Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 6 October 2012

ANWAR CUBA MASUK UMNO MEALLUI PAK LAH...

PAS! Mana Tabung MEMALI...? Dengarnya Isteri Ibrahim libya Merana...?

Terkulai Membisu! Isu bas transformers Tak berjawab: @KhalidIbrahim Cemas...



SUMBER

Walaupun diperingkat puak-puak Parti Keadilan Rakyat isu bas Transformers dianggap sebagai kejayaan kepada mereka kerana boleh membawa Anwar Ibrahim ke mana-mana saja menjelajah, Namun, TAHUKAH KITA BAS ITU DATANGNYA DARI MANA...?

Khalid secara berulangkali menegaskan bahawa BAS tersebut disewa dan dibayar sendiri oleh beliau... PERSOALANNYA SEKARANG INI CUKUP MUDAH, KENAPA GERAN BAS INI KEPUNYAAN KHALID IBRAHIM...?

Khalid ternyata memakan dirinya sendiri... Beliau menyatakan kepada RAKYAT bas kepunyaan Orang lain dan disewa tapi ianya adalah milik beliau... kenapa beliau perlu menipu...?

Adakah ini permainan Politik beliau untuk menunjukkan kepada RAKYAT beliau sanggup bekorban demi ANWAR...? Walhal beliau sedang menyembunyikan sesuatu kepada RAKYAT yang mana BAS itu adalah milik BELIAU... persoalannya lagi, DI MANA BELIAU DAPAT BANYAK DUIT MEMBELI BAS tersebut...?



JOMO Kata: RAKYAT kena berfikir... Orang PKR selalu menuduh UMNO yang bukan-bukan, WALHAL kehidupan mereka...? Luu Fikirlah Sendiri....;

KABINET BAYANGAN PAKATAN HARAM!!! KENAPA ANWAR PINGGIRKAN ORANG SABAH...?



Senarai Kabinet bayangan Pakatan haram telah dikeluarkan... Ketika ini difahamkan Anwar berada di perancis kerana tidak mahu terlibat dengan polemik terbaru ini... Hakikatnya, orang Sabah terpinggir dari senarai ini... mereka hanya menjanjikan Jawatan Timbalan perdana Menteri III yang mana itupun belum ditentukan samada dari Sabah atau Sarawak...

Mahukah kita percaya dengan Pakatan haram ini... Maklum balas yang JOMO perolehi dari Negeri Sabah, ahli-ahli parti terutamanya PKR sudah mula meluat dengan polemik terbaru Pakatan haram yang diketuai oleh Anwar Ibrahim... kalau sebelum ini tiada HITAM PUTIH yang menyatakaan Anwar akan menjadi Perdana Menteri, namun, kali ini terbukti...

Kasihan dengan Orang Sabah... terus dipinggirkan oleh Anwar... Anwar hanya pandai ebrkata-kata tapi hakikatnya... Apapun TIADA... Inilah manusia bernama Anwar...

Justeru JOMO menyeru kepada semua rakyat Sabah agar menolak Pakatan Haram pada PRU13 nanti... kekalkan yang ada... berikan sokongan padu... kita bangkit Rakyat Sabah...


Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.... sumber PapaGomo

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)
Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)
Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Dr Tan Seng Giaw (DAP)
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
Datuk Mustafa Ali (Pas)
Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)
Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)
Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)
Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)
Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)
Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)
Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)
Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)
Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)
Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)
Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)


JOMO kata: TOLAK ANWAR! BERERTI KITA TOLAK PKR dan Pakatan HARAM...

Friday, 5 October 2012

Jangan Hina Bekas Pejuang Keadilan!!!

Islam GANGNAM Cara PAS... Tahniah Anwar!



Islam GANGNAM Style Cara PAS...!!
 

“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.   Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.

Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.

Kenyataan Dr. Dzul tersebut telah ditempelak oleh sebuah laman web pro-PAS, tranungkite, tetapi selain dari itu, tiada langsung kenyataan rasmi dari kepimpinan tertinggi PAS mengenainya.  

Justeru, tidak salah rasanya jika kita mengandaikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang juga merestui fahaman atau pendekatan Islamis Demokrat ini? 

Ingatkah lagi tentang bagaimana istilah Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi telah dipertikai dan digoblokkan oleh PAS sebagai agama baru yang menyalahi ajaran Islam...?

Sedangkan, Islam Hadhari hanyalah satu konsep yang membawa masyarakat Islam kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan bukannya agama baru, serta tidak pula bertentangan dengan ajaran Islam. 

Tetapi, bagaimana pula dengan Islamis Demokrat? 

