Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Friday, 16 November 2012

Anwar Izzah dan Lim Guan Eng Antara nama yang disebut perwakilan...

Muktamar PAS tahun 2012 penuh dengan liku-liku yang menyerang kalbu perwakilan yang hadir...

Tanpa berselindung terdapat perwakilan yang mula berbisik dan bising mengenai perikatan pakatan rakyat yang jelas menunjukkan banyak tidak menguntungkan PAS atau lebih jelas lagi merugikan mereka...

Para perwakilan juga mengharapjan kehadiran Izzah yang telah mencetuskan isu bodoh yang telah merosakkan imej PAS sebagai bahan rujukan kepada pakatan harsm tersebut...

Terdapat perwakilan yang mengharapkan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda untuk berbuat sesuatu atau menyatskan dengan keras bahawa PAS bukan kambing hitam kepada PKR dan DAP...

Apakan daya kilauan putrajaya lebih dupentingkan oleh pemimpin yang kebanyakannya telah di brainwash oleh Anwar dan ejen-ejennya.... Perwakilan pro ulama mengetahui akan hakikat ini namun pimpinan yang tentukan...

Yang lebih penting.... Perwakilan mencari anwar izzah dan lim guan yang menjadi punca kepada huru hara PAS....

Tentera Malaysia dijaga Baik Kerajaan! cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kebaikan Kerajaan malaysia apabila menjaga dan mengambil berat kepada mereka yang pernah berjasa dan berbakti kepada Negara ini... Budaya Orang Melayu sentiasa mengenang Budi tersemat dalam pucuk pimpinan kerajaan Negara ini...

Berbalik kepada isu Tentera, apabila dibuat perbandingan tentang kebajikan terutamanya yang melibatkan Tentera yang telah bersara, Persara Tentera di malaysia menerima bantuan dan dijaga kebajikan mereka pada tahap yang lebih baik berbanding sesetengah Negara maju yang lain...

Ini memperlihatkan bahawa, Kerajaan Malaysia tidak pernah sesekali mengenepikan kebajikan tentera dan bekas tentera kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negara...

Menurut Menteri Pertahanan Malaysia....

"Kita pernah mengadakan pertemuan dengan pengarah-pengarah veteran tentera dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan United Kingdom dan mereka membuat perbandingan tentang apa yang diterima oleh veteran tentera di Malaysia ini dengan negara mereka.

"Veteran di Malaysia bukan sahaja menerima bantuan meliputi perubatan isteri dan anak-anak veteran turut menerima bantuan kesihatan dan kebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Kem Sikamat, di sini malam Ahad.

"Ertinya apa yang diperolehi ini lebih baik, walaupun ada yang perlu diperbaiki, tetapi kerajaan prihatin terutama soal kesihatan dan bantuan kebajikan veteran," katanya. sumber

JOMO kata: Rakyat malaysia semuanya tidak pernah disisihkan... janganlah kita bermain dengan sentimen yang dibawa oleh Pembangkang.... kerana HAKIKATNYA, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan Rakyat....

Penting! Beza Orang Miskin dan Orang Kaya...

Tiada perbezaan antara kita... Yang beza hanyalah amalan kita...

Siapa manusia paling Jahat...?

Thursday, 15 November 2012

kenyataan BAHLUL! Abby Lawan Ustaz fathul Sebab Nak Dapat pahala...?




Lawan UMNO dapat pahala...?

Tanpa Ilmu, hanya melalui ceramah-ceramah PAS, Ustazah Abby kini menjadi semakin SESAK apabila mengeluarkan lagi satu KENYATAAN luar batasan, tentang UMNO dapat pahala....

Menentang UMNO ebrerti menentang ahli-ahlinya.... Ahli-ahli UMNO hampir kesemuanya orang islam... Apakah menentang Orang Islam berbanding menentang Orang kafir yang betul-betul menghina Islam itu dapat pahala...?

Ramai ilmuan agama, para Ustaz berada dalam UMNO... Adakah dengan ABBY menentang Ustaz Fathul Bari menyebabkan beliau akan mendapat pahala berbanding menentang karpal Singh...?

