Friends Of Jomo Malaya

Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 4 August 2012

7 Mata Yang Di Cintai Allah....


Salaam Ramadhan....

PAS kena SOUND ISU HUDUD....

PAS kena SMASH......

TAHNIAH RAFIZI...

Tiada Integriti... Beliau sebenarnya tidak layak menjadi Pemimpin...

Padan Muka Langgar Akta BAFIA 1989....

Tahniah RAFIZI...


Jangan Ambil Mudah Kalau UMNO Mahu MENANG! @Zahid_Hamidi



Sabah sering kali dikatakan sebagai Fixed Deposit kepada Barisan nasional... Namun, graf pada ketika ini menunjukkan Sabah masih UTUH bersama Barisan Nasional... Rakyat Sabah masih mempercayai bahawa UMNO/BN measih releven dan insy'Allah akan terus relevan dalam memimpin Negeri ini...

Perletakan jawatan seorang MT UMNO dari Sabah Datuk lajim Ukin sedikit merencatkan kestabilan politik di Negeri ini... UMNO Sabah tidak boleh mengambil Mudah isu ini, walaupun hakikatnya ramai ahli UMNO Beaufort tidak bersama Lajim Ukin... Mereka meneruskan perjuangan dalam Wadah UMNO dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang... Kenapa Lajim berbuat sedemikian...? Ini ditambah pula dengan pengunduran Wilfred Bumburing Ahli parlimen Tuaran yang merupakan bekas Timbalan Presiden UPKO pimpinan Tan Sri bernard Dompok...
Berbuka Puasa di Kementah...


Dato Seri Zahid Hamidi sangat mengambil berat akan apa yang berlaku di Sabah... beliau yang memerhati secara serius senario Sabah menegaskan Ahli parti supaya tidak mengambil mudah akan apa yang berlaku... Sesungguhnya emang ada hikmah disebalik kejadian ini...

"Saya tidak mahu menganalisis apa yang berlaku, tapi kita perlu ambil iktibar. Saya harap sokongan rakyat Sabah terhadap Umno tidak rapuh sebaliknya terus kukuh," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementah di sini, semalam. -Bernama
Natijahnya, UMNO Beaufort terutamanya perlu bekerja keras dalam menghadapi Pilihanraya yang akan datang... Tidak hanya boleh mengharapkan antara satus ama lain... tetapi, setiap individu perlu bekerja dalam Pasukan bagi menghadapi Pilihanraya nanti...

JOMO Kata: Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.... Terima Kasih Dato Seri Zahid! teruskan perjuangan UMNO Beaufort dan Sabah!

Wow! Banyaknay bulu....


Santai pagi...

Kalau dah tahu nak kelaur TV tu potong-potonglah sikit bulu tu...

Jelas tu...

Kalau kat Malaysia dah jadi Modal politik PKR ni....ihi

PANAS! YB Kelaboran atau YB Kalabakan yang kahwin SAMA ABBY...?



Mana yang betul ni? Atau TYPO?

Apapun khabar angin ini telah dijawab sendiri oleh  YB tersebut dan Abby@Arbaiyah...

JOMO juga bertubi-tubi ditanya oleh pembaca mengenai isu ini.... Sebelum ini cakap-cakap mengenai perkahwinan mereka PANAS MEMBARA.... Namun ianya telah dijawab oleh YB Kelaboran tersebut (bukan kalabakan...)...


SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.
Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan  Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.
Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.
Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik. PPC

JOMO kata: Abby dah biasa isu Gossip ni... Biasalahkan Artis... Tapi, YB ni gelabah semacam jer... erm....??? Cerita Tutup....!!!!

Friday, 3 August 2012

Ubah Selangor! Cina Tua Menyamar Sebagai Muslim Minta sedekah DiTahan...




Ramadhan Bulan Yang mulia... Manfaatnya bukan sahaja kepada Orang Islam malahan keseluruh dunia merentasi agama dan kaum... bulan yang Allah janjikan banyak kebaikan... Syaitan-Syaitan diikat...