Demokrat atau demokrasi, mengikut pandangan barat yang juga dipegang oleh Anwar Ibrahim sepertimana yang terbukti dalam ucapan-ucapannya, adalah termasuk di dalamnya kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).

Tentu sekali, demokrasi yang didokong oleh Anwar ini adalah tidak sama dengan demokrasi yang diamalkan di Malaysia kerana itu Anwar sering melaungkan memperjuangkan demokrasi walaupun negara ini telah termaktub sebagai mengamalkan demokrasi.

Demokrasi yang diperjuangkan Anwar mengikut perspektif barat adalah melampaui batas-batas ketamadunan yang dibawa oleh Islam.  Kebebasan bagi Barat membawa makna yang manusia tidak perlu terikat kepada peraturan dalam mengekspresi diri walaupun ia membawa keburukan kepada orang lain dan diri sendiri.

Selanjutnya baca di M.I.K
JOMO kata: Persoalannya... Anwar sudah Tua pastinya dia punyai pengganti... Selepas Anwar Siapa Pula...??? PKR dihujung tnduk...

BONGKAR MAKSIAT!!! Service Baik... Semua Baik... Siapa merana...?


dikatakan diantara seorang pelacur yang ditawarkan....?

kegiatan dilihat sudah mula berleluasa... Kegiatan maksiat tidak sihat ini memerlukan POLITICAL WILL yang tinggi untuk membasminya... Semua pihak harus berperanan dalam soal ini...

JOMO bukanlah seorang Ulamak... Namun, kita bertanggungjawab untuk membasmi apa juga bentuk kemungkaran yang berlaku di atas muka bumi ini demi kemaslahatan Ummah... Apatah lagi, malaysia sebagai Negara Islam...

namun yang menakutkan kebanyakannya berlaku di negeri Selangor...? Semakin menjadi-jadi pulak...

Wallahua'alam...

cerita lanjut rujuk blog MAZIDULAKMAL

Thursday, 4 October 2012

PANAS!!! Penulis Malaysiakini Bongkar RAHSIA DAP...?



AIDCNews – 01/10/12 – “Kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi,” itu sedutan wawancara AIDC dengan blogger Cina menulis dalam bahasa Melayu yang sedang meningkat popular, Helen Ang.

Helen Ang, lulusan USM memulakan karier kewartawanannya di NST (New Straits Times) pada awal tahun 1990-an, kemudian The Star dan pada tahun 2005 menjadi kolumnis di portal Malaysiakini.
Pada tahun 2011, disebabkan siri-siri rencana yang ditulisnya dalam kolum Malaysiakini yang dianggap ‘bertentangan arus’, maka perkhidmatannya di portal itu dibekukan dan kolum itu ditutup.

Bermakna, sebelum berblog di helenang.wordpress.com/, sekitar Julai 2011, Helen Ang sudah terlibat dalam dunia kewartawanan lebih kurang selama 17 tahun.

Apabila ditanya kenapa dia menjadikan Hannah Yeoh sebagai subjek utama penulisannya, katanya, “Dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’”.

Apakah yang dimaksudnya sebagai ‘DAP baru’ ? Ikuti wawancara lengkap bersamanya yang berlangsung di satu tempat di Kelana Jaya, pada 18 September 2012.

AIDC : Saya difahamkan dahulu anda adalah kolumnis Malaysiakini, kemudian telah dibekukan. Kenapa dibekukan ?

Helen Ang : Sebab para pembacanya terlalu berfikiran tertutup. Pembacanya yang pro pembangkang itu, cara mereka berfikir, kalau kita tulis yang tidak berpihak kepada mereka, kita dianggap sebagai musuh.

Seperti anda sudah mengesahkan bahawa portal Malaysiakini majoriti pembacanya adalah pro-pembangkang?

Agaknyalah, nampaknya seperti itu lah. Dari pengalaman saya pun begitu.

Maksudnya sebagai kolumnis, anda tidak boleh menulis idea yang bertentangan dengan idealisme pembaca portal, jika tidak idea anda akan ditolak ?

Bukan sekadar ditolak, tetapi mereka menentang, cara mereka menentang itu, pada saya kurang berhemah..

Misalnya?

Misalnya macam kita tengok komen-komen kat blog, ada yang berbahasa kesat, ada yang buat fitnah, ada yang sebarkan dakyah.

Em, sampai ke tahap tu. Kira serang peribadilah. Bukan serang idea.

Jadi, boleh saya buat kesimpulan bahawa, anda sebagai kolumnis Malaysiakini, penulisan mesti pro pembangkang kerana pembacanya merasakan portal itu hak milik pembangkang. Begitu ?

