Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 1 December 2012

Bongkar Dokumen! Bar Council Buat Orang Macam Bodoh...


Anwar heboh diseluruh negara apabila meminta pertolongan Negara Australia untuk memantau proses pilihanraya di Negara ini... Namun permohonan beliau ditolak, kerana Australia sendiri mengakui proses pilihanraya di negara ini adalah berada ditahap yang baik...

Kali ini lain pula kesnya, selepas Anwar diserang terutamanya apa bila melibatkan pemilihan PKR di peringkat cabang yang kelihatan sangat tidak telus dengan kemenangan pemimpinnya yang sangat diragui... Dikatakan kemenangan mereka telah diatur dengan lebih awal... Persoalannya, kenapa Anwar tidak mahu menjemput badan Luar untuk memantau pemilihan PKR...?

Terkini! Bar Caousil badan yang menjadi sekutu Anwar pula buat lawak besar apabila menolak orang luar sebagai pemerhati semasa pemilihan mereka kononnya mereka mengamalkan apa yang telah terkandung dalam peraturan Legal Prefessional Act 1976...

Kenapa apabila Orang lain mereka sibuk menyatakan tidak bersih dan kotor dan perlu dipantau, tapi, apabila perkara yang melibatkan mereka, mereka menjadi takut dan melarikan diri...?
Siapa mereka yang menyatakan mereka ini adalah bersih...? Sedangkan mereka juga rakyat Malaysia seperti yang lain...

JOMO Kata: Rakyat yang membaca bukalah Mata melihat KEBOBROKAN mereka... Mana Anwar untuk bersuara...?

baca juga Khazanah



Tersentuh Hati! @NajibRazak #PAU2012

UMNO berjuang untuk rakyat... Hari ini kenapa kita lupa?

UMNO telah banyak berjuang kepada rakyat... UMNO ada perancangan yang bernilai untuk rakyat... UMNO terus mendepani rakyat...

Perjuangan UMNO bukan hari ini saja... Perjuangan UMNO bukan dahulu saja... Tapi perjuangan UMNO dulu kini selamanya...

Hari ini kita bukalah minda dan fikiran terutamanya orang Melayu Islam, Apakah sebelum ini selama 66 tahun kewujudan UMNO, UMNO tidak berbuat sesuatu kepada rakyat? Kepada Anak bangsa? Kepada agama? Kepada masyarakat? Kepada Negara?

Tepuk dada tanya iman kita... Kita perlu menginsafi diri...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Kita Bantu Semua! @NajibRazak @Rosnah_ARS @umbkl #PAU2012

Perjungan UMNO untuk semua... UMNO terus menerajui rakyat dalam banyak perkara... UMNO bantu semua! Tidak kira warna bendera! Tidak Kira warna Kulit! Tidak kira siapapun, walaupun dia menjadi pembangkang Nombor 1 kerajaan...

Menurut Ketua Puteri UMNO Malaysia, UMNO adalah nadi, ia tak akan berhenti berdenyut dalam setiap anak bangsa...

UMNO adalah roh kepada setiap anak bangsa, UMNO dirasai disetiap hati sanubari rakyat...

Janji puteri, puteri akan ketepikan kepentingan pribadi demi rakyat... Puteri janji akan menepati aspirasi rakyat... Puteri bersedia dengan arahan dan semboyan dari Ayahanda Presiden...

JOMO Kata: Tahniah Puteri...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Live Update! Petang ini Pukul 3 di TV3! Jangan Lupa... Cc @Zahid_Hamidi @NajibRazak #PAU2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 kian kepenghujungnya... Janji UMNO untuk terus memperjuangkan nasib Agama Bangsa dan Negara demi Negara yang tercinta, demi rakyat yang disayangi dan demi kelangsungan parti keramat ini...

UMNO kian hari kian kuat setelah apa yang berlaku sebelum ini...

UMNO berjuang secara ikhlas dan berhemat selama berpuluh tahun... Terlalu banyak cabaran yang telah ditempuhi dengan tabah...

Terkini! Tidak macam Parti PAS yang hanya seperti lalang... Yang hanya mahu melihat orang Melayu Islam berpecah belah sehingga sanggup emndoakan yang buruk sesama Umatnya...

Menurut Dati Seri Zahid, UMNO sentiasa akan mendoakan yang baik kepada sesama Umat... Kerana dalam AlQuran sendiri menyatakan, kalau kita mahu mengajak orang kearah kebaikan ajaklah secara berhemah, lemah lembut dan kasih sayang...