Ini lain pula kesnya...
Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazaar Ramadhan disini terbongkar dengan penahan mereka kelmarin
Kedua-kedua wanita itu berusia 65 tahun dan 63 tahun ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazaar Ramadhan Seksyen 13 dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal ramadhan.
Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.
Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
Malangnya, apabila pihak JKM menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadah bagi membuktikan mereka orang islam, kedua-duanya tidak tahu...
Yang sebenarnya, pengunjung bazar ramadhan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu, katanya.. -MPP

JOMO kata: Islam itu indah... bersama BN majukan Islam... terima Kasih Malaysia...

IMAN!!! Kisah Solat Terawih 100 RAKAAT di YEMEN...



Ini kisah di sebuah negara di Yeman. Rata - rata masyarakat Islam di kota Tarm, Hadramaut, Yemen akan menunaikan solat tarawih sebanyak 100 rakaat sepanjang malam hingga ke waktu subuh. Sedikit fakta tentang negara Yemen. Masyarakat Islam di kota Tarim, Hadramaut, Yemen menunaikan solat tarawih sebanyak 100 rakaat sepanjang malam. Perkara yang sama menjadi amalan di 365 buah masjid yang terdapat di negara itu.

Berpuasa pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia.
Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

“Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

“Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

“Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah,” jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja’far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba’alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana’a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

SOLAT tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan dan ini menjadikan ia satu solat yang eksklusif.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada. I.S.H.

TRKINI! Malaysia Jadi HUB Pertahanan Rantau Asia! Tahniah @Zahid_Hamidi



Malaysian Defence And Security Technology Park Sdn Bhd (MDSTP) akan merancakkan lagi industri pertahanan negara ini secara lebih agresif ke luar negara apabila ia menandatangani Memorandum Persahaman (MoU) dengan lapan syarikat industri pertahanan terkemuka Itali sempena Farnborough Airshow 2012 di London, pada Khamis.

Syarikat Itali terbabit ialah Alenia Aermacchi S.p.A, AgustaWestland S.p.A, Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Selex Galileo S.p.A, Selex Sistemi Integrati S.p.A., Sitt Liguria Technological District S.c.p.a dan Telespazio S.p.A.

MDSTP terletak secara strategik di Sungkai, Perak, iaitu di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
MDSTP kini menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan sebuah syarikat tempatan, Masterplan Consulting Sdn Bhd (MCSB).

Ketua Pegawai Eksekutif MDSTP Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata industri pertahanan memerlukan hub khusus yang serba lengkap bagi menyediakan platform pengembangan dan pengkomersilan teknologi di samping boleh merangsang dan menjana idea baharu yang mampu membuahkan hasil lebih berdaya saing.

Menurutnya, MDSTP merupakan satu taman teknologi yang kos pembangunan keseluruhannya bernilai RM15 bilion mempunyai keunikan tersendiri apabila ia direkodkan sebagai hub industri pertahanan dan keselamatan terbesar negara dan yang pertama di rantau Asia.

"Ia membabitkan industri avionik dan aeroangkasa, automotif, maritim, senjata, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengguna biasa yang memberi sokongan kepada industri pertahanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada peringkat awal ini, Ahmad Faris berkata kos pembangunan kasar (GDC) adalah RM1.4 bilion dan MDSTP akan dilengkapi dengan infrastruktur yang terbaik.

Ia meliputi aspek fizikal, teknologi maklumat dan komunikasi serta mempunyai jalan masuk baharu dari Lebuhraya Utara Selatan (Plus) ke pusat logistik yang bakal menyediakan pengangkutan dan kemudahan pengagihan lebih lancar.

Katanya kemudahan yang akan dibangunkan termasuklah pusat pendidikan, pejabat, pusat komersil, kemudahan sokongan, pusat penginapan serta taman rekreasi yang dirancang akan memberi keseimbangan kepada MDSTP.

"MDSTP juga akan menyediakan kemudahan bertaraf dunia dan serba moden termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kemudahan keselamatan siber bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat industri pertahanan terbabit," katanya.

Sempena dengan Farnborough Airshow 2012, MDSTP Sdn Bhd yang diwakili Ahmad Faris sendiri dan Naib Presiden Pembangunan Perniagaannya, Amal Aziz mengadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman dengan lapan syarikat Itali yang terbabit dengan industry pertahanan.

Antaranya ialah Alenia Aermacchi S.p.A yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Giuseppe Giordo.

