Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 29 September 2012

MASY'ALLAH! Anwar DiMinta BERTAUBAT Lagi...

Bukan Oleh Karpal....




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.
Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti uamt Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas.

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduandan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan.

"Kita dapat lihat sekarang, apabiala orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya.

Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW.

"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya.

Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut.

"Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya.

"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya.

Khairul Fahmi Mesra Dengan Siapa Pula...?


Khairul Fahmi @Apek dikatakan sedang hangat bercinta dengan Leuniey...? Namun, berita yang tak baik didengar bila dikatakan leuniey dikatakan putus tunang kerana APEK... betul ker...?

Apapun jika percintaan mereka benar, didoakan mereka bahagian sehingga naik pelamin dan ke anak cucu... Biasalah mulut orang tak boleh nak kawal...

PANAS!!! TANPA SEDAR, Sham KAMIKAZE Rupanya Sudah BERCERAI...



Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.

Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).

"Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah," katanya.

Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 (hari raya ketiga) dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.

Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.

Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.
Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.

Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri.
Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu.

Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah.

"Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.

"Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini," katanya. Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua. - Mstar sumber

Friday, 28 September 2012

KAJIAN UMCEDEL! Gelombang Merah Bakal Menguasai KELANTAN...?



Kajian UMCEDEL Buktikan BN Akan Menang PRU 13

Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).

Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012).

Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR).

Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.

Dengan hanya 30% sahaja respondan yang memilih PR sebagai pemenang sementara baki 70% lagi jelas tiada keyakinan terhadap kemampuan PR, tidak sukar untuk kita jangkakan pada PRU 13 kelak akan menyaksikan PR terpaksa melepaskan banyak kawasan DUN dan Parlimen yang kini sedang dikuasai mereka.

Dalam PRU 12 yang dilangsung pada tahun 2008, calon-calon pembangkang menguasai sejumlah hampir 49% undi dari seluruh negara dan kesannya membolehkan mereka menang di 83 kerusi Parlimen.

Jika peratusan 30% yang memilih PR itu diterjemahkan dalam konteks peratusan undi pilihanraya, bermakna mereka akan keciciran lebihkurang 1 per 3 kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kini dalam penguasaan PR.

Sementara itu, seandainya trend sokongan golongan atas pagar terus cenderung bersama BN termasuklah seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini, itu adalah satu petanda malang untuk PR.

PRU 13 kelak tidak hanya akan menyaksikan kebangkitan semula BN, lebih dari itu impaknya bakal menyebabkan penguasaan 22 tahun PAS di Kelantan juga bakal menemui noktah akhir.

Secara keseluruhannya, kajian oleh UMCEDEL itu membuktikan BN sudah pulih dari kejutan tsunami politik 2008 dan ia selari dengan kebangkitan semula BN sebagaimana ditunjukkan melalui peningkatan undi sokongan dan kemenangan dalam banyak siri pilihanraya kecil sebelum ini.

 

CONFIRM! 70% Rakyat Harap Pakatan Haram KALAH....


Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan.

Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.

Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.

Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja.

Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.

Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.

Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.

Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.

Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti.

Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN.

Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.

Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.

Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.

Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain.

Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja...

TERKINI!!! TemuBual Dato Seri @Zahid_Hamidi Pasal Bajet Petang inI!!!



Percayalah! Sebaik manapun Bajet yang bakal dibentang Pembang akan tetap menyatakan ini adalah BAJET PILIHANRAYA....

Terima Kasih Perdana Menteri di atas BANTUAN kepada RAJYAT!

Dengar temubual Ekslusif di UNDIPRU13

Bajet terhebat... Oun Pembangkang akan Kata GULA-GULA PRU... cc @NajibRazak



PUTRAJAYA: Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan sosial yang mampan selain daripada mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat", kata mereka.

Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Ini termasuklah rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.

Para pegawai itu menegaskan yang sementara sesetengah pihak lebih cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan masa/tempoh untuk pilihan raya umum dijangka antara sekarang dan bulan Jun tahun depan, seseorang itu tidak seharusnya lupa yang memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak ia memegang jawatan itu pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik dan bersandarkan kepada asas-asas ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Dalam Belanjawan 2012 yang diumumkan tahun lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan memilih tema "Dasar Transformasi Nasional: Membela Rakyat dan Menyejahterakan Negara."
Dalam kata lain, falsafah Belanjawan 2013 melangkaui pilihan raya umum.

