Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 13 October 2012

PANAS! Mat Sabu Mahu Makan 'BABI' Dengan LGE...? Wow....





Video! Penjelasan Dato' Seri @Zahid_Hamidi: Kapal USS George Washington Tidak Bawa Dana Asing...

Demi Rakyat Kepada Rakyat! Kerajaan Akan Perjelaskan 111 Touch Points kepada Rakyat Malaysia!

Ini janji kerajaan BN untuk memberikan yang terbaik kepada Rakyat malaysia... Bersama-sama kita hayati perjuangan untuk rakyat dalam penerangan oleh kerajaan mengenai 111 touch points dalam melaksanakan iltizam bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga...

Masya'Allah! Urut Batin Untuk 'ISTERI' Puan Ada...?

Jumaat, Oktober 12, 2012URUT BATIN ISTERI ORANG (18SX)



'Zara', 28 tahun mula berkhidmat di pusat urut kira-kira 2 tahun lalu.

"Saya bercinta selama 3 tahun, bekas teman lelaki saya berjanji mengahwini saya. Namun selepas saya menyerahkan tubuh, dia meninggalkan saya," katanya.

Saya terus mendengar sambil visual temu bual dirakamkan oleh jurukamera, Rohaizat Roslan dibantu juruteknik, Siva-G.

"Siapakah sebenarnya wanita bekerja sebagai pengurut?," soal saya.

Bilik lokasi rakaman digelapkan, hanya bentuk tubuh Zara sahaja kelihatan. Janji saya kepada anak kelahiran Kuala Lumpur itu, identiti dirinya tidak akan didedahkan. Hanya kisah hidupnya, bakal saya kongsikan bersama penonton Majalah 3, 'Rela atau paksa', 20 Oktober, Sabtu, jam 9 malam.

"Gadis bujang, ibu tunggal dan isteri orang," jawabnya.

Saya tersentak buat seketika.

"Isteri orang? Mereka turut melakukan urutan batin (urutan kemaluan lelaki)?," tanya saya untuk mendapat kepastian.

"Ya, urutan badan, 45 minit, RM110, urutan batin, RM100 untuk 20 minit," jelasnya.

Sebaik mendengar kenyataan itu, spontan terlintas di fikiran saya, suami manakah sanggup mengizinkan isteri mereka melakukan kerja sebegitu?

Friday, 12 October 2012

Memelihara Undang-Undang Kemanusiaan, Tentera Perlu Bekerja Secara Profesional... - @Zahid_Hamidi



Keadaan persekitaran dalam pekerjaan demi menjaga keselamatan negara menuntut setiap tentera bukan sahaja di malaysia malahan diseluruh dunia untuk bekerja secara profesional... Menurut Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, ianya sangat perlu dalam memastikan perhubungan baik dalam negara malahan penting jika ianya melibatkan perhubungan dengan negara luar...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tentera perlu bersikap profesional dan mematuhi pelbagai undang-undang dan konvensyen dalam memelihara kesahihannya.

Ini, kata beliau, perlu dilakukan sekalipun ketika tentera melaksanakan tugas dalam persekitaran yang cukup kompleks dan mencabar.

Dalam pada itu, adalah juga penting untuk mengenalpasti dimana pelaksanaan undang-undang kemanusiaan menjadi kabur akibat kewajaran operasi atau ketidaktentuan yang wujud di kawasan konflik, kata Ahmad Zahid.

Beliau berucap merasmikan Bengkel ke-6 mengenai Peraturan Antarabangsa yang Mengawal Selia Operasi Ketenteraan di sini hari ini. Bengkel seminggu itu dihadiri oleh 70 pegawai kanan tentera dari 70 negara.
Ahmad Zahid juga berkata pelaksana segala sudut operasi tentera perlu menyedari sekatan dan kekangan yang ditetapkan oleh undang-undang kemanusiaan menerusi pelbagai konvensyen yang diluluskan oleh negara-negara. - Bernama
JOMO kata: Keprihatinan dato Seri Zahid Hamidi dalam menjaga kementerian Pertahanan Malaysia telah banyak membantu Negara dalam menangani isu perhubungan dua hala terutamanya yang melibatkan keselamatan negara... TQ DS Zahid!