Syarikat itu terbabit dalam bidang R&D mengenai teknik baharu pengilangan komposit dan pesawat berkomponen logam, bahan-bahan baharu, teknologi hijau dan pembangunan peralatan AgustaWestland S.p.A yang diwakili Ing. Bruno Spagnolinind terbabit dalam aktiviti penyelidikan dan reka bentuk komponen, misi pembangunan dan penyesuaian perisian, pembuatan komposit serta komponen metalik.

Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) yang diwakili Ing. Paolo Galletti terbabit dengan projek berpontensi seperti Program "Black Shark Heavy Weight" termasuk bantuan dan sokongan teknikal untuk menjalankan ujian di laut, menaik taraf A 244/s MOD 1 "Light Weight Torpedo" dalam A244/s MOD, kelengkapan Sistem Pelancaran WASS, prapenetap dan tiub pelancaran bagi program kapal peronda generasi kedua.

Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) diwakili Ing. Paolo Piccini berminat dalam bidang grid komunikasi taktikal, "dismounted soldier" (subsistem komunikasi), menghasilkan bandar pintar dan teknologi berkaitan.

Selex Ggalileo S.p.A diwakili Ing. Fabrizio Giulianini akan terbabit dalam pembangunan "Unmanned Aerial Systems," "UAS Battlelab Technology" dan sistem ISR/ISTAR.

Selex Sistemi Integrati S.p.A diwakili Prof. Giuseppe Veredice pula akan terbabit dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpontensi termasuk teknologi dan bahan radar baharu, sistem rangkaian peperangan tertumpu dan sistem simulasi dan permodelan.

Sitt Liguria Technological District S.c.p.a yang diwakili Remo Pertica, terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan berpotensi dengan Technological Districts di Brazil dan Paraguay bagi bersama-sama mengkaji dan membangunkan teknologi produksi, penstokan dan pengangkutan hidrogen dan pengeluaran hidro-metana.

Telespazio S.p.A berpotensi dalam bidang Pemerhatian Bumi, pembangunan permohonan data SAR, permohonan E.O yang bersepadu dan pengawasan satelit maritim serta telekomunikasi atau navigasi yang meliputi produk atau servis maritim dan elemen tempatan untuk perkhidmatan navigasi yang kukuh.MIK

TAHNIAH! Pemain badminton Kita Layak Ke SEPARUH AKHIR!!!



LONDON: Beregu nombor lapan dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menempah tiket ke separuh akhir beregu lelaki apabila menumpaskan pasangan Thailand pada perlawanan suku akhir Olimpik 2012 di Wembley Arena, di sini, Khamis.

Beregu Malaysia itu mengalahkan Isara Bodin/Jongit Maneepong 21-16, 21-18 dalam masa 43 minit untuk bertemu beregu nombor dua dunia Cai Yun/Fu Haifeng dari China Sabtu ini.
Pasangan negara Tembok Besar itu mengalahkan rakan senegara mereka ChaiBiao/Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam set pertama, Koo/Tan tidak menghadapi cabaran sengit dan melangkah mudah hingga berjaya mengumpul mata 9-0, 15-7 dan 19-13, sebelum pasangan Thailand yang menduduki ranking ke-19 dunia itu memperoleh empat mata mudah daripada mereka.

Bagaimanapun, Koo/Tan berjaya menyekat kebangkitan mereka dan memungut dua mata lagi sebelum menamatkan permainan dengan 21-16 dalam masa 17 minit.
Dalam set kedua, pasangan Malaysia itu terus mengutip mata demi mata tanpa banyak rintangan hingga ke peringkat 5-2, 12-5, 15-7.

Bagaimanapun, pada kedudukan 18-14, mereka kelihatan menghadapi tekanan untuk menamatkan perlawanan dengan pantas dan ini memberi ruang kepada pasangan Thailand untuk meraih tiga mata pada kedudukan 19-17.

Sebagai pemain berpengalaman, keadaan itu mampu diatasi dengan mudah oleh Koo dan Tan apabila mereka mengutip dua mata akhir untuk menamatkan perlawanan selama 23 minit itu dengan mata 21-18.
Koo berkata, dia yakin mampu mengalahkan pasangan Thailand itu, walaupun di peringkat Olimpik, apa saja boleh berlaku.

