Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 24 November 2012

Tanya Saya! Datin Seri Rosmah ingatkan mahasiswa... Cc @NajibRazak

Majlis makan malam bersama mahasiswa cukup meriah... Datin Seri Rosmah yang yang dikenali sebagai bonda dikalangan mahasiswa yang hadir telah berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan tauladan kepada mahasiswa\anak muda yang hadir...

Tanya saya... Inilah kata-kata mudah tetapi mempunyai maksud yang besar... Beliau telah menasihati anak-anak muda yang hadir agar bertanya terus kepada beliau seandainya terdapat isu yang menjadi kekeliruan kepada masyarakat... Datin Seri yang manjadi bahan yang digunakan oleh pembangkang untuk menyerang Perdana Menteri, telah meluahkan isi hatinya agar anak-anak muda yang hadir tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis oleh pihak pembangkang melalui internet...

Beliau mahu anak-anak yang hadir pada malam ini agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran terlebih dahulu... Dapatkan pekerjaan yang baik dan bantu membangunkan negara Malaysia...

Beliau yang berkongsi sedikit mengenai keluarganya, menyatakan betapa Perdana Menteri Malaysia berusaha sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia terutamanya anak muda...

JOMO Kata: 1 Malaysia... Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Live dari PWTC! Majlis Makan Malam Bersama Datin Seri Rosmah Mansor

Sekarang tengah berlangsung majlis makan malam Mahasiswa dalam dan luar Negara bersama Datin Seri Rosma Mansor... Turur hadir Menteri Belia dan Sukan dan anak Perdana Menteri Malaysia...

Majlis yang bertemakan Transformasi Mahasiswa Memperkasakan Bangsa ini adalah medan pertemuan dikalangan pemimpin Mahasiswa dan belia bersama isteri perdana menteri...

JOMO Kata: tahniah...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

DOA JAHANAM! YB Zul HENTAM PAS...


dari blog Zul4Kulim

Salam 2 all.

Dunia Islam dikejutkan dengan peristiwa solat hajat dan doa anjuran PAS di Stadium Kota Bharu hari Sabtu 03 Muharram 1434, bersamaan 17 Nov 2012. Program yang dibuat sempena Muktamar PAS 2012 yang diadakan di PUTIK Kelantan tahun ini. Muktamar terakhir sebelum PRU 13.

Dalam keadaan umat Islam baru sahaja memasuki awal Muharram 1434, sempena menyambut peristiwa Hijrah Rasulullah saw daripada Makkah ke Madinah. Peristiwa yang melihat bagaimana Rasulullah telah mendamaikan dua suku Yathrib yang berperang lebih 200 tahun iaitu Auz & Khazraj; yang kemudiannya memeluk Islam dan dikenali sebagai kaum Ansar.

Kemudian Rasulullah saw berjaya mempersaudarakan sahabat Baginda yang berhijrah daripada Makkah yang dikenali sebagai Muhajirin dengan kaum Ansar daripada Yathrib, kemudiannya membentuk sebuah Daulah Islamiyyah yang dikenali sebagai Madinatul Munawwarah.

Peristiwa Hijrah adalah iktibar bagaimana perdamaian dibina dan ukhwah dimantapkan diantara dua golongan yang saling berperang dan bermusuhan. Peristiwa Hijrah adalah iktibar dimana persaudaraan dijalin diantara dua golongan yang langsung tidak kenal mengenal antara satu sama lain. Perdamaian dan persaudaraan yang membawa kepada Islam menjadi makin kuat dan mantap.

Dalam keadaan meraikan peristiwa Ma'al Hijrah itu, teman ingatkan sudah tentu umat Islam masakini akan mengambil iktibar daripada apa yang diajar oleh Rasulullah saw, iaitu membina kedamaian dan menjalain persaudaraan sesama Islam.

Umat yang berlainan bangsa dan darjat, tetapi punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Kiblat, Satu Aqidah; sewajarnya menjadi Satu Umat!

Alas! Rupanya sebaliknya terjadi di bumi Islam Malaysia! Akibat keghairahan politik kepartian tanpa batas, akibat terlalu gila mabukkan kuasa politik, sempena Muktamar Agong PAS, mereka mengadakan solat hajat dengan doa supaya umat Islam lain yang tidak sehaluan aliran politik dengan mereka dihancurkan! PAS membuat solat hajat dan doa supaya UMNO dihancurkan!!!

Pada teman, ini adalah jelas satu tindakan yang langsung tidak Islamik, bercanggah dengan syariat, menyalahi adab dan tata kesusilaan kemanusiaan, dan menggambarkan tindakan liar berbentuk kehaiwanan politik yang melampau dan desperado!

Teman faham bahawa PAS sekarang terlalu desperado! Sokongan umat Islam khususnya orang Melayu makin merosot! Orang Melayu sudah mula meragui, mempersoalkan dan mempertikaikan tindak tanduk dan halatuju politik PAS!

Persekongkolan luar tabi'e dengan Anwar Ibrahim sangat menghairankan orang Melayu! Persekongkolan songsang dengan parti cauvinis DAP yang terkenal dengan "Islam over my dead body" sangat meragukan orang Melayu! Tindak tanduk PAS yang dilihat lebih menjadi Pak Turut dan memperkaldaikan diri dan diperkaldaikan oleh Anwar dan DAP menambah kegusaran dan kekhuatiran orang Melayu! Pemecatan tokoh pejuang PAS Dr Hasan Ali yang lantang mempertahankan aqidah umat dilihat sebagai paku terakhir kepada keranda politik PAS!

Melihat kepada sokongan orang Melayu yang makin merosot, sambutan orang Melayu yang begitu hambar dalam program-program anjuran PAS, teman percaya langkah mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO itu adalah langkah desperado dan terdesak bagi golongan pasrasit yang menguasai PAS! Mereka melihat lambaian Putrajaya semakin jauh, mereka melihat kerusi empuk Putrajaya makin hancur!