GADIS SEKSI INI SANGGUP PAKAI BAJU HINA BN WALAUPUN PAS UPAH CIPUT...?



Gadis yang tidak dikenali ini dengan berani memakai pakaian dengan kata-kata menghina BN walaupun HAKIKATnya dia sendiri tidak mengetahui apa yang ditulis pada bajunya itu tidak benar...

Inilah MODUS OPERANDI PEMBANGKANg untuk terus mempromosi diri mereka dikhalayak ramai dan kepada pengundi terutamanya...


Difahamkan ini berlaku semasa mahkamah bersidang Dato Seri Sharizat saman Rafizi lembu...

JOMO kata: Sihat tubuh badan perempuan ni...

PANAS!!! Anwar Hampir Kena Stroke Bila Mengetahui Sheikh Yusuf Al-Qardhawai

Anwar dan Konco-konconya semakin hari semakin tidak keruan bilamana rakyat mula beralih kepada Barisan nasional sebagai parti untuk membentuk kerajaan... Segala tohmahan dan penipuan pembangkang ditangkis kemas oleh jentera kerajaan...

Terkini! Ulama Tersohor Sheikh Yusuf Al-Qardawi sendiri telah memuji perdana Menteri malaysia di atas perjuangan Islam yang dibawa... Bukan amcam Anwar, Cakap lebih Habuk pun TARAK...

Difahamkan juga, Sheikh Yusuf sendiri mendoakan kesejahteraan perdana Menteri, timbalan perdana Menteri, Kerajaan dan Rakyat malaysia...

SYUKUR KEPADA ALLAH...





Thursday, 11 October 2012

Pembongkaran Ustaz Nasha! Penting Untuk Umat Islam Malaysia...

PANAS!!! Kita Terus diTipu Oleh Pakatan Haram... SUARAM dan Anwar Harus Bertanggungjawab.....


hiasan...

SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam SCORPENE.....

Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.  

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu. 

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.  Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.   

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia. 

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini. 

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia. 

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis.   Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka. 

Dalam usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.

SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku. 

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing.  Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros. 

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan. MIK

JOMO kata: Inilah permainan pembangkang... Modus Operandi mereka sudah sangat difahami... Tidak perlu berdolak-dalih... Kepada rakyat, bukalah mata bukalah minda... Mereka bukan yang kita cari!!!

Isu Scorpene: "PENDAKWARAYA PERANCIS SINDIR DAN BIDAS ANWAR DAN MEDIA BALACINYA..." cc @Zahid_Hamidi



Tatkala ketika ini Anwar cuba untuk memporak porandakan keadaan Politik Negara dengan isu terkini iaitu pembelian Kapal Scorpene, Seorang Pendakwaraya Perancis lantas menyatakan ini adalah sandiwara dan permainan media semata...

Anwar yang mahu menjadi HERO telah memangggil seorang peguam dari Perancis (dari beribu-ribu peguam di sana) untuk datang ke Malaysia dan menghentam Kerajaan Malaysia... Sedar ataupun tidak inilah Modus Operandi ciptaan Anwar dengan memanggil orang luar untuk membantu beliau mengucar-kacirkan keadaan...

Hakikatnya Yves Chapenel seorang pendakwaraya Perancis yang mengetahui isu ini dengan bersahaja menyatakan ianya adalah "perbicaraan media" yang hakikatnya tiada apa-apapun yang berlaku... Memanggil seorang peguam luar untuk mengecohkan keadan hanya sandiwara Anwar untuk menutup isu yang lagi besar lagi...

