Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 15 December 2012

MUST READ! DAP Hiding Under The 'KAIN PELIKAT' Of PAS...?



Stop The Lies Some one month back, a singing performance at a DAP dinner in Pahang was abruptly halted.

It was not because the music had stopped because of power failure.

Apparently the DAP had stopped the stage singer, dressed in a sexy outfit, from continuing her performance after her first song, which was a curtain raiser to the dinner.

Bowing to pressure from PAS leaders who were present, they decided to do away with more performances which were paid for by villagers in Telemong, near Bentong.

She and other singers were supposed to provide entertainment at the DAP dinner but PAS leaders insisted that there be no more performance as they deemed the singers being immoral.

What a let down by DAP. Why give in and be dictated by the PAS Taliban fellows. Don’t you have balls to stand up against these extremist buggers?

Are the DAP so helpless. Don’t they have any guts to show the finger at PAS for dictating to them what to do?

Can the Chinese still rely on DAP to champion their cause when even in their home turf, they are unable to stand up against pressures of the ultra extremist PAS leaders.

After all it’s your own show. If they find it offensive, the DAP leaders present should have shown them the exit, just like when the DAP commented on hudud laws, the PAS leaders told off DAP leaders and were showed the exit door if they continued to harp on the matter.

Several new village committees who had raised thousands of ringgit to hire the singers were enraged that DAP had “kow tow” to PAS when they were merely invited guests at a function and have no bloody right to make a fuss.

It is just like if you are a guest at someone’s house, how could you insist on switching channels just because your host is watching the Miss Malaysia pageant and you feel that the participants in swimsuits are offensive.

The DAP are being submissive to their PAS “tai kor” (big brother).  They have become a toothless tiger and are helpless in many situations.

Hudud law is one obvious issue that DAP still cannot make any headway in convincing PAS to reconsider its Islamist agenda.

Then there is the recent brouhaha over the Kelantan state ruling that a female hairstylist cannot cut the hair of a male customer and vice versa. That rule also applies to non-Muslims.

Clearly the hair cut ruling is an infringement of the rights of the non-Muslims and denying the right to earn a decent living. And yet we don’t see any DAP leader standing up to their PAS brother on this issue. WHY?

Perhaps they have also become puppets to PAS. If you have seen puppets on the strings, you know what I mean.

At the slightest tug, you will see that the puppet will react and its actions will correspond with that of the puppet master. Similarly we see the DAP doing the same.

Perhaps we are heading towards a “ketuanan” PAS culture. source

-admin-

Bina Rumah Pun Nak Tipu! Rakyat Selangor Terus Tertindas... cc @Khalid_Ibrahim



Harapan Rakyat Selangor untuk mendapatkan rumah terus menjadi harapan palsu... Terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, rakyat Selangor terus dikelirukan dengan Politik KATAK yang diamalkan oleh Kerajaan Campuran Pakatan di Selangor...

Terkini! pembinaan pangsapuri yang tidak diketahui akan status dan identitinya menjadi bebanan kepada rakyat yang mahu mendapatkan rumah...

pkns menipu

Lihat sahaja foto yang dilampirkan, terdapat dua kenyataan BODOH yang membuatkan rakyat terus diperbodohkan oleh pimpinan pakatan di Selangor...

Agenda apakah ini...? Siapa Exco yang bertanggungjawab...? Adakah ini propaganda murahan untuk mengelirukan rakyat betapa kononnya Selangor sangat prihatin kepada golongan berpendapatan rendah..? Atau, ini cubaan untuk menyatakan kepada golongan berpendapatan tinggi bahawa mereka mempunyai peluang utnuk mendapatkan rumah...?

Sedangkan isu sekecil ini tidak boleh diselesaikan, apatah lagi isu-isu besar yang menjadi kekaltuan dalam pentadbiran negeri Selangor... Saman menyaman... Golongan berpendapatan rendah terus tertindas... Sampah... Air... kafir masuk masjid sesuka hati... Murtad... banyak lagi....

JOMO kata: Jom Pakat-Pakat Kita AJAR Khalid Ibrahim dan konco-konconya pada PRU13 akan datang...

baca juga Khazanah

BONGKAR RAHSIA! IKAN DUYUNG TAK WUJUD...?


LOS ANGELES: Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.

Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.

Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton.

Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.

Agensi itu mengeluarkan kenyataan menerusi bahagian Fakta Lautan, mengakhiri teori kewujudan ikan duyung.

Kenyataan itu berbunyi: “Adakah ikan duyung wujud? Tidak ada bukti menunjukkan ia pernah ditemui.”
Kenyataan itu seterusnya menerangkan bagaimana makhluk feminin itu ditemui pertama kali pada lukisan di gua kira-kira 30,000 tahun lalu.

