Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 11 August 2012

PKR Hanya Layak MEMERINTAH Universiti... Mahasiswa TOLAK PKR...


SHAH ALAM - Selepas Universiti Selangor (UNISEL) dibelenggu masalah kewangan, sebuah lagi institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) didakwa sedang menghadapi kemelut yang sama.

Perkara itu diakui sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajarnya, Mohd Firdaus Hashim yang mendakwa masalah timbul ekoran daripada jumlah pelajar yang semakin berkurangan hingga menyebabkan pihak pengurusan KUIS tidak mampu membuat bayaran kepada syarikat konsesi pengurusan asrama, Redha Resources Sdn. Bhd. (RRSB).

Beliau mendakwa, berdasarkan perjanjian konsesi itu ia menyatakan, KUIS perlu membuat bayaran sebanyak RM13.8 juta setahun kepada RRSB yang bertanggungjawab menguruskan operasi asrama di universiti berkenaan.

Menurut sumber, mahasiswa KUIS telah dipaksa untuk menetap di asrama bermula kemasukan baru pada awal November ini. Pihak universiti telah mewajibkan mahasiswa tinggal di asrama sejak sesi pengajian yang lepas.

"Paksaan untuk mewajibkan pelajar tinggal di asrama ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran pengajian meningkat setiap tahun. Ini tidak termasuk kos sara hidup dan bahan rujukan seperti buku yang mahal," kata salah seorang mahasiswa KUIS.

Sebelum ini yuran asrama jenis D berjumlah RM550 setiap seorang (4 orang satu bilik), terkini meningkat mendadak kepada RM700 setiap seorang tanpa sebarang penambahbaikan pada asrama itu.

Lebih memeranjatkan, kenaikan lebih tinggi pada asrama jenis A, B dan C dimana yuran setiap seorang mencecah RM1,000.

Menurut sumber lagi, masalah kewangan mahasiswa KUIS berada di tahap kritikal jika pihak universiti terus menekan pelajarnya. Ini berikutan sebilangan kecil gagal mendapat pinjaman kewangan. Mereka juga terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku yang mahal dan yuran meningkat setiap tahun.
Keadaan ini jelas membuktikan ketidakcekapan pihak pengurusan universiti yang baru dilantik sejak pakatan haram memerintah Selangor.

Penulis yakin jika masalah berlarutan, UNISEL dan KUIS yang ketika dahulu 'gah' hingga menjadi pencetus kepada penubuhan pusat pendidikan oleh kerajaan negeri yang lain bakal 'bungkus'.
Inilah bahana akibat ketaksuban mempolitikkan apa sahaja demi kemaslahatan dan kenikmatan dunia yang diidam-idam oleh pemimpin pakatan haram. Shah Alam Rebels

JOMO Kata: Perintah Universiti dulu baru nak angan-angan perintah Negeri... Semua kucar -kacir jadinya....

Mengharukan! Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah...

Suasana harmoni di rumah Anak Yatin dan Miskin Baitu Saidati Khadijah... Sungguh mengharukan... Melihat anak-anak kecil yang JOMO pasti jauh dilubuk jati terpendam rasa rindu kepada seseorang...

Allah itu maha mengetahui akan sesuatu... Didoakan semoga rumah ini terus diberkati dalam membantu anak-anak yatim dan miskin di sini...

Jika pembaca ingin membantu boleh terus hadir ke sini... Rujuk foto alamat yang disediakan...

JOMO Kata: bantulah mereka yang memerlukan... AllahuAkbar...

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wow!!! Malaysia Terima Pelabor RM18 Billion... Tahniah PM @Najib_Razak


TAHNIAH! Anwar Pun Boleh Pengsan....

Konvoi Amal Ramadhan...

Konvoi Amal Ramadhan anjuran bersama Alumni MPP UiTM (PIMPIN) tengah berlangsung di sekitar Lembah Klang... Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim sekitar Lembah Klang...

Pengarah Projek sdr shahril menyatakan ianya adalah program bagi membantu enam (6) buah rumah-rumah anak yatim... Sumbangan diterima daripada orang ramai dan dikumpul untuk diedarkan kepada 6 buah rumah anak yatim...

Menurut presiden PIMPIN sdr Saiful, ini adalah antara program ramadhan anjuran Alumni MPP UiTM... Ianya dapat mengumpulkan ramai alumni MPP untuk hadir bersama-sama menyerahkan bantuan ini... Insy'allah program baik seumpama ini akan dijalankan setiap tahun sebagai satu tanggungjawab sosial persatuan ini...