Inilah juga sifat Rasulullah s.a.w dalam meyebarkan syiar islam ke seluruh dunia...

JOMO Kata: Menarikknya ada wakil dalam PAS yang memohon maaf mengenai doa tersebut... Saksikan Petang ini TV3 pada pukul 3 petang! :)
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Rangkuman PANAS #PAU2012 Oleh dato Seri @Zahid_Hamidi

Kalah Mati Harimau... LSemboyan Akhir #PAU2012



Malam ini pertemuan malaysia VS Indonesia menjanjikan aksi yang sangat mendebarkan... kita mengharapkan Malaysia akan menang dan meneruskan perjalanan ke pusingan kalah mati bagi piala AFF Suzuki 2012...

Penyokong dan Rakyat Mendoakan kemenangan malaysia... yang penting aksinya mestilah menarik...

Cit-cat Perhimpunan Agong UMNO 2012 juga sampai ke penghujung... Pastinya perwakilan sudah tidak sabar semboyan yang akan ditiup oleh presiden parti petang ini sempena penggulungan perhimpunan...

Kekuatan UMNO sudah kembali... UMNO sudah bangkit dari kekalahan dahulu... UMNO kini menjadi parti pilihan rakyat....

JOMO kata: hari yang mencabar...

Friday, 30 November 2012

Siapa Kita Tanpa UMNO...? @NajibRazak @Rosnah_ARS @razlanrafi #PAU2012

Perjuangan UMNO kian berubah mengikut zaman... Perjuangan UMNO terus meniti arus perubahan dengan kudrat yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan baik dan sempurna...

JOMO tersentuh hati bila Presiden UMNO semalam meminta maaf kepada rakyat Malaysia jika UMNO ada melakukan kesilapan... Inilah dia pemimpin yang cukup telus dalam mengadapi arus perjuangan ini...

Siapa kita tanpa UMNO? Selama berpuluh tahun menyumbang terlalu banyak usaha demi rakyat atas kerahmatan daripada Allah, kita bersyukur dengan segala nikmat yang kita nikmati...

Perjuangan UMNO untuk membawa Malaysia terus kehadapan juga mendapat pengiktirafan daripada banyak negara-negara islam... Selama berpuluh tahun UMNO terus mengungguli pentadbiran negara, pengalaman selama ini cukup berguna apatah lagi dalam menghadapi musuh yang semakin hari tidak bertanggungjawab terhadap negara ini...

Ingat! Perpaduan dipupuk oleh UMNO melalui perkongsian kuasa... Hari ini pembangkang menyatakan UMNO memecahbelahkan masyarakat... Terlalu jelas pembangkang memusingkan fakta...

JOMO Kata: jaga-jaga sama Anwar....
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

UFB Terus Bidah Izzah! Izzah Tak Layak Cakap Pasal Agama Lagi...

Thursday, 29 November 2012

Live Update! Masa Depan Keluarga Kita Terlalu Berharga! @NajibRazak

Menjadi aspirasi sejagat politik bahawa perubahan perlu kepada satu organisasi... Parti UMNO telah melalui zaman dan cabaran yang penuh onak ranjau... Namun hasilnya sangat memberi manfaat kepada Rakyat...

Ada yang menyatakan kenapa kita tidak mahu memberi peluang kepada parti lain untuk menerajui negara ini...?

Menurut presiden, perlu diingat harga nilai masa depan anak-anak kita, keluara kita sangat bernilai dan bukan untulk dibuat uji kaji... Sekali melangkah dan membuat sesuatu keputusan, kita tidak mampu untuk berundur lagi...

UMNO tidak akan rela melihat rakyat dijadikan sebagai uji kaji... Justeru, Putrajaya mesti dipertahankan...

JOMO Kata: tanx PResiden...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

PEMILIHAN YANG PENUH PENIPUAN... Pencacai Najis...


Sebelum ini Anwar telah meminta-minta campur-tangan dunia luar kerana kononnya pilihanraya Negara ini tak adil...

ini permainan Anwar dari dahulu lagi... Bila sesuatu sistem itu nampak sering membuat satu perubahan kearah yang lebih baik (dan berhasil), beliau sendiri akan mencanangkan bahawa sistem tersebut perlu disemak dan dipantau...

Ini cara beliau...