Inilah Ustazah 3 in 1! Segera! pantas! tapi, karut belaka...

bercakap biar berfakta dan berilmu... kalau tidak lebih baik diam!

baca juga di sini

PAS Perlu buat FATWA Mengenai Izzah!!!



KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera mengeluarkan 'fatwa' bagi menyokong kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, dalam 'fatwa' itu, Nik Abdul Aziz perlu menjelaskan maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah yang mengatakan "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

Katanya, beliau yakin Nik Abdul Aziz akan segera mengeluarkan 'fatwa' sekiranya kenyataan seumpama itu dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Jika enggan berbuat demikian, maka benarlah tanggapan bahawa pemikiran Nik Abdul Aziz telah dikawal puak Anwarinas dalam Pas dan beliau terlalu taksub dengan kuasa serta takhta politik sehingga sanggup menggunakan imej Islam sebagai topeng mencapai cita-cita dan nafsu politik. -UTUSAN

Direktori Lucah RM30! Jangan Terjerat!!!



KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006. sumber
JOMO Kata: macam-macam.... Silalah bertaubat....

Berkat bacaan yassin!!!

Wednesday, 14 November 2012

Izzah MEMBISU Seribu bahasa Selepas DiCabar Dato Seri @Zahid_Hamidi



Kenyataan pra-matang, tidak berilmu, cemas, bengong dan macam-macam lagi yang dikeluarkan oleh nurul izzah anak kepada Anwar Ibrahim mengenai kebebasan beragama yang telah menimbulakan banyak masalah dan persepsi negatif dikalangan masyarakat...

Nurul izzah yang masih muda ini terus diserang dari pelkbagai sudut akibat keceluparan mulutnya yang beliau ingatkan sebagai jawapan baik... namun hakikatnya, tekaan beliau meleset sama sekali...

Terkini kak Wan Ibu kepada Nurul Izzah yang membiarkan Izzah menceburi bidang politik diusia muda, pula tengah berdrama apabila menyatakan dengan terbuka kesedihan yang dialami olehnya terhadap anaknya... persoalannya, kenapa beliau tidak awal-awal memberi nasihat kepad anaknya untuk bersedia menghadapi rintangan dalam berpolitik...? terutamanya apabila ia melibatkan kesalahan beliau sendiri.....? Kali ini berdrama pula yer...

Terkini! Bilamana Dato Seri Zahid hamidi naib Presiden UMNO telah mencabar Nurul izzah untuk menyaman Malaysiakini kononnya SPIN ucapannya mengenai kebebasan beragama... Sehingga hari ini, Izzah masih belum berbuat sedemikian... Menurut Zahid sebelum ini "Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama..."... Kalau mahu saman Utusan Malaysia, saman sekali Malaysiakini, kalau dia berani. Apabila terdesak salahkan orang lain,”

Beliau hanya tahu bermain api dengan Utusan malaysia yang sememangnya tidak disukai oleh Ayahnya Anwar Ibrahim... Tidak adil jika hanya mahu menyaman Utusan, tetapi, Malaysiakini dibiarkan begitu sahaja...

JOMO kata: Nurul izzah perlu bersuara! Bukan bermain dengan sentimen.... JOMO CABAR IZZAH untuk bersuara!!!

Muhasabah Diri! Doa Akhir Tahun Hijrah! AllahuAkbar!!!



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Nurul Izzah Yang Masih BUDAH, MENTAH, Tak MATANG... - Ulama PAS

Kalau sebelum ini JOMO telah berulangkali menyatakan bahawa isu Nurul izzah ini sangat mudah yakni beliau adalah seorang yang masih muda, mentah, tidak matang, tiada keupayaan untuk memimpin dan banyak lagi kelemahan...

Kali ini, JOMO disokong pula oleh Dewan ulama PAS yang menyatakan perkara yang hampir sama...


sumber

JOMO kata: Anwar perlu Sedar... Jangan sesekali menjadikan Anak sendiri sebagai kuda tunggangan....

Anggota POLIS Rogol indon...? Salah Tetap Salah!!!



GEORGETOWN - Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang pembantu kedai warganegara Indonesia pada Jumaat lalu ditahan kerja sementara siasatan sudah 95 peratus selesai.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah menahan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah itu.