Sebaliknya, ia bersedia ke arah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat seperti meringankan kos kehidupan, memperbaiki penjagaan kesihatan, memajukan modal insan dan mengembangkan infrastruktur asas di kawasan-kawasan kurang membangun, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, para pegawai itu berkata, Najib, sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, akan memastikan yang Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar, yang pendapatan bulan antara RM5,000 dan RM10,000.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan-belanjawan negara sebelum ini lebih terpencong ke arah kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Kita letak itu ketepi, kesejahteraan komuniti/masyarakat secara keseluruhannya penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian bagi menggerakkan negara ke hadapan serta menyediakan penampan terhadap sebarang situasi luaran yang tidak menentu terutamanya pergolakan yang tercetus dari Eropah, tahun depan.

Ini bermakna kesinambungan dasar perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini, terutamanya dalam sektor-sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan.

Ini terutamanya jelas dilihat dengan kerancakan pelaburan sektor persendirian selain daripada pengembangan pasaran modal tempatan menerusi kejayaan tawaran awam permulaan (IPO) berprofil tinggi seperti Felda Global Ventures Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd, permodalan pasaran Bursa Malaysia yang lebih baik dan meningkatnya tarikan kewangan Islam dalam pasaran kewangan global.Berikutan kejayaan pasaran modal tempatan dan peranan penting Malaysia dalam penerbitan bon-bon sukuk, kerajaan dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata yang kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ditanya bagaimana ia akan dilaksanakan walaupun belanjawan itu merupakan "belanjawan dengan pengembangan yang sedikit", mereka menjelaskan yang ia akan dilakukan menerusi pengurusan kewangan yang lebih baik, termasuk mengurangkan pembaziran dan menyalurkan subsidi kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang betul dan sesuai.

Mereka berkata mengurangkan defisit tidak akan menjadi masalah selagi ekonomi tempatan berkembang maju dan kekal berdaya tahan terhadap sebarang situasi tidak menentu persekitaran luaran.

Ditanya sama ada persoalan mengenai duti eksais yang rendah untuk kenderaan bermotor akan ditangani dalam Belanjawan 2013, mereka berkata yang ucapan Najib seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automobil negara, di manamata pencarian lebih daripada 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri ini berhadapan risiko selain daripada meneliti kebangkitan semula syarikat-syarikat kereta nasional. - BERNAMA

JOMO Kata: Sehebat mana pun BAJET ini... Percayalah, Pembangkang akan kata Bajet Pilihanraya... Alahai....

Thursday, 27 September 2012

Ular Kepala dua...? Mana Ekornya...?



SOUTH CAROLINA 25 Sept. - Seekor ular kecil berkepala dua ditemui oleh sebuah keluarga di rumah mereka di sini, kira-kira tiga minggu lalu.

Agensi berita Fox Carolina melaporkan, ular tersebut mempunyai masing-masing satu kepala yang boleh berfungsi di setiap hujung badan, yang turut dilengkapi dua mata dan lidah.


Kedua-dua kepala ular ini mampu berfungsi dengan baik. - AGENSI
Menurut agensi berita tersebut, ular kecil itu ditemui oleh beberapa pekerja di rumah Savanna Logan dan adik lelakinya, Preston yang sangat meminati haiwan.

Kedua beradik itu berkata, mereka sering membawa ular yang unik tersebut ke sekolah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan sejak haiwan itu ditemui.

Jabatan biologi berdekatan Sekolah Tinggi Ware Shoals mendapati, ular berkenaan merupakan sejenis ular tanah yang berkulit kasar.

Ibu kedua beradik itu, Tina Stewart berkata, satu daripada kepala ular itu lebih besar dan mendominasi kepala yang satu lagi, namun kedua-dua kepalanya boleh berfungsi.

“Jika kepala ular yang besar ingin melakukan sesuatu, maka satu lagi kepala akan melakukan perkara bertentangan," katanya.

Meskipun mempunyai dua kepala, ular terbabit yang dikenali dengan nama saintifiknya, Virginia striatula, tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia.

Makanan utama ular tersebut adalah cacing tanah dan serangga kecil serta mampu membesar antara 22 sentimeter hingga 35 sentimeter. sumber

PANAS!!! Dr Maza Belum ada Manhaj...?