Anwar melalui NGO SUARAM mula membangkitkan isu ini apabila ada pihak mula bersuara dengan menyatakan SUARAM dibiayai Orang tertentu untuk mngucar-kacirkan Negara dan malahan lebih teruk lagi untuk membantu parti pembangkang menumbangkan kerajaan yang sedia ada...

"Tambahan lagi, Menteri pertahanan Malaysia Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjemput peguam itu untuk kepentingan politiknya.

"Anwar memanggil peguam luar untuk memburukkan imej negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memegang jawatan Menteri Pertahanan, semasa pembelian kapal selam itu.
"Sebagai Menteri Pertahanan, saya akan terus mempertahankan pembelian kapal selam Scorpene kerana ia melibatkan spesifikasi dan harga yang telah dirundingkan," tegasnya.

Beliau menekankan, walaupun kedatangan peguam Perancis itu atas tujuan politik dan tiada kaitan dengan perundangan negara, ia tetap menggambarkan campur tangan pihak luar dalam hal ehwal dalaman negara ini.
"Ia merupakan cubaan merendahkan imej negara dan kredibiliti peguam dalam negara ini. Rakyat harus tolak campur tangan dari orang luar," katanya ketika ditemui selepas Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah Kampung Tanah Lalang, di sini, semalam.

Ahmad Zahid menjelaskan, pembelian kapal selam itu dilakukan mengikut perundangan serta garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, Ketua Audit Negara telah mengemukakan laporan rasmi mengenai pembelian kapal selam berkenaan dan ia tidak harus dipertikaikan...." -SH
JOMO Kata: Secara jelas ini adalah permainan Politik pembangkang yang sungguh sia-sia... Sangat memalukan bilamana pendakwaraya perancis sendiri menyatakan ini perbicaraan media yang langsung tiada asas... justeru, kepada Media Pakatan Rakyat yang terlibat, sudah-sudahlah tabur Fitnah tu... berdosa!

baca juga sini dan di sini

DUNIA FANA! Artis Besarkan 'PAYUD**A' Di kutuk Peminat Pasal Tak Tahu Bersyukur...




PENAMPILAN terkini anggota Girls Aloud, Cheryl Cole mula menjadi tanda tanya. Bintang berusia 29 tahun itu yang sering tampil seksi dalam siri jelajah konsertnya telah membuat banyak pihak membuat andaian bahawa dia menjalani pembedahan payudara.

Tanggapan tersebut bagaimanapun pantas dibantah oleh jurucakap penyanyi itu. Dengan tegas, jurucakap Cole memberitahu bahawa penyanyi tersebut tidak menjalani sebarang pembedahan untuk membesarkan payudaranya.

Isu Cole konon membesarkan payudara bukan pertama kali ditimbulkan. Sewaktu dia menjadi juri The X Factor beberapa tahun lalu, isu yang sama pernah muncul, namun sepi begitu sahaja kerana ia dinafikan oleh penyanyi tersebut. sumber

JOMO Kata: bersyukur dengan apa yang dijadikan oleh Tuhan... Segala ini bukan milik kita selamanya...

Wednesday, 10 October 2012

"PAS Semakin Keliru Dalam Perjuangan..." - Dato Seri @Zahid_Hamidi



Semakin hari PAS semakin keliru dalam meneruskan perjuangan mereka... Mereka dilihat kehilangan punca dalam perjuangan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi parti pembangkang yang sangat digeruni oleh Parti lawan... dahulu orang langsung tidak memberi perhatian kepada DAP, namun hari ini, DAP sendiri boleh menentukan halatuju perjuangan PAS...


banyak pihak dalam PAS terutamanya akar umbi dan golongan Ulamak sendiri mengkritik dasar perjuangan PAS ketika ini... Ianya bermula bilamana dalam manifesto Pakatan haram langsung tidak disentuh isu yang melibatkan penubuhan Negara Islam...

Menurut Dato Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia, "terdapat kumpulan dalam PAS yang mahu PAS kembali ke landasan asal perjuangan mereka... terdapat kumpulan dalam PAS sebenarnya yang tidak dapat menerima apa yang terjadi dalam PAS pada ketika ini..."