Agensi terbabit menggabungkan kenyataan itu menerusi maklumat yang sudah sedia diperoleh untuk orang awam kerana ia tidak mempunyai program yang khusus untuk mengkaji ikan duyung, kata jurucakapnya, Carol Kavanagh kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak mengeluarkan kenyataan bulan lalu bahawa zombi tidak wujud.

Pusat berkenaan membuat kenyataan itu berikutan tersebar khabar angin kononnya seorang lelaki, Rudy Eugene, 31, ditembak mati oleh polis ketika mukanya berubah seperti zombi. – DM sumber

PAS jadi 'PANAS' Bila DAP Pertikai Pasangan Non-Muslim diTangkap BERKHALWAT...?



Selepas kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam, DAP mara setapak lagi mempertikaikan pula penguatkuasan tangkapan dan tindakan saman terhadap dua pasangan bukan Islam oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPK-BRI).

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook seperti dilaporkan Antarapos berkata beliau mahu siasatan dilakukan dengan lebih terperinci bagi membuktikan bahawa dua pasangan bukan Islam itu benar-benar layak disaman atas tuduhan berkelakuan tidak sopan.

“Saya rasa isu saman pasangan bukan Islam perlu disiasat lebih lanjut, sama ada betul ke pasangan itu melakukan sesuatu yang keterlaluan. Kalau setakat mereka duduk berdua-duaan, saya rasa mereka tidak patut dikenakan tindakan,” ujarnya.

Ketika ditanya adakah undang-undang PBT patut diasingkan antara orang Islam dan bukan Islam, Anthony berkata undang-undang itu tidak harus dipisahkan kerana ia sekadar undang-undang kecil.

“Akur (pada undang-undang PBT) bukan isunya di sini tetapi bagaimana dikuatkuasakan. Ia satu definasi yang kabur. Apakah yang dikatakan tidak bermoral? Yang itu kena siasat, apakah bukti yang mengatakan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral?,” soalnya.

Anthony yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP menegaskan undang-undang Islam tidak boleh sama sekali dikenakan ke atas orang bukan Islam.

“Kita bukan pertikaikan undang-undang PBT itu, tetapi jika undang-undang Islam dikenakan kepada bukan Islam, itu tidak patut. Tapi jika guna undang-undang PBT, kena jelaskanlah bagaimana mereka mentafsirkan undang-undang itu,” katanya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya memberitahu sesi penerangan tentang itu tersebut telah diberikan kepada wakil DAP, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Liew Chin Tong yang juga pemain di belakang tabir, badan pemikir DAP, Penang Institute telah dihantar khusus oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menemui PAS.

Mustafa berkata kes di MPKB-BRI sama seperti kes di bawah DBKL pada 2004 di mana mahkamah sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah betul untuk mendakwa dua pelajar kerana berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan bercium di taman KLCC.

Korum itu memutuskan Seksyen 8 (1) Undang-undang Kecil Taman, seksyen yang dirujuk oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menghukum sesiapa yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam adalah mengikut Perlembagaan.


-admin-

Friday, 14 December 2012

AllahuAkbar! Terbongkarnya Agenda KRISTIAN di Malaysia...



Sangat menakutkan bila berbicara mengenai sensitiviti agama... Sebelum ini jarang kita dengar bilamana Islam sebagai Agama rasmi persekutuan (Malaysia) dipersendakan... Semua orang menghormati akan Islam kerana orang Islam menghormati agama lain yang ada di negara ini...

Namun, sejak akhir-akhir ini, begitu banyak suara-suara sumbang yang kedengaran mempertikaikan Agama Allah di Negara tercinta Malaysia ini... Kenapa berlaku sedemikian...?

Bilamana ada orang Islam sendiri yang sanggup MENGGADAIKAN agama demi kepentingan pribadi, akan terjadilah keadaan yang tidak disangka-sangka... Ada orang bukan Islam berani mempertikaikan islam... Ada yang mempersoalkan Orang melayu itu orang islam... Malahan yang lebih teruk lagi, ada gerakan MEMURTADKAN orang Islam... AllahuAkbar...

Bila isu melibatkan gerakan ini didedahkan oleh media massa, penafian demi penafian dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu terutamanya dalam pakatan haram... Namun, hakikatnya...?

Bagi mengupas lanjut isu ini, rujuk pendedahan aganeda Penyebaran Kristian di Malaysia... : KONSPIRASI JURUSALEM!

JOMO Kata: Islam Agamaku... AlQuran Kitabku... Nabi Muhammad Nabiku... kaabah Kiblatku... Akan ku pertahankan agama Allah ini... Isny'Allah....