Sementara itu perlawanan membabitkan perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei berjaya menumpaskan pemain india Parupalli Kashyap dengankeputusan penuh 21-19 dan 21 -11. Perlawanan yang menarik di separuh masa pertama apabila pemain perseorangan India itu berjaya memberikan saingan yang hebat sehingga ke penghujung perlawanan di set pertama, namun pengalaman dan stamina datuk lee Chong Wei di set kedua berjaya mengatasi pemain dari india itu.

Pemain perseorangan negara itu bakal bertemu pemain dari China, Cheng long yang berjaya menumpas pemain dari Denmark, Peter Gade 21-16, 21-13 pada perlawanan peringkat  suku akhir . Mereka bakal bertemu pada hari jumaat ini  jam 8.30 malam waktu Malaysia. KLxpress

Tiz dan Aqashah Berdua diLuar SET...?

jangan salah...

ini foto mereka berdua ketika live chat Dejavu kinabalu jam3 petang tadi....

Mantap beb....



Thursday, 2 August 2012

Siapa Bapa DIKTATOR...? by Tun M



DIKTATOR
Jul18
2012 109 Comments Written by chedet

1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.

2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.

3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.

4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.

5. Sekarang kita sedang melihat kejatuhan beberapa ketua negara yang dicap sebagai diktator. Hosni Mubarak umpamanya dituduh membunuh beribu ahli Muslim brotherhood. Dia juga dikatakan telah mengumpul harta kekayaan bernilai 70 billion dolar Amerika.

6. Semasa saya berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan. Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.

7. Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa.

8. Musuh Mubarak tidak dibenar berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan.

9. Selama 30 tahun Mubarak menjadi Presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain. 99% daripada undi didapati oleh Mubarak.

10. Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja.

11. Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati.

12. Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauşescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga Gadaffi dan Saddam Hussein.

13. Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator.

cc Anwar ibrahim.....

Pakatan Akui 1 Malaysia...


Sesungguhnya semangat 1 Malaysia dapat mengeratkan hubungn sesama insan dan Rakyat...

Tahniah kepada PM Najib atas gagasan ini...

Pembangkang sudah mula meperakuinya...

Pembangkang sudah mula menerimanya...

Apa lagi... Bersama kita sokong 1 Malaysia... Terima Kasih Pembangkang TEGAR yang menyokong...

UNDI BN untuk terus maju...

Selanjutnya baca Puteri

Terjah Urut BODY! Tukang Urut Seksi Menangis Salahkan Khalid...



WELCOME TO SELANGOR....

Rumah Urut kian tumbuh macam cendawan di Selangor... PAS tak boleh buat apa... Diam dan tau bising kat Surau jer...

PUCHONG - Dua tukang urut yang leka melayan pelanggan masing-masing di sebuah premis di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3 di sini, menangis teresak-esak apabila premis tempat mereka bekerja diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.
Kedua-duanya saling berpelukan dan sengaja menangis dengan suara kuat apabila mendapati jurugambar media bertali arus merakamkan wajah mereka yang cuba disembunyikan di sebalik bantal.
Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11.30 malam itu, 14 tukang urut ditahan masing-masing tujuh warga Vietnam dan tujuh warga China.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika diserbu, lima tukang urut berusia 19 hingga 30 tahun leka memberi khidmat kepada pelanggan warga tempatan di dalam bilik-bilik kecil yang dipisahkan dengan dinding.
Menurutnya, tiga kondom belum digunakan turut ditemui dan pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis terbabit.
Katanya, premis dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak setengah sebulan lalu dan pengusaha dikatakan menawarkan pakej sekali perkhidmatan percuma sekiranya pengunjung mendapatkan khidmat urutan lebih 10 kali di premis sama.
“Pengusaha premis menawarkan harga RM99 bagi satu sesi dan pelanggan mereka turut diberikan satu cop di atas ‘kad kunjungan’ setiap kali premis dikunjungi.
“Kita dapati setiap bilik-bilik kecil juga mempunyai bilik air yang menempatkan sebuah katil,” katanya.
Rohan Shah berkata, lima pelanggan warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan.
Menurutnya, pengusaha bakal disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit manakala tukang urut disiasat di bawah Seksyen 39 B Peraturan-peraturan Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah
“Salah seorang tukang urut yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen,” katanya.
Seorang penjaga premis berusia lingkungan 30-an turut ditahan dan dibawa ke IPD Serdang. - Sinar S.R.
JOMO KIata: TUKAR KERAJAAN SELANGOR!