Kita berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana telah membuat keputusan untuk tidak mencampuri urusan pilihanraya Negara ini... Kerana mereka juga yakin kemampuan Suruhanjaya pilihanraya Malaysia yang jelas telah melaksanakan pilihanraya dengan lebih baik, termasuk sempena beliau (ANWAR) menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia  suatu ketika dahulu...

JOMO kata: Mengada-adakan cerita satu cara politik Anwar.... Pemilihan PKR yang tak telus tu apa dia buat...?

-admin-

baca juga di sini

Wednesday, 28 November 2012

Roh Ahli UMNO Sudah Bersedia...? @NajibRazak @Zahid_Hamidi #PAU2012

Perubahan yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional telah melahirkan rasa getir dikalangan parti-parti pembangkang yang sememangnya bersatu kerana seorang insan bernama Anwar...

Menurut Dato Seri Zahid semasa soal jawan tv3 sebentar tadi, antara perkara penting dalam persediaan kearah Pilihanraya adalah Latihan yang diberikan kepada Ahli, persediaan jentera (PDM) dan persediaan Roh setiap ahli UMNO...

Secara asasnya, UMNO telah bersedia dalam 90% dalam menghadapi Pilihanraya... 10% itu hanyalah siapakah calon yang akan bertanding...

Roh perjuangan adalah penting dalam menggalas harapan rakyat, menarik sokongan pengundi dan apa yang penting menterjemahkannya kepada UNDI kepada Parti Barisan Nasional...

Apa yang penting pada ketika ini hanya memperkemaskan segala jentera yang ada... Itulah pentingnya perhimpunan Agung UMNO kali ini bagi memperkemaskan setiap ruang agar ianya rapi dan padat dalam menyerang dan mempertahankannya daripada Musuh...

JOMO Kata: mendoakan setiap semangat perjuangan ahli terus menjadi asas kepada pemangkin kemenangan dan kelangsungan UMNO...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Sebuah Kebangkitan! Gelombang Puteri Semarakkan Perjuangan Nusa... @NajibRazak @Rosnah_ARS @umbkl #PAU2012u

UMNO sudah tidak boleh beralih kebelakang... Kerana baris hadapan parti ini mempunyai jentera yang cukup berbangsa menjadi Srikandi Parti ini, tak lain tak bukan Puteri UMNO Malaysia Pimpinan Datu Rosnah Abdul Rashid Shirlin...

Menurut beliau 'Setelah sekian zaman berzaman wanita adalah lambang kesucian, sejak kecil anak-anak Melayu jiwanya ditenun budi semangatnya disulam maruah. Siapa sangka, detika berjalan kita sebenarnya punyai kebijaksanaan Tun Fatimah sebagai perjuangan lampau, dimana beliau menjadikan penjajah lebih hina dari binatang... Kesucian sumaiyah kerana iman sampai nyawa tergadai dan kehebatan khadijah sehingga islam tersebar serata alam...'

Inilah yang menjadikan Puteri terus utuh, dengan jumlah keahlian seramai 365882 semangat kebangkitan ini memyerap masuk dalam darah dan nadi setiap ahli puteri...

JOMO Kata: Dengan keyakinan pimpinan yang sedia ada, gelombang kebangkitan rakyat bersama puteri UMNO Malaysia akan bergemerlapan disetiap pelosok tanahair dan menjadi ikutan masyarakat...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Kami Jiwa Rakyat! Cc @Najibrazak @Rosnah_ARS @umbkl #PAU2012

Perjuangan yang berlandaskan asas sayang kepada Agama Bangsa dan MELAYU adalah teras kepada perjuangan Puteri UMNO Malaysia... Puteri sebagai srikandi rakyat adalah baris hadapan bagi perjuangan murni ini... Inilah batu asas puteri semenjak ditubuhkan pada tahun 2001...

Ucapan cukup mengkagumkan perwakilan yang hadir mencerminkan Puteri UMNO sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi pilihanraya UMUM ke13 nanti...

Jiwa raga puteri hanyalah untuk rakyat, denyut nadi puteri bersama rakyat dan hidup mati puteri adalah demi perjuangan agama bangsa dan negara bersama nadi rakyat...

Puteri sudah cukup matang dalam meniti liku perjuangan ini... Puteri sudah mula meresapi perjuangan rakyat... Puteri sudah tidak boleh menoleh kebelakng... Puteri lambang semangat kepahlawanan UMNO...