“Setakat ini, kita sudah merekod 10 keterangan daripada saksi kejadian dan polis sedang menunggu laporan kimia dan laporan perubatan untuk mendakwa ketiga-tiga anggota itu di mahkamah. Sehingga kini, mereka ditahan kerja untuk siasatan dijalankan ke atas mereka.

“Setakat hari ini, 95 peratus siasatan sudah siap. Kita akan tunggu pihak Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan perintah untuk mendakwa ketiga-tiga anggota ini,” katanya pada media hari ini.
Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan dengan telus walaupun melibatkan anggota polis.

“Kita sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk mempercepatkan siasatan dan siasatan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika dilihat dari tempoh tangkapan dibuat, kita menahan ketiga-tiga anggota berkenaan sehari selepas laporan dibuat mangsa.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Kita mengharapkan agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi yang boleh mengganggu hubungan diantara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, pemangku Konsul Jeneral Indonesia Pulau Pinang, Sofiana Mufidah berkata, pihaknya mengharapkan siasatan yang telus dan mengikut prosedur dalam kes itu sehingga ia selesai.

“Kita mengharapkan ia (siasatan) diadakan dengan baik dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak yang salah walaupun melibatkan anggota PDRM. Kita juga meminta rakyat Indonesia supaya bertenang dan mengawal emosi.

“Pihak konsul faham, dengan berlakunya kejadian sebegini, ia sedikit sebanyak menyentuh perasaan masyarakat Indonesia (di Malaysia atau di Indonesia), namun kita perlu menangani masalah ini dengan tenang dan perlu mempercayai PDRM dalam menjalankan siasatan. Kita berharap agar kes ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sofiana berkata, mangsa kini berada di pejabat konsul Indonesia di Pulau Pinang sementara menunggu sehingga kes berkenaan selesai.

Sabtu lalu, seorang pekerja kedai makan warga Indonesia berusia 25 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah balai di Bukit Mertajam selepas menahannya di kawasan perumahan kira-kira jam 6.20 pagi Jumaat lalu. sumber

JOMO Kata: Yang salah tetap salah... Mohon diambil tindakan sewajarnya....

Tolong jangan Syok Sendiri!!!

Tuesday, 13 November 2012

Tweet Yang Celaka! Semoga Mereka di TIMPA BALA...



Isu kenyataan nurul izzah telah mengundang terlalu banyak persepsi negatif... Budak mentah ini sebenarnya telah menjadi YB Bodoh yang menakutkan ramai orang... takut bukan kerana apa, tetapi, takut boleh mencetuskan tindakan-tindakan susulan yang boleh memecah-belahkan masyarakat...

Sama macam YB DAP ini.....


Fikir-fikirkanlah.... Siapa Jahat....?



Muak Dengan politik... Kak Wan TOLAK Offer Bertanding PRU13...?



Kalau sebelum ini heboh kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding kerusi DUN, rupa-rupanya, hanya gempak saja. Sebaliknya isteri Ketua Pembangkang itu kata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.

Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” Dr Wan Azizah dipetik dari sebuah portal berita hari ini.

“Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” tambah ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu.

PKR Selangor telah menawarkan empat “kerusi Dun selamat” kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.

Wan Azizah mula bertanding dalam pilihanraya umum 1999 selepas Anwar didakwa kes liwat. sumber

JOMO Kata: Kerap kali juga Presiden ni turun sabah... tarik undi orang Sabah! Apa kata, Wan Azizah bertanding di SABAH!!! Ni kalilah....!!!

HAMBA SEKS TENTERA JEPUN MENINGGAL...?


WANITA yang digelar hamba seks tertua dunia, menghembuskan nafas terakhir pada umur 96 tahun akibat kegagalan fungsi pernafasan di Taiwan, Sabtu lalu. Menurut Pertubuhan Keselamatan Wanita Taipei (TWRF), Huang Wu Hsui-mei, adalah salah seorang daripada lapan hamba seks atau dikenali sebagai 'comfort women', yang masih tinggal di Taiwan selepas 50 yang lain meninggal dunia lebih 20 tahun lalu. "

Huang dipaksa kerajaan Jepun menjadi hamba seks kepada askar mereka di wilayah Guangdong, China pada 1940.