Bongkar! Seorang Exco Cina DAP ada Status PR New Zealand...?



Apabila kita terus menghadapi kemelut politik dengan tarian politik tidak matang dibawa oleh Pakatan Haram terutamanya Anwar dan konco-konconya, terbongkar satu rahsia di mana difahamkan seorang Exco DAP Pulau Pinang mendapat PR dari negara New Zealand...?

Persoalannya, untuk apakah PR itu...? Bukankah ianya bermaksud exco itu telah menetap diluar sana dengan tempoh masa yang lama...?

Difahamkan lagi, exco tersebut kononnya bercuti atas urusan keluarga di New Zealand namun maklumat yang diperolehi beliau sebenarnya memperbaharui status Penduduk Tetapnya...

JOMO Kata: Patriotiklah sangat... Selamanya Malaysia... Kami Anak malaysia... Jangan Hiopokrit sama rakyat Malaysia...

selanjutnya rujuk Flyingkicks

Tak makan Saman! Manifesto Bukan JANJI, Rakyat jangan Mudah tertipu....

Alahai....

Kasihan rakyat yang ramai tertipu dengan manifesto pembangkang....

Kasihan ibu-ibu yang menyaman Pakatan Rakyat....

Namun, hairannya, Anwar dan konco-konconya terus menabur apa yang mereka gelar sebagai janji...

hari ini Pakatan menang 'Esok saya umumkan harga minyak sleuruh Negara Turun....' ingat tak ucapan ini...?

Tepuk dada tanya Iman kita....

NIKAH! Nik Aziz Jadi Tk kadi APEK...?



Kelibat APEK dalam piala AFC semakin hari semakin merudum... Kita sebagai peminat sendiri tidak mengetahui akan apakah sebab dan punca berlaku sedemikian...

Terkini difahamkan majlis pernikahan APEK dan kekasihnya akan dinikahkan oleh Nik Aziz... Nik Azizi difahamkan akan menjadi Tok kadi ketika itu... Benarkah...?

kita tunggu penjelasan APEK selepas balik dari Thailand....

Ingat Mahfuz! Hukum hudu untuk Semua... - Ustaz kazim

Thursday, 13 December 2012

PANAS! DAP Tak takut PAS...? PAS perlu ikut Pakatan...



Tiada DOMINASI POLITIK...? Apa maksudnya...? PAS tidak akan selamanya akan mengawal DAP... Hakikat sebenarnya, PAS ikut telunjuk DAP...?

Parti DAP tidak takut kepada pemimpin PAS, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau mendakwa, adalah satu penipuan apabila ada pihak mendakwa pemimpin DAP takutkan pemimpin PAS.

“Satu penipuan juga bahawa pemimpin PAS takutkan pemimpin DAP.

“Pakatan pembangkang akan menjadi perikatan sama rata dengan tiada parti politik mengamalkan dominasi kuasa politik,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang mendakwa, hubungan parti dalam pakatan pembangkang adalah sama dan setara kerana saling menghormati pandangan dan perbezaan.

Justeru, dakwa beliau, Kongres DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada hujung minggu ini akan menghantar mesej yang jelas kepada orang ramai mengenai perkara itu.
JOMO Kata: jelas dan nyata... PAS tidak boleh menggantikan UMNO... PAS hanya menjadi melukut yang menumpang dalam Pakatan Rakyat... PAS digunakan sepenuhnya oleh DAP demi mendapatkan UNDI Melayu Islam dan akhirnya mereka berkuasa dan mengawal PAS... kasihan PAS!

Banyaknya Saman..? Dikejar Mak lampir Ker...? Bukti Wanita ini tak Suka AES...

Patutlah beliau selalu menentang AES...

patutlah beliau selalu saja mencanangkan perkara yang tidak baik mengenai AES...

AES diletakkan ditempat yang tak sesuai lah... AES itu dan AES ini...

Rupanya beliau adalah diantara mereka yang mendapat banyak saman dari sistem AES...

Alahai Zuraidah...

Asyik nak llaju jer.... Kenapa? Mak Lampir kejar ker...?

Bukan Bomoh... Presiden FAM Ramal 2-1 malam ini...



KEADAAN tempat latihan yang tidak sempurna bukan penghalang untuk skuad kebangsaan meraih kemenangan dalam perlawanan aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, malam ini, lapor NOOR AZIANTY NORMAN.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu bakal mempamerkan aksi cemerlang serta baginda meletakkan sasaran dua gol berbalas satu dalam perlawanan penentuan itu.

“Walau apa sekalipun keadaan yang bakal ditempuhi, beta harap skuad Harimau Malaya akan bermain bermati-matian bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM Kampus Kuantan, semalam.