Makluman: lokasi pertama... Maahad tahfiz baitul ummah...

JOMO Kata: Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua... Teruskan perjuangan PIMPIN...
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

LELAKI JAHANAM!!! Tumbuk Adik ipar Sebelum merogolnya...



KOTA BHARU – Perlakuan ganas seorang buruh yang memukul dan menumbuk adik iparnya sebelum merogol wanita itu, mendapat balasan apabila dia dihukum 15 tahun penjara dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah.

Dia mengaku merogol isteri adiknya yang berusia 17 tahun itu di bilik rumahnya di Belakang Penjara Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 27 Mei 2011.

Berdasarkan fakta kes, pasangan suami isteri yang berada di ibu mereka di kampung sama didatangi tertuduh sebelum dia memukul dan mengheret mangsa keluar.

Mangsa yang ketakutan hanya menuruti tertuduh sementara suaminya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana takutkan tertuduh.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sekali lagi bertindak ganas dengan memukul pengadu sebelum mengheretnya ke bilik dan merogol mangsa.


Keesokannya, pengadu menceritakan kejadian itu kepada suaminya dan membuat laporan di balai polis Pengkalan Chepa.

Siasatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam di badan dan bengkak di bibir mangsa selain laporan asid deoksiribonukleik positif.

Dalam keputusan semalam, Azman turut mengarahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan dua hari selepas kejadian.

Sinar
JOMO Kata: Contoh Bahaya di kelantan....

Friday, 10 August 2012

Negara Islam PAS tewas Dengan Buku Jingga...

Pujaan PAS....

Tinggal Kenangan....






JOMO kata: Kalau Dahulu, PAS suka main isu AlQuran dan Assunnah lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan... Tapi kali ini PELIk, PAS tewas dengan BUKU JINGGA.... Kenapa PAS tidak SOUND KARPAL dan LIM KIT SIANG untuk IKUT AlQuran dan Assunnah....?

Selamat Tinggal PAS....

JANGAN TAK TAHU!!! DISKAUN TOLL AIDILFITRI...





Diskaun tol hari raya Aidilfitri dan Merdeka 2012 untuk 24 lebuhraya

Sebanyak 24 lebuh raya akan menawarkan diskaun dan rebat tol antara 10 dan 37.5 peratus kepada pemilik kenderaan sempena Hari Raya dan Hari Merdeka

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Jumaat berkata, insentif itu akan bermula antara 15 dan 23 Ogos untuk Hari Raya dan pada 31 Ogos untuk Hari Merdeka

Katanya insentif tol tahun ini adalah istimewa kerana Hari Raya disambut pada bulan kemerdekaan dan diskaun 37.5 peratus adalah yang tertinggi yang pernah ditawarkan setakat ini

Pada 31 Ogos, semua pemilik kenderaan boleh menggunakan LDP dan Lebuhraya MEX secara percuma
Shaziman mengumumkan perkara ini selepas melawat ke tapak pembinaan susur keluar yang dicadangkan dari lebuh raya Latar di Kundang-sumber mstar
JOMO Kata: terima kasih kerajaan....

Sudah Tiba Masanya PENYOKONG Tinggalkan PAS...

GAP

Sebuah parti yang mengakui diri mereka Parti Islam, tapi, bila berhadapan dengan MUSUH ISLAM mereka sendiri tidak berani untuk untuk MELAWAN...

Takkanlah Tok Lebai PAS ini hanya berani MENGHENTAM UMNO dalam Surau dan Pentas-Pentas PAS saja... Tapi, bila ianya melibatkan kepentingan UNDI terutamanaya BUKAN ISLAM, PAS sepi dan sunyi dari sebarang tindakan...

Isu LGBT ini MUDAH... Ramai juga dikalangan yang etrlibat ini adalah Orang ISLAM, Jadi, bukankah TANGGUNGJAWAB UMMAT ISLAM LAIN (termasuk PAS) untuk mentarbiahkan mereka kembali ke jalan yang asal...?

Kalau sebelum ini PAS lantang melawan DAP selama berpuluh tahun lamanya... Namun, bila PAS sudah bersama DAP dan melihat DAP boleh memberi UNDI BUKAN MELAYU kepada mereka, kini PAS mula menyayangi MUSUH ISLAM yang nyata ini... PAS mula hilang pedoman dalam perjuangan... PAS kian alpa dalam kilauan EMAS DUNIA yang sungguh mempersona...