JOMO Kata: secara amnya, semangat yang dibawa oleh Ketua Puteri UMNO tadi telah memberi signal jelas kepada perjuangan UMNO dan pucuk pimpinan bahawa Puteri sudah bersedia berperang... Harapan pucuk pimpinan menilai semangat ini demi nama UMNO dan Barisan Nasional... Demi Perjuangan suci dan kelangsungan parti keramat ini...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Siapa Kata Puteri Tak Buat Apa-Apa? @Rosnah_ARS @NajibRazak @umbkl @PutriJiwaRakyat #PAU2012

Ucapan pembukaan kepada persidangan Puteri UMNO telah melahirkan semangat perjuangan yang sangat murni...

Perjuangan Puteri menuntut kepada pengorbanan yang sangat besar demi perjuangan UMNO...

Ketua Puteri UMNO Malaysia telah melontar pertanyaan kepada perwakilan, 'Siapa Kata Puteri UMNO tidak berbuat apa-apa...?'

Persoalan ini mendapat sambutan daripada perwakilan yang hadir... Dengan menyatakan Puteri adalah perwira negara, perwakilan terus berdiri menyatakan sokongan padu kepada Ketua Puteri dan perjuangan UMNO demi menggalas harapan terutamanya dalam memenangi kepercayaan rakyat dan sekaligus memenangkan UMNO dalam Pilihanraya...

JOMO Kata: Semangat Puteri mencetuskan revolusi perjuangan dunia dan akhirat... Tahniah Datuk Rosnah! Tahniah Puteri!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Kita Doa Yang Baik-Baik... @NajibRazak @Zahid_Hamidi @umbkl #PAU2012

Sebentar tadi selepas perasmian serentak sayap pergerakan Puteri Pemuda dan Wanita UMNO, sidang media bersama Naib-Naib presiden UMNO telah mengupas serba sedikit isi kandungan ucapan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin...

Secara jelas, ucapan perasmian itu telah menggambarkan perbandingan diantara UMNO dan pembangkang terutamanya PAS dalam menggalas harapan rakyat terutamanya orang Melayu Islam...

Nyata! PAS hanya pandai berkata-kata... Hasrat mereka ke Putrajaya langsung tiada asas yang cukup terutamanya apabila PAS hanyalah pengikut dalam Pakatan Rakyat...

Menurut Dato Seri Zahid, dalam konteks isu doa yang dilakukan oleh PAS, jelas menunjukkan PAS menjadikan semua orang Melayu\Islam yang tidak bersama dengan mereka sebagai musuh... Walhal, UMNO sendiri hanyalah seteru dalam politik...

Doa menjatuhkan orang Islam yang lain benar menggambarkan PAS hanya pentingkan parti berbanding kemaslahatan Ummah sejagat...

Berbesa dengan apa yang cuba di bawa oleh UMNO dalam mendekati masyarakat... UMNO lebih kearah kesederhanaan... Perjuangan UMNO adalah untuk ummah secara keseluruhan... Doa yang diamalkan oleh orang UMNO juga adalah kebaikan untuk semua masyarakat tanpa mengira apapun latar belakang...

JOMO Kata: Perubahan yang dibawa oleh UMNO diresapi kemas oleh ketiga-tiga sayap bagi menggalas harapan rakyat...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Tuesday, 27 November 2012

Group 'R' Buat Kecoh majlis Orang! #PAU2012



kekecohan yang berlaku petang tadi betul-betul menggambar Modus Operandi Pakatan haram yang langsung tidak tahu menghormati majlis dan program orang lain...

gelagat beberapa orang yang menyerbu kearah PWTC telah meriuhkan keadaan yang dihadiri oleh ramai orang...

Blogger Kulaan Niring ada ceritanya... lanjut baca di sini

-admin-

MILF pun Puji UMNO... Alahai PAS...

hiasan...

KUALA LUMPUR: Peralihan Umno daripada sebuah pergerakan bebas yang bersatu menjadi sebuah parti politik pemerintah di Malaysia dapat dijadikan contoh, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Al-Haj Murad Ebrahim.

Beliau memuji parti itu yang memperoleh kuasa daripada mandat popular dan pada masa sama mendukung cita-cita serta amalan demokrasi.

“Masyarakat Malaysia mempunyai sebab untuk berterima kasih kerana pengalaman anda dalam tadbir urus kurang memihak atau berpecah belah berbanding dengan apa yang kami alami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai penceramah jemputan pada Forum Antarabangsa Umno bertemakan ‘Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat’ di sini, Isnin.