Boleh..boleh dianggap begitu (sambil ketawa)

Sedangkan portal itu mendakwa media bebas ?

Saya ingat, pembaca yang arif boleh menilaikannya sendiri.

Apakah contoh penulisan anda yang bertentangan dengan idealisme pembaca Malaysiakini ?

Waktu itu tercetus isu kalimah Allah. Saya tulis dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘the convention of ‘Allah’ belongs to Islam’ (konvensyen kalimah ‘Allah’ adalah hak milik Islam).

Kes tu saya rasa tak patut, macam cara mereka serang, sebab, saya kata waktu itu orang Melayu marah, mereka marah sebab mereka adalah masyarakat Islam dan bukan sebab dihasut oleh UMNO.

Tetapi pembaca pembangkang, mereka tidak menerima hakikat itu, mereka terpengaruh, mereka percaya bahawa UMNO yang menjadi penghasut, pada mereka UMNOlah yang mencetuskan kemelut supaya orang Melayu marah tentang kes kalimah Allah itu.

Rasa-rasanya pembaca Malaysiakini tak kenal hati budi masyarakat Melayu. Mereka tak tahu baca naluri masyarakat Melayu, mereka tak dapat nilai perkaitan Melayu dengan Islam.

Jadi mereka ingat ‘oo itu mesti kerja UMNO yang hasut’, padahal yang saya lihat bukan faktor UMNO tetapi cetusan hati nurani masyarakat Islam.

‘Mereka’ ? Maksudnya majoriti pembaca bukan Melayu ?

Memang, khususnya artikel dalam bahasa Inggeris.

Faktor itu jadi penyebab dibekukan jadi kolumnis ?

Ya. Itu pandangan Steven Gan (ketua editor) lah. Dia kata, seorang kolumnis itu tidak sepatutnya menulis sampai ke tahap majoriti pembaca menentang dengan sering bergaduh dengan kolumnis tersebut.

Majoriti pembaca Malaysiakini menentang idea anda ?

A’ha majoriti menentang saya, sebab ramai pembaca Malaysiakini tu penyokong DAP.
Lepas tu ada satu kes lagi, tentang Kampung Buah Pala.

Saya kata, tindakan Lim Guan Eng tentang kes Kampung Buah Pala itu tak betul. Cuba bayangkanlah reaksi pembaca Malaysiakini ?.

Saya rasa, masyarakat Pulau Pinang terlalu taksub kepada Lim Guan Eng. Jadi bila Timbalan Ketua Menteri kata Lim Guan Eng dianggap sebagai ‘tokong’ itu, pada saya agak bertepatan lah.

Macam rasa pelik kan, semua masyarakat Cina mesti menyokong Lim Guan Eng. Kalau tak sokong tu maksudnya orang itu macam tak betul (ketawa).

Wajib kena sokong Lim Guan Eng. Saya pun tak faham macam mana mereka boleh begitu taksub.

Anda kecewa dibekukan jadi kolumnis Malaysiakini ?

Tidak. Kita ada pandangan kita, mentang-mentang pandangan kita tidak sehaluan dengan pandangan pembangkang yang mereka mahu…kemudian diganggu, nak menyusahkan.

Sepatutnya, kalau berlainan pendapat, biar saja lah kan. Kita berdasarkan pasaran, tengok siapa yang lebih bernas. Tapi mereka tak. Mereka mesti serang macam shoot the messenger.

Kononnya nak memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan berfikir…tapi mana ada.

Selepas dibekukan dari Malaysiakini, anda mula berblog ?

Ya. Lepas beberapa bulan seperti itu.

Posting pertama saya tu, saya buat sekitar lewat bulan Julai 2011. Sudah setahun yang lalu.

Baru setahun sahaja, tetapi cepat popular. Ada apa-apa rahsia ?

Rahsia cepat popular….em..pada hemat saya faktor bahasa Melayu. Sebelum ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.

Lepas dapat ijazah dari USM sekitar awal tahun 1990-an, saya mula bekerja di NST selama 5 tahun, selepas itu di The Star juga selama 5 tahun.

Kemudian sekitar tahun 2005, saya jadi kolumnis Malaysiakini, sehingga dibekukan pada tahun 2011.
Di NST, The Star dan Malaysiakini, semuanya dalam bahasa Inggeris, apabila berblog, saya menulis dalam bahasa Melayu.

Tukar bahasa, maksudnya dapat pembaca baru ?

Ya. Saya rasa pembaca baru seperti lautan biru. Lebih mencabar. Sebab, kalau ikut pola pemikiran pembaca Malaysiakini, saya sudah tahu. Tetapi pola pemikiran pembaca baru, maksud saya pembaca Melayu, saya rasa lebih menarik.