JOMO kata: PAS sudah tidak boleh dipercayai... JOM TOLAK PAS!!! cc Abby Abadi

PECAHPERUT!!! UNDI DAP BERDOSA....


JOMO Kata: Bukanlah cukup ILMU didada untuk ebrkata sedemikian... Tapi ingat!!! Atas sebab inilah PAS dan DAP tidak pernah bersama selama berpuluh tahun... DAP tidak pernah merestui perjuangan PAS... DAP sentiasa mengecam perjuangan PAS mendirikan Negara Islam... Inilah golongan Laknatullah....

Tapi, disebabkan PUJUKAN ANWAR IBRAHIM mereka hari ini bersama... Atas nama Anwar mereka hari ini boleh duduk bersama... Atas nama Anwar PAS gadaikan perjuangan Negara iSLAM DAN MEMARTABATKAN ALQURAN DAN ASSUNNAH.... Kalah Pula dengan BUKU JINGGA...

JOM TOLAK PAKATAN!!! TOLAK PAS BERERTI KITA TOLAK DAP!!!

PANAS!!! Ramai Orang Guna Ijazah PALSU untuk Apply JOB...



PETALING JAYA: Dengan pasaran pekerjaan menjadi begitu kompetitif pada hari ini, kebanyakan pemohon menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu selain berbohong untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah atau sijil palsu setiap minggu.

Manakala sebuah firma penyiasatan penipuan mendapati kira-kira 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu, sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti yang tidak wujud.

Pengarah Urusan Verity Intelligence Sdn Bhd, Mark Leow Boon Kuan berkata, kebanyakan dokumen dipalsukan dengan bijak dan boleh memperdayakan sesiapa saja.

"Kira-kira 2,000 permohonan yang kami teliti setiap bulan, 20 daripadanya ditemui menggunakan ijazah dan sijil palsu. Kami berjaya mengesan 130 dokumen palsu setakat ini untuk tahun ini.

"Sebilangan besar kes melibatkan diploma dan ijazah palsu tetapi kami turut menemui sarjana dan PhD palsu. Kebanyakan pemalsuan itu dilakukan sendiri oleh pemohon," katanya.
Selanjutnya baca DI SINI

Faezah Elai HAMIL...?


Faezah elai pelakon yang tidak asing lagi mengesahkan dirinya mengandung... TAHNIAH!!! Tambah zuriat dimuka bumi ini... bertambahlah juga ummat Islam lagi...

Rezeki ramadhan.....

Thursday, 9 August 2012

ORANG SABAH TIDAK SUKA ANWAR...


Anwar sudah tidak ada jalan lain selain perlu memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan...

di Sabah Anwar semakin hari semakin rajin terutamanay selepas pengunduran Lajim Ukin dan Bumburing dari kerusi parlimen Beaufort dan Tuaran...

Politik MENGAPI-API yang boleh mencetuskan konflik dalam masyarakat terus dijaja dibumi sabah ini... Siapa tidak kenal Anwar..? Semasa dalam UMNO di Bumi Sabah inilah juga dia hentam DAP dihadapan orang-orang cina... Sangat menakutkan cara Anwar di Sabah... Tatkala Sabah terus harmoni dengan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa Anwar menjaja Politik sempit yang boleh merosakkan keharmonian yang ada jika tidak ditangani dengan baik...

Dikatakan Tuaran dan beaufort kini dalam genggaman Anwar... Sedangkan diperingkat akar UMBI, dua bekas ahli parlimen BN ini (BUMBURING DAN LAJIM) sebenarnya sudah tidak relevan dan tidak diterima diperingkat akar UMBi... Kawasan inis entiasa menjadi kubu kuat Barisan ansional dulu, kini dan selamanya...

Difahamkan kawasan lain yang mencuri tumpuan PKR adalah Penampang... Lihat saja, setiap kali Anwar turun ke Sabah pasti dia akan adakan ceramah di penampang... malahan Ahli Pakatan yang lain juga trurt mengadakan ceramah di sana termasuk Lim kit Siang "si Tua Chauvinis..."...

UMNO terus menjadi teras di Sabah... UMNO terus menjadi tulang belakang kepada kekuatan Politik BN di Sabah... ianya dibantu dengan kesetiaan parti-parti komponen lain seperti PBS, UPKO dan lain-lain...

