ikhlas daripada: Datuk Jumat Haji Idris, Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Pengerusi BN Sepanggar.

Sumber Blogger http://anakparlimensepanggar.blogspot.com/

Hari NataL! Cristiano Ronaldo Mahu Balik M.U...?

Sebelum itu JOMO MALAYA mahu ucapkan Selamat hari NATAL kepada semua yang meraikannya...



Cristiano Ronaldo mahu menyertai semula Manchester United, musim depan!

Hasrat itu dinyatakan sendiri Ronaldo yang bersedia untuk meninggalkan Real Madrid supaya dapat kembali ke Old Trafford, sehari selepas pengurus United, Alex Ferguson mengakui dia gembira jika bintang Portugal itu kembali.

Ronaldo, 27, sudah memberitahu sahabat terdekatnya serta bekas rakan sepasukan di United yang dia mahu ‘pulang ke rumah’.

Segala spekulasi timbul selepas Real diundi bertemu United untuk aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, Februari dan Mac depan.

Namun Ronaldo mengakui nilai kontraknya ketika ini memungkinkan perpindahan semula ke United, musim depan dilihat agak mustahil.

Ronaldo sudah meledak 170 gol sepanjang 169 sejak dia menyertai Real daripada United pada 2009 dengan harga £80 juta.

Justeru, Real dikatakan bakal meletakkan nilai sekitar £120 juta jika ada kelab lain berminat mendapatkan khidmatnya. sumber

 
ADAKAH IANYA HADIAH HARI NATAL BUAT PENYOKONG MAN UTD...?

Solat Asing Hanya Kerana Amanat! Siapa Tanggung Dosa...?


Siapa yang mahu menanggung dosa mereka...? Kalau hari ini amanat tersebut seperti ditelan kembali oleh PAS, siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap amanat Hadi dahulu...?

Bukan mahu mengucar-kacirkan keadaan, namun, Haji hadi perlu menarik balik amanat beliau dan memohon maaf kerana kata-kata beliau menjadi penyebab kepada perpecahan umat Islam...

Wallahua'alam...



Lanjut baca GAP

Monday, 24 December 2012

Isu Gila dan Bapak Setan! Apa Komen @realDrMAZA sekarang...?

Selamat Hari Natal! Apa Kata Majlis Fatwa....



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1) Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
 
2) Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
 
3) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

English Version
The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival

Decision:

The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:

1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam

2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam

3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.


JOMO Kata: Syukur... JOMO ramai kawan bukan Islam di Sabah... Setiap tahun akan wish selamat hari krismas kepada mereka...1 Malaysia...

PAS Bengong! "Mana Ada HUDUD..."



Eloknya PAS dan pemimpinnya diamkan saja tentang hudud dan ada lebih baik tumpukan dalam lain-lain isu yang perlu masyarakat ketahui.

Jangan layan sangat sakatan UMNO mengenainya yang tujuannya adalah demi mengelirukan orang ramai dan memerangkap PAS.

Hudud adalah program PAS bagi mengabdikan diri kepada Allah dan agamanya. Ia tidak mungkin dilaksanakan selagi PAS tidak berada dalam kerajaan baik ia memerintah sendiri atau kerajaan yang disekutuinya.

Sudah cukup setakat ini dengan pendiriannya yang sudah diketahui umum. Bahawa hudud itu sebahagian dari cita-cita politik.

PAS sudah nyatakan cita-citanya dan sebagai tanda kesungguhannya dengan cita-cita itu ia sudah meluluskan enakmen mengenainya di Kelantan dan Terengganu.

Kedudukannya sekarang ialah seperti kenderaan yang berada di simpang lampu trafik. Ia berhenti kerana isyarat lampu merah. Ingin kenderaan tidak dihenti. Ia menunggu lampu hijau. Bila datang lampu hijau, ia boleh berjalan.

Oleh itu jika ada orang menyakat PAS tentang hudud itu, kerana kononnya PAS munafik dengannya dan sudah melupakannya, maka tidak perlu dilayan dan dijawab. Politik menuju ke Putrajaya boleh celaru dan keliru sama sendiri apabila ia dipolemikkan.

Cita-cita PAS itu sudah diketahui oleh semua sama ada ia diulang atau didiamkan. Tidak perlu dinyatakan lagi. Semuanya tahu jika PAS bersama memerintah negara, ia akan berusaha sedaya mungkin untuk menyempurnakannya.

Tidak ada makhluk yang percaya PAS melupakannya. Kalau dasar PAS berketul dapat dilihat dengan mata, kiranya perut iblis dapat dibelah, nescaya kita dapat lihat ketul itu ada dalam hatinya.

Ia tahu PAS tidak melupakannya hinggalah ia dapat menjadikan PAS sama seperti lawannya iaitu UMNO.
Selama 66 tahun usia UMNO, sudah 55 tahun ia memacu negara merdeka, jika dibelah perut, ketul hudud tidak ada dalam hatinya. Yang ada dalam hatinya hudud PAS.

