Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 8 December 2012

Isu Pluralisme! HABIBIE DIPERKUDA OLEH ANWAR...



AIDCNews – 06/12/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menggunakan bekas Presiden Indonesia, Prof. Ir BJ Habibie untuk mempertahankan fahaman pluralisme di Malaysia.

Pluralisme bukanlah satu kelemahan namun ia merupakan kekuatan dan Malaysia adalah antara negara di mana fahaman tersebut telah lama bertapak, lapor FMT yang memetik kata-kata Habibie di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Katanya, fahaman pluralisme ini turut lama bertapak di Indonesia dan Malaysia dan kerana faktor ini hubungan antara dua negara dapat dijalin secara harmoni.

“Indonesia sama Malaysia sudah biasa hidup dalam pluralisme. Dan kerana biasa itu ada keadaan keseimbangan.

“Jadi saudara-saudara, tidak ada alasan untuk kita berkecil hati,” katanya dalam majlis Pidato Habibie: ‘Habibie dan Transisi Indonesia ke Demokrasi’.

Turut sama hadir pada majlis anjuran kerajaan negeri itu ialah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu Antarapos melaporkan dakwaan Habibie mengatakan fahaman pluralisme telah lama bertapk di Malaysia disangkal oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Menurutnya, Malaysia merupakan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan, namun yang membezakan hanya rakyat Malaysia dibenarkan mengamalkan agama lain secara aman.

“Kalau dia sebut Malaysia negara yang mengamalkan pluralisme tidak betul sebab Islam ada dalam perlembagaan kita.

“Dalam Perlembagaan ada menyebut Islam adalah agama persekutuan agama-agama yang lain boleh diamalkan seara harmoni, itu bukan pluralisme,” katanya.

Menurutnya Malaysia mengamalkan pluraliti, iaitu menghormati kepelbagaian agama-agama, tetapi bukannya liberalisme dalam Islam.

selanjutnya baca AIDC
-admin-

Bila Ezam KECAM ExBoss Sebab PENIPU...



Setelah seminggu berakhir perhimpunan Agung UMNO, namun, semangatnya terus dirasai olehs egenap lapisan masyarakat berbilang kaum...

Pembangkang sudah tentu panas telinga apabila mendengar hujah yang disampaikan oleh perwakilan dan apatah lagi daripada presiden parti...

Anwar yang dari awal telah melaungkan perang, tak habis mengkritik perhimpunan yang dimatanya kononnya tidak betul...

Ianya dibidas oleh Bekas Setiausaha Politiknya sendiri...

Perhimpunan Umno ketika ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus terhadap kuasa seperti beliau dalam Umno dahulu. Kedudukan Umno kini lebih baik berbanding zaman beliau bersama parti itu...

“Saya pernah menjadi Setiausaha Politiknya. Anwar mengarahkan secara langsung dan meminta saya mengaturkan agenda beliau,” katanya dalam satu kenyataan... sumber

JOMO kata: Semua orang kenal Anwar... Orang UMNO kenal siapa Anwar... Cumanya, anak-anak muda kini sahaja tidak kenal dan jadi taksub dengan cara Awnar... Ingatlah! Hati-hati sama Anwar...

Friday, 7 December 2012

Video Mat Sabu Sokong SYIAH...

Hentam Keromoh! @Zahid_Hamidi TEGUR Pakatan...



Kelangsungan kebanyakan pemimpin dan parti pembangkang ini hanyalah dengan isu... isu tersebut akan di spin mengikut citarasa dan kehendak mereka asalkan sahaja rakyat percaya dengan mereka... Keboleh-upaya mereka untuk memutar-belitkan fakta tanpa menyiasat akan fakta itu benar ataupun tidak...

terkini! menteri pertahanan malaysia Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menegur pembangkang kerana ketaksuban mereka mengeluarkan kenyataan tidak berasas tanpa menyemak fakta mengenai keselamatan negara...

menurutnya, “Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka..." Tambahnya lagi, “Kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk mereka jalankan tanggungjawab...”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas yang membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah, mereka akan membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa....

