Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 20 October 2012

Fakta PANAS Audit Kini Tersebar... Apa Kata Nuar...?



HOT! The End Of Lim Dynasty...



StopTheLies - Anwar Ibrahim made a promise that the coming general election would be his last. He will go for a broke, means that if he fails to wrest Putrajaya from Barisan Nasional, his political career will come to an end.

For similar reasons, DAP stalwart Lim Kit Siang too will have to proof his worthiness as the party’s supreme leader. Should Pakatan Rakyat fails to make it, he should as well bid farewell to Malaysian politics, for good!

Why?

Lim’s dynasty which has been leading DAP for a long, long time might have to face a new threat in the party’s National Congress expected to be held on December 2012.

DAP leaders are so fond of reminding BN about the change of mindset among the rakyat, that the rakyat would like to see changes in Putrajaya. So, DAP members should also be prepared to face similar ambience.

Thus, like it or not, this old dynasty might have to accept the fact that as time evolves, DAP members are beginning to have a change of mind and heart.

Today, iron-fist leadership can no longer guarantee continuous power.

Few of those who are expected to challenge Lim Guan Eng for the Secretary General post include Teng Chang Khim, Speaker for Selangor State Assembly and also a party committee member.

It is no longer a secret that Teng Chang Khim would be among those who got the guts and balls to go against ‘the one way street’, against the tradition set by Lim and Karpal Singh about 30 years ago – that is not to challenge the party’s highest authority!

Teng is said to be leading the group which is beginning to cast lots of doubt on Lim’s dynasty and other DAP higher leaders, especially after they took over Penang from BN in the 12th general election.

Not just about the arrogance among their supreme leaders but also their performance of late. Each of their weakness began to show, especially when their role as the opposition leader didn’t augur well for Malaysians. What they have been doing was to oppose each and every policy the government introduced.

DAP members were hoping for their leaders to play a constructive role at the Parliament but they failed for one reason – to push Anwar up!

In fact, their political cooperation with PAS started with a silent protest from grass root members. However, they began to criticise the leadership openly when leaders like Kit Siang and son Guan Eng did not make any stand on ‘hudud’ law.

Going by political measurement, Chang Khim is getting more influential these days. More and more members are seeing Guan Eng’s speedy escalation in politics as a dangerous sign. To them, if Pakatan wins, Lim’s dynasty would be even more arrogant, making it tougher for others to bring them down.

Lim and his family are well aware of this matter and they are said to be planning for a strategy to safeguard their interest. However, members are getting impatient to see changes to the party leadership. Beside the two Lim, they also want people like Karpal and Tan Seng Giaw out of the picture. Lim may not believe this but come December, he will discover the truth!

Hence, it is not impossible that DAP Congress later this year will become a turning point for Lim Dynasty. This may sound impossible but members – who all the while just nod to his command – will ensure his exit.

Let’s see if Lim can stop them!

Gebuk!!! Presiden Australia yang Jatuh Sebab KASUT...?



SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.

Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.

Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.

Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.

Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.

Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.

Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP- sumber

HOT PICS of Lim Guan Eng... PAS...???

It's good to become Chief Minister like LGE... Tanx to PAS!!! Bravo.... Yam Seng................




Friday, 19 October 2012

Eli Wong Minta Tanah Sama MB... Kalau Orang melayu minta Tanah mahu Buat Rumah bolehkah...?




Eli Wong, pemimpin cina Pakatan haram yang popular dengan gambar LUCAHnya telah meinta tanah untuk kegunaan Pusat kebudayaan Cina selangor... Nampak semacam baik, tapi, bila diamati cara beliau sebenarnya MEMAKSA MB Selangor agar memberi tanah tersebut kepada persatuan tersebut...

Cumanya, JOMO Nak cabar Eli Wong dan konco-konconya berapa banyak usaha sebegini yang beliau lakukan untuk Orang Melayu/Islam di selangor...? Mohon tunjukkan BUKTI... jangan main cakap jer...

selanjutnya baca K7Lok

Ketua Polis Negara Naik Haji! Mari Kita Doakan bersama...

