Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 27 October 2012

Bajet 2013 ATM macam semangat Tentera! cc @Zahid_Hamidi

Bajet Angkatan Tentera bagi tahun 2013 membuka lembaran baru terutamanya dalam menjaga kebajikan tentera sebagai orang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara...

kementerian pertahanan pimpinan Dato Seri Zahid Hamidi sentiasa memberi yang terbaik kepada setiap anggota dan hal ehwal ketenteraan negara...

Tentera yang kita faham bekerja siang dan malam menjaga pertahanan negara seharusnya dijaga hal ehwal kebajikan mereka... apatah lagi Perdana Menteri Malaysia juga pernah menegang potfolii sebagai Menteri Pertahanan, ianya cukup mantap dalam membawa aspirasi tentera dan kementerian secara keseluruhannya...

lanjut baca ahmadzahidhamidi.wordpress.com

Terkini! Datuk @Rosnah_ARS ulas isu calon BN akan diumum awal!

Friday, 26 October 2012

Terkini! Klinik 1 Malaysia Kedua Kini Di Sepanggar! @Rosnah_DRS @Najib_Razak

Fenomena Klinik 1 Malaysia kini semakin mendapat sambutan yang cukup positif...terkini! klinik 1 Malaysia yang kedua kini di Sepanggar...

lanjut baca http://anakparlimensepanggar.blogspot.com/2012/10/kerajaan-bn-prihatin-klinik-1-malaysia.html?m=1

Wednesday, 24 October 2012

Adakah malaysia Bakal DiPIMPIN Oleh Pemimpin TUA...???


Pemimpin saling bertukar ganti... tapi perjuangan tetap diteruskan... Persoalannya adakah kita terlalu percaya pada seorang pemimpin sahaja...? Sedangkan hakikatnya dia juga seorang Manusia yang bakal meninggalkan dunia ini...

Kita terima kasih kepada kerajaan yang sediaada, pemimpin datang dan pergi namun perjuangan tetap diteruskan demi rakyat, untuk rakyat kepada rakyat...

Edisi Ustaz Kazim Elias DiFITNAH...!!!

Tuesday, 23 October 2012

Wajib baca!!! Kisah Berdarah "Perarakan DAP Hina Melayu/Islam..."


Antara Buku yang seharusnya dibaca oleh penduduk malaysia terutamanya Orang melayu/Islam adalah peristiwa 13 Mei 1963... Kisah ini mengajar kita tentang siapakah DAP sebenarnya...? Siapa dibelakang DAP...? Apa yang mereka lakukan kepada Orang melayu/Islam ketika itu...

JOMO sendiri telah membaca buku ini dan mendapati ianya sangat penting untuk dibaca terutamanya orang melayu/Islam...

Apapun, ikuti pandangan mymassa mengenainya....

Pandangan Tunku Abd. Rahman Putra Al-HajBuat pertama kali saya baru sahaja selesai membaca buku ’13 Mei Sebelum Dan Selepas’ yang dikarang oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita yang pertama walaupun buku tersebut telah lama ada dalam koleksi saya. Bagi saya, setiap tahun bulan Mei pasti bertandang dan saya yakin rakyat Malaysia terutamanya yang lahir sekitar tahun 1957-1962 tentu tidak dapat melupakan satu kisah hitam yang melanda negara pada 13 Mei 1969. Satu tarikh kepada episod hitam yang sentiasa segar dalam ingatan kita. Inilah buku yang menyatakan pandangan Tunku Abdul Rahman terhadap apa yang berlaku.

Buku ini ditulis oleh Tunku berasaskan pengalamannya yang lama sebelum dan semasa menjadi Perdana Menteri serta bersandarkan sumber sahih yang telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia. Keadaan ini berbeza dengan buku yang diterbitkan sebelum ini yang menyandarkan penulisannya semata-mata kepada sumber diplomat dan wartawan asing yang kesahihan sumbernya adalah diragui.

Mei 13 Sa-Belum Dan Sa-Lepas

Dalam bab pertama Tunku menekankan bahawa buku ini merupakan ikhtiar beliau untuk membuka mata ‘pendudok2 negeri ini (Malaysia) kapada hakikat2 yang sa-benar, dan membuka segala kepalsuan dan perbuatan2 tipu helah, supaya dengan itu timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masing2 dengan sa-baik2nya untok masa hadapan negara kita’. Buku ini ditulis hasil renungan Tunku ‘sa-lama sa-puloh hari dan sa-puloh malam’ sewaktu menerima rawatan dan pembedahan mata di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yang bermula 6hb Jun 1969.