Reaksi daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene menafikannya dengan menyatakan bahawa nisbah anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah seorang untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi...

Selanjutnya baca AhmadZahidHamidi

Afdlin Shauki Bakal Pergi... #Pray4Gaza

Afdlin Shauki Bakal 'Bawa Diri' ke Bumi Palestin. Sunday, 02 December 20 12 12:43 Radhi Razak  


Insiden kekejaman peperangan angkara Zionis di Palestin bukan sahaja mendapat perhatian golongan politik dan intelektual, akan tetapi turut menjadi sebahagian dari isu yang ditekankan para penggiat seni tanah air.

Ini dapat dibuktikan dengan keputusan Pelakon, Pelawak dan Pengarah terkenal Afdlin Shauki yang bukan sahaja terus mempergiat kempen Misi Bantuan Rakyat di Timur Tengah itu, akan tetapi turut tekad bakal berangkat ke Semenanjung Gaza  pada 3 Disember hingga 10 Disember ini bagi melakukan penggambaran sebuah rancangan dokumentari milik syarikatnya Vision Works.

Afdlin yang dilantik sebagai Duta Aqsa Syarif  bakal menyertai misi ‘Aqsa Syarif ke Gaza’ (A2G11) bersama 5 produksi.

“Saya bersama lima krew termasuk dua jurugambar, seorang juruaudio, penulis skrip dan pengurus produksi akan ke sana bagi berkongsi serta merakamkan dari sudut kaca mata kami mengenai apa saja yang berlaku di sana. Saya akan berkongsi perjalanan saya kepada seluruh rakyat Malaysia dalam bentuk dokumentari dan saya akan berbincang dengan pihak Astro ataupun Media Prima Berhad untuk menerbitkan dokumentari ini.

“Dokumentari ini akan memaparkan dari sudut saya sebagai seorang manusia dan sebagai pembikin filem, ini cara saya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa peritnya kehidupan penduduk di situ. Salah satu sebab saya terpanggil untuk ke sana adalah kerana ingin merasai sendiri keperitan yang dihadapi mereka dan jika saya tidak pergi sendiri, saya tidak akan faham apa yang mereka lalui.

“Apapun, niat utama kami adalah untuk membantu penduduk di sana dulu. Jika ada masa, baru kami akan rakam dokumentari ini. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar, hasil keuntungan dokumentari ini akan saya gunakan untuk membantu penduduk di sana,” ujar Afdlin yang mendapat sumbangan dari IM4U untuk merakam dokumentari ini.

selanjutnya baca sumber

-admin-

Artis Tabligh Nak Jadi Penulis Novel Pula...



KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah lelaki, Pierre Andre ketika ini sedang mencuba nasib untuk menjadi penulis novel setelah sekian lama menyepikan dirinya.

Pierre memberitahu, sejak dari dahulu lagi dia mempunyai minat untuk menulis dan berkarya di atas kertas.

Namun, usahanya itu terhenti seketika dek kerana masa yang terbatas dan terdapat komitmen lain yang perlu dia dahulukan.

Sejak melalui perubahan dalam hidupnya, Pierre sekarang sedang berusaha menyambung kembali usahanya dan bakal menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan Islamik .

“Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tetapi kerana faktor kerjaya saya, terbantut seketika.

“Dan sekarang saya sudah mula menulis balik dan bagi saya menulis ini merupakan satu kepuasan di mana saya boleh luah apa yang ingin saya luahkan kerana dalam filem tidak semua saya boleh terjemahkan ke dalam naskhah filem atas faktor-faktor tertentu,” kata Pierre yang dipetik dari portal Gua.com.

Justeru, bagi memberikan hasil terbaik dalam naskah novelnya nanti, Pierre banyak melakukan kajian melalui Al-Quran dan menyelitkan kisah-kisah dari dalam kitab suci itu.

“Apabila saya membaca kitab tafsir Al-Quran saya menganggapnya sebagai sebuah buku dan ianya amat menarik untuk dibaca dan diteliti,” katanya.