"Dia dipaksa melakukan perkhidmatan seksual kepada lebih 20 askar setiap hari dalam setahun," kata wakil TWRF.

Sebaik kembali ke Taiwan, Huang mengalami penderitaan mental dan fizikal sekali gus diceraikan suaminya kerana gagal melahirkan anak.

Wanita itu turut mengembara ke Jepun, Australia dan Korea Selatan bagi mendapatkan sokongan masyarakat luar serta mendapat pembelaan daripada kerajaan Jepun.

Namun sehingga kini, perjuangan Huang untuk mendapatkan permohonan maaf daripada kerajaan Jepun masih tertangguh dan TWRF berkata, pihaknya akan meneruskannya demi keadilan hamba-hamba seks di zaman itu. sabahkini.net

PANAS! Siapa 'CABULI' Kemuliaan DUN..?

hiasan.... Tak nak jadikan isu ker wahai cybertroopers pembangkang...?
Oleh kerana ketandusan ISU... kebelakangan ini apa saja tingkah laku pemimpin Negara diperhatikan oleh mereka... Cybertroopers Pembangkang kian terdesak @DESPERATE untuk menarik sokongan pembaca agar menyebelahi mereka.... Sehinggakan CARA pemimpin berjalan pun boleh dijadikan isu... Alahai....

Terkini!!! Seorang YB Pembangkang telah MENCABULI KEMULIAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI... lanjut .....

sumber

Tak sedar diri punya perempuan....

Monday, 12 November 2012

Akibat Suka-Suka bagi Fatwa! Abby Semakin BODOH...?


sumber

Isu Negara Islam kini menjadi modal politik kepada PAS dan askar-askar mereka... Sedar ataupun tidak, PAS semakin hari semakin ketandusan isu... Lalu mengambil semangat Anwar Ibrahim yang sentiasa WUJUD berdasarkan isu, PAS sudah mula menunjukkan sayap ANWARINAS mereka...

Tatkala, isu negara Islam semakin hari semakin dilupai oleh pasa ustaz mereka, PAS mula membawa masuk golongan Artis yang difikirkan boleh membantu terutamanya dalam menyebarkan lagi propaganda parti tersebut...

TerkinI! Ustajah Abby pula mengeluarkan kenyataan Malaysia Bukan negara Islam...

Wow! Senang betul minah ni keluarkan kenyataan berdasarkan Ilmu yang beliau tuntut dalam setiap ceramah PAS... Isu negara Islam ini telah lama dibincangkan, jawapan demi jawapan telah diberikan... namun, ianya menjadi senyap bilamana PAS mula bekerjasama dengan Parti Keadilan dan DAP...

ustaz-ustaz PAS seperti dicucuk hidung kerana kebanyakan mereka yang selama ini SEDAP membalun UMNO mengenai isu negara Islam sudah tidak boleh bercakap mengenai nya... Sebabnya MUDAH! Ianya bukan AGENDA PAKATAN HARAM...

Demi kuasa mereka membisu... Demi Putrajaya Ustaz-ustaz PAS menjerat diri mereka... Demi Jawatan menteri PAS sanggup melupai perjuangan mereka...

JOMO Nak Tanya ABBY, Betulkah PAS nak Tubuhkan Negara ISLAM...? Kenapa Negeri kedah dan kelantan masih menggunakan Undang-undang sedia ada...? Tunjukkan dokumen yang mana PAS akan mewujudkan negara Islam jika MEMERINTAH...? buku Jingga...? Dokumen pakatan...? Di mana ABBY...? Jawab!

Sehubungan itu, JOMO juga CABAR kepada pucuk pimpinan PAS untuk MENYATAKAN SECARA TERBUKA mereka akan TUBUHKAN NEGARA ISLAM! Kita mahu tengok apa respon DAP Chauvinis dan PKR Propa ni...