Menarik sekali untuk difikirkan apabila Tunku memulakan buku ini dengan satu puisi oleh John Donne yang berjudul For Whom the Bell Tolls. Terjemahannya lebih kurang seperti berikut:
Tiada manusia ibarat pulau, terpencil sendirian; Sa-tiap orang sa-chebis dari Benua, sa-bahagian dari keselurohan. Kematian sesiapa pun memperkechil harga diriku, kerana aku sa-bahagian dari kemanusiaan; dan kerana itu janganlah bertanya untok siapa locheng kematian berbunyi; locheng kematian itu berbunyi untok-mu.

Buku ini adalah hasil renungan Tunku tentang peristiwa 13 Mei. Beliau terpanggil untuk menulis buku ini bagi menjelaskan ‘hal-hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia amat dahsyat’.

Dalam penelitiannya, Tunku merumuskan bahawa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu adalah angkara golongan pelampau dan golongan komunis. Kedua-dua golongan ini, tegas Tunku, sejak sebelum merdeka lagi berusaha untuk mencetuskan kekacauan dalam negara. Golongan ini telah terlibat dalam mencetuskan ketegangan dalam peristiwa hartal (1967), hukuman gantung (1968) dan pemulauan pilihan raya (1969), perarakan mayat pada 9 Mei dan perarakan kemenangan oleh parti-parti pembangkang pada 12 Mei 1969. Akibat provokasi golongan ini ketegangan kaum terjadi dan rusuhan kaum berlaku.

13 Mei Sebelum Dan Selepas

Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pilihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.

Rupanya, bukan sekarang sahaja orang Melayu terpaksa bersabar atas tindakan orang lain, tetapi sejak dari dahulu lagi. Itulah jasa dan pengorbanan orang-orang lama terhadap negara. Berkorban hingga terkorban.

Pada 4 Mei 1969, ketika tiga orang mata-mata telah melakukan rondaan di Kepong, pinggir bandar Kuala Lumpur, mereka mendapati terdapat sekumpulan pemuda Cina yang menconteng jalan dengan cat-cat merah.

Kumpulan mata-mata tersebut telah dicabar dan dibaling dengan kayu api, ketul-ketul besi dan besi-besi tajam. Kemudian pemuda-pemuda Cina tersebut telah melarikan ke sebuah pasar lama. Rupa-rupanya kumpulan pemuda-pemuda Cina tersebut telah bersedia dengan segala kemungkinan. Satu pergaduhan telah berlaku, ekoran daripada itu satu tembakan telah dilepaskan oleh seorang mata-mata untuk mempertahankan dirinya. Akibatnya seorang pemuda Cina yang berumur 24 tahun bernama Lim Soo Seng telah cedera dan dikejarkan ke hospital, namun kemudiannya mati selepas itu.

Tunku Abdul Rahman

Lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila mereka yang ingin mengambil kesempatan telah mendesak pihak polis agar satu perarakkan mayat diadakan pada 10 Mei 1969, iaitu pada tarikh hari pengundian. Namun mereka hanya dibenarkan berarak pada 9 Mei 1969, mengikut jalan yang telah ditetapkan dengan seramai 1000 orang sahaja. Akibat campur tangan anasir-anasir jahat daripada komunis dan Parti Buruh, perarakkan itu telah melibatkan seramai lebih kurang 10,000 orang. Mengikut pegawai-pegawai polis yang hadir, keranda mayat telah diisikan dengan senjata dan mayat lelaki tersebut telah diletakkan di luar. Sambil berarak mereka telah menghina kerajaan, orang Melayu dan memuji Mao Tze Tung. Inilah detik-detik yang dapat saya ringkaskan sebelum negara dibakar.

Tunku Abdul Rahman telah menerima cabaran yang hebat, bukan senang hendak menjadi pemimpin. Seperti kata Tunku, “Memang mudah menabur janji yang kosong daripada menunaikannya.” Kisah Tunku Abdul Rahman difitnah bahawa beliau bukan Islam sebaliknya Siam banyak melukakan hati beliau. Bahkan atas jasa beliaulah lahirnya Tilawah Antarabangsa, Masjid Negara, Persidangan Islam Antarabangsa yang pertama kalinya menyatukan negara Islam di seluruh dunia dan lain-lain lagi.
 