Kata Pierre, sudah hampir 15 peratus usaha menulis novelnya sudah berjalan.

Novel hasil tulisan anak tunggal pelakon Khatijah Tan itu diberikan judul ‘Road to Darussalam’.
“Buat masa sekarang saya sedang fokus untuk menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan keIslaman.
“Judulnya diberi nama ‘Road to Darussalam’ dan setakat ini 15% telah disiapkan dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan,” beritahu Pierre.

Sebelum ini, kelibat Pierre dalam dunia lakonan dilihat hambar dan dirinya kian dilupakan.

Tetapi, sejak kemenangannya dalam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung bulan lalu telah menimbulkan kembali Pierre ke dalam dunia lakonan.

Pierre menafikan dia akan berhenti berlakon.

Sebaliknya, minatnya dalam pentas lakonan akan diteruskan untuk menyampaikan dakwah kepada umat Islam yang lain.

“Saya tidak akan berhenti berlakon dan akan terus berlakon dan menyampaikan saluran dakwah saya melalui karya lakonan. Tetapi filem-filem yang akan saya lakonkan selepas ini mestilah ada hadnya kerana saya lakukannya untuk berdakwah,” katanya.

Teruskan perjuangan...

-admin-

Thursday, 6 December 2012

Lagi Tweet Menggila! Abby 'FITNAH' tuuuuuuttttt.....


Bantuan demi bantuan diberikan ke Palestin daripada Rakyat dan Kerajaan Malaysia... Dari dahulu hinggalah ke hari ini... Ada yang datang secara persendirian/kumpulan NGO dan ada yang melalui kerajaan Malaysia... Bantuan yang diberikan bukan sahaja dari malaysia tapi dari seluruh dunia yang bersimpati kepada Umat Islam di Palerstin...

Minah seorang ni lain pula... Semua serba tak kena dimata beliau... Hati busuk beliau selalu saja suka mencari kesalahan orang lain yang tidak seangkatan dengan beliau... masya'Allah... Sehingga perkara seperti ini pun boleh dipolitikkan...

Apakah dimaksudkan oleh beliau...? Adakah beliau memaksudkan NGO dan kumpulan yang mewakili kerajaan tidak memberikan bantuan...? atau menyalahgunakan bantuan tersebut...? Bukankah ianya usaha bersama... bukan sahaja orang Malaysia terlibat malah seluruh Umat Islam di dunia ini yang ingin menghulurkan bantuan...

Apa masalah ebi sebenarnya ni...? Biar dia seorang buat kerja... tapi sebelum keluarkan kenyataan bodoh tu ingatlah, palestin tu bukan kecik bai...

Fikirkanlah...

JOMO Kata: Tepuk dada tanya iman....

PM @NajibRazak Berjiwa Besar! @Zahid_Hamidi Puji Presiden...



Perhimpunan Agung UMNO yang telah menutup tirainya sabtu minggu lepas masih dirasai oleh perwakilan, ahli UMNO dan seluruh rakyat yang menontonnya di Televisyen...

Perjuangan UMNO belum berakhir... Perjuangan UMNo tiada nokhtahnya... Perjuangan UMNO demi Agama Bangsa dan Negara... Hari ini Malaysia menjadi hebat disebabkan perjuangan UMNO dan Barisan nasional... tidak boleh disangkal... Dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa, kita mesti akan melakukan kesalahan dan kekhilafan...

Menarik semasa PAU2012! Presiden parti UMNO Dato Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri UMNO telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia walaupun beliau masih baru sebagai Perdana Menteri Malaysia... Beliau juga meminta maaf mewakili parti yang telah banyak berjasa dan berjuang demi rakyat malaysia... Tapi, inilah dikatakan Pemimpin berjiwa besar, yang berani melkukan transformasi politik demi kelangsungan perjuangan parti...