Menarik ? Misalnya ?

Ya, macam kes logo burung merpati. Logo menyambut hari kebangsaan 31 Ogos 2012 yang dibuat pembangkang itu, bagi mereka yang belum terdedah anggap perkara baru.

Perkara-perkara tu kita dah tahu. Kaitan burung merpati dengan Kristianiti, kita dah tahu.

Apa yang mendorong anda untuk berblog ?

Ada rasa terdorong untuk teruskan perjuangan. Saya rasakan, seperti saya sudah ada pembaca regular lah kan.

Kalau penyokong-penyokong DAP serang saya di blog, para pembaca blog saya akan mempertahankannya. Jadi, ini memudahkan saya untuk terus menulis.

Sebab saya tengok ada sesetengah wartawan lain, mereka diserang habis-habisan tanpa berpeluang membela diri.

Ingat tak baru-baru ini ada satu rencana, yang ditulis di The Star, tulis tentang kes Lim Guan Eng rembat tanah.

Lepas itu Lim Guan Eng mula serang wartawan tu. Dia adakan sidang akhbar, dia serang pemberita itu dan akhbar The Star siarkannya tanpa mempertahankan kakitangannya sendiri.

Jadi, saya rasa itu kelebihan yang ada pada blogger berbanding dengan wartawan yang ada majikan.
Kalau kita kerja dengan majikan, ada hadnya. Kena ikut rentak penerbitan. Tapi blog ni, kita punya, macam sendirian berhad lah kan…nak buat apa kita yang tentukan sendiri. Itu kelebihan yang ada pada blogger.

Macam wartawan The Star tu, kalau dia mahu tulis lagi tentang Lim Guan Eng, mungkin dia terpaksa berfikir dua kali sebab dia tak ada wadah untuk mempertahankan dirinya.

Sebab Lim Guan Eng tu dia tak bagi peluang. Banyak kes, dia tak bagi peluang. Dia akan serang semula. Dia pernah serang SM Mohamad Idris. Bayangkan, Pengerusi CAP (Persatuan Pengguna) pun dia serang.

Dalam tulisan-tulisan di blog, banyak tulisan menyentuh tentang satu individu bernama Hannah Yeoh. Kenapa?

Saya rasa, dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’.

Maksudnya ?

Dari segi Kristian. Saya nampak saf pimpinan muda DAP ini, yang baru menyertai DAP selepas tahun 2008. Bukan sekadar lambang tetapi sudah seperti satu aliran…

Aliran Kristian?

Ya, aliran pemikiran Kristian.

Seperti anda selalu letakkan foto Hannah Yeoh seorang Kristian tetapi pakai tudung ?

A’ha. Macam sesumpah. Sebab pegangan Kristian dia tu amat kuat tetapi dia berlagak macam ‘muslimah’. Sedangkan dalam satu acara tu, kalau tak silap saya waktu gereja City Harvest dibuka di Subang Jaya, dia jadi jemputan tetamu khas.

Mungkin ada strategi pakai tudung ?

Saya rasa kalau kita mengunjung ke rumah ibadat, itu cara kita tunjuk hormatlah. Tapi kalau sekadar nak makan kenduri, macam Hannah, dia pakai tudung untuk makan kenduri, itu saya rasa dia kurang ikhlas lah.
Seolah-olah boleh buat apa saja semata-mata untuk memancing undi Melayu.
Kalau kita tengok MCA dengan UMNO yang sama-sama dalam Perikatan sejak tahun 1952, lebih kurang 60 tahun bersama tetapi tak pernah pun kita tengok yang Ketua Wanita MCA menunjuk-nunjuk macam ini.
Dia (Hannah) buat tu terlalu mendadak. Sebab Wanita DAP pun tak buat macam tu kan.
Tapi bukan Hannah seorang saja kan. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Dia kata tak membantah hudud Pas ataupun dia tak bantah Pas menyatakan aspirasinya.
Satu lagi baru-baru ni ada rumah terbuka hari raya di Seremban, program diasingkan jantina. Anthony Loke kata dia tak kisah.
Maksudnya dia sudah macam Hannah, ada pendekatan baru.

Ada pendekatan baru ?

Ok, kalau Pas, mereka janjikan kepada penyokongnya akan laksanakan hudud. Manakala DAP pula, mereka janjikan kepada penyokong mereka sebaliknya iaitu hudud tidak akan dilaksanakan.
Maksudnya kalau kita lihat kesudahannya salah satu parti mesti menipu. Laksana ke tak laksana.
Kalau laksana hudud tu maksudnya DAP tipu penyokongnya. Kalau tak laksana hudud maksudnya Pas yang tipu penyokongnya.

Sebagai satu strategi dapatkan undi ?

Saya rasa, memang undi Cina tu mereka tak dapat tambahkan lagi sampai tahap maksimum. Sekarang ini mereka mahukan undi Melayu, mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan undi itu.
Jadi saya rasa macam Anthony Loke, saya rasa dia boleh kata, DAPsy tak membantah hudud, DAPsy tak membantah keramaian awam jantina diasingkan.

Saya rasa dia cakap macam tu sebab penyokong DAP sudah menghalalkan segala-galanya. Maksudnya kalau pucuk pimpinan DAP nak kata itu, kata ini, semua mereka sokong buta sahaja.

Bila dah dapat kuasa seperti kes kerajaan Selangor ?

Kalau kita ambil kes pawagam. Maksudnya ketiga-tiga parti, walaupun satu Pakatan tetapi akhirnya mereka bertembung sesama sendiri.

Selain bertudung, ada strategi lain DAP nak dapatkan undi Melayu ?

Ada juga perubahan kosmetik. Contohnya DAP tarik masuk Zairil, Aspan. Semuanya nama Melayu kan.
Lim Guan Eng, kalau dia lantik Setiausaha Politik (Setpol) orang Cina pun semua orang tak tahu kan. Tapi bila dia lantik Zairil tu, dia panggil sidang akhbar dan kenalkan ini Setpol saya yang Melayu.
Walhal DAP selalu kata parti mereka bukan parti perkauman. Kalau dia tak titik-beratkan kaum atau bangsa, kenapa dia mesti kata Zairil tu Melayu. Katalah ini Setpol saya, Zairil. Tetapi, dia sebut juga Zairil sebagai Setpol Melayu.

Seperti lantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ?

Saya rasa mereka masih perlukan Anwar sebagai ‘figurehead’

Kenapa penting sangat dapatkan undi Melayu, sedangkan mereka bertanding di kawasan Cina yang pastinya boleh menang?

Saya ingat mereka hendak naik taraf. Sebab kalau dapat undi Cina itu sahaja dikatakan parti perkauman.
Tapi kalau dapat undi Melayu mereka boleh mendabik dada dan menguar-uarkan sekarang ni DAP sudah menjadi parti bertaraf kebangsaan.

Apakah ini trend DAP sekarang ?

Saya rasa mereka ikut rentak Lim Guan Eng dan puak-puak Kristian evangelis.
Pada masa ini, penyokong DAP sudah serahkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Jadi apa yang pemimpin mereka putuskan, akan mendapat sokongan mantap.

Jadi, keadaan ini memberikan DAP kelonggaran untuk berpolitik mengikut rentak mereka.
Maksudnya berpolitik itu dengan sasaran nak menawan Putrajaya ataupun berpolitik untuk menambah undi Melayu. Jadi, semuanya dihalalkan oleh penyokongnya.

Saya ingat kalau baca blog saya, sudah terang lagi bersuluh, saya sudah tulis pendapat saya tentang Lim Guan Eng.

Maksudnya ragu-ragu terhadap kepimpinan Lim Guan Eng?

Yang saya tengok tu secara peribadilah, saya tak suka layanan dia terhadap masyarakat India.
Kes Kampung Buah Pala tu kira sebagai pemangkinlah. Membuka mata. Dia cakap lain tapi bikin lain.
Akan berlaku regime change pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?

Saya ingat soalan itu kena tujukan pada SB sebab mereka yang paling tahu kan, mereka turun sampai ke akar umbi. Orang politik ni kadang kala mereka bising sangat kan.

Kita tak tahu apa sebenarnya sentimen yang berlaku pada peringkat akar umbi.
Ok. kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..

Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi.

Maksudnya, DAP makin dapat kuasa, sebab itu mereka perlukan undi Melayu sebab itu mereka perlukan PAS ?

Mungkin.. tetapi lebih besar kemungkinan, Pas yang akan tinggalkan DAP dulu.
Apa itu ?…Aha kahwin mutaah.

Saya kira apabila Pas sudah cukup terdesak, Pas akan kembali ke pangkal jalan. Maksudnya kembali ke matlamat asal parti itu.. apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokongnya.

Pas itu parti Islam, mahu tak mahu hendak memenuhi aspirasi orang Melayu. Jadi kalau dah sampai ke tahap penghujung jalan, mereka kena pilih juga. Saya rasa Pas akan memilih untuk berpegang amanah dengan masyarakat Melayu.

Adakah masyarakat Cina melihat berpolitik stail DAP itu menguntungkan?

Ada ungkapan Melayu…ya ‘menang sorak kampung tergadai’. Saya rasa orang Cina macam tu, dia menang sorak PRU 13 tapi kepentingan jangka panjang akan tergadai.

Saya rasa, masyarakat Cina akan terus tersisih daripada arus perdana kalau terikut-ikut telunjuk DAP.
Sekarang ni pra PRU, semangat dah berkobar-kobar. Jadi, saya rasa bila dah lepas PRU 13, menjadi titik noktah yang baru.

Dalam jangka pendek, ia menguntungkan DAP sebab DAP dapat banyak kerusi, dapat gelaran YB, dapat portfolio-portfolio.

Anda kata tadi ada agenda Kristian dalam DAP, apakah agenda Kristian ditarget kepada DAP atau PKR?
Dua-dua. Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah.
Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertongakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.

Oh..Ini yang anda kata tadi sebagai ‘DAP baru’?

Ya.

Adakah Lim Guan Eng sendiri beragama Kristian?

Ha..soalan ini memang menarik. Adakah Guan Eng seorang Kristian? Saya rasa blog-blog lain harus tanya, lontarkan soalan ini ke arena terbuka supaya dia wajib jawab, supaya semua orang dapat tahu.
Sebab sekarang ini dia berselindung. Saya rasa, soalan ini yang paling penting sekali supaya suasana tidak terus keruh.

Teresa Kok sudah terang-terang mengaku Kristian. Yang kita nak tahu, Guan Eng, agama apa? Dah 5 tahun tapi masih samar-samar lagi.
sumber AIDC

Konklusi #PRKampus! VC UIA dan UKM Harus berkata Benar...



Kempen bagi pilihanraya MPP tahun 2012 menampakkan seolah-olah satu gambaran kepada Pilihanraya Umum yang akan datang... Gerakan anak muda dalam menggalas perjuangan mahasiswa perlu dihormati dan diletakkan pada kedudukan yang betul, kerana mereka inilah yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan Negara yang akaan datang...

kemenangan besar Pro Aspirasi mahasiswa dalam pilihanraya kali ini menunjukkan kesan positif kepada gerakan baru pimpinan MPP Universiti... namun, kekalahan di dua Universiti UIA dan UKM masih menjadi persoalan... Apakah yang dibuat oleh Jentera di sana, walupun post mortem setiap tahun dilaksanakan terhadap keputusan yang berlaku di kedua-dua Universiti ini...? yang lebih penting apakah yang dilakukan oleh Naib canselor dalam menterjemahkan semangat 1 Malaysia, semangat kenegaraan kepada mahasiswa di sana...? VC UIA dan UKM perlu berkata BENAR!

Walau apapun, keputusan PRKampus boleh dijadikan asas kepada perdana menteri Malaysia untuk menilai bagaimana kekuatan kerajaan sekarang dalam mendepani isu...

lanjut baca di sini

MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA BAR-UA KAUNSEL...?



MEMORANDUM BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat  dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.

Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% - 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.

Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.

Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat  nikmati sekarang.
Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.
Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.
PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia
Jaringan Cina Malaysia (JCM)
Pertubuhan Waris Malaya
4 Justice
Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)

WOW!!! David Blaine Buat Silap mata dengan Elektrik 1 juta Watt...




NEW YORK: Ahli silap mata Amerika Syarikat, David Blaine meluangkan masa beberapa jam menjelang aksi lagak ngeri terbaharunya dengan menyepikan diri dan berpuasa.

Ini kerana bermula esok, Blaine akan berdiri selama tiga hari di tengah beberapa lingkaran yang mengeluarkan tenaga elektrik berkuasa tinggi mencecah satu juta volt.

Aksi tersebut yang dinamakan Electrified: One Million Volts Always On, akan berlangsung di Pier 54, di tebing sebatang sungai di sini.

Dia akan memakai sebuah topi keledar berwayar bagi melindungi telinga dan matanya.

Penjual Tongkat di beri Peringatan...

Inilah ceritanya dunia akhir zaman tidak dapat membezakan politik dan agama....

Wednesday, 3 October 2012

KOMPLOT PUJUK KETUA UMNO BAHAGIAN MASUK PAS...?



Gempar ketika ini bilamana ada satu gerakan sulit yang dilakukkan oleh pemimpin pembangkang untuk memujuk pejuang-pejuang UMNO agar menyertai mereka...

Nampaknya, seperti meludah kelangit... demi kemenangan dunia, pejuang-pejuang UMNO ini dipujuk sehabis-habisnya agar puak mereka dapat membentuk kerajaan...

penerangan lanjut di GAPS

Terukir Sebuah Kisah SETERU Politi "Tikus dan kucing..."...


