Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 8 September 2012

save the kids: foto STUDENT buat MAKSIAT tak ingat DUNIA....

Gambar diatas ni tersebar secara meluas di Fesbuk. Berdasarkan pemerhatian gua.., kedua-dua budak didalam gambar tu adalah pengamal budaya sosial.., dan mungkin juga pengamal seks bebas jika tidak dikawal..

Gua syak, makhluk dua ekor tu berusia antara 13 hingga 14 tahun. Kedua-duanya sedang asyik berpelukan dan jika diperhatikan si lelaki sedang asyik menyeluk "sesuatu" didalam kain pasangannya...Inilah realiti semasa yang cuba dipandang sebelah mata oleh para ibu bapa dan juga masyarakat kita.. 

Tidak dapat gua bayangkan berapa peratus anak dara atau anak teruna berjaya mempertahankan kesucian mereka sehingga diijabkabulkan...Dan gua juga tak dapat bayangkan betapa murahnya harga anak dara kita sekarang jika nak dibandingkan dengan zaman 20-30 tahun dulu..

Kalau lelaki di Singapura sekarang ni terpaksa mengimport isteri daripada Vietnam kerana mahu beristerikan wanita yang masih dara, korang jangan terkejut jika suatu hari nanti situasi yang sama berlaku di Malaysia... 

Masalah yang satu ni pun kita tak mampu nak jaga.., ada pulak puak politik yang gila nak luluskan LGBT dalam negara.. Punahhh!!!!

sumber: http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/09/gambar-remaja-bertudung-buat-maksiat.html?m=1

JOMO KATA: Sangat menakutkan.... kita sibuk hal dunia kita lupa halanak-anak kita di rumah... mudah-mudahan cerita sebegini membuatkan kita beringat....

Friday, 7 September 2012

Ustaz Nasha Bakal Jadi Mangsa...?

Difahamkan majlis syura PAS akan bermesyuarat pada 9 september ini bagi menentukan kedudukan Ustaz Nasharuddin bekas Timbalan Presiden PAS...

Beliau yang selama ini banyak bercanggah pendapat dengan pimpinan PAS yang sedia ada disebabkan terlalu bertunjangkan PKR dan DAP sehingga hilang punca dalam perjuangan... Sebagai contoh, Beliau adalah orang yang lantang menentang LGBT sehingga menimbulkankeresahan Anwar dan konco-konconya dalam PAS...

Ustaz Nasha yang mempelopori semangat kerajaan perpaduan demi Melayu dan Islam, ditentang kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang dikira pro anwar dan Lim Kit Siang... Sekarang ini mereka lebih memfokuskan kepada buku jingga dengan mengenepikan terus AlQuran dan Assunnah yang mereka perjuangkan dari dahulu...

Ketaksuban dan kegilaan beberapa pemimpin PAS ke putrajaya membuatkan mereka terus hilang punca dan pastinya ramai yang hilang pengundi...

JOMO Kata: seandainya betul... Kita tunggu 9 september ini... Wallahua'alam...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday, 6 September 2012

RAHSIA Tangan IBLIS di Belakang Kes 'Sang Saka Malaya'



Setelah 55 Tahun malaysia Merdeka isu Bendera mula dipermainkan... Bendera Kebanggaan kita 'JALUR GEMILANG' kini dipandang rendah oleh segelintir rakyat MALAYSIA yang dianggap Keterlaluan... Majoriti Rakyat samasekali tidak menyokong akan penggantian JALUR GEMILANG kepada Bendera CIptaan BUDAK AMK Pakatan HARAM ini... Persoalannya kenapa selepas 55 Tahun...? Kenapa Anwar tidak pernah menyuarakannya semasa beliau bersama UMNO...?

JOMO melihat ada satu gerakan terancang yang sangat JAHAT terhadap isu bendera ini... MALAYSIA ingin disamakan dengan INDONESIA dan SINGAPURA... Kenapa perlu samakan dengan mereka? Kalau JALUR GEMILANG dikatakan MENIRU AMERIKA, Bukankah BENDERA SANG SAKA MALAYA juga dianggap sebagai meniru mereka..? Persoalannya, permainan politik pembangkang ini berkisar kepada kedua negara REPUBLIK ini... Mungkinkah ada Tangan IBLIS yang cuba menjadikan MALAYSIA seperti mereka dengan MENOLAK KETUANAN RAJA-RAJA MELAYU dan Yang DiPertuan Agong sebagai SULTAN dan Ketua Negara...?