Dato Seri Zahid yang juga Naib Presiden UMNo berkata 'pada khidmat saya jarang seorang pemimpin memohon maaf, bukan disebabkan dosa-dosa besar namun disebabkan kita sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan... Kita bukan pemimpin yang maksum seperti Nabi, jadi, bukan mudah untuk seorang pemimpin memenuhi kehendak semua bangsa, semua kaum dan semua agama..."

tambahannya lagi "Oleh yang demikian, kelemahan-kelemahan inilah yang dimaksudkan oleh presiden parti dengan cara meminta maaf dan memperbaiki setiap kelemahan itu... Ini maksudnya, keterbukaan itu tidak ada pada orang lain, sifat terpuji seperti ini ada pada beliau (Pemimpin Negara)..."

hari ini Parti pembangkang terlalu taksub akan kuasa, hari ini parti pembangkang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa ssehingga ada yang sanggup mendoakan perkara yang tidak baik sesama Umat islam...

Kalau sebelum ini mereka tidak pernah bersama dan saling bermusuhan, namun, disebabkan seorang manusia bernama Anwar (belakang depan cakap lain) , PAS dan DAP sanggup duduk bersama walaupun ideologinya yang sangat berbeza...

persoalannya, apabila UMNO dikatakan Kafir kerana tidak melaksanakan hukum islam, kenapa PAS tidak pernah mengkafirkan PKR yang tidak pernah mempunyai hasrat menubuhkan dan melaksanakan hukum islam...? DAP yang terang-terang menolak hukum Islam, tapi mereka lebih disayangi atas alasan mahu dapatkan kuasa Putrajaya...

Pernahkah mereka memohon maaf...? Tepuk dada tanya Iman...

JOMO kata: Tahniah PM... terima  kasih UMNO...

ROBOH Kedai Melayu! Runtuh Peniaga Melayu! Ronnie DAP Lepas Tangan...?



Kenyataan Media GAPS

GAPS menyelar sikap kerajaan pakatan Dap, Pkr dan Pas selangor yang berterusan memusuhi rakyat sejak beberapa minggu ini. Setelah sebuah kuil dirobohkan di Sepang minggu lalu, pada hari ini kerajaan pakatan telah merobohkan pula 12 gerai penjaja Melayu melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara.

Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Menteri Besar terhadap peniaga melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di bandar klang. Menteri Besar gagal melihat kesusahan rakyat yang berniaga kecil-kecilan untuk menanggung sesisi keluarga.

Menteri Besar juga gagal untuk menyedia kemudahan penjaja makanan dibandar Klang terutamanya peniaga Melayu. Bandar Klang yang pesat membangun wajar memikirkan tempat untuk penjaja berniaga. Kegagalan Menteri Besar menyediakan kemudahan pusat penjaja ini tentunya menyebabkan peniaga-peniaga menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.

Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Menteri Besar wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang rakyat alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan.

Jalan keluar terhadap persoalan ini adalah bina gerai penjaja untuk orang Melayu berniaga secara sah dan elok. Utamakan lah kebajikan rakyat bukan menyusahkan rakyat untuk mencari rezeki. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Menteri Besar yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.



Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
4 Dec 2012


-admin-

Panas! Si Pemakai Tudung Yang HINA...



Bukan mahu merendah-rendahkan orang lain.... namun... hakikatnya ini yang terjadi...

Apakah tujuan kita bertudung...?

Bukankah dia bertujuan menutup aurat...?

tapi kenapakah pemakaian itu dipermainkan...? pakai tudung berseluar pendek...? Masy'Allah....

Sekadar percambahan minda...

-admin-

Taib mahmud Di Fitnah Bercumbuan...?



Alahai...

Berita terkini yang JOMO baru dapat dari Sarawak menyatakan adanya orang melihat Ketua Menterinya bercumbuan dikahlyak ramai... Apa ni...??? Dah tak da modal lah budak-budak pembangkang ni... Sebelum ni serang Taib isu wang... Sekarang isu wanita pula...

mentang-mentang bini taib Mahmud seksi dan cantik, habis mata-mata keranjang menoleh kearahnya...