Umum mengetahui perhubungan dua hala yang sungguh RENGGANG diantara dunia manusia bernama Khalid dan Azmin... Kritikan demi kritika ke atas pemerintahan Khalid Ibrahim yang dilihat cukup lemah dalam menangani isu rakyat...

mereka seumpama Kucing dan Tikus tidak boleh bersama... Sehingga ada satu ketika wujudnya Team Azmin dan Team Khalid dalam PKR dan mencantas antara satu sama lain...

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini Khalid dilihat kehadapan berbanding Azmin... Idea BAS TRANSFORMERS untuk digunakan oleh Anwar dalam siri jelajahnya menjadi tarikan kepad aAnwar... Namun, isu Bas tidak selesai di sini... BAS yang dikatakan kepunyaan Khalid Ibrahim itu dilihat 'BACK FIRE' kepada AQnwar sendiri...

Azmin kebelakngan dengan isu AISKRIM nya... Reputasinya jatuh merundum... Beliau juag dikatakan mula menampakkan kerenggangan dengan Anwar sendiri...


Apakah kesudahan mereka ini...?

Menurut informasi yang JOMO terima, Khalid kemungkinan Besar akan dilucutkan jawatan sebagai menetri Besar selepas PRU13 ini...

Waris Baka Anwar Kata Malaysia Akan Bankrup Sebab bajet 2013...?



Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan...

Nurul Izzah menyifatkan Bajet 2013 bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan. Beliau mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Pemimpin pembangkang akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.

Ditambah lagi mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece. Walhal, Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.

Kita hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.

Kelantan memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, tapi  gerombolan pembangkang tidak lihat ini sebagai isu. Kenapa?

Kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Negara tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan.
Itu asas ekonomiSumber
JOMO Kata: Inilah Baka Pemimpin yang tak baik... Asyik pandang salah Orang lain... Salah Sendiri...? Baka Bodoh Sombong...

SENSASI! Inikah SUV PROTON Terbaru...? #SayaPilihMalaysia



Jika betul inilah yang dikatakan kereta SUV keluaran proton yang terkini,,, Proton sudah mula mengorak langkah ke hadapan...

Pengeluar kereta Malaysia ini menunjukkan pembaharuan dalam pentadbiran mahupun soal pengeluaran model kereta yang bercorak lain...

selanjutnta di sini

Kekal 12 Tahun Dalam Jail! Mahkamah Tolak Rayuan Pendera Nirmala...

Ingat Lagi....?



PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 12 tahun terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan pembantu rumah Indonesianya, Nirmala Bonat, lapan tahun lepas.

Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim, Datuk Clement Allan Skinner, yang berpendapat tidak ada sebab untuk mahkamah tersebut mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika ditahan reman pada 2008.

Oleh itu, Yim hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan.
Sejurus selepas keputusan, Yim, 44, kelihatan menangis dan memeluk suami, anggota keluarga serta rakan yang berada di galeri awam.

Dia akan menjalani hukuman di Penjara Kajang mulai Isnin.

Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Yim, 44, berdepan empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadapNirmala di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

Dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala dengan seterika panas serta air panas dan dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada pertuduhan keempat iaitu mencederakan Nirmala dengan cawan logam.

Ketika merayu di Mahkamah Tinggi, hukuman penjara Yim dikurangkan kepada 12 tahun. MyNewsHub

Tuesday, 2 October 2012

Si Kafir yang Mencontohi khalifah umar Abdul Aziz...?

Mempermainkan Agama Orang Lain...? Inikah Orang yang dikatakan mencontohi Khalifah umar Abdul Aziz...?



Kenyataan Beliau berkenaan Khalifah umar....
"Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat.
"Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai prinsip membangunkan negara menerusi nilai-nilai kebajikan dalam bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakan seluruh masyarakat dan negara, " katanya. sumber
Kata-kata POLITIK NISTA beliau telah mempengaruhi ramai pihak etrutamanay PENYOKONG PAS... Di mana PAS untuk mentarbiah Pemimpin semacam ini...? PAS kelihatan lebih terus dalam menangani isu melibatkan pemimpin yang bukan ISlam...

Inilah yang dikatakan sebagai 'Amar Makruf Nahi Mungkar' ikut Acuan Pemimpin ini...

Kepada Blogger pencacai Pakatan haram tu, sudah-sudahlah berpura-pura... Katakan BETUL Walaupun PAHIT...

baca juga MPP

Bajet Pakatan BERCANGGAH! Bukan Semua RAKYAT Bodoh...




PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka. 

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.  Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum. 

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera. 

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. 

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri. 