Baginda bertitah, jika skuad kebangsaan mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan ketika di Bukit Jalil 9 Disember lalu, sasaran dua gol itu tidak mustahil malah mungkin keputusannya lebih baik.
“Jangan takut dengan tekanan yang diberi oleh pihak lawan, sebaliknya tumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan malam esok (malam ini).

“Faktor padang tidak menentukan menang-kalah sesuatu pasukan. Buktikan kepada mereka (Thailand), semangat kita tidak luntur hanya sebab tekanan yang diberikan,” titahnya.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Thailand menempatkan latihan skuad Harimau Malaya di kawasan padang awam yang tidak mempunyai bilik persalinan dan tidak menepati standard Persatuan Bola Sepak Asia (AFF).

Malah, lebih menyedihkan skuad Harimau Malaya juga terpaksa berkongsi padang dengan kanak-kanak yang menjadikan padang tersebut sebagai tempat permainan mereka. – Sinar Harian Online

PANAS! Anwar dan Abby 'CUAK' Bila PM Palestin PUJI Malaysia...


Hiasan....
AIDCNews – 11/12/12 – Menteri Kesihatan Hamas, Dr Mufid El Mukhalalati dipetik Bernama berkata Malaysia sepatutnya dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia kerana keprihatinan negara ini dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas.

Dr Mufid juga menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

“Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana,” katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa’ di Gaza City pada Isnin.

Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai “saudara seagama rakyat Palestin” dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

“Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan,” katanya.

Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.

selanjutnya baca AIDC

-admin-

Wednesday, 12 December 2012

JAHANTNYA PKR... FITNAH dan TUDUHAN DAASYAT...?

AllahuAkbar...

Apa sudah jadi....? Pembangkang terutamanya PKR sudah sangat keterlaluan... terkini, Kad Pengenalan Merak dicipta khas kononnya untuk perdana Menteri malaysia...

Kenapa begitu teruk sehingga 'merendahkan' maratabat PM sebagai seorang Muslim...? Apakah agenda terkini kafir dalam PKR dan Pembangkang yang lain...?

Masy'allah... Di mana Politik baru yang dibawa oleh Anwar kononnya lebih baik...? Mana...?

Strategi Lautan Biru! 1MVRP Hadiah Bermakna kepada Bekas Tentera... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan... Slogan yang cukup signifikannya kepada semua rakyat malaysia tidak kitra siapa pun kita... Gelombang transformasi baru yang dibawa oleh perdana Menteri telah menjadi teras dan KPI kepada semua pemimpin dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat...

Terkini! Melalui perlaksanaan Strategi lautan biru Kebangsaan, Kementerian pertahanan telah mengambil langkah kehadapan dengan melancarkan Program pengiktirafan veteran 1 Malaysia (1MVRP)... ianya akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun razak di Kuala kangsar sabtu ini...

Dalam keadaan di mana terdapat 300,000 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 234,500 veteran tidak berpencen di seluruh negara, program ini adalah bantuan melonjak usahawan bekas tentera, pemberian kad 1Malaysia Privilege, kemudahan rawatan, bantuan kerjaya kedua serta mewujudkan usahawan baru pesara tentera....

Menurut menteri pertahanan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi ''Butiran mengenai produk-produk ini akan diperincikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam pelancaran itu nanti. Apa yang penting, inisiatif ini melambangkan keprihatinan beliau selaku bekas Menteri Pertahanan selama 14 tahun..." Tambahnya lagi, 'Saya bertemu dengan rakan-rakan sejawatan di negara-negara maju dan rantau Asia yang memuji bagaimana kita peka terhadap bekas tentera dengan memberi banyak bantuan kepada mereka..." utusan

Jasa Tentera dalam menjaga keselamatan dan keamanan Negara sentiasa di jaga... berbeza dengan negara lain, malaysia diantara Negara yang paling menjaga kebajikan bekas-bekas tentera dalam memastikan semua rakyat menikmati nikmat pembangunan negara yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional...

JOMO Kata: Tahniah MINDEF! Mudah-mudahan segalanya mendapat sambutan yang baik... Aminnnn....

Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu Meninggal Dunia...



Al-Fatihah...

Pilu mendengar berita kematian Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu sungguh memilu hati... Kita membesar dengan beliau di mana saban tahun kita akan menunggu kehadiran beliau terutamanyanya bila melibatkan Ramadhan dan Aidilfitri...

"Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama"
JOMO Kata: Semoga Rohnya dicucuri Rahmat....

MESTI BACA! BAHAYA JIKA TERUS MEMBUJANG...?


Bagi setiap manusia, impian yang paling ingin mereka kecapi ada lah hidup dengan pasangan hidup pilihan masing-masing.