Apapun, semoga Taib Mahmud terus sihat memimpin kecemerlangan Negeri Sarawak...

JOMO Kata: Apapun yang berlaku keatas mereka adalah urusan mereka sebagai suami isteri yang sah... Janganlah buat-buat cerita cai-cai pakatan haram...

Wednesday, 5 December 2012

PANAS! Lim Kit Siang Sindir Melayu... Melayu Lawan Melayu!

Pernah mendengar seorang cendiakawan Melayu menyatakan 'JANGAN MELAYU LAWAN MELAYU'... Kesannya besar dan berpanjangan.... Kenyataan mudah tetapi punyai maksud sangat tersirat...

AIDCNews – 05/12/12 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menyiarkan tulisan di laman peribadinya, blog.limkitsiang.com bertajuk “From now on, it’s a Malay vs Malay contest” tulisan Ooi Kee Beng.

Ooi Kee Beng penyelidik Research For Social Advancement (Refsa), badan pemikir DAP menulis di portal The Malaysian Insider membuat kesimpulan itu ketika cuba menggambarkan Pilihanraya Umum ke-13 sebagai pertembungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Sebagaimana yang kita tahu, seperti struktur pertandingan kompetitif, kumpulan moderat yang kuat (akhirnya) memberi akan kesan kepada suara ektrimis, sama ada kaum atau agama,” tulisnya yang juga merupakan penulis buku biografi Lim Kit Siang.

Ooi Kee Beng juga adalah Timbalan pengarah Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), badan penyelidik yang berpangkalan di Singapura . sumber

JOMO Kata: Melayu Islam akan kuat jika semua bersatu dibawah satu payung....

PENTING! Perkara Baik Untuk rakyat Dalam PAU12...



Acap kali apabila Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) berlangsung banyak perkara dibahaskan dan pelbagai saranan dimajukan untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.

Kebiasaannya sebahagian besar daripada usul atau saranan yang dibahaskan akan diaplikasikan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat atau selang masa tertentu selepas kajian lanjut di peringkat pentadbiran dilakukan.

Namun segala macam kebaikan dan manfaat dari PAU 2012 atau sebelumnya jarang mendapat perhatian ramai disebabkan fokus masing-masing lebih menjurus pada pendedahan dan kupasan isu-isu politik semasa.

Untuk itu, dikesempatan ini agak elok untuk kita sama-sama perhalusi pelbagai saranan bermanfaat dan faedah yang bakal diperolehi rakyat hasil dari kesepakatan yang dibincangkan semasa PAU 2012 yang baru sahaja selesai beberapa hari lepas.

1) Had pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dinaikkan dari RM50,000.00 kepada RM100,000.00 sebagai menghargai ketekunan dan kecekalan golongan wanita dalam bidang perniagaan.

2) Sebahagian daripada lebih 240,000 rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis atau bankrap bakal mendapat peluang kedua apabila Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967.

3) Briged Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan untuk membela nasib golongan tersebut serta sebagai pemudahcara dalam memperjuangkan kebajikan mereka dalam isu perumahan, pekerjaan dan latihan.

4) Cadangan menubuhkan Yayasan Tanah Wakaf 1Malaysia untuk menyeragamkan pentadbiran tanah wakaf di seluruh negara.

5) Saranan penubuhan Madrasah 1Malaysia yang di urus tadbir oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dengan menumpukan pengajaran Al-Quran dan asas-asas agama Islam.

6) Mempraktikkan perubatan mukjizat al-Quran sebagai perubatan altenatif di hospital kerajaan.

7) Memperhebatkan program dakwah dan keagamaan melalui segenap media bagi mengubah persepsi buruk terhadap Islam serta meningkatkan pembabitan golongan agama dalam UMNO.

8) Pelan transformasi ekonomi wanita termasuk mewujudkan mempertingkatkan keberkesanan Teman 1Azam bagi membantu para pesertanya keluar dari kancah kemiskinan.

9) Menggesa persatuan yang terbabit langsung dengan golongan artis menegur dan lebih peka dengan penampilan segelintir artis.