"ABBY ABADI Di Tempelak Bekas SKANDAL...?"


Mantan teman lelaki Abby Abadi, Zul Ariffin, memberitahu dia sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan Abby yang sangat lantang melontarkan pandangan.

Jelas Zul, Abby yang dikenalinya memang seorang yang berani menyuarakan pendapat jika percaya dengan sesuatu isu.

Sebenarnya saya tidak berapa tahu tentang penglibatan Abby dalam parti politik ini. Terdengar orang bercerita sahaja. Tapi saya tahu dia sudah memakai tudung sebab dia banyak memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook dan Twitter.

Kalau mahu saya komen tentang kelantangannya menyuarakan pendapat, saya rasa itu bukan satu perkara yang memeranjatkan.

Abby memang begitu. Dia berani suarakan pendapat. Cuma saya tidak sangka pula dia ingin membabitkan diri dalam bidang politik.

Ketika kami berkawan dulu, dia tidak pernah pula sebut tentang itu,” ujar Zul yang ditemui ketika majlis berbuka anjuran Astro Shaw dan Tayangan Unggul pada Selasa.

Dalam masa yang sama, jejaka berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia percaya Abby tahu yang terbaik untuk dirinya. Namun, kurang bersetuju dengan pandangan Abby tentang masa depan industri hiburan di bawah pentadbiran pucuk pimpinan sekarang ini.

“Susah juga hendak komen tentang perkara ini. Masing-masing pasti punya pendapat sendiri. Namun, saya kurang bersetuju apabila Abby kata artis bertudung seperti dia pasti susah hendak mendapat tawaran berlakon andai pucuk pimpinan sekarang masih menerajui pentadbiran negara.

Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Mereka ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung.

Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain. Mungkin lebih baik jika Abby tidak mencampurkan urusan politik dengan industri hiburan,” ujar Zul lagi.Sumber

Awek Cun Kerja Pengutip SAMPAH...? bukan China DOll!!!


Siapa sangka GADIS secantik ini kerjanya hanya Pemungut SAMPAH...? Tapi ini di China... Kalau di Malaysia, rasanya gadis secantik ini kerjanya apa...? Paling-[aling KOMAN pun boleh jadi Moedl part Time Beb....

Saya PILIH MALAYSIA....



SAY NO to CHINA DOLL.... cc AnuWAR....

Wednesday, 1 August 2012

PANAS!!! "Foto Nurul Kini Tersebar..."


Macam kenal...

Siapa dia....?

Foto ini mula tersebar dikalangan Blogger...

Difahamkan ada VIDEO disebalik foto ini... Video apa...?

Jeng.... Jeng.... Jeng....

baca juga GOSSIPRAKYAT

Video Farid Ismeth Wajib Tonton!

Tiru Anwar! Rafizi Minta Simpati Rakyat Bila DITAHAN...


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).
Beliau akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).
"Saya telah ditahan di bawah Bafia, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.
"Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.
Rafizi didakwa mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. EP

JOMO kata: Dah didakwa bersalah... Pergi jerlah... Nak minta Ihsan Rakyat buat Apa...? Pandai makan Pandai SIMPAN.... Berani Buat Berani Tanggung ler....

"IBLIS..." TUGU Beer... DAP BODOHKAN PAS PENANG....


Ini yang berlaku di Pulau Pinang... Kerajaan " pimpinan "TAK BOLEH PAKAI" pimpinan DAp terus mebodohkan Orang Islam di sana... kali ini tugu BEER pula ditubuhkan...

Selanjutnya di MPP


GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.
Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.
Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama

Syaleza Mati Bukan GANTUNG DIRI...





Norazman dan Syaleza

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa

“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun-Bernama EN

Tuesday, 31 July 2012

Kenapa DAP TAKUT TANDA PUTERA...?

Ramai lupa sejarah Negara....


Ramai Lupa keadaan darurat Negara...


Ramai Lupa siapa DAP...


Ramai Lupa siapa puak Chauvinbis DAP...


Ramai Lupa Pahlawan Yang Merdekakan Negara...


Ramai lupa siapa yang berkorban untuk Negara....