PAS hilang arah... hari ini jika ramai pemimpin dan bekas pemimpin mereka mula bersuara ia menunjukkan signal yang "Tidak baik" berlaku dalam PAS... Dalam keadaan PAS semakin kebelakang berbanding sekutu haramnya PKR dan DAP, kemungkinan besar PAS tidak akan diterima dalam PRU13 akan datang... Kita Tunggu!

JOMO kata: Tahniah PAS!

Kalimah Allah! "Ulasan Ust kazim Menggerunkan ANWAR dan AZMIN..."

"DAP Berfikiran Singkat Kata Anwar..." Bukan Kata Saya!

Kalau dahulu manusia ini yang sangat lantang dalam berbicara... kalau berceramah dialah yang menjadi orang Nombor Satu menentang Pembangkang terutamana DAP dan PAS... Hari ini, manusia ini seperti meludah ke langit... Apa yang beliau tuturkan dahulu benar-benar 'KONTRA' dengan apa yang beliau tuturkan hari ini.... Apa yang beliau 'BERAK'kan dahulu semacam dijilatkan kembali... Inilah Pak Nuar...



JOMO Kata: Jangan kita percaya apa yang beliau tawarkan hari ini kerana percayalah beliau sendiri tidak pernah berpegang kepada janji dan kata-kata yang beliau lafazkan....

isu USS Washington: "Kerajaan Bukan Bodoh Untuk Jadi 'Balaci' US..." -@Zahid_Hamidi



PANAS! umum mengetahui terdapat beberapa NGO di negara ini dikatakan telah mendapat bantuan badan luar terutamanya Amerika untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sepertimana yang ebrlaku di negara-negara arab sebelum ini... Tanpa menyebut mana-mana NGO, penglibatan mereka juga ada hubung-kait dengan pihak Pembangkang...

terkini, kedatangan kapal USS Washington juga diputar-belit oleh pembangkang untuk mengucar-kacirkan suasana politik tanahair... Seperti ketandusan modal untuk terus WUJUD dimata rakyat, pembangkang telah memainkan isu Kapal ini... Peliknya lagi, Pemimpin pembangkang yang bising adalah dikalangan pemimpin PAS... Mana yang lain...?

Lantas isu ini dijawab oleh Menteri Pertahanan Malaysia, dato seri Zahid Hamidi

“They don’t bring in foreign funds to support the activities of non-government organisations (NGOs) or political parties as is done by some groups,” he told state news agency Bernama.

Ahmad Zahid (picture) defended the government’s decision allowing the nuclear-powered USS George Washington to berth at Port Klang last weekend for five days to boost Malaysia’s bilateral ties with the world superpower.
 

Jelas bahawa ianya tiada agenda yang tersembunyi... Kedatangan Kapal USS Washington adalah untuk mengeratkan perhubungan dua-hala diantara Malaysia dan Amerika terutamanya perkara yang melibatkan pertahanan... ianya juga baik untuk berkongsi ilmu pelayaran dan berguna kepada mereka yang sedang malakukan kajian mengenai ini...

Tiada isu di sini... PAS terpaksa memainkan isu ini apabila hari demi hari kritikan terhadap PAS juga mula dirasai oleh pimpinan mereka dan akar umbi... PAS tidak mahu kelihatan hanya berada di bawah telunjuk DAP dan PKR walaupun hakikatkan mereka hanyalah kuda tunggangan...

JOMO Kata: Mudah-mudahan kedatangan kapal USS Washington mengeratkan perhubungan dua Negara ini... ingat! Kerajaan Malaysia bukan bodoh untuk jadi Balaci US....

Kapal USS Washington Akan Datang Malaysia...?


Kapal induk Amerika USS George Washington akan datang ke Malaysia pada Ahad ini. Mungkin ini adalah julung kalinya kapal induk pesawat tersebut singgah ke negara ini. Persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

Mereka menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat. Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home.

Anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS). Lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu pada Isnin.

Ustaz! "I Tak Caya jumpa You..."

Tuesday, 9 October 2012

Ustaz haron Din Kesal dengan Anwar.... Kemungkinan PAS akan ditendang keluar...



kekecewaan Ustaz Haron Din kian hampir ke kemuncak... Kesabarannya cukup diuji oleh rakan-rakan mereka dalam Pakatan haram...  Dengan terkeluarnya perjuangan kearah Negara Islam, ianaya menjadi permulaan kepada penghakisan populartit dan perjuangan asas PAS semenjak ditubuhkan...

Ulama PAS mula membangkitkan hal ini namun dilihat kesepian tatkala Anwar mula menjemput PAS menganggotai Pakatan haram untuk menjatuhkan BN...
"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.
"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.
Anwar sebelum ini diantara orang yang lantang mengkritik perjuangan PAS, hairan bagaimana PAS boleh menerima jemputan Anwar suatu ketika dahulu... Anwar yang dikatakan cukup liberal sehingga dikatakan mengamalkan 'Kesamarataan' Agama menimbulkan kesangsian yang amat sangat dikalanagn Pemimpin PAS... Namun apakan daya, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak perlakuan dan kata-kata apa boleh buat... Itulah yang terjadi dalam PAS...

Anwar hanya banyak mempertahankan diri beliau dan menggunakan PAS untuk mempertahankannya... Namun bila timbul isu melibatkan PAS, Anwar sanggup duduk diam dan tidak mahu membantu... Itulah Anwar Ibrahim...

JOMO kata: Cadangan PAS meninggalkan Anwar....

Ahli Wal Jamaah TEGUH di Belakang Pemerintah Islam...

Apa!!! Famili Lim Mahu Meniru Keluarga Komunis Kim @Korea Utara...?

Sebelum ini JOMO ada menulis mengenai isu Nipotisme dikalangan pemimpin pembangkang yang sebenarnya boleh merosakkan sesebuah institusi disebabkan mempunyai kepentingan didalam sesebuah institusi yang sama... ianya berlaku di PKR, DAP dan PAS....

Cuba Lihat Poster ini... sumber MyMassa 




Dinasti Komunis KIM dikatakan hampir serupa dengan Keluarga Lim di malaysia... Apakah sebenarnya semua ini...? Pengaruh keluarga KOMUNIS seperti ini sangat merisaukan kita sebagai penduduk Malaysia...

Nipotisme tidak boleh diterima... justeru, Institusi yang mengamalkan nipotisme juga tidak boleh di TERIMA...!

Gempar!!! "Benarkah Bekas Pengetua Akademi Fantasia Menyokong PKR...?"



Setelah sekian lama dikatakan kurang mendapat publisiti media, difahamkan M.Nasir mula berjinak-jinak dalam dunia Politik... Betulkah....? Terkini beliau dikatakan menjadi penyanyi kepada lagu Keadlian untuk PKR... Adakah disebabkan bayaran yang tinggi oleh Azmin Ali atau sememangnya itu suara M.Nasir masih belum dipastikan lagi.... Seandainya betul, Kenapa M.Nasir bertindak sedemikian...?
Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik’nya.
Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.
Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir.
Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano... selanjutnya di Roti Kaya
JOMO kata: Kita menghormati kerja seni M.Nasir...

Monday, 8 October 2012

PANAS! Harun Din Mula 'MENYERANG' Anwar dan Karpal...

Ingat! "Tak Salah Amal Nipotisme Kata Karpal..." Bla lah Pakatan Haram...

Hari ini manusia yang berada di puak pakatan haram pembangkang ini mula menunjukkan taring sebenar mereka... Mereka umpama Meludah ke Langit dan akhirnya Ludah tersebut kena di atas muka mereka sendiri...