Forum dua hari itu dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bermula esok.

Pada 15 Oktober, kerajaan Filipina dan MILF menandatangani perjanjian bersejarah, dengan Malaysia sebagai perantara, untuk menamatkan konflik empat dekad di selatan Filipina.

Sementara itu, seorang lagi wakil MILF Michael Ong Mastura memberitahu pemberita di luar majlis itu bahawa Umno menjadi model yang sangat baik untuk dicontohi oleh MILF.

“Kami seringkali merujuk kepada permulaan Umno dan kami juga seperti itu, asalnya sebuah pertubuhan kini menjadi sebuah parti, ini adalah satu contoh yang baik,” katanya sumber

JOMO kata: Inilah sebenarnya perjuangan UMNO yang perlu diketahui oleh rakyat malaysia... Propaganda dan persepsi buruk terhadap UMNO yang dicipta oleh Pembangkang adalah tidak benar...

-admin-

Sokong Najib! Sokong BN! Sokong Perubahan... @NajibRazak @Zahid_Hamidi @Rosnah_ARS



UTUSAN: Lebih kurang setahun lalu Tun ada bercakap kepada media bahawa Tun masih bimbang dan pesimis terhadap UMNO. Bagaimana pandangan Tun sekarang?

MAHATHIR: Saya melihat UMNO berada lebih baik berbanding setahun yang lalu. Saya fikir mereka semakin memahami keadaan kerana jika mereka masih belum berubah maka UMNO dan BN akan kalah. Dalam keadaan ini semua pihak akan rugi.

Adakah Tun melihat UMNO dan BN akan berjaya memenangi semula negeri yang tewas pada pilihan raya 2008?

Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat - kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan juga Kelantan. Namun semua itu terpulang kepada UMNO itu sendiri.

Di Kelantan terutamanya, kerana di negeri itu pemimpin UMNO selalu sahaja merendah-rendahkan mereka yang dipilih sebagai calon. Perkara sama juga berlaku seolah-olah ia satu budaya di negeri-negeri lain. Itu adalah antara faktor utama yang boleh menjatuhkan UMNO.

Bagaimana dengan Datuk Nik Aziz. Beliau telah memimpin Kelantan lebih daripada 22 tahun?

Apa yang anda lihat adalah sebelum ini tiada sesiapa yang berani mengkritik Nik Aziz. Langsung tidak ada yang berani. Namun sekarang terdapat ahli mereka yang sudah berani mengkritik beliau. Ini membuktikan tidak ada sesiapa yang terlepas daripada menjadi sasaran kritikan.

Pengaruh Nik Aziz juga sudah semakin merosot kerana beliau sering sahaja membuat kenyataan yang hakikatnya tidak selari dengan ajaran Islam.

Bagaimana Tun melihat perubahan UMNO terutamanya yang melibatkan generasi muda?

Saya dapati orang muda yang jadi masalahnya. UMNO sendiri tidak dekat pada mereka. Saya sendiri dekatkan diri pada mereka, bila saya bercakap, mereka positif dengan perjuangan UMNO, mereka ada kritik kerana mereka anggap UMNO korup dan sebagainya. Sebahagian kritikan memang berasas, tapi mereka sedar betapa pentingnya UMNO.

Maksudnya mereka tak tolak UMNO?

Mereka marah pasal pemilihan Majlis Tertinggi. Nampak jelas ada korupsi yang berleluasa, tapi cara ia ditangani tak begitu baik. Ada orang yang didapati korup tak dibenarkan pegang jawatan, tapi ada yang boleh terus pegang jawatan dalam kerajaan. Ada pula yang tak ada halangan, walaupun memang korup.
Bagaimana Tun melihat perubahan yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak?
Beliau bekerja keras, saya fikir memang ada kesan. Dan harap dengan cara-cara (yang dilakukan Najib), beliau boleh menang.

Macam mana peranan sayap-sayap UMNO. Adakah Pemuda, Puteri dan Wanita sudah menjalankan perubahan yang diharapkan?

Belum memuaskan, Pemuda nampak tidak begitu aktif. Kadang-kadang ada perjumpaan di bahagian, tetapi saya nampak Pemuda tak ambil bahagian pun. Wanita ini biasanya lebih bersemangat, Puteri pun macam itu juga.

Terdapat mereka yang sudah menjadi liabiliti dalam UMNO tetapi masih mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Apa pandangan Tun?