10) Gesaan supaya GLC mempercepatkan penjualan anak syarikat yang tidak kritikal untuk dimajukan oleh usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berkemampuan.

11) Cadangan untuk menubuhkan pusat setempat sebagai pemudah cara serta memberi khidmat nasihat dalam bidang pembiayaan, pemasaran serta pengurusan syarikat.

12) Memperkasa dan menambah peruntukan untuk Skim Pinjaman Mikro termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi membantu usahawan kecil di luar bandar.

13) Cadangan menubuhkan Wakaf Korporat bagi menambah penyertaan pihak korporat sebagai instrumen baharu untuk menjana ekonomi negara.

14) Pengumuman penghantaran misi ke Gaza menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bermula 5 Disember 2012. Di masa yang sama sepanjang perhimpunan tersebut sejumlah RM44,270.80 wang derma Tabung Gaza berjaya dikutip.

15) Penubuhan institusi UMNO untuk memperkukuhkan pemahaman sejarah perjuangan parti.

16) cadangan membuka Kelab Francais di Universiti untuk membantu melahirkan usahawan baru.

Masih banyak lagi sebenarnya usul dan saranan yang dikemukakan dan dibincangkan sepanjang perhimpunan berlangsung, yang pastinya segala saranan dan usul tersebut membuktikan keprihatinan UMNO dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Jelas jauh berbeda dengan penumpuan parti-parti pembangkang yang hanya terhad pada retorik dan matlamat politik kepartian semata-mata tanpa mengambil kira perihal kehidupan rakyat yang menuntut perhatian susulan.

JOMO Kata: terima Kasih UMNO...


-admin-

Mesti tengok! Rancangan Jahat Anwar Fitnah Guna Deepak...

Watch "Anwar Ibrahim & Deepak Jaikishan Conspiracy Video To Attack Najib Razak & Rosmah Mansor" on YouTube

Siapa tidak kenal Anwar... Kepada yang masih mengikuti beliau... Tengoklah peebualan ini...

-admin-

Tuesday, 4 December 2012

Sangat MURTAD...?

Durjananya Mereka yang Murtad....

baca ulasan menarik di sini

Bongkar! Perkara paling 'HEBAT' dibawa oleh pakatan HARAM...



Apa perkara yang hebat pernah dibawa oleh Pembangkang...?

bersih itu sebahagian daripada Iman... Bersih di mata Kafir DAP...?

Ingat! 1 undi PAS bererti kita Undi Kafir DAP dan PKR....


-admin-


Sedih!!! Gadis Melayu Hilang Dara Meroyan di Twitter...


sumber

Astaghfirullah...

Apa sudah jadi dengan kita hari ini...? Anak-anak muda...?

Tanpa menyatakan semua terlibat, sangat menakutkan apabila gejala sosial kian berleluasa...

JOMO bangkitkan hal ini bukan bertujuan untuk menghina atau merendah-rendahakan sesiapa, cumanya sebagai pengajaran kepada adik-adik remaja, muda-mudi agar tidak terlalu taksub dengan keseronokan dunia... Di sekolah dan di rumah kita telah diajar akan pahala dan dosa... janganlah cepat terpengaruh...

kepad yang bergelar wanita, jagalah kehormatan kalian... Kerana itu adalah maruah yang ebrharga bagi setiap insa yang diciptakan oleh Allah...

Berfikir Sebelum bertindak!

-admin-

Matanya dan hatinya Kusut... Apa Hal Abby Abadi Ni...?



twitter terkini abby Abadi sungguh menjengkelkan...


Hatinya penuh denga DENDAM kesumat dan kebiulan apabila sentiasa melihat sesuatu dengan pandangan yang buruk... Lebih duka lagi apabila ianya melibatkan sesama islam sendiri...

Bukankah, Islam itu berkasih sayang...? Tahniahlah Abby!

Monday, 3 December 2012

PANAS! Kisah Sedih Deepak kini tersebar Luas...



KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH), didakwa telah berhubung dengan tiga tokoh pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar awal tahun ini dan pada Julai 2012.

Tiga tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini didakwa terlibat dibalik tadbir dalam usaha mengaitkan hutang pinjaman tidak berbayar KFH dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa isteri Perdana Menteri bakal mendapat RM26 bilion apabila keputusan pilihanraya umum yang bakal berlangsung akan memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), yang akan mendapat 123 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mendapat 99 kerusi.

Sebelum itu pada April 2011, ahli perniagaan ini pernah membuat kenyataan dalam media dan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jatuh dan tersingkir dari jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai 2011 mengikut pandangan guru agama beliau (Gurujee).

Ahli perniagaan ini didakwa mengenali Datin Seri Rosmah Mansor atas urusan perniagaan dalam urusniaga penjualan karpet sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga pernah mengaku mempunyai jalinan hubungan baik dengan kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang, keluarga diraja, syarikat-syarikat kerajaan (MNCs (multinational corporations), GLCs (government-linked companies)) dan beberapa institusi dalam projek penjualan dan membekalkan karpet.
KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada ahli perniagaan ini setelah mendapati berlaku unsur penipuan dan salahgunakuasa melibatkan salah seorang pegawai kanan bank tersebut, sewaktu meluluskan kemudahan pinjaman kepadanya....

Cerita lanjut baca KL POS

-admin-

Deepak???? Malaysiakini????

video PANAS 3 minit @NajibRazak Wajib Pembangkang Lihat...

kata 'Azimat' dari Sepanggar Untuk BN! @NajibRazak



UMNO sebagai parti keramat semakin hari mendapat tempat dihati rakyat... Justeru, ahli UMNO perlu menginsafi diri tentang betapa pentingnya bekerjasama dan bersatu hati dal perjuangan... Ahli UMNO perlu sedar rakyat telah meletakkan kwpercayaan yang sangat tinggi kepada UMNO., jadi biarlah kita swbagai pemimpin menjadi role model kepada rakyat..."....

seterunya baca di sini

Tahniah Harimau! Awas Zack! Selamanya Malaysia...



Kehebatan harimau malaysia @Pasukan malaysia melangkah ke pusingan seterusnya mendapat perhatian ramai pihak dalam dan luar negara... Kebangkitan yang menakjubkan ini jelas menjadikan Malaysia masih digeruni lawan di Asia Tenggara...

Malaysia yang membariskan muka baru dan lama juga telah mendapat rentak yang baik selepas mendapat suntikan semangat daripada YBhg. Perdana Menteri Malaysia...

Namun, jangan terlalu selesa... Peringatan kepada pemain negara untuk tidak leka dan lupa dengan populariti yang mereka kecapi sekarang...

Pastikan, isu probadi tidak dilibatkan dalam prestasi bermain... Kadang-kadang ini yang akan membuatkan prestasi pemain merudum apabila mereka terlalu memikirkan masalah pribadi terutamanya ketika di dalam padang...

Apa juga isu dan kontorversi harap dapat di atasi dengan baik demi pasukan malaysia....

Sunday, 2 December 2012

Perbahasan usul AGAMA yang Buatkan PAS Tak Tidur Lena... #PAU2012

Video penuh! Ucapan presiden yang menakutkan Anwar ...

Jimmy Palikat @Anak Kampung Masuk UMNO....

29 November 2012...

Penyanyi paling popular di Sabah, Jimmy Palikat kini ahli UMNO.

Jimmy yang terkenal dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung dan bakal beraksi di final Juara Lagu 2012 terbitan TV3, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sempena pehimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tanak Kampung kini ahli UMNO.Dibawah ini adalah lagu popular Jimmy Palikat Anak Kampung yang akan beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu 2012 terbitan TV3....

Sumber: http://easycomeseasygoes.blogspot.com/2012/11/jimmy-palikat-penyanyi-popular-sabah.html?m=1

-admin-

Jomo kata: tahniah Jimmy... Persembahan menarik... Keputusan yang baik juga apabila menyertai UMNO....