Namun, jangan pelik kerana ada juga sesetengah daripada kita suka hidup bersendirian dan membujang hingga ke tua. Sebenarnya, ada hikmah kenapa Tuhan menjadikan setiap makhluk itu dicipta berpasang-pasangan.

Sungguh, hampir saja kaki kita tergelincir kepada maksiat-maksiat besar kalau Allah tidak menyelamatkan kita dan kita boleh memasukinya (na’udzubillahi min dzalik tsumma na’udzubillahi min dzalik) kalau kita tidak berniat untuk menjaga kesucian kemaluan kita dengan berkahwin.

Awalnya memasang niat yang bersungguh-sungguh untuk suatu perkara menghalalkan pandangan mata dengan akad nikah yang sah. Mudah-mudahan Allah menolong kita dan tidak mematikan kita dalam keadaan masih membujang.

Rasulullah Muhammad Saw pernah berpesan:
“Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah bujang.”
Rasulullah Saw. juga mengingatkan bahawa, “Sebahagian besar penghuni neraka adalah orang-orang bujang.”

Seorang lelaki yang membujang harus menanggung beban syahwat yang sangat berat. Selain itu pada masa seperti sekarang ini ketika hampir segala hal penyebab gejolak syahwat untuk mencapai keinginan.
Syarikat yang menghasilkan ubat memanfaatkan gambar-gambar wanita untuk menarik pembeli. Syarikat rokok juga memanfaatkan gadis-gadis muda yang seronok untuk mempromosikan rokoknya dengan merelakan diri mengambilkan sebatang rokok sekaligus menyalakan apinya ke lelaki yang sedang lengah ataupun sengaja “melengahkan” diri.

Maka, tidak semua dapat menahan fikiran dan angan-angannya. Dorongan-dorongan semulajadi untuk mempunyai teman hidup yang khusus ini telah menyita tumpuan. Daya serap terhadap ilmu tidak tajam.
Apatah lagi untuk solat yang sukar merasakan kekhusyukan. Ketika mengucapkan Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in yang muncul bukan kesedaran mengenai kebesaran Allah yang patut disembah, melainkan bayangan-bayangan suasana ketika telah berkahwin. Malah, sebahagian membayangkan pertemuan cinta atau dating.

Solat orang yang masih belum berkahwin memang sukar mencapai kekhusyukan apatah lagi tingkah laku akhlak sehari-hari. Barangkali itu sebabnya Rasulullah Muhammad Saw. menyatakan:

“Solat dua rakaat yang didirikan oleh orang yang berkahwin lebih baik daripada solat malam dan berpuasa pada siang harinya yang dilakukan oleh seorang lelaki bujang.”

Maka, bagaimana seorang yang masih membujang dapat mengejar darjat orang-orang yang sudah berkahwin, kalau solat malam yang disertai puasa di siang hari saja tidak boleh disamakan dengan darjat solat dua rakaat mereka yang telah didampingi isteri.

Padahal mereka yang telah mencapai ketenangan batin, penyejuk mata dan ketenteraman jiwa dengan seorang isteri yang sangat besar cintanya, boleh jadi melakukan solat sunnah yang jauh lebih banyak berbanding yang belum berkahwin.

Maka, apa yang boleh mengangkat seorang bujangan kepada kemuliaan di akhirat?

Keseluruhannya, membujang rasanya lebih dekat dengan kehinaan, sekalipun janggut yang lebat telah membungkus kefasihan mengucapkan dalil-dalil suci Al-Quran dan Al-Hadis. Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah,

“Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah bujang.”

Bujang adalah tanpa seorang pendamping yang boleh membantunya bertakwa kepada Allah, hati boleh terumbang-ambing oleh gharizah (instink) untuk memenuhi panggilan biologi, oleh kerinduan untuk mempunyai sahabat khusus yang hanya kepadanya kita boleh menceritakan sisi-sisi hati yang paling suci, serta oleh panjangnya angan- angan yang sukar sekali memangkasnya.

Dalam keadaan demikian, agaknya sedikit sekali yang sempat untuk merasakan khusyuknya dalam solat dan tenangnya hati ketika berzikir. Dalam keadaan demikian, kita boleh disibukkan oleh maksiat yang datang.

Sesekali dapat melepaskan diri dari maksiat memandang wanita ajnabi (bukan muhrim), tetapi masuk kepada maksiat yang lain. Fikiran disibukkan oleh hal-hal yang kurang maslahat, sedang mulut mengucapkan kalimat-kalimat yang memiriskan hati.