Ingat... Anwar Orang yang sama dahulu ke sabah menjanjikan bermacam-macam kepada orang Sabah atas platform BN... Kini beliau juga menjanjikan macam-macam untuk orang Sabah dalam keadaan PKR tidaklah sekuat mana berbanding DAP dan PAS (punyai penyokong TEGAR...)...

Orang Sabah sudah tidak boleh tertipu lagi dengan gendang kosong mainan Anwar... Orang Sabah mahukan kemajuan yang sedia ada dikekalkan dengan mengekalkan kerajaan yang sedia ada... Orang sabah akan terus menyokong kepimpinan PM Najib Razak... Inilah orang Sabah...

JOMO Kata: Kami Bukan orang ANWAR!!! Kami Lawan ANWAR!!!

BUKTI NYATA!!! Kebodohan PAS Kedah... Cuba Lihat!


Apa yang tak kena dengan banner ini...? Cuba nilai....

Hasil balak meningkat di zaman PAS memerintah... Betul tak???

Kenapa???

Bukankah disebabkan Balak banyak ditebang dan dijual dizaman PAS memerintah...? Hingga habis penerokaan terhadap hutan untuk mencar Balak...

Zaman BN, Kerajaan pandai cari duit selain Tebang Balak... Zaman PAS... Tebang Balaklah jawabnya...

Kasihan Rakyat diperbodohkan...

Bodohnya Manoharan@PAKATAN...


Inilah akbatnya bila semua perkara hendak dipolitikkan... Nampak sangat kebodohan pemimpin pembangkang ini... Tiada nilai intelek dalam masyarakat... bahlul...

Bukankah sukan itu untuk kita muafakat...? Bukankah adat dalam perlawanan sukan itu ada kalah ada menang.... Manoharan ni memang akal letak bawah kah...?

JOMO Kata: TOLAK PEMIMPIN MACAM ini.... Risiko untuk kita PILIH MANUSIA ini... jadi, TOLAK PAKATAN!!!

HUDUD PAS dan DAP hanya untuk Pilihanraya... cc @Zahid_Hamidi



BAGAN DATOH, 5 Ogos – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pakatan pembangkang kini ibarat "retak menanti belah" ekoran tiada persefahaman antara DAP dan PAS berhubung prinsip pembentukan negara Islam.

Ahmad Zahid berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berada dalam keadaan serba salah kerana parti itu selama ini hanya menjadi 'jambatan antara PAS dan DAP yang mungkin akan runtuh apabila dibebani dengan masalah'.

"Walaupun DAP dan PAS menampakkan semacam ada kesepakatan tetapi dalam soal prinsip pembentukan negara Islam memang tidak dipersetujui langsung oleh DAP dan pendapat Karpal Singh sebagai pengerusi DAP adalah pendapat yang mewakili DAP keseluruhannya.

"Atas nama kompromi politik, PAS seolah-olah semacam ada rasa toleransi apa yang dipegang oleh DAP tetapi sebenarnya PAS juga tidak pernah bersetuju dengan pendirian terbuka DAP," katanya kepada pemberita selepas menutup tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang terbuka antara PAS dan DAP berhubung isu hudud apabila Karpal Singh menegaskan parti itu akan menentang sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud.

Katanya, Karpal Singh merupakan jurucakap kepada DAP untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap dasar pembentukan negara Islam oleh PAS dan hukum hudud adalah termasuk dalam elemen penting pembentukan sebuah negara Islam.

Ahmad Zahid berkata PAS tidak perlu berdolak dalih dengan mendakwa DAP menyokong hukum hudud kerana hakikat sebenar Karpal Singh mengatakan PAS parti kolot yang mahu ke belakang kerana mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pendapat Karpal Singh itu disanggah oleh pemimpin-pemimpin PAS yang menyatakan hukum hudud adalah hukum qat'ie iaitu hukum yang tidak boleh dikompromikan atau dikemudiankan pelaksanaannya. Jadi pertentangan ini saya lihat adalah pertentangan yang cukup ketara," katanya.

 
Sementara itu, beliau berkata PAS akan hilang identiti sekiranya mereka menukar pembentukan daripada sebuah negara Islam kepada negara kebajikan atau lain-lain.

Penukaran kepada negara kebajikan tidak lagi kepada negara Islam adalah untuk memenuhi kehendak pakatan pembangkang yang tentunya diwujudkan untuk berkompromi perbezaan dalam falsafah politik mereka, katanya.