Kemuncak peristiwa 13 Mei berdasarkan statistik diberikan Tunku dalam buku ini selepas tiga bulan dua hari dari tarikh 13 Mei ialah 184 orang telah terbunuh, 356 orang luka, 753 kejadian membakar bangunan dan 211 kenderaan dibakar. Kita berdoa agar peristiwa hitam sebegini tidak akan lagi berulang di negara kita. Hanya 14 tahun selepas merdeka, negara Malaysia dilanda krisis perkauman maha hebat yang pernah disaksikan.

Buku ‘13 Mei Sebelum Dan Selepas’ ini wajar dibaca oleh generasi sekarang. Goerge Santanaya kata sejarah akan berulang jika kita lupa sejarah.

JOMO Kata: Inilah kisah DAP yang perlu diketahui... Jangan kita membuta tuli menyokong perjuangan DAP ini... Menakutkan... Sangat Chauvinis...

HOT! Skandal, Red, Hong dan Baju... - Problem of Lim Guan Eng!


The talk is that Dear Leader has ordered DAP campaigners and workers from wearing red colour shirts during the elections campaign.

This is because the DAP secretary-general does not want Penangites to poke fun of him over his affair with his former assistant Ng Phaik Kheng aka Rainbow aka Xiao Hong.

Guan Eng, who is known to be super sensitive, thin-skinned and unable totake criticism, is unhappy that Hong could also mean red colour in Mandarin. So the instructions have already been ordered that the Boss does not want to see any DAP cadre wearing the Red colour.

The problem is that red is part of the party symbol. His ridiculous order, we are told, has upset many party workers, especially the veterans, who think he is making a fuss over a non-issue.

The DAP has a problem – if they can’t use red, they only have blue – which is the BN colour! The last choice is white which is sensitive to the Chinese chauvinists in the DAP as it means surrender and also used for mourning, besides black.

But please do not take our words for this gossip. This report is from www.souminews.com which makes no secret of its disdain of the DAP – which professes to be multi-racial but only has token Malay and Indian representations.

It claims to be against hudud – at least only Karpal Singh dares to speak up – but encourages the Chinese voters to put PAS MPs into Parliament – the very party that consistently and openly advocates the setting up of an Islamic state.

The DAP tells its supporters that it wants to kill off Umno – but has never contested against any Umno candidate but instead kills off MCA and Gerakan  Chinese leaders.

The DAP, in short, chooses to kill off Chinese moderates in the government and have them replaced with PAS and PKR leaders – knowing fully well that there are only about 45 Chinese-majority seats!

The DAP, in other ways, is responsible for continuing to reduce the Chinese representation in Parliament.
The DAP, for all its bull shit of practicising multi-ethnicity, has dangerously alienated the non-Chinese population in Penang.

The state government has no economic or housing plans for the Malays and has failed miserably in race relations in the state.

No wonder Dear Leader is now seeing RED all over. Shame on him!

TERKINI!!! Demi Parti, Shahrizat tak Kisah... Tahniah! cc @Najib_Razak


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
  
Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.
  
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: “Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.  
  
“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.
  
Shahrizat yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas ketua hakim negara Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke-empat pada pilihan raya umum lepas.
 
Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.
  
Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
  
“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.
  
“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,” katanya.
  
Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.
  
“Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?
  
“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,” katanya.


Sepatutnya semua MP di malaysia mencontohi Dato Seri Shahrizat dalam isu ini... Beliau bukan sahaja meletakkan kepentingan parti dihadapan namun sanggup berkorban demi sebuah perjuangan... Jangan pandang rendah kepada sesuatu usaha kerana hakikatnya usaha itulah yang akan membuahkan hasil yang sangat besar...

Kereta ini LEBIH Laju Dari peluru...? Mati orang!



SYDNEY - Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.

McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.

Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.

Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah AS$4.2 juta (RM12.75 juta).

Kereta itu yang diberi nama Invader 5R sepanjang 16 meter.

Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair oksigen. -

Dia dan anggota-anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada tahun depan. - AFP

Dato Seri @Zahid_Hamidi di Puswatan...

Edisi Ust Kazim: Saya Diserang!

Monday, 22 October 2012

Siapa Pemimpin Tua...?

Bukan mahu meendah-rendahkan sesiapa... tapi bila kita sudah dimamah usia adalah lebih baik memberi laluan kepada yang lain... Jangn tuduh orang lain begitu dan begini, tapi, realitinya kita sendiri tak sedar diri... cc si tua...


sumber



Anwar Terpaksa Betemu PADERI Untuk Ke Putrajaya...