Pada teman, adalah lebih baik PAS mengadakan solat hajat supaya ALLAH memberikan hidayah kepada beberapa pimpinan pembangkang yang sudah sesat dan tergelincir jauh daripada Islam. Pembangkang yang disarangi oleh pengamal fahaman liberal dan pluralisma yang menyamakan Islam dengan agama lain, pembangkang yang dihuni mereka yang sesat pemikiran dengan amalan seks bebas dan luar tabi'e LGBT; pembangkang yang didiami mereka yang mahu bangsa Melayu hancur aqidah dan agamanya!

Alangkah lebih baik PAS mengadakan solat hajat supaya rakan sebantal mereka DAP diberi petunjuk keimanan! Bukankah lebih baik mendoakan supaya Karpal Singh, Kitsiang & Guaneng menerima hidayah dan mahu menerima aqidah Islam dan menyembah ALLAH Yang Satu!

Alangkah lebih baik jika PAS mengadakan solat hajat dan doa agar umat Islam di Ghozzah, Falastin diberi keselamatan dan dilindungi daripada penyembelihan dan pembunuhan oleh rejim zionis! Malah adalah lebih baik kalau PAS berdoa moga ahli-ahli PAS diberi kekuatan dan semangat jihad untuk pergi ke Ghozzah dan bersama dengan umat Islam disana disaat mereka sangat-sangat memerlukan sokongan!

Teman yakin umat Islam Ghozzah akan terperanjat mendengar PAS mendoakan supaya umat Islam UMNO dihancurkan! Sedangkan umat Islam Ghozzah sedar dan insaf bahawa Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan umat Islam UMNO lah yang menjadi harapan dan sandaran mereka! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan umat Islam UMNO lah yang paling banyak menyokong, membantu dan berkorban untuk mereka selama ini!

Suara umat Islam Ghozzah dibawa ke pentas dunia oleh pemimpin Islam UMNO sehingga ke peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu! Keberanian dan kelantangan pemimpin Islam UMNO lah yang berjaya menggegarkan dunia dengan suara rintihan umat Ghozzah!

Pemimpin Islam UMNO itu sekarang didoakan oleh para pasarasit PAS supaya dihancurkan! Airmata Ghozzah pasti mengalir melihat gelagat haiwan-haiwan politik yang terlalu gila dan taksub mahukan kerusi empuk kekuasaan, sehingga mengenepikan persaudaraan dan ukhwah yang diperjuangkan Rasulullah saw!

Malahan tindak-tanduk kaum pasrasit yang gila kuasa ini sebenarnya merosakkan Islam itu sendiri! Cuba mike bayang yop apa kata orang kafir bila mendengar ada Pak Lebai yang sanggup menadah tangan meminta ALLAH menghancurkan orang Islam lain! Pasti mereka kan kehairanan! Agama apa yang mengajar umatnya supaya mendoakan kehancuran dan kerosakan sesama sendiri?

Yang mendapat nama burok ialah Islam! Yang mendapat imej burok ialah Islam! Yang rosak ialah Islam!

Kepada umat Islam bangsa Melayu, berapa lama lagi kita mahu diperlembu dan diperkaldaikan oleh pasrasit-pasrasit ini? Berapa lama lagi kita mahu diperbodoh dan diperjahilkan oleh kaldai-kaldai politik yang menjadi tunggangan Anwar dan DAP ini?

Sebab itu umat Islam bangsa Melayu tidak ada pilihan lagi! Isyarat jelas mesti diberikan kepada pasrasit-pasrasit yang menguasai PAS! Bahawa umat Islam bangsa Melayu bukan kaldai yang boleh diperbodohkan! Umat Islam bangsa Melayu bukan haiwan yang boleh dijadikan bahan tunggangan!

Malah umat Islam bangsa Melayu sangat bangga dengan agama dan aqidahnya! Umat Islam bangsa Melayu sangat bersyukor menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang diiktiraf melalui undang-undang dan Perlembagaan sebagai bangsa yang ujud kerana agama Islamnya!

Sebab itu umat Islam bangsa Melayu akan bersatu dengan kekuatan iman dan aqidah, dan berjanji akan mengajar pasrasit-pasrasit haiwan politik ini dengan menolak mereka sepenuhnya mereka dalam PRU 13 akan datang!

Kita berikan mereka kerusi sifar - kerusi kosong - dalam PRU 13 nanti insyallah!

Dan kepada para pasrasit yang menguasai PAS, mike kena ingat! Doa mike itu jika tidak benar dan tidak diredhai, akan kembali kepada mike! Silap haribulan mike sendiri yang akan dihancurkan ALLAH! Mike sendiri yang akan dibinasakan ALLAH!

Sebab itu teman mendoakan semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah untuk kembali kepada Islam sebenarnya; risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw sebagaimana yang dimaktubkan didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah saw!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin

Anak Muda Mahu BN Terus Pimpin Negara... @NajibRazak @razaliibrahim @Zahid_Hamidi @shaberycheek @razlanrafi

Kejayaan BN untuk melahirkan anak-anak muda yang berjaya telah terbukti selama berpuluh tahun pimpinan BN... Lihat saja dalam semua aspek, mereka yang berjaya pada hari ini (secara langsung dan tidak langsung) melalui dasar dan program yang dibuat oleh kerajaan yang sediaada...

Malam tadi, mahasiswa dari dalam dan luar negara telah diraikan sempena kehadiran mereka sebagai wakil mahasiswa dalam perhimpunan agong UMNO 2012...

Program yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Shabery Chek itu itu mendapat sambutan yang sungguh menakjubkan...

Rata-rata mereka yang hadir telah menyatakan komitmen mereka untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan yang sedia ada...