JOMO Kata: PAS dan DAP telah diketahui Ramai tidak sebulu... Nasib baik ada Manusia bernama Anwar Ibrahim... DS Zahid telah mengenali PAS dan DAP ini begitu lama... PAS DAP tak perlu nak temberang... Pasal HUDUD mainan PAS dan DAP inilah Orang Islam berpecah....

Ya Allah! Cantiknya Gambar ini...


Tatkala kita sibuk berpolitik, tidakkah kita sedar kita hanya mengejar KUASA DUNIA... Mengejar AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang akhirnya akan ditanya diakhirat kelak... Apatah lagi, berpolitik cara sempit menggunakan Agama demi Kuasa dunia...

Dunia ini amat Besar Allah jadikan.... Lihatlah GAMBAR di atas... Angat Cantik Ciptaan Allah...

JOMO Kata: Bersyukur dengan apa yang ada... Nikmati ciptaan Allah dengan penuh rasa syukur... AllahuAkbar!!!

JANGAN TIRU! Model SEKSI Ni Selamba Tukar Baju Depan PUBLIC...

Alahai....

Apa nak jadi dengan dunia hari ini....? Semuanya seakan kembali ke zaman dulu kala ketika manusia masih lagi berada dalam Zaman Jahiliah...

Orang malaysia SILA JANGAN IKUT.... Jangan juga cuba-cuba "........" dengan China Doll....



JOMO Kata: Sebagai informasi dan pengajaran sahaja... Tingkatkan Amalan.....!!!

Wednesday, 8 August 2012

PisangPANAS!!! Dapatkan Produk TerBARU PAS...

Ulama BARU PAS.... Beliau penuh bergaya dalam Pentas PAS... Yang menghairan, ramai juga USTAZ-USTAZ diluar sana yang lebih berilmu berbanding Hairie Hingusan ini... Mereka tidaklah setaksub Hairie ini... Pasti ada perkara PERIBADI yang beliau simpan dalam diri... Kepentingan Peribadi juga...

Selanjutnya MY MASSA

Jangan TERIMA SYIAH SESAT!!!

</>

GEMPAR!!! Ustz Akhil@Rock MENGAKU Pernah diPergunakan...


Kalau dahulu namanya sering-kali diperkatakan dalam Petnas PAS... Siapa tak kenal dengan Ustaz Akhil Hay...? Ceramahnya dalam PAS pernah mencatat fenomena kepada ahli PAS...

Tiap kali ceramah pasti ada menyanyi... pasti ada melawak... penghijrahannya kepada PAS (bukan Islam yer...) terus diperguna dan diperkuda sepenuhnya oleh PAS untuk meraih undi... Kebolehannya berceramah digunakan sepenuhnya untuk menentang UMNO/BN...


"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya. Sumber
JOMO kata: Allah menyukai Umatnya yang ebrhijrah kepada kebaikan... Apatah lagi mengajak Orang melakukan kebaikan... Apa pula kisahnya kepada yang memecah-belahkan Umat Islam...? Apa pula yang menyatakan dia lebih ISLAM daripada Orang lain...? Tepuk dada tanya Iman///

OPSSS!!! PAS Ganti UMNO Cita-Cita Luar Tabi'e...


Bagaikan Melukut diTepi Gantang.... Pengakuan Berani PAS untuk Ganti UMNO hanyalah permainan dan Kata-Kata Politik NISTA yang perlu ditolak... PAS nak ganti UMNO...? untuk apa? perjuangan PAS tidak sama dengan UMNO...

Dalam PRU12 yang lepas kita lihat sahaja PAS hanya mendapat 14.05% berbanding UMNO yang jauh lebih tinggi 29.59%...

PAS tak dapat bandingkan realiti atau Fantasi... UMNO Parti Melayu terkuat di Negara ini... Parti yang memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara dulu kini dan selamanya... PAS tak faham lagi ker...?

Selanjutnya JAS SALLEH

Lihatlah @Abby_Abadi Berseluar KETAT masa Ramadhan... Muslimah Apa ini?


Kalau ILMU belum cukup didada janganlah Nak Bercakap pasal HUKUM... Apatah lagi ianya melibatkan PENTAUHIDAN kita kepada Allah s.w.t...


Allah mengetahui apa yang kita lakukan... Janganlah kerana kita baru bertudung beberapa hari, baru berkenalan dengan pak lebai beberapa hari, baru masuk PAS beberapa hari... Orang lainyang bukan bersama kita, kita lontar dengan kata-kata yang tidak menunjukkan identiti Mulimah itu sendiri... cc Muslimin!