Betul kata Tun M.... MELAYU MUDAH LUPA....


Mari Kita Bangkit!!! mari kita MUAFAKAT!!! Mari Kita PERTAHANKAN keamanan sedia ada!!!

///


Zul SOUND Lajim... Lajim Minta TULUNG Anwar...

JOMO belum mahu mengulas panjang siapa sebenarnya LAJIM hj UKIN ini... Sebagai blogger yang berasal dari Sabah, LAJIM sangat dikenali di beaufort dan di Negeri ini amnya...

1994 UMNO menerima Lajim secara terbuka dan hingga beliau diangkat sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort... Pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Jawatan terakhir sebagai Timbalan Menteri Persekutuan...

Hairan beliau menganggap Sabah dianak tiri terutamanya dari Segi Pembangunan... 18 tahun beliau bersama UMNO beliau terus menang dikawasan yang ditandingi olehnya walaupun pembangkang terus memainkan isu SABAH DI ANAK TIRI...

Ingat! Lajim hanya popular di Beaufort... Tapi, kita lihat PRU akan datang... Orang TUA yang sama akan mewakili Pembangkang... Apakah beliau masih relevan...? tepuk dada tanya IMAN...


Sepanggar! Apa Itu Senggol-Senggolan...?


Kita mengakui Oraganisasi ini punyai masalah Namun kita berusaha untuk mengatasinya... Tiada siapa yang sempurna keculai Rasulullah s.a.w... bah kan dalam hadis Nabi juga menyatakan bahawa Anak-Anak Adam itu tidak akan terlepas dari dosa... 

Perselisihan itu Orang gelar sebagai SENGGOL-SENGGOLAN sahaja...

Selanjutnya baca AnakParlimenSepanggar

@abby_abadi112 Sindir Orang Islam Di Jepun Yang Tiada PAS...



Masy'Allah....

Secara rasioanalnya, JOMO menyokong sesiapa sahaja untuk berubah... daripada kurang baik menjadi baik... Namun, apakah ertinya bila ianya di POLITIKkan demi mencari POPULARITI...?

HIJRAH membawa erti yang cukup besar, melebihi sempadan sempit POLITIK... HIJRAH bukan hanya diunggapkan dalam bentuk PEMIKIRAN SEMPIT apatah lagi dalam ruang lingkup POLITIK KEPARTIAN...

Kenapa perlu mengaitkan amalan kita kepada parti POLITIK...? Hanya kepada Golongan tertentu...? hanya kepada makhluk yang tertentu...? Bukankah kita dituntu berdakwah kepada segenap LAPISAN UMMAT...? Bukan hanya PAS...

Bayangkan Negara yang tiada Parti PAS...? Yang tiada Parti Politik PAS...? Bagaimanakah keislaman mereka...? Sangat BIAS untuk kita katakan Umat Islam dalam parti lain tidak berjuang atas nama AKIDAH... Atas nama AKHLAK.. Atas nama IMAN...

janganlah kita terkongkong dalam POLITIK SEMPIT Kepartian.... Allah Maha Mengetahui...

Gadis DIBAHAM UNTA Sakit...


Difahamkan kejadian ini berlaku bilamana Doktor yang sedang merawat UNTA yang sakit... tempat kejadian dan orang yang terlibat dirahsiakan bagi menjaga nama baik orang dan kawasan yang terlibat...

Macam-macam sekarang ni...

Ingatkan Orang jer yang MAKAN orang... UNTA pun dah pandai nak makan orang...

cc Chauvinis DAP...

MELAYU JANGAN LAWAN MELAYU... Demi Islam...

Budak HIJAU Asyik Kena SONDOL... Bingai Ler...

Kata Tak Serupa Bikin...

Luar nampak OK... Tapi, HAKIKATNYA MAHA DASYAT berlaku Di Dalamnya....

Jangan TERTIPU Mainan mereka...

Nahas bila tersilap Langkah... Mahal Harganya Untuk Kita BAYAR andai silap Pertimbangan...

Pilihlah keamanan... kami PILIH MALAYSIA...

cc PAS....


Monday, 30 July 2012

Antara BUKTI PAS dikuasai SYIAH! Wajib Tolak Beb...