JOMO kata: Ingat! Apa yang dijanjikan mesti diKOTA! kepada para OSTAD jangan hanya berani bercakap dalam surau/masjid, KELUAR dan TUNJUKKAN kepada MALAYSIA!!! TAKUT???!!!! ABBY Sila SEDAR!!!

Adun Sekong LIABILITI Kepada BN Sabah...? Musa Aman harus Ambil Perhatian... cc @NajibRazak



Pelbagai cerita buruk JOMO dengar mengenai beliau... Darilah isu skandal hinggalah kepada isu integriti sebagai seorang pemimpin... BN Sabah yang pada ketika ini berusaha dan bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Sabah, namun, terdapat segelintir pemimpin yang dianggap boleh menjadi musuh dalam selimut kepada usaha ini...

Sabah yang kita fahami adalah MODAL TETAP kepada kerajaan BN... Ianya perlu dijaga dengan baik... Namun, oleh kerana nila setitik rosak susu sebelanga, ada pemimpin yang kelihatan BODOH dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin... tidak merujuk kepada sesiapa, (Siapa makan cili dia terasa pedas), dalam keadaan yang genting ketika ini pemimpin yang berkenaan perlu untuk memberi laluan kepada pemimpin lain / pelapis untuk menjalankan tanggungjawab yang tidak boleh dipikul olehnya...

Kes Adun Sekong @Datuk Shamsudin ini perlu diambil perhatian khusus oleh pucuk pimpinan parti... bukannya apa, kita tidak mahu pemimpin seperti beliau yang dilaporkan oleh media memberi kesan besar kepada perti itu sendiri... rujuk SUMBER 1 dan SUMBER 2 ...

JOMO menasihatkan Adun Sekong agar membuat sidang media khas bagi menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepada beliau... ini penting bagi membersihkan nama beliau, itupun kalau beliau masih mahu bertanding pada Pilihanraya Umum 13 akan datang... Jika tidak, pucuk pimpinan parti terutamanya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah perlu mengambil perhatian yang serius mengenai perkara yang melibatkan Adun Sekong ini...

JOMO Kata: Tanpa menyebut apa juga kes yang melibatkan Adun Sekong ini... Keputusan mesti diambil dengan kadar yang segera... berkatalah benar Walaupun Pahit... Demi BN!

Percaya atau Tak Percaya Anwar! Kenapa PAS Begini...?



Sedih melihat PAS tersepit diantara perjuangan ataupun janji ke Putrajaya...
Manusia yang pernah mencerca dan menghanjingkan mereka dahulu kini diangkat sebagai Pemimpin mereka... Sambil menyatakan HUDUD bukan agenda Utama Pakatan Rakyat...

Jadi HUDUD AGENDA APA...??? /////


PANAS!!! Pemuda UMNO Jadi 'SASARAN' Anne Ngasri...?



Inilah dikatakan jodoh...

Sebelum ini Anne Ngasri telah dikaitkan bercinta dengan orang politik... Bila diselidiki rupanya ahli Pemuda UMNO Malaysia Mohd Sumali Reduan...

Anne yang pernah kecewa dahulu, kini menjadikan orang politik sebagai Pilihan hatinya...

Mudah-mudahan bahagia ke akhir hayat....

Sunday, 11 November 2012

Perhimpunan Superbikers di Putrajaya meriah! @Najib_Razak @Zahid_Hamidi

Hari ini di putrajaya tengah berlangsung program Malaysia Bike Week, Perhimpunan Bikers seluruh Malaysia...

Perhimpunan yang dirasmikan oleh Persana Menteri Malaysia telah mendapat sambutan yang cukup memberansangkan...

Dato Seri Zahid sebagai pengerusi eksekutif Superbikers Malaysia telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kehadirannya...

Seramai lebih 10 ribu bikers telah menghadiri program ini... Ini menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dalam memastikan Putrajaya terus terjaga dan terpelihara...




Penipu Punya Anwar...

Kenapa Kita Perlu Percaya Anwar Lagi...?
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Foto Acara Ngeri di Thailand...??? Jangan TIRU!!!



Berlaku di Thailand... Masyarakayt yang kononnya percaya dengan cara sebegini mereka boleh menghalau kejahatan dan memanggil TUAH... jangan TIRU!!!!