Kalau sebelum ini JOMO ada mengeluarkan entry berkaitan dengan Isu Bendera ini di mana terdapat beberapa negara yang mempunyai persamaan dari segi corak Bendera termasuk SINGAPURA dan INDONESIA... ( BACA ) Tapi, bila dilihat dengan keadaan POLITIK Tanahair yang semakin bergolak disebabkan terlalu banyak PROPAGANDA Pembangkang yang dianggap JAHAT ini, disebalik kisah ini terdapat perancangan yang sangat terancang untuk menjadikan MALAYSIA sebagai Negara REPUBLIK...? Wallahu a'lam...

55 Tahun Malaysia Merdeka, rakyat Hidup aman dan Damai... 12 Pilihanraya telah berlalu dan kesemuanya dimenangi oleh Kerajaan BN yang ada sekarang... Ramai yang sebelum ini bersama BN, keluar kerana kekecewaan mereka gagal untuk mendapatkan sesuatu termasuk ada yang ingin menjadi Perdana Menteri tetapi GAGAL... PRU13 inis angat mencabar, Pembangkang terus subur hanya dengan membangkitkan isu baru agar mereka terus hidup dihati pengundi...

JOMO kata: RAHSIA TANGAN IBLIS ini sangat JAHAT dan tidak dapat diterima sama sekali... Justeru, sama-sama kita TOLAK MEREKA pada PRU13 akan datang... cuba bayangkan, kalaulah Bendera Sang Saka Malaya tu dijadikan bendera Malaysia dari dulu, mesti akan jadi isu sehingga hari ini kerana ia menyamai Bendera UMNO... Biasalah PEMBANGKANG...

Isteri Di Seksa Buat Penjelasan di Pejabat MCA Ipoh Timur...


IPOH – Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil untuk memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, dan peguam yang mewakilinya Datuk G. Amajit Singh Gill pada kira-kira pukul 2 petang menceritakan kejadian itu yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Dia yang masih dalam keadaan trauma berkata, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lepas.“Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan itu, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak dua tahun lepas dan gagal membayarnya.

“Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat dan dia mula bertindak ganas terhadap saya,” katanya kepada pemberita.
Amanda berkata, suaminya mengetahui beliau hamil dua bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.
Wanita itu berkata, bapanya membuat laporan polis selepas kejadian berlaku manakala dia membuat laporan polis pada 3 September lepas selepas memuat turun rakaman kejadian itu di dalam facebook miliknya pada 30 Ogos untuk diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurutnya, dia yang mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lepas mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran dan agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin dan beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya akan berubah.Amajit Singh berkata, Amanda merupakan seorang gadis yang berani untuk menceritakan pengalamannya.“Dia memuat turun video di dalam internet adalah kerana bimbang dengan kejadian itu dan meminta polis menyiasat kes ini dan seterusnya mengambil tindakan,” katanya.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan. – Bernama

JOMO Kata: Mana MP Ipoh Timur...? Tak nak balik kawasaN KER...? Asyik nak berdemo jer...

BAHAYA CHAUVINIS! Melayu Akan Hilang....?




1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?

2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.

4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.

5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya. che Det
JOMO Kata: Andai Melayu HILANG apa akan jadi...? Kasihan anak cucu dan pewaris kita.... Paling MUDAH, Kita JANGAN BIARKAN DAP Subur di BUMI Malaysia....

Rupanya Bukan PENCURI Tapi Kekasih GELAP Isteri...




Sebagai peringatan dan pengajaran untuk kita....
Bagi Halim (bukan nama sebenar), dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang. “Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya.

 Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya. Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun. Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.

 Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya. Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang.

 Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya dengan bantuan jiran-jiran. Halim menganggap, lelaki tersebut merupakan pencuri yang mahu merompak rumahnya, tetapi rupanya lelaki tersebut adalah kekasih isterinya sendiri yang memang sering datang kerumah ketika dia keluar berkerja.