Tidak salah amal nepotisme - Karpal
PULAU PINANG 6 Okt. - Amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga seperti dipraktikkan dalam pakatan pembangkang tidak perlu dibimbangi.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik.
Menurutnya, berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang.
"Jadi saya fikir nepotisme dalam pakatan pembangkang tidak perlu dikhuatiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.
Berdasarkan senarai tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri bukan sahaja menyenaraikan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri malah, turut meletakkan anaknya, Nurul Izzah sebagai anggota Kabinet.
Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjelaskan, pakatan pembangkang tidak percaya pada senarai sedemikian.
"Kami percaya kepada realiti. Apabila tiba masanya nanti, pakatan pembangkang akan mendedahkan senarai Kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang."Kami tidak percaya kepada wayang kulit," ujarnya.-Utusan
JOMO Kata: kalau dahulu, puak inilah yang memainkan isu Nepotisme dan Kronisme Kerajaan... Tapi, bila kena batang hidung mereka sendiri, mereka kata Tak Salah... Apa ni...? Inikah Manusia yang kita hendak angkat jadi kerajaan... Mohon untuk TINGGALKAN MEREKA!!!"

baca juga di sini

Pakatan Haram Mula 'GAME' Simbah Cat Merah... Kali ini Pemuda BN Pulau Pinang Jadi Mangsa...



Semasa sibuk berbincang mengenai Parti dan Politik di Pulau Pinang, Ketua Pemuda BN Pulau Pinang oh Tong Keong dikatakan mendapat panggilan yang menyatakan kereta milik beliau telah disimbah cat merah dan dipecahkan...

Hakikatnya KEBOBROKAN yang dibuat oleh DAP Pulau Pinang satu persatu dibongkar oleh BN... Pembongkaran ini tidak disenangi oleh mereka@DAP... ketua Menteri bukan orang Pulau pinang, kenapa masih mahu mengekalkan dia...?

Lanjut baca di sini

PANAS! TUDUNG EKOR BIAWAK!

Menghairankan bilamana terdapat wanita hari ini yang sudah lupa akan perbezaan fesyen dan perkara wajib yang perlu diikuti dalam beragama...

Sebagai contoh, wanita Islam yang dituntut untuk bertudung yang jatuh pada Hukum Wajib Menutup Aurat... Brtudung dan Menutup Aurat itu 2 perkara yang berbeza... Menutup Aurat itu adalah kewajiban dan bertudung itu cara melaksanakan kewajipan...

Persoalannya, adakah cukup hanya dengan bertudung...? Lihatlah perempuan di atas... Pastinya kita pernah melihat tudung sebegini diluar...

Tepuk dada Tanya iman kita...

"Bangsatnya Lim Guan Eng kepada Muslim...?" PAS Masih berdiam...?


"At the mosque today, a few friends asked whether i attended Dr. Zakir Naik, an Indian preacher's talk at IIUM yesterday which was attended by more than full house. But some non muslims don't like his style where in one instance he challenged anyone to show him a bible wherein God says Jesus is his son - if there's one he would be prepared to convert to Christianity. This is reminiscent of the late Ahmad Deedat. And they are viral in cyberspace asking Malaysian Government to ban Zakir from preaching in Malaysia again. Muslims bloggers must oppose this and ask where Zakir was wrong....."
Jawapan Lim Guan Eng....? nak tahu selanjutnya baca SUMBER

Sunday, 7 October 2012

UMAR ABDUL AZIZ! MAKLUMAT PENTING YANG PERLU KITA SEBARKAN- UFB

PANAS! RAKAMAN GUAN ENG TOKONG dan ARROGANT BENAR...



Bila dihayati dan diperhatikan betul-betul memang sah bahawa rakaman yang menyatakan Lim GUan Eng Tokong dan Arrogant itu sememangnya sah.... Dr. Mansor tidak perlu pertikaikan lagi, ini lah yang sebenarnya berlaku di Pulau Pinang... Bukan sekarang tapi semenjak Dr Fairuz jadi timbalan ketua Menteri pun perkara yang sama berlaku ke atas PKR...