Saya punya pendapat, masing-masing mesti menilai diri. Kalau kita berpendapat kita tidak lagi menguntungkan parti, kita jadi sasaran dan macam-macam lagi. Saya ingat kita perlu undur diri sendiri. Saya sendiri letak jawatan, ada orang tanya kalau saya jadi Perdana Menteri (semula) apa saya nak buat, saya (jawab) letak jawatanlah.

Mungkin Tun ada sebarang nasihat kepada Nik Aziz?

Dia janji bila saya letak jawatan, dia akan turut sama meletak jawatan. Satu masalah tentang mereka ini adalah mereka tidak mengotakan janji yang telah dibuat. Beliau sepatutnya menjadi contoh yang baik kerana beliau adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya.

Adakah Tun serius Pulau Pinang mampu ditawan semula. Ini kerana ada dakwaan bahawa Ketua Menterinya dianggap sebagai tokong dan mampukah BN menang dengan majoriti 2/3?

Terdapat mereka yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menterinya. Namun kita akan lihat nanti. Sebenarnya hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan negeri adalah sangat penting. Jika pakatan rakyat menang sudah tentu Lim Guan Eng akan dilantik semula sebagai ketua menteri. Tetapi jika Kerajaan Pusat yang saya lihat akan tetap dimenangi BN, sudah tentu hubungan tidak akan begitu baik.

Namun saya harap mungkin (BN) boleh menang majoriti 2/3 namun ia sukar diagak ketika ini. Ini kerana banyak kelemahan yang telah dilakukan oleh pemimpin selepas saya. Sekarang ini banyak kakitangan kerajaan yang menolak UMNO dan BN. Pada zaman saya dahulu sokongan kakitangan kerajaan adalah kuat.

Dengan perubahan politik semasa, ditambah dengan serangan pihak luar, mampukah UMNO bertahan lagi untuk tempoh yang panjang?

Saya berpendapat serangan pihak luar sebenarnya menguntungkan UMNO. Umpamanya mereka ini gemar menyokong parti dan media lawan, bermakna mereka sudah jadi alat kuasa asing. Adakah orang Malaysia suka kerajaan yang jadi alat kepada pihak asing? Saya fikir rakyat Malaysia bijak. Takkan mereka ini suka pada pihak yang bagi sokongan kepada kuasa hanya kerana mereka memberi wang dan memaksa supaya dilakukan regime change.

Boleh Tun komen sedikit tentang banyak pihak pembangkang sudah kembalinya menyokong BN atas faktor Najib. Tetapi mereka di peringkat ketua bahagian dan ketua cawangan UMNO masih berperangai lama?

Itu yang kita cuba sedarkan pemimpin di peringkat bahagian, cawangan. Ini sebenarnya satu masalah bagi UMNO, oleh kerana pemimpin begini nak jaga kedudukan mereka. Mereka tak benarkan orang yang lebih layak daripada mereka masuk UMNO, sehinggakan orang ini kecewa dan akhirnya masuk Pas. Dahulu Pas takda golongan profesional seperti doktor, peguam, dan sebagainya. Sekarang ini sudah banyak, sebabnya nak masuk UMNO tak boleh. Itu yang menyebabkan banyak orang tak senang hati. Najib OK, tapi yang lain bagaimana?

Perlukah perlembagaan diubah supaya pemimpin sebegini tidak dibenarkan memegang jawatan terlalu lama, mungkin untuk dua atau tiga penggal sahaja?

Yang itu terpulang kepada kajian. Kalau pada masa saya dulu jika perkara ini dilakukan, saya tak dapatlah memerintah selama 22 tahun. Mungkin saya hanya memegang jawatan lebih singkat, tetapi terdapat banyak kerja yang nak dilakukan.

Ini adalah persidangan UMNO terakhir sebelum pilihan raya. Apakah persediaan UMNO sudah mencukupi pada pandangan Tun?

Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa, mungkin kita akan kalah. Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang.

Masalah UMNO ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham.

Isu calon adalah sesuatu yang sangat sensitif. Ini kerana ada pihak yang akan boikot dan sebagainya, seolah-olah sudah menjadi barah termasuklah dalam parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Mungkin ada cara penyelesaian yang sesuai?