Syukur alhamdulillah.... Ramai dikalangan pemimpin kita pergi menunaikan haji tahun ini... Didoakan mereka akan mendapat haji yang mabrur... Insya'Allah...

Terkini Ketua Polis Negara berangkat bersama isteri ke tanah Suci Mekah...


Doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia Tan Sri...

Pergh!!! Preve Bakal DiPandu Orang AUSTRALIA...?





KUALA LUMPUR, 18 Okt. - Proton Holdings Bhd, hari ini mempamerkan dua model baharunya, Preve dan Exora, untuk pasaran Australia pada Pameran Motor Antarabangsa Australia 2012.

Dalam kenyataan dari Sydney, Proton berkata Preve, dengan saiz sederhana penuh bergaya, kini dibuka untuk tempahan di sana manakala Exora, kenderaan selesa tujuh tempat duduk, akan dijual pada pertengahan 2013.

Kedua-dua varian itu akan menggunakan enjin turbo Proton yang dilengkapi teknologi transmisi boleh ubah tujuh kelajuan berterusan.

"Kami mahu muncul lebih kukuh sebagai syarikat pembuat kereta global selain memperhalus Proton sebagai produk dan jenama dalam industri automotif global yang sangat kompetitif dan sentiasa berubah.

"Dan untuk menjayakannya, kami mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran strategik utama, termasuk Australia," kata Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Mohd Khamil Jamil pada pameran itu.

Beliau juga berkata syarikat itu bekerja rapat dengan Proton Cars Australia, bagi memastikan semua kenderaan yang dilancarkan di negara itu memenuhi aspirasinya bagi mengeluarkan kereta ringan pada masa yang tepat dan harga yang sesuai.-sumber

JOMO Kata: Sebagai rakyat Malaysia sepatutnya kita merasa gembira diatas kejayaan ini... Tahniah Proton di atas pencapaian yang baik ini... Mudah-mudahan Allah merahmati Malaysia... Jangan asyik nak BANGKANG jer... Akhirnya, HABUK pun tiada... cc ABAI: Asal Bukan Anwar Ibrahim...

Kisah Mayat Tidak Reput dan Munafik...?

Siapa diri kita untuk mempersoalkan ketentuan illahi... Allah maha Besar, semoga kita digolongkan dikalangan orang yang beriman.... Ingat! Jangan sedap mulut tuduh orang munafik...

Thursday, 18 October 2012

Klinik 1 Malaysia: Memang Best... cc @Najib_Razak @Rosnah_ARS

Klinik 1 malaysia adalah hasrat kerajaan yang sangat tulus dan murni untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat malaysia... Harapan kerajaan agar setiap rakyat menikmati setiap kemudahan yang diberikan...


OBJEKTIF KLINIK 1MALAYSIA

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

SKOP PERKHIDMATAN
* Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
* Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
* Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
* Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
* Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

MASA OPERASI
Tujuh hari seminggu
10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)
BAYARAN
Warganegara -RM1
Bukan Warganegara - RM15
 
Senarai Klinik 1 Malaysia
1. Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar, Perlis
2. Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,Kedah
3. Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim,kedah
4. Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong,Pulau Pinang
5. Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth,Pulau Pinang
6. Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang
7. Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara, Bayan Lepas,Pulau Pinang
8. Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam,Pulau Pinang
9. Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan,Perak
10. Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah,Perak
11. Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping,Perak
12. Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh,Perak
13. Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya,Selangor
14. Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya]],Selangor
15. Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong,Selangor
16. Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam,Selangor
17. Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves,Selangor
18. Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan,Kuala Lumpur
19. Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam
20. Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati,Kuala Lumpur
21. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, Kepong,Kuala Lumpur
22. Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak,Kuala Lumpur
23. Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan
24. Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan
25. Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai,Negeri Sembilan
26. Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam,Melaka
27. Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil,Melaka
28. Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah,Melaka
29. Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai, Johor
30. Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai,Johor
31. Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru,Johor
32. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru,Johor
33. Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang,Johor
34. Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan,Pahang
35. Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan,Pahang
36. Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh,Pahang
37. Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang,Terengganu
38. Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu,Terengganu
39. Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman,Terengganu
40. Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Bharu,Kelantan
41. Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok,Kelantan
42. Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas,kelantan
43. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau,Sabah
44. Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang,Sabah
45. Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan,Sabah
46. Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu,Sabah
47. Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu,Sarawak
48. Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching,Sarawak
49. Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri,Sarawak
50. Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu,Sarawak