Winnable Candidate! Dayangku Intan Bakal Kalahkan Zuraidah...

Wednesday, 26 September 2012

TQ kerajaan! BONUS Bakal Menanti...



Bajet 2013 : Cuepacs yakin penjawat awam dapat bonus satu setengah bulan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu

“Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini,” katanya kepada Sinar Harian Online
Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman

“Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000
“Jadi, kita harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000,” katanya

Omar berkata, elaun perumahan sewa bulanan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450
Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap

Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia

“Kini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Kita harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam,” katanya

Nazmi Bakal Jadi Pemain HEBAT...


Langkah awal masuk ke alam maya... Bakal menggegarkan duni jika kena pada cara dan masanya...

Mudah-mudahan Nazmi boleh mengekalkan disiplin dan prestasi dan semakin ramai yang mengikut cara beliau bagi menjadikan Bola Sepak Malaysia terus ke hadapan...

Bagus Disumpah! "Gopinath Macam Sial...."

sumber

Belum redha serangan dan penghinaan kepada NAbi Muhammad melalui filem BODOH "Innocence Of Muslims", ada lagi mahkluk Kurang Ajar mengeluarkan kata-kata SIAL terhadap Allah dan junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Jahat mulut budak ini...

Sangatlah tidak menjaga sensitivit orang lain...

Bukankah ianya sangatb sensitif di Malaysia dengan keadaan kita hidup berbilang Agama dan Bangsa....

Siapa Budak ini....?

MOHON PIHAK BERWAJIB SIASAT!!!

baca juga Gossip Rakyat

Berita Malique Too Phat Meninggal Adalah Palsu...


Berita kematian Malique adalah palsu

Acap kali kemudahan laman sosial disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu yang melibatkan nyawa individu tertentu..

Sasaran utama adalah artis popular,sebelum ini juga ramai artis yang sihat walafiat dilaporkan meninggal dunia,dan yang terkini tidak kecuali Malique Too Phat juga mengalami nasib yang sama

Kecoh petang ini,25 september 2012 dikhabarkan Malique meninggal dunia menerusi Twitter,Facebook dan BBBM

Dari khabar angin yang tersebar itu mengatakan kematiannya berpunca daripada penyakit kanser otak yang di alami beliau.Tetapi semua itu dusta semata-mata
Walhal Malique tidak mengidap penyakit yang di war-warkan itu.Ianya turut disahkan oleh Twitter MalaysianHipHop

Blog hiburan antaranya beautifulnara.com dan rotikaya.com telah mendapat pengesahan daripada orang yang terdekat dengan Malique melaporkan bahawa kematian Malique adalah palsu dan itu hanyalah khabar angin

Tuesday, 25 September 2012

PANAS!!! Gambar 'Blogger' Pencacai dan Jet Sindir Anwar.... cc@Zahid_Hamidi


Anjing pun naik Jet....?

Blogger Pencacai Anwar mula mengaitkan DatoN Seri Zahid dengan Jet... kata mereka, kenapa Anwar tak boleh menaiki Jet Mewah sedangkan Dato Zahid boleh...?

Persoalannya, siapa Anwar...? Ketua Pembangkang bergaji seringgit punyai banyak dana dalam PKR... Boleh menaiki Jet mewah...? di mana beliau dapat duit...? Siapa Anwar untuk dibandingkan dengan Dato Seri Zahid sebagai Menteri pertahanan Malaysia...?


Secara jelas kita faham, Jet yang dinaiki oleh Dato Seri Zahid kepunyaan siapa...? Bukankah ini kepunyaan Kementerian Pertahanan Malaysia yang 'DIPINJAMKAN' kepada beliau selaku Menteri pertahanan Malaysia... Beliau menjalankan tugas!!! Tapi ANWAR SIAPA...? ANWAR BUAT APA...?

Belum ada apa-apa sudah bermewah-mewah... rakyat bagaimana...? Bayangkan kalau beliau jadi Perdana Menteri dan punyai Kuasa...? Semua kata-kata beliau dalam ceramah mengutuk BN seperti meludah kelangit!!! Makan LUDAH tu BALIK!!!

Anwar Manusia ZUHUD Mengalah Nik Aziz...



Kebanyakan dikalangan ahli PAS menyertai PAS disebabkan Zuhudnya Nik Aziz dalam perjuangannnya... Ditambah pula dengan kemunculan Anwar yang kelihatan MISKIN dan BIASA-BIASA dalam tingkah lakunya yang menyebabkan rakyat merasakan ANWAR adalah sebaik-baik PEMIMPIN berbanding PEMIMPIN UMNO...

Ini semua MENIPU...

Gaya yang ditampilkan dihadapan rakyat hanyalah GAYA kepura-puraan demi menarik perhatian Rakyat menyokong beliau, sedangkan hakikatnya beliau MENIPU RAKYAT dengan lakonannya...

Inilah manusia bernama Anwar Ibrahim... Beliau akan menjadi Imam di masjid... Beliau akan berkhutbah... Beliau akan bertazkirah... Namun HAKIKATnya....? Tepuk Dada, Tanya Iman....

Di mana PKR dapat dana...? Anwar hanya bergaji Seringgit... Tapi, punyai banyak wang.... Di mana Anwar dapat semua itu...?

Siap pakai BODY GUARD... Ada PISTOL beb....

lanjut baca Pisau

GAYA SI BANGSAT DENGAN KERETA MEWAHNYA...?"



SKANDAL...????



kalau rakyat hidup susah... Pemimpin Pembangkang yang dikatakan membela rakyat hidupnya macamana...?

Anwar dan konco-konconya sering menuduh Ornag UMNO hidup bermegah-megah... berkereta mewah... berumah besar...  Tapi kehidupan beliau macamana...? bergaji 1 Ringgit tapi realitinya...? Rumah 7 Juta... Kereta...? erm....


JOMO kata: Tepuk dada Tanya IMAN!!! Tolak tipu DAYA Syaitan dan Anwar....

What'S Next...? #PRKampus Kempen Teruk & Pengundian hari ini....

Terlalu banyak propaganda yang mencemari kempen Pilihanraya Kampus Tahun ini... Namun itu semuanya asam garam Politik Kampus yangtidak pernah lekang dari dahulu...



Apapun, jelas, Kempen Pro-M seringkali diselubungi isu-isu PANAS yang menjadikan Mahasiswa semakin MELUAT...

Selamat Mengundi Para MAHASISWA!!!

Dunia Mahu kiamat! Wanita Sanggup Bayar Untuk DIPELUK...?




Demi mendapat pelukan dari sekumpulan orang asing, seorang perempuan bernama Janeen Sonsie rela membayar 35 dolar Australia atau sekitar RM150, lapor Sydney Morning Herald. 
"Ada tiga lelaki yang mengurut saya dan sungguh menyenangkan," kata perempuan berusia 50-an tahun ini yang bekerja sebagai perunding jualan dan jurulatih perniagaan. Awalnya, ia mengaku ketakutan saat tiba namun kemudian senang kerana semua orang yang bekerja sangat menghargai satu sama lain. 
Perniagaan pesta saling berpelukan ini sudah menjadi fenomena baru. Sonsie adalah satu dari 20 orang yang menghadirinya. Tak ada hubungan seks dan hanya dibenarkan memeluk, mengurut, satu sama lain. 
Perniagaan ini dibuat oleh lembaga penasihat hubungan asmara asal Amerika Syarikat (AS). Pesta pertama dilakukan di New York tahun 2004. Dua tahun kemudian, cabangnya dibuka di Melbourne, Australia, namun ditutup kerana pengasasnya sakit. http://apekepelik.blogspot.com



Monday, 24 September 2012

"Sepatutnya Dr. Dzulkifly Ahmad dan Sallehudin DiPecat dari PAS..." _Nik Aziz...



Nik Aziz terpaksa melakukan 'damage control' akibat keceluparan Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad mengakui hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini. 
Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini. 
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.
"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut. 
Menurutnya, Dr Mahathir adalah orang yang menentang hudud sejak dari tahun 90-an sewaktu Kelantan ingin melaksanakan hudud. 
Semalam, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh. 
Katanya lagi, sebelum merealisasikan undang-undang tersebut, ia memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan. - Sinar Harian, 24 Ogos 2012 - sumber.