Di saat seperti ini, kita dapat memikirkan sekali lagi peringatan Rasulullah Muhammad. Dalam sebuah hadis yang berasal dari Abu Zar ra, Rasulullah Saw. menegaskan:

“Orang yang paling buruk di antara kamu ialah yang membujang (membujang), dan seburuk-buruk mayat (di antara) kamu ialah yang membujang (membujang).” (HR Imam Ahmad dalam Musnadnya, diriwayatkan juga oleh Abu Ya’la dari Athiyyah bin yasar. Hadis ini dha’if, begitu ‘Abdul Hakim’ Abdats menjelaskan).

Semoga Allah ‘Azza wa Jalla melindungi kita dari kematian dalam keadaan membujang, sementara niat yang sungguh-sungguh untuk segera melangsungkan pernikahan, belum tumbuh. Semoga Allah SWT menolong mereka yang telah mempunyai niat.

Kalau belum lurus niatnya, mudah-mudahan Allah mensucikan niat dan prasangkanya. Kalau telah kuat azamnya semoga Allah menyegerakan terlaksananya perkahwinan yang barakah dan dipenuhi redha-Nya.
Kalau mereka masih terhalang, mudah-mudahan Allah melapangkan dan kelak memberikan keturunan yang memberi berat kepada bumi dengan kalimah laa ilaha illallah.

Ingatlah terhadap hal-hal yang sangat dikecam dan diberikan amaran mengenai bahayanya, biasanya Islam memberikan penghormatan yang tinggi untuk hal-hal yang merupakan sebaliknya. Kalau membujang sangat tidak disukai, kita mendapati bahawa berkahwin mendekatkan manusia kepada syurga-Nya.

Ketika dikhabarkan kepada kita bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah bujang, kita banyak mendapati di dalam hadis tentang kemuliaan akhirat dan bahkan keindahan hidup di dunia yang insya-Allah akan diperoleh melalui perkahwinan.

Seorang yang berkahwin bererti menyelamatkan setengah dari agamanya. Bahkan bagi seorang remaja, berkahwin bererti menyelamatkan dua pertiga dari agamanya.

Kita menjumpai hadis yang memberikan soalan retorik sebagai sindiran, “Apa yang menghalang seorang mukmin untuk mempersunting isteri? Mudah-mudahan Allah mengaruniainya keturunan yang memberi berat kepada bumi dengan kalimah laa ilaha illallah.

“Maka kita juga menjumpai hadis-hadis yang menjaminkan kepada kita yang ingin berkahwin demi menjaga kehormatan dan kesucian farajnya.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw. bersabda,

“Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt., seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya.” (HR. Thabrani)

Dalam hadis lain dalam darjat sahih, Rasulullah saw. bersabda:

“Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah, iaitu budak mukatab yang bermaksud untuk menjelaskan perjanjiannya, orang yang menikah dengan maksud memelihara kehormatannya, dan orang yang berjihad di jalan Allah. “(HR Turmudzi, An-Nasa’i, Al-Hakim dan Daruquthni).

Masih ada hadis senada. Namun demikian, ada baiknya kalau kita alihkan perhatian sejenak kepada peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah, “Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah kemudian ia tidak menikah.” (HR Thabrani).

Mudah-mudahan kita termasuk orang yang mempunyai keyakinan. Suarapeople.com

-admin-

NAMPAK SANGAT MENIUPU APABILA XAVIER TUKAR NADA...


SHAH ALAM, 11 Dis - Kerajaan negeri Selangor hari ini bertukar nada meletakkan kesalahan merobohkan kuil kecil ke atas pengawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) di sebuah rumah bulan lalu.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang sebelum ini mempertahankan tindakan itu, mendakwa pegawai penguatkuasa terbabit bertindak melampaui kuasa kerana mungkin mahu mensabotaj kerajaan negeri.

"Tindakan oleh pegawai penguatkuasa MPSp adalah bertentang dengan perintah kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Hal Ehwal Bukan Islam yang melarang memecahkan struktur rumah ibadat.

"Ada sebab untuk mengesyaki tindakan ini berunsur sabotaj," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau mendakwa tidak dimaklumkan tentang tindakan tersebut malah Majlis Hal Ehwal Bukan Islam Selangor yang dipengerusikan oleh exco Ronnie Liu, Teresa Kok tidak dimaklumkan mengenai tindakan itu.

ADUN Seri Andalas mendakwa pemilik premis perlu mendapatkan permit walaupun untuk mendirikan kuil kecil di perkarangan rumah persendirian.

Sabtu lalu, ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam membantah kerajaan Selangor 'merestui' tindakan merobohkan tempat bersembahyang itu.

Xavier turut mendakwa Yang DiPertua (YDP) MPSp, Mohd Sayuthi Bakar memaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco-exco kerajaan negeri bahawa tindakan memecahkan struktur kuil di Sepang dibuat tanpa pengetahuannya.