Cantik seluar KAK.... Orang PAS tak tegur ker....? Almaklumlah mungkin banyak SYIAH kot...

JAHANAM!!! GAY KAHWIN Anwar Kian Tersenyum...


Kemenangan Moral ramadhan untuk anwar bersama konco-konconya yang menyokong perjuanagn GAY... Beliau kian menajdi IKOn kepada golongan laknat ini....

Selanjutnya baca DI SINI

Tuesday, 7 August 2012

Bicara Bangang! Contoh Pemimpin Yang perlu DiTOLAK...


Alahai nizar....

Yang tak da kaitan tu, Orang Sabah pun dia nak POLITIKKAN....

SABAHAN TOLAK NIZAR DAN KONCO-KONCO DAP CHAUVINIS....

Halau ISTERI TUA PASAL KEREPOT... cc MP KOLA LANGAT (PKR)


</>

DOSA KHALID...

DARI BLOG MIK



Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.

Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

BN ‘melepaskan’ Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion. Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama.

Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.
Dengan itu, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri.

Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia.

Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.

Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet.

Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama.

Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji.

Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana “mementingkan pendidikan” tetapi di masa yang sama “mengabaikan kepentingan pendidikan” sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli.

Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan.
Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.

Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA.
Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang. Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan.
Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali.

Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat?

Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor. Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti?

Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh.

Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah ‘rakyat’ di mata PR..? Babu..?? Hamba....? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka...?

Apakah erti slogan PR ‘Demi Rakyat’ jika rakyat yang perlu berkorban ‘Demi Pemimpin’...?

WOW!!! Fasha Sandha HAMIL...?


Mealui gambar ini kelihatan Perut Fasha Sandha semakin membesar... Adakah beliau kini HAMIL...? Fasha sila jawab....

Difahamkan gamabr ini semasa mereka berada di Tokyo sempena hari jadi Jejai ke 36...

PANAS!!! Shah Rukh Khan Kena DENDA RM5.59...?



Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin

Denda itu lebih rendah daripada harga sekotak rokok miliknya
Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya

Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders
Dia menghisap rokok pada 8 April lalu semasa satu perlawanan antara kelabnya dengan Rajasthan Royals di Stadium Sawi Man Singh

Pengendali Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh mengemukakan aduan mahkamah terhadap Shah Rukh pada 9 April lalu berdasarkan gambar yang disiarkan beberapa akhbar

Gambar itu menunjukkan Shah Rukh menghisap rokok semasa perlawanan berlangsung

Anand memohon tindakan dilakukan terhadap bintang filem itu di bawah Akta Larangan Merokok Rajasthan tahun 2000 yang melarang rokok dihisap di tempat awam-Agensi . www.enciknakal.com

Monday, 6 August 2012

Salaam!!! MAAFKAN SAYA...



setiap perlawanan pasti ada kalah ada menang...
Apapun rakyat malaysia tetao bersedih di atas kekalahan Lee Chng Wei dalam Sukan Olimpik... Emas yang diharapkan tapi Perak yang dibawa...
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... LCW telah menggalas tugas dengan baik, cuma nasib tidak menyebelahi Malaysia...
Mulai sekarang kita perlu doakan yang terbaik untuk Malaysia dan Lahiran seorang lagi Pemain badminton bertaraf DUNIA macam LCW atau LEBIH BAIK!!!

I'M SORRY!!!


Peristiwa Ramadhan Yang Mesti Umat Islam Tahu...


Ayuh kita ketepikan kepentingan politik kepartian...

Kita Eratkan Silaturrahim kita semua...

Kita Pastikan Islam terbilang... Melayu Gemilang... Malaysia jadi Perkasa....

Program Ihsan Ramadhan @Zahid_Hamidi SUKSES!!! @shahrulyahya @NajibRazak





Program Ihsan ramadhan yang setiap tahun diadakan ini telah mencatatkan ribuan yang hadir... Program ini bertujuan untuk memringankan bebanan rakyat terutamanya dalam menghadapi Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba...

Dato Seri Zahid Hamidi begitu popular dikalangan rakyat Bagan Datoh... rata-rata pengundi Bagan Datoh memuji cara kepimpinan Dato Seri Zahid...

Bantuan kepada Imam-Imam dan AJK Masji Hutan Melintang daripada erdana Menteri juga telah disampaikan melalui program ini...

JOMO Kata: TAHNIAH Dato Seri Zahid Hamidi, Ahli parlimen bagan datoh....