PAS parti yang semakin hari semakin bercelaru... parti Politik yang dserapi dengan pelbagai ideologi yang punyai tujuan yang sama mahu mengalahkan UMNO dalam setiap pilihanraya...

Orang PAS wajib sedar bahawa PAS hari ini semakin hari semakin berkecamuk... PUAK SYIAH yang tidak boleh diterima ini juga semakin meresap masuk dalakm parti PAS secara sembunyi... PAS semakin serba salah namun apakan daya difahamkan mereka terpaksa terima kerana nasi sudah menjadi BUBUR....

Kenapa kita perlu menerima? Kita punyai peluang untuk menolak PAS dalam PRU akan datang... Masa masih belum lewat...

Siapa HASAN AKSARI??? PAS Semakin TENAT beb....

Selanjutnya di di sini


NIZAR MB Boneka dan kaki Pembohong... @Zahid_Hamidi

Itulah lah dia Nizar jamaluddin... MB Sekejap... Allah Tarik Balik KUASA... Dia mengamuk Sakan... Jual segalanya demi UNDI Kafir... NIZAR.... NIZAR... NIZAR....



LokLak! Ustad Mahfuz Contoh Naib Presiden Bengap.... @NajibRazak



"Mengutamakan Kepentingan Perkhidmatan dan Saya yang Menurut Perintah" adalah diantara perkara yang penting untyuk diikuti oleh Penjawat Awam... Sebagai Jentera paling hadapan dalam Perkhidmatan Awam dalam menyampaikan dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan agar ianya sampai terus kepada Rakyat, Penjawat Awam terikat dengan Undang-Undang Perkhidmatan Awam...

Sudah menjadi perkara biasa bilamana seorang penjawat awam itu diarahkan untuk melakukan sesuatu ata kepentingan perkhidmatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan itu cekap dan berkesan... Tidak kiralah dari serendah-rendah jawatan hingga ke jawatan yang tertinggi pun tertakluk pada perkara dan punca kuasa yang sama...

Orang Luar Mempertikai...?

terkini, seorang naib Presiden PAS Ustad Maffuz Omar dikatakan telah mempertikaikan kenapa 4 Orang Pengarah KPDNKK Negeri ditukarkan secara mengejut oleh Menteri KPDNKK...? Kenapa perlu mempertikaikan...? Apakah kepentingan ustad Mahfuz ini mempertikaikan ARAHAN TUGAS BERPINDAH kepada 4 Orang pengarah ini...? Beliau bukan penjawat awam... beliau hanyalah seorang ahli politik pembangkang yang kerjanya hanya untuk membangkang....

Sangat tidak INTELEK seorang Naib Presiden membangkitkan isu ini... Sedangkan dalam masa yang sama 4 Orang penjawat awam bergelar Pengarah Negeri ini tertakluk kepada Arahan Perkhidmatan Awam... Arahan boleh saja datang pelbagai keadaan... kenaikan pangkat, perpindahan, arahan bertugas, penempatan  dan banyak lagi semuanya bergantung kepada arahan perkhidmatan awam... Kenapa perlu dipertikai?


Apakah Mahfuz ini BODOH sangat sehingga isu Pengarah Negeri ditukar pun dijadikan isu POLITIK PAS...? Nampak sangat isu Negara Islam, Hudud sudah TAK BOLEH PAKAI dalam Pilihanraya Umum akan datang...

jelas... Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang dikatakan kegagalan oleh pihak pembangkang pada program Himpinan Koperasi... Program tersebut tidak GAGAL seperti yang dicanangkan dan digambarkan oleh MAHFUZ... 

Ingat! Dalam memastikan transformasi Perkhidmatan Awam mencapai Matlamatnya... Kepatuhan kepada Arahan Perkhidmatan Awam adalah sangat penting tanpa mencampurkan ia dalam soal POLITIK...

JOMO kata: Tahniah Kerajaan di atas inisiatif Transformasi ini... Kepada semua Penjawat AWAM: UTAMAKAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN!!! Dari rakyat, Demi rakyat kepada Rakyat....

Selanjutnya boleh baca Pisau

Awie diTUDUH Kaki PUKUL...? cc Chauvinis DAP...




Kesian Awie, sepanjang beliau menjadi artis rupanya sudah 5 kali dibelasah oleh gengster. Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan ‘gengsterisme’. Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.

“Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme. Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya. Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku,” katanya.

Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.

“Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya. Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul,” ujarnya.

Ditanya adakah penyakit gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini ada kaitan dengan isu pergaduhan yang pernah berlaku padanya, Awie enggan mengambil tahu tentang perkara tersebut. Beritahu Awie, sepanjang setahun lebih menjalani perubatan secara tradisional, dia tidak pernah meminta bantuan bomoh untuk melihat siapa yang cuba menganiayanya dengan cara syirik itu.

“Rasanya, sepanjang hidup ini saya tidak pernah berlaku nakal atau cuba menganiaya orang. Melainkan saya pertahankan diri daripada dianiaya, itu benar. Tak tahulah kalau penyakit misteri saya ini adalah angkara orang yang tak puas hati dengan saya. Cuma andai kata benar ada yang berkecil hati, maafkan saya, kerana saya seorang manusia biasa yang sering melakukan kesalahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Awie mengambil perkara yang telah berlaku padanya itu secara positif dengan menganggap ia mungkin satu penebusan dosa-dosa masa lampau yang mungkin tidak disedarinya.

“Apa yang saya lihat, bermula dengan isu gengsterisme, kemudian terpaksa berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat bergaduh dengan pegawai polis. Seterusnya diikuti pula dengan penyakit misteri yang dialami, saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan kehidupan. Ia adalah penebusan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, kini saya bebas daripada penyakit misteri itu,” katanya. - Sumber MStar Online IH

cc... Puak Chauvinis DAP....

Sunday, 29 July 2012

KEJUTAN! Aksi Tukang Urut BOGEL diTangkap @Shah Alam...



Terkejut... Mendengar nama Shah Alam suatu ketika dahulu adalah kawasan yang sangat dijaga terutamanya melibatkan perkara-perkara MAKSIAT... Kawasan Melayu yang kini diperintah oleh Pakatan sudah tidak seperti dahulu...

Walupun kawasan ini diperintah oleh PAS namun segalanya berubah... Kemunculan rumah Urut langsung tidak ditangani dengan berkesan oleh PAS Shah Alam... Kerja mereka hanya berceramah dalam Surau dan KUTUK UMNO... Isu diluar sana langsung tidak dihiraukan.,.. Mana Mereka...?

Apapun, satu PEMBO(NGKARAN akan dibuat... Jaga-Jaga Khalid Samad...




@AbyAbadi Cakap Tak Serupa Bikin...? PAS bengang...



SHAH ALAM: Pelakon terkenal, Abby Abadi menafikan PAS adalah punca penghijarahan beliau untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, penghijrahan diri beliau sudah berlaku sebelum menjadi ahli PAS dan bukannya disebabkan untuk menjadi ahli politik parti itu.

"Sebenarnya, hidayah atau penghijrahan itu semua saya sudah dapat dulu sebelum kita masuk PAS. PAS itu bukan hijrah.
"Pas itu kita sertai kerana perjuangannya disebabkan agama. Hidayah yang saya dapat tidak ada kena mengena dengan PAS," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu diasak adakah beliau memilih PAS sebagai penghijarahan politik atau penghijrahan agama semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Abby Abadi di Laman Budaya, di sini, malam tadi.
Abby bagaimanapun dilihat enggan memberi kerjasama kepada wakil media yang hadir apabila cuba mengelak daripada ditemu bual dengan lebih lanjut.
Hadir sama, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Bahron.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan penglibatan beliau ke dalam PAS adalah secara tidak sengaja selain 'baik untuk agama'.

"Penglibatan saya secara tidak sengaja. Saya sertai sebab baik untuk agama," katanya. Abby mengikut jejak pelakon, Bob Lokman dan memilih menjadi ahli PAS selepas terbabit dalam beberapa siri ceramah Pas di seluruh negara.
Beliau turut menjadi sasaran beberapa pihak yang tidak senang dengan penghijrahan beliau berikutan beberapa siri 'serangan' di dalam akaun Twitter milik beliau.- 1 Malaysia

JOMO kata: Alahai... Sekarang dah mula pandai politik... Jangan sampai bila dah tak terkawal baru time tu nak kata itu dan kata ini... dengarnya status twitter abby terkini 'penat nak solat terawaih kat masjid...?"