Kejadian di Taman Seroja dipercayai merupakan tindakan kali pertama penguatkuasa tempatan merobohkan tempat bersembahyang yang dibina dalam perkarangan rumah.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan sebelum ini berkata kerajaan negeri Selangor turut merestui tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang hanya beberapa bulan selepas menang pilihan raya umum pada tahun 2008.

Pada tahun sama, sebuah lagi kuil di Serendah turut menerima nasib sama dan pada tahun lalu kuil Hindu di Glenmarie menjadi tapak ibadat kaum India yang ketiga dirobohkan di bawah Pakatan Rakyat.

Mohan berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR gagal memenuhi janji untuk tidak merobohkan kuil Hindu setelah lantang menuduh Barisan Nasional (BN) berbuat demikian.

“Dalam kes ini, ia bukan sebuah kuil tetapi hanya tempat pemujaan dalam sebuah rumah dan bukannya mendirikan apa-apa struktur yang besar,” kata beliau.KLPOS

-admin-

Tuesday, 11 December 2012

Akibat Tak Tahu! Mulut Abby Terjerumus ke Lembah Hina...?



Orang muslim itu bersaudara... Apakah akibatnya jika muslim saling membenci antara satu sama lain...? Membenci kerana BENDERA yang berbeza...? membenci kerana mendapat maklumat yang tidak benar...?

Inilah yang berlaku kepada Abby Abadi...? Suka hati mulut dia bercakap sesuatu yang tiada fakta... tidak tahu akan asal usulnya...

UMNO parti majoriti  Melayu/Bumiputera telah begitu banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara... Parti yang berkongsi kuasa bersama rakan-rakan komponen yang lain, telah berjaya menjadikan Malaysia seperti apa yang diperolehi pada hari ini...

Abby... Baru menyertai PAS... masih baru lagi... belum tahu akan selok belok politik.. Tapi sudah berani berkata itu dan ini... menuduh orang lain yang tidak bersama beliau itu dan ini...

Bila PAS menyatakan UMNO iti kafir apa respon orang UMNO yang lebih 3 juta orang...? Takkan berdiam diri...? tapi Abby yang tidak tahu akan hujung pangkal cerita senang-senang kata Orang UMNO kata PAS Parti Ajaran Sesat...

JOMO Kata: Ingatlah... PAS tak akan berjaya mengalahkan UMNO... Orang Islam kena bersatu, bukan mencerca sesama Islam... Peringatan untuk Si ABBY...>!!! jangan sampai masuk ke Lembah Hina....

Blue Ocean Strategy! MINDEF akan Tubuhkan 5 Lagi Pusat Pemulihan... @Zahid_Hamidi


Sebagai antara sebahagian daripada strategi lautan biru, Kementerian pertahanan malaysia pimpinan Dato Seri Zahid Hamidi akan membina 5 lagi pusat pemulihan...

Beliau berkata bahawa menurut Kementerian Dalam Negeri, tidak seorang pun daripada 2,400 pesalah yang menjalani program ini kembali kepada kehidupan jenayah...

Beliau berkata "Kami memerlukan RM650 juta untuk membina penjara tetapi lima pusat seperti kos hanya RM12.5 juta..."

Ianya adalah komitmen kerajaan untuk memastikan program-program yang boleh memberikan kesedaran kepada pesalah membuahkan hasil... Banyak latihan yang boleh diberikan kepada pesalah dalam pusat pemulihan tersebut... Sebelum ini latihan yang telah diberikan adalah seperti pertanian, pengurusan kendiri dan sebagainya...

JOMO Kata: Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing... Perbaikilah diri demi kemaslahatan ummah... Terima Kasih MINDEF!

Anak Muda Suka Anwar dan Izzah! Bahaya untuk BN...?



Pra PRU13 Menju Putrajaya sedang mendapat sambutan anak muda terutamanya di Selangor... Rata-rata ceramah dan program-program Pakatan Haram ini mendapat sambutan cukup luar biasa terutamanya anak muda...

BN akan kalah disebabkan senario ini... anak muda sudah tidak mula menyebelahi BN kerana mereka suka akan Izzah, Karpal, Anwar, dan mahfuz Omar...

Hakikatnya? BN telah banyak memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak muda.. Namun mereka masih tidak berpuas hati... Mereka Suka Anwar...

Terkini! Ceramah Pakatan Haram ini mendapat sambutan cukup ramai tidak kurang dari 'seribu' anak muda membanjiri kawasan ceramah mereka... Ramai ker...?

 Cuba lihat...