penerangan

TerkinI!!! SUARAM Mengaku Menipu Rakyat...? Scorpene Tiada Isu!!!



Apabila satu demi satu jawapan kepada tuduhan tidak berasas SUARAM terhadap Kerajaan malaysia terutamanya Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan dijawab kemas dan rapi oleh jentera kerajaan, terkini SUARAM jadi seperti Ular dengan menyatakan SCORPENE sebenarnya tiada isu...

Peliknya walaupun isu yang dikhabarkan tidak benar namun AKHBAR PEMBANGKANG terus memainkan isu ini untuk bacaan umum seperti lidah rasmi PAS HARAKAH dan lain-lain lagi... Apa kes...? Bukankah PAS selalu berkata benar, tapi, dalam isu ini jelas sebenarnya EDITOR2 yang menulis mengenai isu ini pun sama bangang... rujuk Betul tak...?

Kepercayan tidak berbelah bagi puak pakatan haram ini semakin menjadi-jadi apabila difahamkan TOKOH ANUGERAH TUHAN mereka sendiri Encik Anwar pergi ke Perancis melakukan gimik kononnya PM Najib bersalah dan kementerian pertahanan bertanggungjawab... Apa ni...? Kalau sebelum ini Bapak Anwar telah beberapa kali menipu kita takkanlah kali ini pun turut ditipu...? Inikah pemimpin yang kita mahu angkat sebagai pemimpin Nombor satu Malaysia...?

Blogger-blogger, faceboker-facebooker dan puak-puak Pakatan Haram ini tentunya akan SPIN isu SUARAM ini habis-habisan bagi menutup malu BOSS mereka Anwar Bin Ibrahim... Sejarah membuktikan siapa SUARAM... Hairan bilamana ada orang Melayu Islam juga turut serta dalam pergerakan HARAM itu...

penjelasan lanjut rujuk RBF

JOMO Kata: Tahniah kepada jentera BN yang bersusah payah menjelaskan isu ini kepada rakyat... Sesungguhnya usaha kalian berhasil...

Kedudukan Terkini Blogger Pro-BN! Oleh MyMassa

Sekian Untuk makluman... Terima Kasih di atas sokongan semua... Kita Bongkar Kebobrokan Pembangkang... Teruskan bersama Kerajaan...



Lanjut rujuk SUMBER

Kisah Benar Blogger 'LUCAH' Student Cina Malaysia... Di Mana DAP...???


Petaling Jaya - Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama ‘Sumptuous Erotica’.

Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka. Blog tersebut telah dinyah-aktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka. Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.

Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS. Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut. “Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

“Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit,” katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.
Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak. Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.
Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: “ Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.” Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.

Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan ‘aktiviti’ tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka. - Sumber

JOMO Kata: Kenapalah mesti melakukan perkara bodoh semacam ini...? Kenapa DAP tidak bersuara mengenai isu ini...? Kalau selama ini apa juga isu melibatkan orang Cina Malaysia mereka kononnya akan menjadi HERO, Tapi, Bila melibatkan Isu Moral Pelajar Cina Malaysia, Di Mana DAP...? Mana DAP...?

Bukan Cerita Dongeng! Terbukti Ianya Kian Meruncing...



Perubahan tampuk Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui Pakatan termasuklah PAS nyata bukan sahaja tidak mampu mengurangkan kadar jenayah akan tetapi lebih membimbangkan ianya meningkat secara mendadak.

Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaparkan jumlah kes Jenayah Syariah yang meningkat sebanyak 1151 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 1077. Perbandingan rekod 2 tahun daripada 4 tahun pemerintahan Pembangkang ini jelas menggusarkan masyarakat yang tidak tahu akan fakta sebenar mengenai rekod tersebut.

Peningkatan tersebut jika dikaji semula merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

Jenayah syariah yang direkodkan dalam kes tersebut termasuklah melibatkan kes khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri.

JAIS dalam kenyataannya menyebut menjadi tanggungjawab menangani jenayah syariah tidak seharusnya dibebankan kepada penguat kuasa agama sahaja, yang turut menerima kritikan serta tohmahan ketika menjalankan tugas.

"Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama Jais yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri," kata wakil jurucakap JAIS.

Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan selepas Jais mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut.

Lebih sedih apabila dari kalangan penyokong tegar parti pembangkang yang membutakan kesemua fakta2 ini dan terus ditanam dengan semangat kebencian menerusi persepsi fitnah dari kalangan Pemimpin2 mereka dek kerana mahu tawan Putrajaya.

Di manakah janji PAS sebelum PRU12 yang mahu mensasarkan sifar Jenayah Syariah di Negeri tersebut. Malah menghina Kerajaan BN Negeri pada ketika itu dengan menggelar 'Selangor Darul Maksiat?'

Oh lupa. Pemimpin No. 1 Selangor yang lantang memperjuangkan usaha tersebut telah dibuang jauh dari PAS. Kini yang memimpin merupakan Pemimpin PAS berjiwa 'Darul Maksiat'.


JOMO Kata: Nilailah sendiri... Jangan asyik selak kain orang, kain sendiri TERBELURUT....

Wednesday, 17 October 2012

Video Panas!!! Bukti SEBENAR Scopene kini Tersebar...!!!

Hakikatnya permainan kata-kata LGE dan SUARAM untuk menyerang Scorpene tidak menjadi... Terkini! Bukti Sebenar Scorpene Adalah terbaik...

Bongkar!!! Sebenarnya ANWAR yang LULUSKAN Scorpene Tahun 1995...? cc @Najib_Razak @Zahid_Hamidi


Terkini! Masikah kita ingat bahawa 1995 Anwar telah bersetuju untuk pembelian Scorpene semasa beliau memegang tampuk kepimpinan negara di atas Potfolio Menteri Kewangan Malaysia...?

Anwar tidak boleh menafikannya... Permainan Scorpene hanya mahu menjatuhkan nama PM Najib Tun Razak atas keputusan yang beliau lakukan dahulu... Persoalannya, beliau tahu akan keperluan Scorpene tapi kenapa hari ini beliau pertikaikannya...?

Menurut Mursyidul Am TIBAI.....
"Segala-galanya telah dibentangkan di Parlimen pada persidangan yang lalu tentang perjanjian pembelian Scorpene. Rupa-rupanya rancangan hendak beli kapal selam dibuat sejak 1991. Pada 1995, Kementerian Kewangan meluluskan proses pembelian kapal selam dengan harga yang ditetapkan.

"Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Anwar Ibrahim. Dia lulus waktu itu, dia yang beri kelulusan dan tangan dia yang tandatangan dokumen kelulusan. Hari ini, dia mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima komisen," katanya. -
sumber
hari ini semuanya tidak kena dimata Anwar... Kenapa...? beliau mengaitkan orang itu dan ini... sanggup membawa orang luar yang tiada kaitan dengan Malaysia untuk memburukkan Pemimpin Negara dan kerajaan malaysia... Walhal, yang terjadi hanyalah gimik politik beliau agar terus subur dimata dan hati rakyat...

JOMO Kata: Jomo pasti dengan kepimpinan PM Najib Tun Razak dibantu oleh Mentri Pertahanan Malaysia, isu Scorpene ini akan sampai kepenghujungnya... Pastinyua, Anwar tidak akan duduk senang dengan pendedahan ini...