Mereka memahami hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan belia... Apabila dilihat sejak dari dahulu hingga hari ini, kerajaan telah memberikan banyak peluang dan bantuan kepada golongan belia ini... Apatah lagi dengan pimpinan sekarang, dasar untuk memajukan anak muda semakin ditekankan oleh kerajaan..

Tindakannya semua ditangan para anak muda... Perahu sudah ada disungai, ayuh ambil pendayung untuk bergerak kehadapan dan rebut peluang yang telah disediakan...

JOMO Kata: Terima Kasih kerajaan...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Hairie bengong dengan nik Aziz....



Doa KO UMNO... Terus menjadi persoalannya... Apakah ini PAS...? Bukankah Islam menyeru kita doa yang baik sesama Umat...

UMNO dikatakan tidak Islam kerana tidak melaksanakan hudud...

Undang-Undang Islam adalah yang terbaik... namun, mahu melaksanakannya Orang Islam sendiri mesti bersatu sebagaimana Rasulullah menyatukan kaum Muhajirind an Ansar sebelum menegakkan Negara Islam madinah...

Persoalannya, kenapa Anwar dan PKR tidak dicop sebagai Anti islam...? dia sendiri tidak pernah mahu melaksanakan undang-undang islam... PAS sila jawab!

Terkini, hairie Othman sendiri menganggap isu ini keterlaluan... Fikirkanlah....

hantu kelakar! _Ustaz Kazim

Friday, 23 November 2012

Keterlaluan!

Anwar tidak pernah berhasrat mahu tubuhkan Negara Islam ataupun hasrat mahu laksanakan hukum hudud... Jadi bagaimana???

Apa??? Blogger UMNO Mahu diRahsuah oleh Hantu Derita...?



Cerita Panas rujuk blog sel13.com

Kami mendapat maklumat sejak semalam ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan suaminya cuba menggunakan pelbagai pihak untuk mencari kami.

Nasihat kami, tidak perlu cari kami. Kami tidak berminat untuk berunding dengan kamu. Sila simpan wang kamu!

Lebih kurang 40 hari lagi tahun baru akan muncul. Lebih baik kamu simpan wang itu untuk membeli kenderaan baru sebagai melengkapkan koleksi kenderaan sepanjang kamu bergelar YB.

Daripada kamu membuang masa untuk mencari kami adalah lebih baik kamu gunakan masa itu untuk berkongsi ‘rahsia kejayaan’ kamu dengan pengundi-pengundi Ampang.

Kami di sini juga akan memainkan peranan kami untuk menolong kamu dengan menceritakan kepada dunia tentang ‘rahsia kejayaan’ kamu.

Kenapa PAS Tak Doa Kemusnahan PKR dan DAP...?

Dalam Buku Jingga yang diketuai oleh PKR... Tiada langsung menyebut mahu tubuhkan negara Islam... PKR pimpinan Orang Melayu Islam @ Anwar Ibrahim...
Kenapa Nik Aziz Tak doakan Anwar dan partinya Musnah...? Dia Muslim... Tapi, tak mahu wujud Undang-Undang Islam...

Thursday, 22 November 2012

PANAS! Jawapan Mukhriz 'MENUSUK' Dr.Asri dan Chegu Bard...



Kita faham bahawa persepsi memainkan peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi minda dan pemikiran manusia... Dalam apa keadaan sekalipun, persepsi adalah inti kepada sesuatu ramuan, tanpanya, ramuan itu juga entah ke mana...

Ikuti TWEET daripada Dr.Asri (Bekas Mufti Perlis yang banyak ceritanya) mengenai Kapal US yang berlabuh di Negara kita... Apa sebabnya...? Jangan nak provok sangat!!!



Justeru itu, Janganlah selalu menimbulkan persepsi kepada rakyat... Kan dah kena...


baca juga CTS

PKR Parti Apa??? 4 Tahun Mak Lampir Ada Banyak Duit....


gap

Tohmahan yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO dan BN cukup menyakitkan hati... Walhal, mereka sendiri tidak pernah mencerminkan diri sendiri...? banyak harta... Tapi, tuduh orang lain yang bukan-bukan...

Kata Orang Dia yang Lebih... Begitulah caranya mereka berpolitik... Persendakan perjuangan Agama, Bangsa dan negara, malah minta dihancurkan lagi dengan doa berniat politik kepada Masyarakat...

Persoalan yang lain sekarang! Hj Hadi Awang Tidak Mahu Menjadi perdana Menteri, jadi Siapa yang akan menjadi Perdana Menteri...????

Jangan jadi macam Pakatan haram! Peringatan Untuk Parlimen Sepanggar! cc @NajibRazak



Desas-desus mengenai Calon mana-mana kawasan Parlimen baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Haram terus menjadi perbincangan dalaman yang sangat menarik untuk dikupas... Apabila difahamkan, isu calon BN hampir selesai, masih terdapat sebilangan ahli parti dalam komponen BN yang masih membicarakan isu ini...

Bagi JOMO, kita tidak perlu jadi macam pakatan haram... yang mana, terdapat kawasan dan kerusi yang menjadi pertelagahan dikalangan DAP PAS dan PKR... DAP yang mahukan lebih banyak kawasan melayu, terpaksa berdepan dengan PAS yang tidak mahu melepaskannya... DAP dikatakan, terlalu angkuh dalam menguasai kerusi yang boleh memberikan advantage kepada parti itu... Walhal, DAP secara kejamnya terpaksa mengeeapikan PAS yang dikatakan kurang berfungsi dalam Pakatan rakyat...