Dikatakan yang bertambah peliknya, Dr. Mansor terpaksa menjawab soalan media dengan merujuk NOTA yang ditulis oleh lim Guan Eng agar Dr. Mansor tidak terlepas apa-apa ketika menjawab soalan tersebut...]

PKR dilihat sudah tiada peranan di pulau pinang kerana pengaruh kuat DAP... Walaupun lim Guan Eng bukan orang pulau Pinang tapi hairan dia boleh jadi macam raja di sana... kenapa orang Pulau Pinang berdiam diri...?

Ramai yang dikaitkan dengan pendedahan rakaman tersebut...
Sumber dalaman PKR berkata ada 2 kumpulan yang disyaki terlibat..
1.Tan Seng Keat(Timbalan Ketua Cabang Bayan Baru) dikatakan terlibat membuat rakaman yang kemudian menyerahkan rakaman tersebut kepada Yb Sim Tze Sin dan Malik Kassim.
Menurut sumber PKR,dalang yang paling disyaki adalah Yb Sim/Malik ini kerana kedua duanya pasti akan mendapat faedah yang besar jika berjaya menjatuhkan Dr Mansor.
Apa yang menariknya 2 YB ini mempunyai sejarah kerana terlibat secara langsung menjatuhkan  Fairuz dan Yb Zahrain .Manakala kerusi TKM1 yang di idamkan oleh Yb Malik sejak sekian lama pasti akan menjadi kenyataan.
Nanasegaran dan Annuar Ismail juga pernah menjadi mangsa semasa pemilihan Cabang Bayan Baru oleh kumpulan Yb Sim/Malik/Susan/Mkini

2. Manakala sumber PKR juga ada menyebut nama  Felix Ooi(Ahli Majlis MPPP) yang membuat rakaman kemudiannya menyerahkan kepada Jason Ong Adun Kebun Bunga.Raven Adun Batu Uban dan Carolyn Khor juga dikatakan terlibat.

Carolyn Khor adalah Ketua Wanita dan juga seorang citizen journalist yang cukup rapat dengan Susan Loone dan Malaysiakini.

Ada juga kebarangkalian kumpulan Yb Sim/Yb Malik dianaiya..dikambing hitamkan? betul ker ni? Tetapi...ya ada tetapinya.. jika kumpulan Yb Sim/Malik diambil tindakan, maka yang beroleh kejayaan adalah kumpulan Yb Jason Ong/Yb Raveen kerana kumpulan ini diketahui tidak favor kepada Yb Malik dan juga Dr Mansor.Siapa yang mendedahkan siapa? kill 2 birds with 1 stone?sumber
Sumber terkini yang diperolehi, Lim Guan Eng dikatakan tidak akan berdiam diri... PKR akan diajar pada PRU13 ini... Ajar apa...?

JOMO Kata: Lawan tetap lawan.... PKR VS DAP! Cun....

baca juga di sini

TENGOK DULU! ANWAR DULU ANWAR SEKARANG...

PANASSS!!! PEREMPUAN INI KEKASIH SAFEE...



PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali menafikan laporan laman sosial dan blog  yang mendakwa beliau kini sedang dilamun cinta dengan pelakon, Julia Hana dan telah menghabiskan cuti di Langkawi.
Gosip antara keduanya timbul selepas blog berkenaan mendakwa kedua-dua mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah kelmarin.
“Itu bukan saya…saya tidak pernah ke Langkawi pun sebelum ini,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Pengurusnya, Zakaria Abd. Rahim berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menyertai sesi penggambaran pada sebelah pagi di Petaling Jaya.
“Pada sebelah petang Safee ke gim untuk latihan di Kem Latihan Nasional, Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Hong Kong, 16 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.
selanjutnya baca EMPAYAR PEMUDA

DAP dan PAS Tak Guna Otak... -ANWAR