Ladang Rakyat GAGAL... PAS Terkial Cari Helah...

Kita lihat keburukan orang... Tapi pernahkah kita menilai keburukan diri kita...? Terima kasih Pembangkang di atas kegagalan Ladang Rakyat...



Sumber


AKSI NERAKA! Student Cina Malaysia Buat Blog SEX di Negara Jiran...? Budak DAP...?



Dunia sudah sampai ke penghujungnya... Terlalu banyak Maksiat berlaku di atas muka bumi ini... Umat akhir zaman sudah tidak memikirkan akan dosa dan pahala... hanya keseronokan yang bermain dibibir dan terlaksana dalam perlakuan...

Terkini! Seorang pelajar Malaysia yang menerima biasiswa ASEAN dari University of Singapore dikatakan telah MENJAYAKAN satu blog yang memaparkan aksi SEKS mereka untuk tontonan UMUM... Pastinya pelajar yang dikenali dengan 'Alvin dan Vivian' akan mengalami masalah besar...

Sangat memalukan! Inikah yang mahu ditunjuk kepada dunia...?

Yang peliknya lagi, mereka juga mempelawa pelajar lain dari malaysia dan Singapore untuk berkongsi aksi NERAKA dilaman blog mereka...? rujuk ekeleh

JOMO Kata: Alahai... Nasib baik bukan orang Melayu Islam yang buat... Kalau tak, pasti ianya akan dijadikan isu pembangkang untuk memburukkan UMNO...

Budak DAP...?

Selepas Beberapa Isu TEGANG: Farid Akhirnya Akan MENGAHWINI Diana...?



Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya mengesahkan tarikh pernikahan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2012...

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Production...

“Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,” katanya ringkas

Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada1 September lalu
Majlis yang diadakan di Damansara itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak...

Difahamkan pada majlis tersebut kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang...

JOMO Kata: TAHNIAH diucapkan... Mendirikan Masjid perkara yang dituntut dalam Islam... Mudah-mudahan berkekalan hingga ke akhir hayat....

Tuesday, 16 October 2012

PANAS! Ini Bukti Saifudin Pernah 'SERANG' Lim Guan Eng, Sivarasa dan Tian Chua... /////

Gelagat dan semangat perjuangan Saifuddin semasa dalam UMNO begiotu lantang menentang apa juga bentuk ancaman pembangkang dan golongan-golongan kafir di Negara ini... Bukti menunjukkan segalanya, gerakan SUARAM yang memang didalangai oleh pemimpin Pakatan haram di Negara ini sebenarnya telah berlaku begitu lama dahulu... Mereka-mereka yang mendalangai kekecohan yang dibuat oleh SUARAM sekarang ini memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen... kenapa Saifuddin bersama mereka...? Di mana perjuangan yang dikatakan oleh Saifuddin sebelum ini...?

Konflik 40 Tahun, 150 ribu Nyawa Malayang Selesai Sebab Pemimpin Malaysia... cc PM @Najib_Razak @Zahid_Hamidi



Kemelut yang berlaku diselatan Filipina sudah sampai keakhirnya... Kemelut yang ebrlaku selama 40 Tahun dan melibatkan 150 ribu kematian ini telah melakar sejarahnya sendiri bilamana kedua belah pihak Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang pada 15 Oktober 2012...

Menariknya di sini penglibatan Malaysia sebagai pihak pendamai mencuri tumpuan ramai pihak termasuk pihak antarabangsa... Komitmen yang ditunjukkan oleh Pemimpin Negara memberi harapan baru kepada semua pihak...

Menurut Perdana Menteri Malaysia "Rakyat selatan Filipina telah menerima segala-galanya dalam memilih keamanan daripada konflik, kestablian ke atas keadaan huru-hara dengan kedua-dua pihak menyatakan kepercayaan masing-masing bukan sahaja dalam prinsip demokrasi, keadilan dan toleransitetapi juga aplikasi mereka dalam khidmat mencapai kebaikan yang lebih besar," katanya.

"Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.

Pengorbanan Malaysia sangat besar ertinya kepada kerajaan Filipina dan penduduk Islam di Moro... Kenyataan Perdana Menteri itu juga disambut dengan baik oleh menteri pertahanan Malaysia Dato Seri Zahid Hamidi dengan menyatakan ianya juga memberi manfaat besar kepada malaysia terutamanya Negeri Sabah dalam menangani dan menyelesaikan isu kehadiran pendatang tanpa izin ke negeri ini...

Pemimpin BN bila bekerja tidak bermegah-megah semacam pemimpin PKR... Alhamdulillah berkat usaha berterusan terutamanya kementerian yang terlibat seperti Kementerian luar dan Kementerian Pertahanan dan berkat ketentuan yang maha Besar pemimpin kita dapat membantu saudara seagama kita di sana...

JOMO Kata: Terima KAsih PM! Bayangkanlah, jika negara luar pun kita boleh bantu, apa sebenarnya signal yang mahu ditunjukkan kepada rakyat...? Pemimpin yang ada akan pertahankan apa saja yang melibatkan kepentingan Agama Bangsa dan Negara... Ini janji Pemimpin Kita...

Laporan Audit 2011: Musnahkan Gerakan PKR dan Naikkan P.M. Najib...




Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61.  Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi.  Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.  Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. 

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.  Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga. 

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti. 

baca di sini

JOMO Kata: Permainan Pembangkang tidak akan ebrhasil dengan laporan terbaru ini... Anwar pastinya akan ROSAK AKAL untuk memikirkan apa pula isu yang mahu dibangkitkan....

HOT! Penjaga Gol Skandal Bakal Terima Tawaran RM3 Juta...?



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.

Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.

Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.sumber

JOMO Kata: Kurangkan Kontroversi dan tingkatkan Prestasi... Peminat memerhati... Utamakan Kepentingan Negara....

Sunday, 14 October 2012

Scorpene Tiada Isu: Mainan Pilihanraya Pembangkang...

Terkini! Isu yang dibangkitkan oleh SUARAM iaitu NGO tidak berdaftar telah memakan diri mereka sendiri... NGO yang diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan pembangkang dia membisu apabila pendakwaraya Perancis sendiri menyatakan bahawa tiada pendakwaan dilakukan di Perancis...

Pembangkang melihat isu ini memberi keuntungan kepada mereka dalam Pilihanraya... Namun hakikatnya ianya ya hanya sandiwara pembangkang...

Seperti sebelum ini mainan mereka untuk menyerang kementerian pertahanan dan angkatan tentera Malaysia sangat tidak menampakkan hasil...

Apapun, tahniah kepada menteri pertahanan di atas penjelasan jelas mengenai isu scorpene ini...

JOMO Kata: janganlah mempolitikkan isu pertahanan Negara!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Mana Lori SAMPAH Selangor...?



Berikutan dari propaganda berterusan pihak kerajaan negeri Selangor dalam mewar-warkan akan menyelesaikan masalah sampah dengan pembelian 50 buah lori sampah...

Jika sebelum ini banyak isu yang timbul disebabkan pembelian ini, dikatakan lori yang dibeli bukanlah lori yang baru dan ianya juga dibeli dengan harga yang mahal... walhal, pengedar tunggal lori jenis tersebut di malaysia menyatakan boleh memnjual dengan harga yang lebih murah kepada Kerajaan Selangor...

JOMO tidak mahu mengulas panjang isu tersebut kerana rakan-rakan lain tlah menjelaskannya dengan lebih terperinci, cuma persoalan yang JOMO ingin lontarkan di mana lori tersebut...? Dalam keadaan Sampah di negeri ini masih berada dalam keadaan seperti dulu...

Sampah terus dibuang sedangkan lori second hand yang dibeli tidak menunjukkan kemajuan pada penyelesaian masalah ini...

MOHON Kerajaan Negeri BERI PENJELASAN!

baca juga di sini