Tambah menyedihkan, isterinya yang berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu mengakui hubungan sulit dengan suami orang tersebut tanpa sebarang rasa kesal. alahai...... sumber
JOMO Kata: Berhati-hati memilih isteri... beringat-ingat sebelum terkena... Jangan juga sampai PISANG BERBUAH DUA KALI... tetiba, Teringat KISAH 'ANWAR' semasa dalam BN....

Wednesday, 5 September 2012

Melayu Lupa Bah....

Bukan mahu pertikai apa... Cuma mau bangkItkan persoalan...

Berapa ramai orang Melayu dalam DAP...? BERAPA RAMAI PEMIMPIN MELAYU DALAM DAP...?

Ingatkah anak muda akan sejarah 13 mei...? IngatkAh kelakuan bagaimana orang Cina DAP terhadap orang Melayu? DAP sendiri tidak pernah bersetuju debfan Negara Islam.... Kenapa perlu kita sokong?

Kita cabar DAP LETAK ORANG MELAYU JADI PRESIDEN.... ADA BERANI...?

MELAYU JANFAN MUDAH TERTIPU...

JOMO Kata: Jangan sampai pisang berbuah dua kali.... Belajar sari SINGAPURA.....

Keputusan PIALA MALAYSIA Malam tadi...



Keputusan Piala Malaysia 4 September 2012 terkini semasa dan penuh-jadual perlawanan

Berbaki 1 perlawanan lagi selepas aksi saingan ke-5 Piala Malaysia peringkat kumpulan malam ini menyaksikan tumpuan terarah kepada kumpulan B

Kedah dan Terengganu pastinya akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengutip 3 mata penuh bagi menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir

Namun lawan mereka,Kelantan dan ATM juga mempunyai matlamat yang sama,perlawanan malam ini adalah penentu untuk mengesahkan slot lebih awal ke suku akhir

Seperti biasa,keputusan akan dikemaskini secara live score dalam ruangan ini
Keputusan Terkini Piala Malaysia 4/9/2012

Masa Perlawanan Kumpulan Tuan Rumah  Jaringan (VS) Pelawat 

8.15 mlm D Sarawak 6 – 1 T-Team
8.45 mlm C Felda United 2 – 2 Perak
8.45 mlm A Johor FC 1 – 3 Johor
8.45 mlm B Kedah 0 – 0 Kelantan
8.45 mlm D Pahang 1 – 4 Selangor
8.45 mlm A PKNS FC 1 – 0 Lions XII
8.45 mlm C Sime Darby 1 – 1 N.Sembilan
8.45 mlm B Terengganu 0 – 2 ATM
JOMO Sokong ATM.... TAHNIAH!

Sardin, SOS dan Ribena...

Sedarkah kita kerajaan telah melakukan banyak perkara demi menjaga hak dan kepentinan rakyat... Antara yang paling berjaya adalah Kedai Rakyat 1 Malaysia...

Siapa yang menyangka barang boleh turun harga? Tidak siapa yang tahu, kerajaan juga terlalu membantu golongan sadar...

Cuba bandingkan harga... Jom ke KR1M.!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Tuesday, 4 September 2012

Agenda Sulit BOCOR Mahukan Anwar Jadi Presiden Republik...



Berbangga dengan BAS TRANSFORMERS... Menuduh UMNO memecahkannya... Berbangga Jemput ANWAR jadi VIP Hari Kemerdekaan negeri Selangor dengan mengenepikan SULTAN SELANGOR... Politik apa ini...? Simple dan BODOH...

Ingat Rakyat ni mudah dipermain-mainkan ker... Selepas berbangga dengan air percuma tanpa mengetahui subsis yang kerajaan BN bagi berkali ganda lebih banyak daripada hanya air percuma yang diberikan oleh mereka... tetapi, dari PRU12 hingga PRU13, asyik modal Air Percuma jer mereka canangkan... Isu pula menjadi-jadi...