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara. 

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol’.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.  


Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan.   Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak. 

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar.  Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.   Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini? 

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR. 

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma.  Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya. 

Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. 

Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah. Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama. 

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang.  Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini. 

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat. 

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.  
Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.

Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

sumber M.I.K

Kes Tiada Telur!!! Anwar KECUT nak Umum Menteri Kabinet Bayangan...



Kelibat Anwar yang sentiasa tercari-cari sesuatu dan melakukan pekerjaan yang cukup menakutkan orang lain terutamanya rakyat... Menjanjikan apa saja demi kuasa ke Putrajaya... Itu tak betul ini tak betul, sedangkan semasa beliau berada ditakhta Kuasa, beliau tidak melakukan apa yang beliau katakan hari ini...

Buku Jingga... Bajet 2013 pakatan Haram sungguh mengecewakan... PAS bangga menyatakan mahu menggantikan UMNO hanya bermain dengan kata-kata sedangkan hakikatnya PAS punyai kerusi yang paling sedikit dalam pakatan haram itu...

Anwar banyak berjanji kepada orang itu dan orang ini... Jadi, maka itu dengan sebabnya beliau tidak berani sama sekali untuk menyatakan kepada umum mengenai Kabinet Bayangan dalam pakatan haram....

Anwar Dolak-Dalik Isu Kabinet Bayangan
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berdolak-dalik mengenai senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Anwar secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kabinet bayangan pembangkang bakal dibarisi beberapa wakil rakyat dan pemimpin kanan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP yang menang dalam pilihan raya.
Jelas beliau, agihan portfolio kabinet bayangan pembangkang berkemungkinan dibuat berdasarkan tugas dan pembahagian isu yang dipelopori wakil rakyat sedia.
"Saudara tengok siapa yang bakal menjadi Perdana Meneteri dan Timbalan Perdana Menteri. Itu adalah senarai kanan daripada ketiga-tiga parti.
"Semua senarai pimpinan kanan (akan dipilih) kalau menang. Kalau kalah tak boleh. Selain itu sekarang kita sudah beri tugas khusus (kepada wakil rakyat dan pemimpin) mengenai isu pendidikan, ekonomi serta Petronas. Daripada ketiga-tiga parti ada seorang wakil (mengenai sesuatu isu)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencabar agar pembangkang membentangkan kabinet bayangan mereka sebelum memasang hasrat mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lanjut Anwar menegaskan bahawa kabinet bayangan pembangkang bukanlah satu kemestian kerana ia tidak menjadi amalan politik di Malaysia.
"Kabinet bayangan ini hanyalah amalan politik di United Kingdom dan Australia. Ia tidak diamalkan di Amerika, Perancis, Inodesia mahupun Thailand," katanya.sumber
JOMO kata: Rakyat untuk berfikir sejenak... Inikah manusia yang kita mahu angkat jadi Pemimpin negara...?

DUNIA HAMPIR KIAMAT!!! Lelong Dara Untuk Hidup Senang...



Pelajar Brazil Lelong Dara Untuk Kerja Kebajikan | FLORIANOPOLIS, Brazil – Catarina Migliorini, seorang pelajar wanita bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar online, Huffington Post.

Sehingga kini, Migliorini, 20, menerima bidaan tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Catarina Migliorini menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

“Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus.Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur,” kata Migliorini.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.


Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan kelamin buat kali pertama.

Pelajar Brazil itu bakal menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka bakal melakukan hubungan itu menggunakan kondom di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.sumber

JOMO kata: Doakan Malaysia tidak semacam itu...

DOKUMEN SULIT TERBONGKAR!!! Rumah 2.5 Juta Milik LGE...


BELIAU SIBUK MENUDUH UMNO YANG BUKAN-BUKAN....

BELIAU MENYATAKAN MENGAMALKAN INTEGRITI YANG TINGGI...

BELIAU MENYATAKAN KONONNYA MENCONTOHI KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ...

HAKIKATNYA... APA JADI SAMA ORANG MELAYU ISLAM DI PENANG...?

RUMAH 2.5 JUTA....? BACA PISAU.NET

Monday, 1 October 2012

Formula dato Seri @Zahid_Hamidi Untuk menang...



Defend what you have first - that means  maintain the 11 seats and then attack !!!

3 more from UMNO , 3 more from MCA , 3 more from Gerakan and 1 more from MIC

"Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.


Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program "BN Pilihan Orang Muda" peringkat negeri, di Butterworth, hari ini.

Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS satu kerusi.

Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP.

PKR dan PAS perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh  parti itu, katanya.

Krisis antara Lim dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Lim sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu.

Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU ke-13.