Tambahan lagi, kerusi Melayu yang disecara tradisinya menjadi kerusi PAS juga kini mula diintai oleh Calon Melayu PKR... begitulah kejadiannya... PAS juga yang tersepit... itu cerita mereka!

cerita di sabah! Parlimen Sepanggar yang menjadi kubu kuat BN! namun disebabkan pembelot parti SAPP pimpinan yong teck lee yang keluar BN kini kerusi itu menjadi rebutan ramai orang... JOMO melihat, oleh kerana UMNO adalah tunjang kepada BN Sepanggar selama ini, seharusnya UMNO Sepanggar diberi peluang mewakili BN pada Pilihanraya Umum ke13 akan datang... Terperinci baca Anak parlimen Sepanggar

Dengan pimpinan yang kuat dan ahli yang ramai, JOMO pasti BN melalui UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar... Sebagai parti tunjang yang sememangnya tidak akan berpaling tadah daripada perjuangan, UMNO adalah pilihan yang terbaik, disusuli dengan sokongan padu rakan-rakan komponen yang lain...

Tambah Menarik lagi, bilamana Presiden UPKO sendiri tidak berhasrat utnuk bertanding kerusi itu...

JOMO Kata: Fokus kepada Kerja! Demi Agama Bangsa dan Negara! Demi kalansungan Barisan Nasional...

lanjut baca di sini

Ular 'BESAR&PANJANG' ditemui di Sarawak...?


Seekor ular raksasa berenang di Sungai Baleh, Sibu, Sarawak. Sebuah gambar ular raksaksa dilihat berenang melenggak-lenggok di sebuah sungai tropis yang dikelilingi oleh hutan gambut. Ular berwarna hitam itu sangat besar, hampir memenuhi sungai yang terletak di tengah-tengah hutan rawa yang rimbun. Air berombak di kiri kanannya. Foto itu dipercayai diambil dari sebuah helikopter.
Kalimantan memang memiliki ular-ular raksasa.  Namun, ular besar yang baru ditemukan itu adalah sejenis sanca atau python atau masyarakat Kalimantan menyebutnya ular sawa, yang panjangnya belasan meter.

Namun ular yang terpampang pada gambar  jauh lebih panjang dan besar dibandingkan dengan  penemuan python selama ini. Dikatakan panjangnya lebih 100 kaki atau sekitar 33 meter.
Gambar tersebut diambil oleh anggota wilayah bencana banjir yang kemudian diterbitkan olehUtusan Sarawak, sebuah akhbar tempatan. New Straits Times di Kuala Lumpur juga memuat gambar tersebut yang kemudian diikuti oleh The Telegraph, Inggeris.

Ada juga yang tidak memercayai gambar itu dan menganggapnya rekaan semata-mata. Hal ini karana terlalu jauhnya pengambilan gambar ular tersebut. Benar atau tidak,  gambar itu sudah membuat masyarakat di sekitar Serawak, khususnya Sibu, ketakutan kerana sungai itu merupakan nadi pengangkutan masyarakat selama ini.

Berdasarkan legenda yang di kalangan masyarakat setempat, memang dipercaya adanya anaconda di kawasan tersebut yang bernama Nabau. Menurut kepercayaan, Nabau merupakan ular dengan panjang 80 meter dengan kepala naga dan tujuh lubang hidung. Masyarakat desa yang tinggal di Sungai Baleh Borneo memercayai makhluk mistik tersebut. Selain itu, masyarakat memang sering melihat ular-ular besar di kawasan itu.

Persoalannya, adakah gambar tersebut asli, apakah ular yang dilihat itu sejenis python atau anaconda? Hingga kini masih belum ditemui anaconda di Kalimantan, kecuali dalam film Anaconda: The Hunt For The Blood Orchid yang laris itu.

Rekor ular terpanjang saat ini memang anaconda (eunectes) dari Amazone. Anaconda merupakan keluarga boa. Panjang anaconda yang baru ditemukan adalah 50 kaki, namun para ilmuwan percaya ada anaconda yang panjangnya 80 kaki, bahkan 100 kaki dari penemuan kulit ular tersebut oleh sekumpulan ekspedisi Inggris pada tahun 1992. Dalam keluarga anaconda, menurut sejarah lingkungan Mongabay, yang terbesar adalah anaconda hijau (Eunectes murinus). Panjangnya mencapai 43 meter.

Python Asia adalah ular terpanjang kedua. Ilmuwan menyebutnya Asiatic Reticulated Python (Python reticulatus). Python terpanjang yang ditemukan di kawasan Kalimantan panjangnya 33 kaki, dan merupakan rekor dunia sanca terpanjang saat ini. Para ilmuwan percaya panjang python boleh mencapai 50 kaki atau sekitar 15 meter.

Bezanya, anaconda lebih langsing dan pakar berenang. Sementara python lebih gemuk dan hanya suka kelembapan, bukan di air. Anaconda menggigit mangsanya sehingga mati sebelum menelan, sementara python menggunakan kekuatannya dengan membalut mangsa sehingga tulang-belulangnya hancur atau tak bergerak lagi, kemudian ditelan .

Awal Februari lalu, para ilmuwan menemui fosil ular seberat sebuah kereta. Ular itu dikatakan boleh menelan binatang sebesar lembu. Raksaksa sepanjang 45 kaki bernama Titanoboa sangat besar dan hidup dengan memakan buaya dan kura-kura raksasa. Beratnya mencapai 1,25 tan. Ia biasa merayap di sekitar hutan-hutan tropika Amerika Selatan 60 tahun lalu sumber

Piere Andre Sertai TABLIGH Bukan PAS...



Inilah dikatakan putaran roda kehidupan Manusia...

kalau p0ada anugerah skrin yang lalu, ramai dapat mendengar ucapan Pierre Andre menyebut ”Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,”...

 
Perkataan indah yang cukup cantik... Difahamkan, ianya adalah permulaan kepada dakwah Piere Andre sebagai insan kamil dimuka bumi ini....