Ternyata semasa sambutan kemerdekaan darjat ANWAR lebih tinggi dari mereka yang lain termasuk D.Y.M.M SULTAN SELANGOR... Anwar ni Orang Selangor ker...?

JOMO kata: Lihatlah keberanian mereka... Buat Negara sudah seperti tiada Sistem... Inilah BUDAYA PKR... TOLAK PKR! KITA TOLAK ANWAR dalam PRU13 ini...

Banyak Buat Isu BODOH! "AMK Kurang Ajar..." @Zahid_Hamidi


Inilah budaya dalam pakatan Haram yang diketuai oleh Anwar Ibrahim... (Itupun kalau orang DAP dan PAS terima...) Budaya maki mekai herdik mengherdik sampai sudah tiada ruang untuk menjaga tatasusila kemanusiaan dan sebagai orang Melayu mahupun orang Malaysia...

Ingat!!! Bagaimana perjuangan UMNO/BN sewaktu mula-mula diwujudkan... Adab sebagais eorang Melayu Islam tetap dijaga walaupun berhadapan dengan perkara yang sangat besar yakni menentang Penjajah dan menuntut kemerdekaan... Alhamdulillah... sehingg ahri ini UMNO tetap dilindungi oleh yang Maha ESA... PKR...? DAP...?

Berani kita bagi Negara ini dipimpin oleh Orang DAP...? Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang... Bagaimana dengan Orang Melayu di sana...?

Pemimpin muda PKR perlu belajar adab berpolitik
KUANTAN 3 Sept. - Pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menasihati pemimpin muda mereka supaya belajar tentang adab berpolitik dan tidak bertindak biadab kerana ia bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, perbuatan mereka menghina pemimpin negara dan Jalur Gemilang pada Himpunan Janji Bersih baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Menurutnya, beliau mendapat maklumat balas daripada ramai pihak termasuk generasi lama yang menyatakan perbuatan itu tidak boleh diterima oleh mereka.
"Saya fikir generasi baru yang berpelajaran, golongan profesional serta intelek turut tidak boleh menerima perbuatan itu," katanya selepas program lawatan bersama media ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, tindakan perundangan boleh diambil terhadap mereka, tetapi kerana ia perbuatan politik maka ia harus diselesaikan secara politik.
"Satu caranya ialah menolak PKR dan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Kita tidak mahu mengajar rakyat Malaysia jadi biadab, apatah lagi menghina mana-mana pemimpin termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya.
Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat telah memilih serta mengiktiraf kepimpinan dan kerajaan yang ada sekarang melalui pilihan raya umum lalu.
Kononnya mahu menegakkan demokrasi tetapi daripada segi amalan dan perbuatannya tidak demokratik, maka politik sebegitu harus ditolak," katanya.
Beliau berharap kesedaran muncul terutama di kalangan pengundi muda atas pagar supaya memikirkan secara rasional pihak yang lebih berwibawa untuk dipilih sebagai pemimpin.-Utusan
JOMO kata: "Just Name it... Dalam setiap perhimpunan Pakatan HARAM ini ada saja perkara berlaku... maki HAMUN tu jangan cakaplah..."

38 Tahun Tak Mandi... Dia Jadi Lelaki BUSUK...


Kailash Singh, 66 tahun, dari India, merupakan lelaki paling busuk di dunia selepas tidak mandi selama lebih 38 tahun. Semuanya bermula selepas lelaki dengan rambut dreadlocks sepanjang 6 kaki ini mengambil mandian terakhirnya pada tahun 1974, tidak lama selepas dia berkahwin. Encik Singh mendakwa seorang imam telah menjamin dia akan memperoleh seorang anak lelaki yang amat berharga sebagai pewaris jika dia mengikuti nasihat pelik itu. Walaupun begitu, bimbingan agama imam itu jelas gagal - dia mempunyai tujuh orang anak perempuan.

Encik Singh menghabiskan hari bekerja di kandang lembu dengan haba 47C, namun satu-satunya cara 'pembersihan' yang dia amalkan setiap malam ialah 'mandi api', yang melibatkan ganja, berdoa kepada Tuhan Hindu, Siva dan menari di sekeliling unggun api. Keluarganya mengakui mereka pernah cuba untuk memaksa dia mandi di sungai. ''Dia berjaya mengelak dan melarikan diri ketika itu,'' kata isteri Encik Singh, Kalavati Devi, 60.