Parti macam manusia juga, manusia bila sudah tua dapat sakit barah, kalau dia tak potong cepat-cepat, ia akan merebak. Parti akan mati kalau dia tak buang barah. Kalau parti mati dia (manusia) pun matilah.
Sebagai pemimpin yang pernah berkhidmat sebegitu lama untuk masyarakat, apakah amanat yang Tun ingin sampaikan kepada orang Melayu di luar sana yang terpengaruh dengan dakwaan pembangkang?
Orang Melayu harus sedar, penggunaan isu tertentu untuk menyokong mana-mana pihak bukan kerana isu itu penting, tapi kerana orang itu guna isu untuk kepentingan mereka. Kalau orang Melayu faham perkara ini, mereka akan selamat. Tapi kalau mereka terbawa-bawa dengan isu ini, umpamanya UMNO dan BN dah memerintah 55 tahun berilah peluang pada orang lain, mereka akan kata ia dilakukan bukan kerana mereka percaya.

Kalau pembangkang jadi kerajaan, mereka pun tak nak ditukar juga. Isu sebegini hanya digunakan untuk mendapat sokongan, bukan kerana dia nakkan perubahan.

Najib bukanlah pilihan awal sebagai pengganti Tun namun bagaimana Tun melihat beliau sekarang dan apa komen ikhlas mengenai beliau?

Sudah tentu beliau telah melakukan kerja dengan cemerlang. Jika kita tidak menyokong beliau bagaimana beliau akan membuat kerja dengan tenang. Namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbetulkan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pilihan raya.

Yang penting sekarang adalah menang dalam pilihan raya akan datang. Saya menyokong Najib dan dalam ceramah saya ke seluruh Malaysia, saya beritahu adalah penting untuk menyokong beliau untuk menang dalam pilihan raya.

Apakah senjata terakhir pada pandangan Tun untuk UMNO menang dengan majoriti 2/3?

Kalau saya cerita habislah, (ketawa). Secara umumnya banyak perkara lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat kemenangan 2/3. Bukan dengan hanya satu perkara kita buat maka semua masalah selesai. Masa saya dulu, banyak benda kita buat sebagai strategi. Saya fikir Najib masih ada ruang untuk bergerak.

Dalam negeri-negeri yang dikuasai UMNO, negeri mana yang Tun rasa boleh menang dengan selesa?
Saya lihat Johor akan menang, tapi mungkin ada kekurangan sedikit, ulu Johor menang 100 peratus. Sabah agak kuat juga tapi ada sedikit pergolakan, tapi saya fikir masalah ini boleh diatasi. Yang lain terutama yang cukup-cukup makan, saya ingat masih boleh menang, tapi tak boleh kata gerenti menang atau 100 peratus menang.

Apakah Tun akan aktif berkempen untuk UMNO selepas ini terutama pada pilihan raya akan datang?

Kalau boleh saya memang mahu melakukan dengan aktif. Saya telah menyatakan akan terus memberi sokongan sebelum meletakkan jawatan dahulu. Namun setengah jalan saya berhenti kerana kepimpinan dalam UMNO yang terlalu teruk. Malah saya tidak dibenarkan untuk berkempen.

Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya untuk menang dan kemudian dipilih sebagai Presiden dan kemudian Perdana Menteri. Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti.

Utusan

-admin-

Gadis! Ahli Parlimen BERTUDUNG Pertama Britain...?



LONDON – Sumaiya Karim, 16, melahirkan rasa bangga selepas menjadi individu pertama yang memakai tudung di Parlimen Britain, menurut akhbar The Times, kelmarin...

Menurut remaja itu yang berasal dari Wokingham, barat London itu, beliau memakai tudung atas pilihannya sendiri memandangkan ia adalah sebahagian daripada perkara yang dituntut oleh Islam...

Sumaiya adalah merupakan salah seorang daripada Ahli Parlimen Belia yang dilantik untuk mewakili suara golongan mereka di kawasan masing-masing...

Sidang Dewan Rakyat tersebut turut membariskan Ahli Parlimen Belia yang berumur 11 hingga 18 tahun...

JOMO Kata: Alhamdulillah.... Dunia semakin menerima kebangkita Islam... AllahuAkbar...Terima kasih kerajaan malaysia kerana telah memperjuangkan Islam dan meletakkannya pada tahap yang sepatutnya di Negara ini...

-admin-

SINDIRAN PEDAS! Kisah Adam to Abby...



Penyanyi kelahiran sebuah rancangan realiti, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam mengakui dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam.

Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati.

Untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.

“Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak,” katanya.

Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik.

Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar.

“Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah.

“Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam,” luah Adam. MPP

JOMO Kata: Islam itu Indah... Kasihan orang macam Abby ni... cc Bob Lokman...

-admin-

Monday, 26 November 2012

Hudud PAS dalam 'Poket' Mat Sabu...? Nizar Melanting PAS Takutkan PKR dan DAP...



Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas kali ke 58 baru-baru ini, ianya seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.

Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat 'restu' dari rakan sekutu politik mereka.

Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada negara kebajikan.

"Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang perlaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.

"Jika kita kaji semula, di dalam dokumen buku jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR," kata MP Parit.

Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dogengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Kita lihat selama ini mereka terus mendesak kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya kerajaan pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat 'restu' daripada DAP dan PKR.

"Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan," ujarnya lagi. TaipingMali 

JOMO Kata: PAS semakin hilang punca... Kasihan... Hadi Awang tak nak jadi PM, jadi siapa PM...? Mat Sabu...?

-admin-

Sabah Chinese Will Vote for BN!


KOTA KINABALU: Sabah Gerakan chief Datuk Gordon Leong is confident that Sabah’s Chinese community would make a wise decision when casting votes in the coming general election.

He said the community would vote with wisdom, and not with emotion or be easily swayed by the opposition’s empty promises.

He said this when asked to comment on a call by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Sunday that those in the Chinese community who liked his  leadership should give solid support to Umno and BN, if they wanted him to bring more successes to the nation, via the national transformation programme.

The prime minister said this in a special interview, prior to the 66th Umno General Assembly next week, when asked to comment on remarks by political observers that some quarters in the Chinese community liked Najib’s leadership, but not his party and BN, and were divided over giving support. — Bernama

McDonald's Malaysia Akhirnya Bersuara Selepas di Boikot...

sumber

TAHNIAH! Nabil Raja Lawak dah jadi Bapa....


Rezeki...

nabil kini menjadi seorang ayah... Teruskan perjuangan demi memartabatkan Anak Seni Malaysia...

nabildananak (TAHNIAH) Nabil Kini Seorang Ayah Dengan Kehadiran Cahaya Mata Perempuan

Sunday, 25 November 2012

Sila Semak! Tak Undi Kerajaan Barang Turun...?

Live dari PWTC...

Sekarang tengah berlangsung sesi dialog bersama pimpinan muda mahasiswa dalam dan luar negara...

Datuk Razali Naib Ketua Pemuda UMNO sedang menyampaikan amanat bersama pimpinan mahasiswa...

Menariknya... Beliau menegaskan agar pimpinan mahasiswa tidak mudah terpengaruh dengan apa juga isu yang wujud... Sebagai pemimpin kita perlu menyemak apa juga isu yang timbul dan jangan mudah terpedaya...

Sebagai contoh... Adakah dengan undi BN barang akan naik...? Ataukah kalau tak undi BN barang akan turun...?

Isu yang berlaku terlalu banyak dan pantas... Justeru, pemimpin perlu peka dan mendapatkan maklumat atas apa juga isu...

Kerajaan telah memberikan yang terbaik kepada anak muda... Jadi jangan terpedaya....


Live dari PWTC! HIMPUNAN WANITA MUDA NEGARA... Cc @NajibRazak @Rosnah_ARS

Sekarang tengah berlangsung himpunan wanita negara anjuran puteri UMNO Malaysia... Kehadiran lebih kurang 15 ribu orang ini menggambarkan wanita muda menunjukkn komitmen dalam menyokong agenda kerajaan dalam membangun wanita muda negara...

Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ini dihadiri oleh wanita muda seluruh negara...

Disebelah pagi, ianya disemarakkan dengan kehadiran Daton Seri Rosamah Mansor...


JOMO Kata: tahniah puteri...




Siapa jiran nabi Musa di Syurga...?


Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut.

Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

"Apa hal ini?" Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium, ia kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagidengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Setelah selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa.

"Wahai saudara, apa agama kamu?" soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut.

"Aku agama Tauhid" jawab pemuda itu, iaitu agama Islam.

"Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba" kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak. Hari-hari aku berbaktikepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap akan melaksanakan tugas aku" sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka dosa diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami".

Allah juga berfirma lagi yang bermaksud,"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka dipindahkan ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Walau bagaimanapun buruk sekali punperangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan  kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun  kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah SWT.

Doa anak yang soleh yang akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit tetapi kasih dan sayang  seorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah. Kisah Nabi & Rasul