Ramainya Tok Janggut dan pak Lebai...? mana Anak Muda...???

Lanjut baca di sini

Kecewa Pasal PAS Tak Ajak! Sindiran Abby di Jawab Afdlin...


Delegasi ke Gaza yang disertai Afdlin Shauki, Bront Palarae & Zain Saidin telah tiba dengan selamat di KLIA.

Afdlin Shauki yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba sangat bersemangat untuk menceritakan pengalaman beliau ketika di Gaza.

“Ketika mula mula hendak ke sana memang wujud perasaan takut, tetapi setelah tiba disana semenanjung Gaza pada saya menjadi tempat paling aman sekali,” ujar beliau semalam.

“Walaupun telah dibom banyak kali, rakyat Palestin di Gaza sangat tenang menghadapi segala cabaran dan mereka adalah orang yang paling peramah pernah saya jumpa”

“Paling membuatkan saya terharu adalah apabila mendengar cerita daripada keluarga yang salah seorang mereka telah mati syahid dan mereka tidak meminta simpati kami semua”

“Saya nampak mereka semua tabah & tenang menhadapi apa pun yang terjadi, bagi saya kanak kanak di’sana adalah hero yang sebenar,” tambah Afdlin Shauki lagi.

Bercakap tentang niat untuk merakamkan filem di bumi Gaza, Afdlin Shauki mengakui yang beliau ada merakamkan dokumentari pendek sepanjang misi bantuan mereka disana.

“Kami ada berbincang dengan pembikin filem muda disana dan insyaAllah kami akan bekerjasama untuk merealisasikan projek filem bersama nanti,” ujar duta kemanusian Aqsa Syariff ini.

Dalam perkembangan lain, ramai yang sedia maklum tentang satu kenyataan Abby Abadi yang seakan melekehkan niat & hasrat mereka yang pergi ke semenanjung Gaza.

Mengulas kata kata orang yang skeptik dengan misi bantuan ke Gaza, Afdlin Shauki berkata yang beliau tidak peduli dengan apa pun persepsi yang wujud kerana fokus mereka adalah untuk membantu rakyat Palestin yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama.

“Kami tiada masa untuk melayan kritikan & komen negatif dari mana mana pihak dan kami pergi dengan niat untuk menolong dan jika mahu, kita boleh berganding bahu bersama sama sebagai tanggungjawab sebagai orang Islam,” tambah Afdlin Shauki lagi. - EP

Video dr.Maza Sahkan PAS 'Songlap' Duit Memali...

PAS Sangat terdesak... PAS Mula Dijauhi... YB Zul

Monday, 10 December 2012

KECEWA DENGAN EX! Abby tuduh Tun Mahathir Tidak Bersolat...?



Inilah dikatakan bila hati sudah menjadi busuk apa saja akan keluar dari mulut... kebencian yang menjadi landasan utama untuk berfikir menyebabkan kewarasan menjadi hilang...

Tun Mahathir tidak menjalankan Agenda Solat...?

Bukankah semua ini telah diperincikan dalam Pendidikan islam di Sekolah betapa pentingnya bersolat...? Betapa besar pahala solat dan betapa RUGI dan besarnya hukuman mereka yang meninggalkan solat...?

Abby sedap mulut berkata-kata... Kata-katanya hanya mengundang fitnah manusia sejagat...

Kerana Kerajaan yang ada sekaranglah Syiar Islam tyersebar dibumi Malaysia ini...

Ahmad Zahid Hamidi Terima Kasih Kepada Pengamal Media Baru...?

GUNUNG YANG MENANGIS TAKUTKAN NERAKA...



Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.

Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu berserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak di  apakan kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?"

Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isyak. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahkan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

-admin-

Sunday, 9 December 2012

Video UFB Ajar Izzah... Izzah Nak Minta Mat sabu Jawab...?

Malaysia Naik 6 Anak Tangga! Filipina...? Anwar Sedih...



KUALA LUMPUR 7 DIS. - Malaysia akan terus memerangi rasuah dan memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam mesej terbaharu Twitternya malam tadi berkata: "Malaysia meningkat enam tempat lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah, menjadikan kita tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN. Kedudukan yang akan sentiasa kita perbaiki."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Transparency International mengenai kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam CPI tahun ini iaitu kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.
Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.

Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN, iaitu di belakang Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia.

Sementara itu negara-negara yang dikatakan sangat Bersih Rasuah dan kononnya lebih baik dari Malaysia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia jauh terperosok ke bawah.

Tak apalah, yang penting boleh berhibur di Manila, menyanyi lagu "Azizah" di Jakarta, dan ber"massage"(ngurut) di Thailand.

Rakyat perlu menilai habit dan habitat ini.

 

-admin-