Encik Singh menegaskan dia lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Isterinya pernah mengancam untuk menolak tidur dengan dia jika dia tidak mandi, namun kemudian mengalah kerana sebagai isteri dia harus setia dan bersabar dengan bau busuk itu. Encik Singh hanya menyentuh air jika ingin membasuh mulut dan tangannya.

''Saya tidak mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan mandi lagi," katanya. ''Mungkin apabila saya dilahirkan semula, saya akan kembali mandi.'' -asiantown.net

JOMO Kata: Kisah dunia... Anwar Apa Khabar...?

Budak TIADA AKHLAK dan Macam SUNDAL... Sila Minta MAAF!!!



Sedar ataupun tidak... Kelakuan Anak Muda Pro-Pakatan HARAM ini mula menjadi-jadi... Politik ANWAR mula mengganas dikalanagn Pro pakatan Rakyat... JOMO PASTI ramai yang tidak duduk senang dengan isu PELAJAR Tunjuk Bontot dihadapan Khalayak Ramai dan di atas FOTO Perdana Menteri MALAYSIA...

Inikah akhlak yang mahu ditunjukkan oleh PAS...? Oleh PKR...? Budak seperti ini perlu meminta maaf secara terbuka kepada RAKYAT MALAYSIA... Bukan bersembunyi disebalik ketakutan...

YA... Ramai yang MENGKEJI tindakan SUNDAL budak Ini.... Jika Budak inis eroang Pelajar (Dengarnya seorang Pelajar Kolej SWASTA...) Sila tonjolkan DIRI dan MINTA MAAF kepada RAKYAT MALAYSIA.... Sila tunjukkan AKHLAK yang baik... Kalaupun, tidak menyukai Kerajaan, berkelakuanlah cara yang baik...

JOMO kata: Bukan mahu menuding kepada sesiapa... Tapi, jika inilah didikan yang dibawa oleh PIHAK PAKATAN HARAM... Kita menghadapi MASALAH BESAR dimasa akan datang... PAS Lumpuh dalam memberi didikan kepada Pelajar ini... Apatah lagi dengan PKR yang secara jelas mempunyai pemimpin yang punyai TABIAT LUAR TABi'e... Nak Harap DAP....? Lansung tak boleh HARAP... jadi apa lagi...? KITA TOLAK PAKATAN HARAM pada PRU13 yang akan DATANG...!!!!

pendedahan lanjut baca GOSSIP RAKYAT

Monday, 3 September 2012

Rendahkan MARUAH NEGARA... Budak AMK Buat Pengakuan...


hairan bin ajaib keadaan Politik Negara ini... keadaan pembangkang yang merosakkan apa saja yang ada demi kepentingan Parti mereka... mereka tiada apa untuk diperjuangkan, jadi, mereka gunakan taktik politik Murahan dengan menciota isu yang bukan-bukan demi memastikan mereka terus wujud di mata rakyat...

Kerajaan yang ada punyai terlalu banyak dasar demi pembangunan Malaysia... Namun kebanyakannya ditutupi dengan ISU MURAHAN yang dibawa oleh pembangkang... isu bendera... isu simbah cat... isu itu isu ini... sedangkan, isu-isu ini lansung tidak mencerminkan POLITIK BARU yang kononnya digagaskan oleh mereka... malahan cara politik mereka lebih terus dan dilihat sebagai POLITI KEBELAKANG...

Terkini, seorang manusia telah mengaku bertanggungjawab mencipta bendera baru untuk Negara Malaysia... Lansung tiada nilai tambah kepada Negara kita... Kononnya kita meniru Amerika Syarikat... HEY BUDAK HINGUSAN AMK!!! Tahukah KAMU bila tarikh rasmi Bendera digunakan...? Tahukah KAMU berapa kali proses sebelum Bendera ini digunakan...? Masakan kita mahu meniru Amerika Syarikat, sedangkan Bendera Amerika Syarikat itu sendiri berasaskan Bendera Grand Union...?