Anwar semakin hari semakin terdesak untuk ke Putrajaya... Kelibat beliau sering tidak mengena... perilaku beliau sering menjadi persoalan ramai pihak... Siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim...?

Semasa dalam UMNO beliau sering menghentam PAS dengan car keislaman beliau... Belai tentang DAP habis-habisan... Bila keluar dalam UMNO, apa saja yang melibatkan UMNO beliau tentang... Siapa seberanya Anwar?

Beliau akan bertemu siapa saja demi menggambarkan beliau menyokong orang tersebut... Walaupun hakikatnya, dahulu beliau pernah herdik, hentam malahan MELUDAH pun orang tersebut... Inilah cara Anwar... Sebelum masuk UMNO... Semasa dalam UMNO... selepas keluar UMNO semuanya hampir sama...

Terkini... Beliau kelihatan mula mendekati Paderi-paderi untuk menyatakan hasrat beliau untuk ke Putrajaya... Apakah sebenarnya SIGNAL yang ingin ditampilkan oleh Anwar Ibrahim ini...?

JOMO Kata: Rakyat terus keliru...

"SABAH Will Not Be Sidelined..."



KUALA LUMPUR: MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek made an assurance that Sabahans would not be sidelined, particularly in relation to their request for candidacy in the upcoming 13th General Election.

Dr Chua said he had discussed regarding the number of MCA seats to be contested in the state, with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

"We will not sideline the requests from several Sabah candidates but pay them the due attention. However, we have not decided the matter yet and will announce it when the time comes," he said during the wrap up session of MCA's 59th Annual General Assembly at Wisma MCA, here Sunday.

Speaking to reporters later, Dr Chua said he was satisfied with the overall attendance this year compared to last year, which showed a complete turn around with members passionate and ready for the coming election.

The change was also felt by Najib when he spoke at the assembly earlier, noting that the party appeared to be fully geared up to face the battle of the coming general election, said Dr Chua.

Today's assembly recorded 1,698 delegates or a 72.53 percent attendance.

Meanwhile, MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai said that MCA should interact more with the people, particularly with the younger generations, via social networks such as Twitter and Facebook, to increase support for the party.


- Bernama

PANAS!!! Radio TEMPATAN Buat Hal Temubual BLOGGER SEKS/LUCAH...?

Selamat Pagi....



Belumpun redha isu anak malaysia yang membuat blog memaparkan kisah cinta yang berahi dan eksotik seks secara berpasangan, terkini, ada juga radio Malaysia yang menjemput dua orang manusia ni untuk ditemubual... rujuk di sini Persoalannya, kenapa radio ini perlu menjemput mereka...?

Radio-radio ini dikatakan mahu menaikkan rating mereka dengan pendengar... Namun disebalik itu, JOMO melihat ianya hanyalah Modus Operandi 'PUAK-PUAK' yang tidak bertanggungjawab untuk menyatakan mereka bersetuju dengan apa yang telah dilakukan oleh dua pelajar ini...

Masakan pemilik radio initidak mengetahui bahawa isu  ini adalah isu sensitif... tetapi, apa tujuan sebenar  mereka melakukan semua ini... Tepuk dada tanya Iman kita...

JOMO Kata: Jika ini adalah benar, Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas kepada bukan sahaja BLOGGER SEKS ini tapi juga menyiasat Radio-Radio yang tidak bertanggungjawab ini...

Sunday, 21 October 2012

PERSIDANGAN KHAS TAHUNAN PERKASA SELANGOR...

sekarang ini tengah berlangsung persidangan PERKASA negeri Selangor... persidangan ini juga menghimpunkan NGO-NGO negeri Selangor...

Persidangan ini dirasmikan oleh Dato Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas tani... dalam ucapan presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali, beliau mengucapkan ribuan terima di atas kehadiran dan mengajak ahli PERKASA sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi... semoga kekuasaan Melayu/Islam terus bersatu...

Sekitar program..






Anwar Yang Kata DAP PEMIKIRAN SEMPIT... Apa Kata Karpal...?


Apa sudah jadi sama Anwar...? Di kata DAP suka buat kekacauan... Pemikiran sempit... Bingai... Tapi sekarang....?

360 darjah...

masalahnya, Masih ramai puak-puak yang percaya dengan Anwar Ibrahim ini...

Kuliah Ustaz Kazim! Wasiat Kelakar....