PAS semakin hari semakin pelik... Tatkala Nik Aziz berusaha untuk menjawab PERANGAI GILA Encik karpal, rupa-rupanya beliau juga semakin pening memikirkanb pemimpin-pemimpin PAS yangs emakin hari semakin pelik akalnya terutamanya dalam isu perlaksanaan HUKUM HUDUD...

Jelas PAS sendiri tidak yakin dalam perlaksanaannya... Ramai pemimpin mereka yang dikatakan menyebelahi ANWAR IBRAHIM telah berani secara terangnya menyatakan HUKUM HUDUD belum boleh dilaksanakan... Apa cerita..? Kalau dahulunya bila Orang UMNO berkata sedemikian sudah tentu Pemimpin PAS melenting... tapi, bila Pemimpin PAS sendiri bersuara apa PAS buat...?

Anwar dikatakan cekap menggunakan BALA TENTERAnya dalam PAS seperti Dr Dzulkifly Ahmad untuk membangkitkan isu Hudu ini... Nik Aziz kelihatan berseorangan selain Ustaz Nassaruddin Mat Isa untuk menjelaskan Hudud Boleh dilaksanakan sekrang... Namun hakikatnya, ianya disambut DINGIN olehy puak-puak Anwar dalam PAS...

Siapa sebenarnya yang mempermainkan Hudud...? Kenapa Orang PAS tidak mahu ebrsuara menentang Puak yang sedang menghancurkan PAS dari dalam ini....? Mana suara Orang PAS yang selama ini menentang UMNO kerana isu ini...? kenapa tidak bangkit tentang Puak-Puak macam Dr Dzulkifly ni...?

JOMO kata: Sememangnya PAS kian tersepit dengan isu mereka sendiri... PAS sudah tiada taring... Inilah realitinya dalam PAS.... 

baca juga di sini

FREEDOM OF EXPRESSION!




Addendum to “Freedom of Expression”, updated Sept 19, 2012
1. Hillary Clinton says the film insulting to Muslims cannot be stopped because of freedom of expression.

2. The French and Italian papers published photos of a naked Duchess of Cambridge. Now a French court has ordered the publishers to surrender all the pictures to the royal couple and to stop publishing them. The Italians are also going to do the same.

3. So freedom of expression is selective, not to be used against a countess but okay for the prophet of the Muslims.

4. I know there are many hypocrites in the West but this is the mother of all Western hypocrisy.

ORIGINAL POSTING FOLLOWS;

1. Hilary Clinton defends the film which insults the Prophet of the Muslims because of freedom of expression, a part of human rights. I think Western values have gone crazy. In the name of human rights and free speech one can insult anybody. What kind of human society will we have if everyone can curse and denigrate everyone else? There will be no peace either between countries or religions or races or members of the public anywhere.

2. How would one feel if someone comes up to you and calls you “a bastard, the offspring of sex between your mother and some man who is not your legally wedded father.”

3. Well how would one feel? The Americans would feel nothing because in their society this is normal. Their mothers sleep around with just about anybody. That is the norm, they would say. So do their fathers. It is an expression of the equality of the sexes.

4. Asians, and Muslims would feel insulted. They would probably kill the persons who say such things of their mothers. Free speech, yes. But insulting speech, no! Certainly no Asian would like to be called a bastard even as a joke.

5. It would seem that the liberal West believes that free speech is licence to curse and insult other people without limit.

6. They can enjoy this licence among themselves. That’s okay. But they cannot insist that everyone accept their coarseness and lack of manners. If freedom is a part of human rights, not the rights of the West alone, Asians must have their rights to their own norms and code of morality. Otherwise Western freedom would be about denying others their freedom.

7. If that is what Western freedom is about then how others react to Western freedom must be accepted by the West as the expression of freedom of these others.

8. Western values are not universal, no matter what the Westerners claim or believe about their values. Other people and Asians have their own values. If the West believes that freedom must be enjoyed by all, must be universal, then that freedom must be extended to the values subscribed by others.

9. If you don’t believe others should have freedom to enjoy their own values then you do not really believe in freedom as a part of human rights. Of course certain events we are seeing today seem to indicate that the West has arrogated freedom to themselves only. The freedom to kill people, including innocent people, is obviously a part of Western freedom.

10. That would mean the West is more authoritarian and undemocratic than the very people they accuse of being authoritarian and undemocratic.

11. It is about time that the West rethink their beliefs in freedom. If you really believe that freedom should be enjoyed by all, then respect other peoples’ rights to their faiths, their values and their freedoms.

12. I deplore the extremely violent reactions to the film and killing of the American consul but I fully understand that some people’s feelings are stronger than some other people. In a free world the strength of these people’s feelings is their right. If there is such a thing as human rights then there should also be respect for the sensitivities of other people.

13. Otherwise stop talking about human rights and certainly stop violently promoting these so-called rights. You have no right to take the moral high ground.

SAMSUNG GALAXY NOTES 2 DiLANCARKAN SECARA RASMI....



Selepas kejayaan Samsung Galaxy Note, kini muncul pula generasi kedua Samsung Galaxy Note iaitu Samsung galaxy Note II. Sudah semestinya generasi kedua ini membawa banyak perubahan daripada generasi pertama. Pelancaran ini dilakukan pada acara Samsung Mobile Unpacked di IFA 2012 Berlin, Jerman.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2

Seperti juga dengan Samsung Galaxy Duos, rekabentuk luaran Galaxy Note II ini diinspirasikan dari rekabentuk Samsung Galaxy S3.

Galaxy Note 2 ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Exynos 1.6GHz empat-teras (quad-core), RAM sebanyak 2GB dan terdapat tiga pilihan saiz storan dalaman (internal storage) iaitu 16,32 dan 64GB. Ianya juga menyokong penggunaan kad microSDHC sehingga 64GB.


Samsung Galaxy Note2 turut dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapiksel yang turut mampu merakam video pada kualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya pula beresolusi 2 Megapiksel.

Sesuatu yang menggembirakan adalah Galaxy Note 2 ini akan tersedia dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Jadi pengguna tidak perlu menunggu untuk menerima kemaskini (update) ke Android OS yang terkini nanti.

Skrin SUPER AMOLED HD gajet ini adalah bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel. Dimensi Galaxy Note 2 bersaiz 80 x 151.1 x 9.4 mm (lebar x panjang x tebal) dan seberat 180 gram termasuk bateri. Kapasiti baterinya pula adalah 3,100 mA.

S-Pen yang terdapat pada model Galaxy Note sebelum ini telah direkabentuk semula untuk kegunaan Galaxy Note 2. S-Pen itu kini adalah lebih tebal dan lebih tinggi berbanding sebelum ini beserta dengan rubber tip pada hujung stylus tersebut.

Harga Dan Tarikh Dipasarkan

Samsung Galaxy Note 2 akan mula dijual di seluruh dunia termasuklah di Malaysia bermula pada bulan Oktober 2012 ini. Tetapi berapakah harga peranti hybrid smartphone-tablet ini masih belum lagi diketahui buat masa ini.

Samsung Galaxy Note 2 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu ‘Marble White’ dan ‘Titanium Grey’. sumber


Wajib Tonton! Penjelasan Isu RIV oleh Menteri Pertahanan... @ZahidHamidi

Penjelasan oleh Dato Seri Zahid Hamidi berkenaan dengan Isu RIV yang perlu diketahui oleh umum....

Sunday, 23 September 2012

RM20Ribu Ringankan Bebanan Kg Bagan Sg Burong... @ZahidHamidi



Janji Ditepati terus menjadi agenda utama dalam memberi perkhidmatan kepada Rakyat... Seperti di kawasan yang lain, Kawasan Parlimen Bagan Datoh Pimpinan Dato Seri Zahid Hamidi menterjemahkan Konsep Janji Ditepati dengan membei banyak bantuan di parlimen tersebut...

Beliau yang sangat dikenali dengan kerja keras tanpa mengnal penat dan lelah telah menyampaikan BANTUAN sebanyak RM20 ribu oleh Perdana Menteri kepada Penduduk Kg Bagan Sg Burong bagi memberi tayar terpakai bagi menahan hakisan pasir di Kampung tersebut yang kebanyakan mereka adalah bekerja sebagai Nelayan...
Keprihatinan Perdana Menteri atas konsep 1 Malaysia ini telah membuktikan bahawa kepentingan rakyat mesti diutamakan dalam apa cara sekalipun...

Terima kasih PM! Terima Kasih dato Seri Zahid!