Kebodohan BUDAK AMK ini nampak terserlah bilamana beliau sendiri tidak mengetahui Bendera Amerika Syarikat juga punyai ciri sama dengan Bendera Liberia... Siapa tiru siapa..? Adakah BUDAK AMK ini bermaksud, siapa yang terkemudian dia yang meniru...?

Saya minta BUDAK AMK ini semak, ada beberapa Negara di Dunia ini punyai Ciri benderayang hampir sama... jadi siapa tiru siapa...? Dia ingat, orang yang cipta bendera ini BODOH macam dia kah...?

JOMO kata: memalukan negara.... Menjatuhkan Maruah Negara... JOMO MINTA BUDAK AMK ini MINTA MAAF kepada RAKYAT MALAYSIA... Inilah pemikiran budak PAKATAN HARAM.... TOLAK PAKATAN HARAM dalam PRU13 ini....

GEMPAR! KISAH lain PROPA BAS diSIMBAH CAT MERAH...

Ini kisah JOMO perolehi dari seseorang melalui emel...


Teringat masa belajar di UTP dulu.

Ada pertandingan band2 muzik di chanselor hall. Kemudian spt biasa group2 yg Islamik membuat pelbagai usaha utk menjauhkan pelajar lain utk menyertainya.

Pernah sekali, pelajar kampus dikejutkan dengan terjumpanya beberapa botol dan tin arak di dalam tandas di Chanselor Hall sewaktu berlakunya pertandingan tersebut. Lalu antara persepsi yg dibangkitkan adalah, "Ada penonton yg hadir ke sana minum arak di chanselor Hall"

Lalu gempar la cerita ini sehingga ramai yg percaya ttg persepsi tersebut dan menggambarkan BETAPA TERUKNYA PROGRAM BATTLE OF THE BAND itu sehingga ada yg minum arak!

Bila masa berlalu , saya dan seorg rakan pun telah dikeluarkan dari jemaah Islam kampus... Maka dlm satu diskusi sy dgn.rakan berkenaan yg merupakan senior saya, dia mengakui, GERAKAN SARAF jemaah Islam kampus dilakukan olehnya.

Dia menceritakan kpd saya betapa jijiknya tindakan yg telah dia buat demi mencipta persepsi... ANTARA tindakan yg dia buat adalah, dia sendiri yg dptkan botol arak dan meletakkan botol itu di tandas, lalu dia ambil gambar, kemudian disebarkan kpd pihak management dan staf.petronas lain.

Katanya, ahli gerakan saraf ini tidak ramai dan tidak diketahui oleh ahli2 jemaah Islam.. Hanya Amir Kampus dan ahli gerakan saraf sahaja yg tahu antara mereka. Kerana itu persepsi yg mereka timbulkan juga dipercayai oleh ahli2 gerakan Islam yg lain.

Antara penyelewengan dalil yg mereka gunakan adalah hadis, "Peperangan adalah tipu daya".
Maka kerana itu, mereka menganggap tipu daya dlm gerakan saraf spt contoh di atas adalah HALAL demi utk menjaga survival jemaah Islam.

Antara hasil gerakan saraf di UTP lagi adalah "Banner Kempen Heart for Islam" di conteng dgn spray...

Yg menghairankan, blog yg pertama.sekali menerbitkan gambar berkenaan adalah blog ahli jemaah Islam sendiri..

Wallahua'lam.. Ini adalah respon bagi kisah BAS PKR yg disimbah cat dan dipecahkan cermin.... Teringat juga ketika pilihan raya DUN di negeri 9 pd beberapa tahun sblum ini, dikatakan ada petugas pilihan raya PAS diserang dgn pedang samurai oleh beberapa org yg tidak dikenali..

Ketika itu tiada pihak lain yg jadi mangsa tuduhan @ persepsi, melainkan puak2 UMNO. Lalu bersemangat habis ahli2 pas utk 'berjihad' menentang UMNO di pilihanraya tersebut...

Inilah taktik gerakan Saraf oleh pihak yg berkepentingan... Jadi, jika anda menerima sesuatu berita spt di atas, maka jgnlah cepat2 percaya.. Takut2 anda terpedaya dgn tipu muslihat org yg suka menipu.