Akan iblis tadi, kurus kering ia kerana dalam hatinya ada ketul hudud yang tersimpan rapi dalam cita-cita politik PAS. Baik PAS bercakap tentangnya atau PAS berdiam saja, ia lihat dan ia rasa ketul itu ada. Ia seperti kanser baginya. Lalu ia berusaha untuk memadamkannya, menghasut PAS supaya melupakananya. Kesnernya itu akan sembuh apabila dapat menjadikan PAS sama dengan seteru politiknya.

Walaupun UMNO sudah menyakat PAS, dikatakannya cita-cita hudud PAS itu sudah jadi cacamarba apabila ia bersekongkol dengan DAP dan PKR, dan DAP terang-terang menyatakan ia menolak hudud, tetapi tetap MCA, Yahudi, Amerika dan lain-lain, jika perut masing-masing dibelah, ada dilihat ketul cita-cita PAS dalam hati mereka.

Dan katakanlah ketika menunggu 100 haru PRU13 ini tiba-tiba PAS membuat pengumuman betapa ia tidak lagi menyimpan cita-cita politiknya, tidak lagi ia mahu meneruskan ibadatnya itu, ia tidak bercadang untuk meneruskan hudud, tiada ahli MCA yang percaya, tiada seekor Yahudi dan Amerika yang percaya.
Jika selepas ia mengumumkan mahu melupakan hudud, dibelah perut MCA dan perut Yahudi, tetap ketul hudud itu dijumpa dalam hati mereka. Mereka tidak akan percaya PAS sudah melupakannya sekalipun PAS betul-betul melupakannya.

Begitu juga iblis. Ia pun tak percaya PAS melupakannya. Sekalipun PAS betul-betul melupakannya, ia tetap curiga bahawa PAS mungkin taubat dan kembali kepada cita-citanya. Selagi PAS tidak mati, ia tidak percaya PAS benar-benar melupakannya.

Atas kedudukan itu PAS tidak perlu lagi melenting atas isu hudud itu. Buat saja kerja yang patut hingga sampai ke Putrajaya.

Oleh Subky Latiff..

-admin-

JAHANAM! Pakai Tudung Tapi TUNJUK Lurah Dendam...



Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian dipagi hari...

Seakan sudah menjadi trend ramai yang mula bertudung, namun yang mendukacitakan ada yang tak tahu bahawa AURAT perempuan itu meliputi keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.... (rujuk ilmuan agama...)

Semoga kita dilindungi dari bala yang menimpa...

JOMO kata: Bersama terus mendalami ilmu agama...

Video! PAS Kedah di pertikai Oleh Sekolah Tahfiz dan Pondok!

Sunday, 23 December 2012

Apa??? Azwan Ali Bakal Join Politik...?

Songsang! Budak IPT, Penjawat Awam jadi Sasaran...?



Bekas Ahli Dewan Ulama PAS dedah pelajar IPT, penjawat awam jadi sasaran

Kuala Lumpur: Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah ajaran sesat yang sengaja disebarkan dan digerakkan untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika itu penyebarannya mensasarkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pejabat kerajaan melalui usrah serta mengajak mereka bersama PAS menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap kafir. Menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam

Bekas ahli Dewan Ulama PAS, Prof Madya Mohd Noor Deris yang ketika itu bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggerakkan penyebaran amanat berkenaan mendakwa peristiwa berdarah Memali tercetus akibat amanat itu kerana kumpulan yang berkumpul di kampung itu berjuang menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam.

“Malah, beberapa gerakan berhaluan kiri dan militan juga mula digerakkan ketika itu. Bahkan, saya pernah terbabit dengan usrah di dalam hutan di Janda Baik membabitkan pelajar IPT dan kakitangan kerajaan. Kita lakukan untuk menentang kerajaan.

“Saya sudah bertaubat dan berharap Hadi juga segera bertaubat dan menarik balik amanatnya demi kepentingan Islam. Saya menyesal kerana sudah menyesatkan ramai orang dengan amanat itu.

“Bagi saya amanat itu ajaran sesat dengan kita menggerakkan semangat jihad menentang kerajaan,” katanya mendakwa terpengaruh dengan Hadi.

Dakwah songsang

Mohd Noor berkata, amanat itu dakwah songsang yang tidak seharusnya dipandang sepi oleh pihak berkuasa kerana ia membabitkan akidah umat Islam.

Sebelum ini beberapa tokoh agama, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Hadi menarik balik amanatnya kerana ia bukan saja bertentangan dengan Islam, malah mengundang perpecahan umat Islam.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata menjadi tanggungjawab Hadi menarik balik amanatnya dan memperbetulkan keadaan jika ada umat Islam yang sesat akibatnya.
Beliau berkata, untuk menghukum seseorang terkeluar dari Islam bukan mudah, malah Islam mempunyai peraturan dan sebagai seorang ulama, Hadi tidak sepatutnya mengkafirkan sesama Islam. sumber

-admin-

Ezad Exist Dah Tak laku Then Sokong Anwar...



Inilah manusia... Bila dahulunya megah dengan populariti yang diperolehi... anmun, bila sudah tenggelam, semua yang dahulunya dipuji kini dicaci semula...

Ramai artis-artis kita sudah mula sibuk berpolitik terutamanya melibatkan mereka yang sudah tidak lagi popular dan diterima oleh peminat...

JOMO kata: Adat tak boleh diterima...