JOMO Kata: Alhamdulillah... Islam tersebar melalui dakwah... Bukan DAKYAH macam PAS...

Wednesday, 21 November 2012

Malaysia Bersedia Hantar 'Tentera Pengaman' ke Palestin... - @Zahid_Hamidi @NajibRazak #Pray4gaza


Sebagai Negara yang sentiasa prihatin dengan apa juga yang berlaku di dalam mahupun di luar Negara, malaysia sentiasa komited dalam membantu sesiapa sahaja yang memerlukan...

Terkini! Malaysia bersedia menghantar Tentera Pengaman ke Palestin jika diminta berbuat sedemikin oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu kata Menteri Pertahanan Malaysia Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Sebagai Negara yang cintakan keamanan, Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan... Ianya terbukti seperti usaha-usaha sebelum ini yang pernah dilakukan oleh Tentera Pengaman dari Negara Malaysia...

Menurut Dato Seri Zahid' ""Sama ada kita menghantar (Tentera Pengaman) atau tidak bergantung kepada permintaan daripada badan-badan dunia lain.

"Bagaimanapun, kita telah membuktikan bahawa angkatan tentera kita bersedia untuk mengekalkan keamanan, contohnya Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil)," katanya... sumber

Serangan Israel ke atas wilayah Palestin semenjak Nov 15 telah mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh manakala beratus-ratus orang lain telah cedera...

Semalam, satu resolusi telah dibentangkan di parlimen Malaysia mengenai serangan ke atas Palestin...

JOMO kata: Semangat cintakan keamanan yang diamalkan oleh malaysia melalui kerajaan yang sedia-ada sepatutnya diikuti oleh rakyat bagi menjadi ikutan kepada penduduk dunia...

Akibat Nik Aziz, Azhar Sulaiman jadi Konfius Pasal Agama...?


Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.
Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.-SH sumber

JOMO Kata: Cukuplah... Sudah-sudahlah... Ustaz Fathul bari macamana...?

baby babi! Giliran Jumpa Doktor...



Disebalik cerita ini... masih ada manusia yang durjana membuang anak mereka sendiri... Dunia akhir zaman penuh dengan noda dan dosa... bermuhasabahlah....

Ingat! Setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan dihari akhirat kelak...

Doa KO! UFB Jawab PAS Totok...

Tuesday, 20 November 2012

Akibat Banyak Cakap! UFB Bagi 'DASH' Sama Khalid...




Akibat Banyak Cakap... Kan dah kena Sebiji! Kahkahkah....

USUL TERGEMPAR PARLIMEN! Kecam Israel...


BERIKUT ketetapan Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza yang dibentangkan di Parlimen pagi ini:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB. sumber

Musli Oli yang TENGANGA bila DARD Balas dengan Fakta....



Tuduhan MO (PR);Gaji Minima PR RM1100.00 (Buku Jingga) lebih baik daripada bajet BN yang menetapkan gaji minima hanya pada paras RM900 (Semenanjung) dan RM800 bagi Sabah).

Jawapan DARD (BN);Persoalan yang perlu difahami oleh semua pihak khususnya rakyat adalah, sejauh mana pelaksanaan gaji minima PR (RM1100.00) boleh dilaksanakan. Persoalan pertama yang difikirkan oleh kerajaan, sejauh mana kemampuan majikan untuk melaksanakan tanggung jawab dalam merealisasikan pelaksanaan gaji minima. Dengan mengambil contoh suasana di Kota Belud jika gaji minima RM1100.00 (PR) dilaksanakan, terdapat 3 situasi yang akan berlaku dan akan dilakukan oleh pihak majikan. DARD merujuk situasi majikan yang memiliki pekerja seramai 10 orang dengan purata gaji RM500 seorang, maka sekiranya gaji minima PR dilaksanakan, majikan tersebut terpaksa menokok sekitar RM600 untuk setiap pekerja menjadikan kos yang terpaksa ditanggung oleh majikan tersebut meningkat kepada RM6000.00 ringgit. Berikut merupakan respon daripada majikan tersebut sekiranya gaji minima PR (RM1100.00) dilaksanakan berdasarkan realiti semasa;

1. Tutup operasi kerana tidak mampu untuk menampung kos yang semakin meningkat. Kesannya daripada 10 orang yang bekerja, kini 10 orang terpaksa menganggur kerana hilang pekerjaan.

2. Mengurangkan jumlah pekerja daripada 10 orang menjadi 5 orang untuk menampung kos yang terpaksa ditanggung. Maka wujudlah pengangguran yang ketara daripada pelaksanaan gaji minima tajaan PR tersebut.

3. Majikan bersetuju dengan pelaksanaan gaji minima tersebut, namun kos ditanggung sepenuhnya oleh pengguna. Jika sebelum ini harga kopi sekitar RM1.10-1.20 kini pengguna terpaksa membayar RM3.00 untuk menikmati secawan kopi.

Ini adalah realiti ekonomi yang tidak difahami oleh PR, kerana bagi PR yang penting adalah janji dahulu tanpa memikirkan kesan terhadap ekonomi.


Tuduhan MO (PR); BN gagal atasi masalah kemiskinan di Sabah berbanding di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh PR.

Jawapan DARD (BN);
Apakah pendekatan berbeza yang diambil oleh PR dalam membasmi kadar kemiskinan di Sabah berbanding dengan bajet BN. Jawabnya tiada, malah pendekatan yang digunakan oleh PR menerusi bajet PR tidak banyak berbeza dengan pendekatan yang digunapakai oleh BN. Pendekatan memberi bantuan, kemudahan latihan, dan mewujudkan peluang pekerjaan yang direncanakan oleh PR menerusi bajet mereka merupakan pendekatan yang telah digunapakai oleh BN sejak sekian lama. 49 Tahun Sabah merdeka melalui Persekutuan Malaysia disifatkan pembangkang sebagai tempoh pemerintahan yang terlalu lama namun rakyat Sabah masih berada pada paras kemiskinan yang tertinggi.

Dengan merujuk kepada negara AS yang telah merdeka lebih daripada 200 tahun ditambah dengan bentuk geografinya yang luas, DARD menjelaskan AS sebagai sebuah negara yang kaya dan merupakan kuasa ekonomi dunia juga berdepan dengan kadar kemiskinan tertinggi iaitu sekitar 15%.

Masalah persepsi yang sering dimainkan oleh PR terutama sekali yang berhubung dengan isu kemiskinan. PR hanya memaparkan keburukan kerajaan seperti, PR kerap memuat naik di media massa berkaitan rumah-rumah uzur yang diambil jauh di pedalaman Sabah sedangkan PPRT yang dibina oleh kerajaan tidak diambil mahupun dipandang. Malah gambar jalan raya yang rosak dan tidak digunakan di pedalaman atau jalan kampung yang berlubang dan kampung tersebut hanya dihuni oleh beberapa orang keluarga, telah dimanipulasi oleh PR sebagai pengabaian dan penindasan kerajaan BN terhadap rakyat. Sedangkan jalan raya yang elok dan cantik tidak diambil perhatian oleh PR.


Tuduhan MO (PR); 
Dasar kabotaj zalim dan bukti BN/UMNO jajah Sabah. Kabotaj menyebabkan harga barang di Sabah meningkat.

Jawapan DARD (BN); Sebagai kerajaan yang memerintah terdapat banyak perkara yang dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Apa perlunya Dasar Kabotaj? kerana kerajaan memerlukan industri perkapalan yang pastinya tidak mampu dimiliki oleh syarikat tempatan tanpa ada bantuan daripada kerajaan. Kenapa kita memerlukan industri perkapalan? Kenapa tidak guna industri perkapalan daripada korea mahupun singapura yang banyak kapal untuk mengangkut barang? Jawapannya kerana kerajaan memikirkan waktu negara berhadapan dengan kesusahan, musibah atau konflik serantau. Pada ketika itu, syarikat-syarikat perkapalan dunia tidak akan mahu menghantar bekalan seperti beras masuk ke dalam negara, jika ada pun berkemungkinan kos yang bakal dikenakan mencecah sehingga puluhan dan mungkin ratusan kali ganda daripada kos sebenar. Atas dasar tersebut kerajaan memperkenalkan dasar kabotaj bagi menggalakkan syarikat tempatan berupaya memiliki kapal sendiri dan dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan.

Kabotaj punca harga barang naik? dari satu sudut mungkin benar namun PR lupa, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi harga barang selain daripada kos pengangkutan. Antara kos lain yang terpaksa ditanggung termasuklah, kos pengangkutan darat, kos pengendalian kargo yang tinggi dipelabuhan kerana kekangan kemudahan dan pelbagai kos lain yang dikenakan ketika kapal berlabuh dipelabuhan Sabah. Merujuk kepada laporan MASSA (Malaysia Association of Shipping Owner) awal tahun 2000, Kos perkapalan pada ketika itu telah turun namun harga barang di Sabah tidak turun kerana kos penggangkutan hanyalah sebahagian daripada kos tersebut.

Benarkah Dasar Kabotaj zalim? Hampir semua negara di dunia mengamalkan Dasar Kabotaj. Dasar Kabotaj yang diamalkan di negara lain lebih ketat berbanding dengan dasar kabotaj yang diamalkan di Malaysia. Di Malaysia hanya kapal sahaja dipunyai oleh Malaysia, berbanding dengan dasar kabotaj di jepun dan korea. Jepun dan Korea melalui dasar kabotaj mengenakan pelbagai peraturan, bukan hanya kapal dikeluarkan daripada negara tersebut, malahan juga kalasi dan anak kapal perlulah warga tempatan.

Sumber

Awas! Jangan Foto 'Bogel' Anda Pula dirakam!



ini adalah Peringatan bagi sesiapa yang sering menginap di hotel...

Sila periksa semua keadaan didalam bilik mandi dan ruang tidur anda kerana mungkin didalam tandas itu mempunyai kemera tersembunyi,terutamanya kaum wanita...

semestinya anda tidak mahu sekiranya gambar personal anda disebarkan oleh orang tidak bertanggungjawab... jadi beringatlah dan berhati-hati...

Ostajah SEGERA! Sindiran Yatt Buat Abby Tercinta...


Artis yang merupakan seorang pelakon, Yatt Hamzah sering dilihat hadir ke majlis-majlis tertentu dengan lengkap berpakaian menutup aurat ditambah dengan sentiasa bersarung tangan. Ekoran berpenampilan dengan sarung hitamnya, ada pihak-pihak tertentu yang memanggil Yatt sebagai ustazah....

Dengan gelaran yang diberikan, Yatt tidak menafikan dia terasa hati dengan persepsi tersebut kerana mungkin umum tidak memahami pendirian dan perubahan yang dirinya alami...

Kata Yatt yang dipetik dari Sinar Harian, ada tujuan kenapa dia sentiasa memakai sarung tangan hitam.
“Memang saya terasa hati dengan gurauan itu. Kenapa mereka perlu melabelkan saya sebegitu? Mungkin mereka masih tidak memahami pendirian dan perubahan ini.

“Ada juga sesetengah golongan bukan muhrim yang sengaja mahu menduga saya dengan menghulurkan salam,” kata Yatt.

Walaupun dilabelkan sedemikian, Yatt ikhlas dengan perubahan diri yang dialaminya. Dia mahu orang ramai mengerti dan memahami dirinya tetap seperti dahulu. Cuma, pegangan hidup Yatt sahaja yang berubah sejajar dengan tuntutan syariat Islam...

“Sebab itulah saya sentiasa memakai sarung tangan untuk mengelak daripada bersentuhan. Namun, apa yang pasti, saya masih Yatt yang dahulu, hanya pegangan sahaja yang berubah,” kata Yatt.

Bercerita mengenai perjalanan kerjaya lakonannya, Yatt sekarang ini dilihat jarang membintangi drama-drama tempatan.

Ibu kepada seorang anak itu menjelaskan banyak tawaran yang diterima tidak sesuai dengan penampilan barunya ketika ini.

Pun begitu, Yatt bersyukur kerana masih lagi mampu mencari rezeki melalu bidang seni yang lain.
“Banyak watak tidak bersesuaian dengan imej dan pendirian saya. Jadi, ia secara tidak langsung mengekang diri saya untuk terus berlakon...

“Bukan tiada langsung, masih ada, tapi kurang. Tapi, saya tetap bersyukur kerana saya mampu mencari rezeki dengan cabang seni lain seperti menghadiri ceramah sebagai tetamu jemputan,” terang Yatt... sumber

JOMO kata: Perubahan kearah kebaikan adalah baik... Tapi, adakah kita lebih baik dari orang lain...? jangan pandang rendah akan amalan dan pribadi orang lain... Sedangkan kita tak tahu amalan kita sebaik mana... Justeru, berdakwah bukan dengan merendah-rendakan orang lain, tapi, dengan mengajak mereka bersama dengan menunjukkan tingkah laku dan akhlak yang baik... ikut Cara Nabi!!!

Monday, 19 November 2012

Doa PAS Amalan Pengikut Khawarij dan Mukhtazilah...



Teringat JOMO akan cerita Rasulullah s.a.w yang begitu sabar dalam mengerjakan dakwahnya... Sifat kasih sayang yang tinggi Baginda sentiasa dijadikan tauladan kepada pengikutnya sehingga kini...

sekadarberkongsi.... Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”....

Bagaimana pula ada sebahagian umat Islam yang mendoakan kehancuran kepada Umat Islam yang lain...?

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) mengecam doa Pas yang mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan kerana jelas doa tersebut berlawanan dengan dalil dan bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebaliknya, Pengerusi Ilmu, Dr. Fadlan Mohd. Othman (gambar) berkata, doa seumpama itu merupakan amalan pengikut-pengikut Khawarij dan Muktazilah iaitu dua kumpulan yang sering melakukan pemberontakan terhadap pemerintah.

Malah, beliau menegaskan, bahawa doa tersebut sememangnya tidak sepatutnya dituturkan kerana kezaliman yang mereka dakwa dilakukan oleh UMNO dan BN secara umumnya adalah tidak benar berdasarkan kepada keamanan, kemakmuran serta keharmonian dikecapi selama ini.
"Hakikatnya, doa yang mereka panjatkan itu amat berlawanan dengan nas syarak. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menganjurkan para umat baginda berdoa menghancurkan pemerintah apatah lagi pemerintah dalam kalangan orang Islam.sumber
JOMO kata: teringat kisah Muhajirin dan Ansar.... Bagaimana Rasulullah menyatukan golongan ini terlebih dahulu sebelum mewujudkan Negara Islam Madinah...

Karut Lagi Mencarut! Murtad Mereka Yang Bina Masjid...?



AllahuAkbar.... Apa sudah ajdi dengan PAS kini...? Apakah ini lahir dari pemimpin ? akar umbi? Siapa pembaca doa...? Siapa yang pengaruh siapa...?

Amat menakutkan dan genting tatkala orang Melayu diminta bersatu demi Agama Bangsa dan Negara, namun hanya kerana kepentingan politik sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa yang sungguh menakutkan...

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.

“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.

“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.

“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.

Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahyang hajat sedemikian.

“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
sumber

Apakah 3 Juta ahli UMNO termasuk para Ilmuan, Ustaz Ustazah, Ulamak yang mendokong perjuangan Agama Bangsa dan negara ini Murtad...?

Bukankah dia juga yang pernah menyatakan jika UMNO dan PAS bergabung adalah Nikmat kepada Negara ini...?

Kenapa kini terjadi sedemikian...? Kenapa Pemimpin Melayu/Islam Tolah Islam dia tak MURTADkan mereka....?

JOMO kata: tepuk dada tanya iman....

Anwar Resah! Pemuda PAS Mula Tujnuk Belang...



Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.  Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar. 

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik.  Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.   

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri. 

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.  Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.....

Selanjutnya rujuk MIK

Kim Kardashian Bercakap Tentang Gaza


Los Angeles - Kim Kardashian meminta maaf atas perkataannya yang dituangkan melalui Twitter terhadap masalah Israel dan Palestin...

Sebelumnya kekasih Kanye West ini menuliskan melaluiTwitter tentang ketegangan yang terjadi antara Israel dan Palestin. Namun apa yang diungkapkan oleh Kim, mengundang banyak respon dari follower-nya...

Pertama-tama, Kim menuliskan, “Berdoa untuk semua orang yang ada di Israel”. Kemudian dilanjutkan dengan, “Berdoa untuk semua orang yang ada di Palestin dan seluruh dunia,”...

Kerana banyak yang merasa tersinggung, akhirnya Kim menghapus kedua tweet tersebut dan meminta maaf kepada semua follower-nya...

“Saya ingin menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi. Saya mengirim dua buah tweet tentang berdoa untuk orang-orang di Palestin dan Israel setelah mendengar masalah ini dari followers. Kemudian saya memutuskan untuk menghapus tweet tersebut kerana saya menyedari banyak yang terluka kerana perkataan saya dan saya minta maaf atas hal itu,” ungkap Kim dilansircontactmusic, Sabtu (17/11/2012)...

“Saya tidak memiliki maksud apa-apa dari dua tweet tersebut. Faktanya adalah terlepas dari sebuah agama dan keyakinan politik, disana ada banyak orang yang tidak bersalah terlibat dalam masalah ini dan saya berdoa untuk mereka semua dan juga solusinya. Saya juga berdoa untuk semua orang diseluruh dunia yang mengalami konflik serupa,” lanjutnya.... -Sumber

Sunday, 18 November 2012

Pemimpin PAS diTangkap Khalwat Jatuh Imej Islam-Anwar

Isu mendoakan parti Melayu hancur dan musnah telah mengakhiri muktamar PAS semalam...

Umum mengetahui, ianya sentiasa dilakukan oleh PAS semenjak dahulu lagi... Namun, dengan kekuasaan Allah UMNO\BN terus memerintah tanah Malaysia ini.. Doa ini termasuk semasa anwar berada dalam UMNO...

Dulu Anwar pernah berbicara....


JOMO Kata: Allah Bersama UMNO!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Mereka Doa Laknat macam mereka masuk syurga...

AL-QURAN memberi pelbagai petunjuk termasuk mengenai akhlak terhadap sesama manusia. Ia bukan sekadar larangan melakukan perkara besar seperti membunuh tetapi turut merangkumi perlakuan seperti memaki-hamun, menyakiti hati orang lain. Mendoakan kemusnahan orang lain juga dilarang oleh agama .

Umat Islam negara ini pernah  dikejutkan dengan telatah seorang yang berpengetahuan luas dalam agama tetapi menyalahgunakan hakikat doa untuk “membalas dendam”.Dengan menggunakan agama dan tuntutan politik peribadi, ada yang sanggup menghancurkan orang lain sama ada melalui kata-kata dan tindakan. Perkara ini amat malang sekali jika diikuti oleh umat Islam lain.Doa ditujukan kepada seorang pemimpin tertinggi negara kerana tidak meluluskan pemberian wang royalti, sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat melalui projek-projek pembangunan.Seharusnya tokoh agama yang mendapat sanjungan dan penghormatan masyarakat tidak menggunakan kedudukan itu untuk mendoakan kemusnahan orang lain.

Sebagaimana yang diamalkan dalam fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah iaitu tidak ada doa bala melainkan memohon supaya mendapat hidayah, atau terbuka pintu hati untuk melakukan kebajikan atau keadilan.Demikian juga dengan doa para nabi yang berunsur kelembutan dan rendah diri serta untuk kebaikan umat mereka.Sebagai contoh doa Nabi Musa a.s ketika baginda ditetapkan sebagai Nabi dan Rasul bagi menghadapi Firaun: Tuhanku!Lapangkanlah dadaku dan permudahkan urusanku dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku agar mereka memahami ucapanku. (Surah Taha ayat 25-28).

Seharusnya jika emosi marah sekalipun melingkari setiap tindakan dan minda, sebaik-baik doa yang perlu dilakukan ialah “memohon petunjuk Allah SWT agar dibukakan pintu hati” dan dilembutkan setiap kata-kata semoga keputusan sebelumnya akan berubah dan menyenangkan.Rasulullah SAW sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik. Imam Ahmad ibnu Hanbal walaupun pernah dipenjara oleh penguasa (pemerintah) kerana ketegasannya pernah berkata: “Seandainya kita mempunyai doa yang kita ketahui makbul, nescaya kita gunakan mendoakan kepada ketua negara.”“Agama adalah akhlak yang baik dan agama itu ialah engkau tidak boleh marah” (maksud Hadis).

Demikian juga kita tidak dibenarkan mendoakan kemusnahan ke atas orang kafir atau musyrik. Nabi sesungguhnya tidak pernah memohon kebinasaan bagi sesuatu kaum kecuali terhadap mereka yang memerangi umat Islam secara fizikal. Salah satu doa Baginda ialah: Wahai Tuhan berikanlah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui.Dan Nabi Muhammad SAW sendiri dibangkitkan bukan untuk mengutuk (maksud Hadis).

Betapa Rasulullah SAW telah memberikan teladan akhlak mendahului hal-hal yang bersifat ritual.Bahkan, seorang ahli ibadah tidak ada nilainya di depan Ilahi ketika akhlaknya buruk sebagaimana diriwayatkan tentang orang yang memuji seorang ahli ibadah dan berkata: “Tentulah si polan itu ahli syurga, kerana dia sentiasa solat tepat pada waktunya, puasa sunat tidak pernah ditinggalkannya, setiap malam Jumaat membaca al-Quran dan bangun tengah malam untuk beribadat.” Kemudian Rasulullah SAW menjawab: Tidak! Dia ahli neraka! Seluruh ibadahnya hancur, kerana dia mempunyai akhlak yang buruk, suka merosakkan orang dengan lidahnya.Si polan yang ahli ibadah tersebut, menjadi penghuni neraka kerana ibadatnya tidak menjadi motivasi untuk berakhlak yang baik.

Nilai ibadat ritualnya hancur, tidak bererti bagaikan api yang membakar kayu.Bila akhlak ahli ibadah itu buruk, apalah ertinya bentuk ibadah ritual bila tidak menjadi motivasi untuk menunjukkan cahaya akhlaknya kepada masyarakat.Berhubung soal akhlak ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar. (Riwayat Ibnu Majah).

Sebaliknya, Rasulullah SAW memuji seorang yang memiliki keluhuran budi pekerti, seperti diriwayatkan oleh Ath-Tabrani dari Anas r.a yang menyampaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah.

Keberkesanan dakwah Rasullullah SAW kerana sentiasa memperkatakan sesuatu secara yang baik, perkataan yang berkesan, jelas dan bermakna, mulia, lemah-lembut, agung serta bersih dan baik-baik. Bukan mendoakan kemusnahan orang lain.

Oleh Hannah Marisah

Suara kubur! -Ustaz Kazim