Wallahua'lam...

JOMO Kata: PAS melalui Timbalan Presidennya sudah mula GOYANG dengan gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO/BN... Hari ini mereka akan lakukan apa saja demi mendapat simpati rakyat agar Pilihanraya Umum ke13...

///

PERGH!!! Gangnam Style POPULAR Di Malaysia...



Mesti ramai nak tahu, kenapa video youtube Gangnam Style oleh Psy Semakin Popular di Malaysia.  Video yang dimuat naik pada julai lalu telah tersebar secara viral dilaman sosial dan jadi bualan penonton. Yang menariknya, admin tidak tahu kenapa setelah menonton Gangnam Style, memang dah ketagih sampai tonton dua kali setiap hari. Dengan jumlah tontonan melebihi 50 Juta dalam masa yang singkat,video tersebut telah menjadi trend di Youtube pada bulan ogos.

Lirik lagu dan irama lagu memang menarik disamping tarian yang sangat unik dan agak kreatif. Tarian ni dinamakan “Horse Riding” atau tunggang kuda telah menjadi tarian paling hangat di era ini. Kelainan sebegini lah punca kepada kehebatan lagu ni. -melvister.com
JOMO Kata: Lagu ini sudah menjadi bahan gurau seantero dunia... Namun, lebih peilik lagi ada kata-kata yang menyatakan bahawa maksud Gangnam itu ialah SAYA MAHU JADI JEWS... Betul ker...?

Sunday, 2 September 2012

FOTO Ustaz Nasha dan UFB Bikin KARPAL SAKIT JANTUNG....

Ada orang kata, Kenapa PAS perlu Takut dengan KARPAL SINGH...? Seorang Pemimpin TUA DAP... Tidak Bermaya... Cacat duduk atas kerusi RODA (Seperti DAP sudah tiada PEMIMPIN lain...)... Kenapa...?





CONTOH PEMIMPIN PAS YANG BERJUANG SEMATA-MATA DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA... BUKAN HANYA SEKADAR POLITIK PICISAN....

Sindrom SELESA VS Sindrom TERPUKUL Lemahkan UMNO... @Zahid_Hamidi

Kewujudan UMNO sebagai sebuah parti politik sehingga hari ini penuh ranjau yang berduri... Namun, atas keberkatan yang Maha Esa, UMNO dapat menghadapinya dengan penuh tabah sehingga berjaya psda hari ini...

Pilihanraya 2004 dan 2008, UMNO dipalitkan dengan sindrom yang sebenarnya telah melemahkan UMNO selama beberap tahun kebelakangan ini... 2004: sindrom selesa dan 2008: sindrom terpukul...

Dato Seri Zahid yang membangkit dan mengulas isu ini ketika ditemui sempena Perasmian UMNO Bahagian Teluk Kemang, menyatakan bahawa UMNO sudah tidak sepatutnya berada dalam kedua-dua sindrom ini...

2004, UMNO terpalit dengan sindrom selesa bilamana parti keramat ini berada dalam keadaan yang cukup selesa, sehinggakan jenteranya tidak bekerja dengan keras... Keselesaan yang terlampau ini menjahanamkan UMNO bilamana 2008 UMNO/BN mengalami kemerosotan prestasi sehingga mengakibatkan beberapa negeri tumbang ke tangan pembangkang dan membentuk kerajaan dalam simple majoriti...

2008, UMNO sekali lagi terpalit dengan sindrom baru yakni sindrom TERPUKUL... terkejut dengan kemerosotan prestasi, ahli UMNO merasa takut untuk meneruskan perjuangan dek kerana prestasi pembangkang yang meningkat... Terasa seperti dipukul, jentera juga dilihat lemah meneruskan perjuangan ini...

Dato Seri Zahid menyatakan, selepas PM NAJIB RAZAK mengambil-alih pucuk pimpinan, sokongan rakyat mula menyebeLahi BN... Jangan tinggalkan beliau seorang diri... Jentera UMNO/BN mesti bangkit bagi menghadapi PRU13 yang akan datang...

JOMO KATA: TERUSKAN PERJUANGAN...




PANAS di SABAH! LAJIM Mahu Pulang Semula...




Tohmahan dan kritikan terus bertali arus di kenakan ke atas  Dato Seri lajim Ukin... Pemimpin 'TUA' yang sebenarnya sudah tidak punyai Taring ini dikatakan telah terlasah langkah untuk keluar UMNO/BN... Beliau yang sering kali menyatakan, Beliau sebenarnya tidak menentang PM Najib, tetapi kecewa dengan Pucuk Pimpinan Negeri... Kenapa perlu kecewa...?

hari ini dikatakan, beliau ingin kembali ke Pangkuan UMNO/BN kerana beliau sendiri berasa ditipu dengan mainan politik Anwar Ibrahim yang dikatakan telah menjanjikan sesuatu kepada beliau... Janji apa...? Janji Jadi Ketua Menteri...?

Kedegilan LAJIM untuk tidak menyertai PKR Sabah juga menjadi isu hangat dikalangan pemimpin PKR Negeri... lajim lebih suka bertanding atas tikes BEBAS berbanding menyertai PKR, sebuah Parti yang beliau sentiasa CEMUH semasa dalam UMNO/BN... Anwar mula merasakan, LAJIM bukanlah LELAKI TERBAIK untuk diangkat menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan HARAM menang PRU13 nanti...

JOMO Kata: akar UMBI mula mempertikaikan tindakan LAJIm keluar UMNO/BN tempoh hari... Pemimpin Pakatan HARAM Negeri lain juga sudah mula bising dengan ANWAR, kenapa LAJIm yang ingin diangkat sedangkan MEREKA telah berjuang dalam PKR lebih lama...

Lagi Kes ROGOL DI Shah Alam... Tahniah @Khalid_Samad PAS



SHAH ALAM - Seorang kelindan lori yang mengalami kecederaan akibat ditembak polis, dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan melarikan secara paksa dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan merogol seorang daripada mereka, Jun lalu.
Anuar Mohamad, 34, dari Taman Alam Megah di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga pertuduhan berkaitan.

Di Mahkamah Sesyen, Anuar didakwa merogol mangsa berumur 18 tahun di sebuah rumah di Lot 3862, Jalan Haji Tarmidi, Rantau Panjang, Klang dekat sini, antara jam 1.20 pagi dan 6 pagi, 25 Jun lalu.
Tertuduh, yang hanya duduk di kerusi sepanjang prosiding berikutan kecederaan dialaminya, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan atas alasan ketika ditangkap, polis terpaksa menembak tertuduh kerana dia cuba melarikan diri.
Anuar yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin atas alasan dia tidak terbabit dalam kejadian itu.

Hakim Slamat Yahya bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melarikan secara paksa mangsa yang sama dan seorang lagi pelajar IPT berumur 23 tahun dengan niat untuk menyebabkan kedua-dua mangsa dikurung secara rahsia dan salah.

Anuar didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia 18 tahun di tepi jalan bawah blok asrama bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Seksyen 3 di sini antara jam 1.20 pagi dan 6 pagi, 25 Jun lalu.

Perbuatan terhadap mangsa berusia 23 tahun pula didakwa dilakukan di tepi jalan berhampiran perhentian bas sebelah Universiti Selangor (Unisel), Seksyen 7 di sini pada jam 11 malam, 30 Jun lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Anuar didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Majistret Zilfinaz Abas juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Nor. - Bernama
JOMO Kata: Menakutkan.... Apa MP Shah Alam Buat...? Takkan Nak harapkan POLIS jer....

Open House MINDEF sukses! Dato Seri @Zahid_Hamidi bersama rakyat...

Kehadiran rakyat jelata yang sangat memberansangkan tadi cukup menggambarkan sokongan rakyat kepada Kerajaan pada hari ini... Sambutan yang cukup istemewa yang dibuat oleh penganjur dianggap berjaya...

Rata-rata yang hadir tadi memberikan respon yang cukup positif... Apatah lagi, Dato Seri sendiri yang menyambut kehadiran mereka...

JOMO Kata: Tahniah kepada Penganjur... Makanan pun lazat...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile