Isi dan Maklumat penulisan adalah berdasarkan pandangan penulis tentang sesuatu isu. Ianya terbuka kepada sebarang idea/pandangan. Walau bagaimanapun, Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas apa juga komen anda... TQ

Saturday, 14 July 2012

Apakah 'Penceraian' Akan Berlaku Malam Ini...?


Ingat tak kisah Nenek diceraikan kerana tidak bersama LAKINYA dalam Paqrti yang sama...? Kita akan lihat lagi kebodohan PAS malam ini....

PAS ada Agenda SULIT Jatuhkan DAP...


PAS semakin hari semakin tertekan... Kebelakangan ini kebanyakan pemimpin mereka tertekan pada tahap yang sukar untuk dibendung lagi... Desakan mengatakan PAS akan Ganti UMNO sangat jauh dari realiti...

Dalam Pakatan, PAS tiada apa-apa... Mereka hanya menjadi kuda tunggangan DAP... hari ini PAS bercadang mahu bertanding 80 kerusi Parlimen... Persoalannya, adakah 80 itu mencukupi atau tidak? Atau, adakah DAP akan memberi laluan mudah kepada PAS...?

Lu fikirlah sendiri....

Ustaz Segera macam Mee SEGERA...?

PANAS! Sha-Sha Elite Rupanya Dah Jatuh TALAK...?




Setelah perhubungan mereka penuh tanda tanya, kini bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pukul 2.55 petang di sini hari ini.

Hakim Shaiful Azli Jamaluddin menerima lafaz dari Salyo pada pukul 2.55 petang pada hari Selasa 09/07/12 dan mengesahkan Sasha Elite menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula tarikh lafaz di sahkan.

Ketika lafaz cerai di sahkan, kedua-duanya di lihat mengalirkan airmata. Salyo turut berkata; “Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini,” kata Salyo.

Mahkamah telah memerintahkan Salyo untuk membayar wang edah sebanyak RM300 selama 3 bulan kepada Sasha dan difahamkan pihak Salyo juga bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sasha dan Salyo yang telah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2007, dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang kini berusia tiga tahun.

Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu... - sumber

Friday, 13 July 2012

DAP Sematkan Budaya 'Bangsat' Cara KOMUNIS...?



Anda masih ingat lagi kejadian adik Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang dilanggar dan dibiarkan kesakitan di atas jalan tanpa sebarang bantuan pertolongan.

Kali ini, kejadian yang hampir sama berlaku di Malaysia. Ya, kini di Pulau Pinang, Malaysia. Kejadian yang hampir sama itu berlaku pada awal pagi 10 Julai lalu.

Melihat dari klip rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian, jelas menunjukkan seorang wanita berjalan kaki pada jam 6.02 pagi pada Selasa lalu.

Memetik laporan The Star, Tan Kim Chuan berusia 60-an sedang berjalan kaki berhampiran Blok J di sebuah pangsapuri sebelum beg tangannya di ragut oleh peragut yang menaiki motosikal.

Akibat dari kejadian itu, dia terjatuh lalu kepalanya terhempas ke atas jalan akibat dari rentapan dari belakang oleh peragut.

The Star melaporkan seramai tujuh orang telah berjalan berhampiran mangsa namun tiada sesiapa pun yang membantu.

Sejurus kemudian, dia dibantu oleh beberapa penduduk sekitar yang melalui jalan tersebut dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Justeru, MyNewsHub telah menghubungi penerima PhD dalam bidang Pendidikan Moral, Prof. Dr. Abd Rahman Md Aroff, mantan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sivik hanya suatu subjek atau disiplin akademik yang belum dipopularkan menerusi institusi pendidikan di Malaysia,” kata Rahman kepada MyNewsHub hari ini.

Beliau yang merupakan bekas pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (UPM) mengulas, kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi di tahap minimun.

Berbalik kepada isu itu, jika benar ada pihak yang tidak berani untuk mendekati mangsa, apa salahnya mereka mengambil inisiatif menghubungi hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan ambulans dan polis dalam kadar segera.

Mungkin mangsa kejadian itu boleh terselamat jika bantuan kecemasan diberi dengan segera.
Memang benar ajal maut itu di tangan Tuhan.

Namun, yang menjadi persoalan hingga kini, kenapa masih ada lagi segelintir masyarakat Malaysia yang kurang kesedaran sivik dalam diri mereka? Mana hilangnya sikap perikemanusiaan pada diri mereka.

Penulis merasakan sistem pendidikan negara sudah cukup jelas mendidik mereka melalui pelbagai subjek seperti pendidikan sivik dan moral.

Nampaknya, sivik hanya berada dalam lingkungan institusi pendidikan sebaliknya tidak disemat dalam hati setiap individu masyarakat di Malaysia.

Jangan sampai ada pihak yang mempertikai berkenaan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan sentimen negatif walaupun tidak semua bersikap sebegitu seperti isu yang terjadi di China lalu.

Apa kata anda?

MyNewsHub

Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/#ixzz20UY2ume3 

Isu KUTUKAN! Bekas Pelakon Geak Khas Gaduh...


Bila seorang Perempuan menunjukkan minat terjun dalam bidang politik selepas terlalu banyak isu yang menimpa beliau bilamana berkecimpung dalam Industri Muzik tanahair...

Kali ini isu cabar mencabar terus berlaku tanpa henti melibatkan perempuan ini... 

Dato AC Mizal rakan lamanya dalam Gerak Khas telah mencabar beliau untuk berdebat bilamana  perempuan ini secara beraninya mengutuk Anggota Polis...

Kita tunggu dan lihat apa jadi lepas ni... Perempuan ni semakin hari semakin keterlaluan...

AWAS! Tak Masuk Syurga Mainkan Anwar....

sumber

Fatwa Apa ini....? Kenapa masih mahu mengeruhkan keadaan terutamanya yang melibatkan isu Politik...  Ini secara jelas ada bukti video bahawa pelakunya adalah seorang yang dikenali ramai...

Kenapa Tok Guru tidak berbuat sedemikian bilamana PM Najib dikaitkan dengan Pembunuhan Altantuya yang secara jelas tiada bukti mengaitkannya...

Nampak Fatwa tidak adil...

Terlalu bersifat POLITIK...

WOW! Preve Special Edition Beb...


The pictures of modified preve turbo KDI edition rendered by kdi consist of 3 variant of Preve concept car rear view. The Proton Preve Special Edition SE, Preve R3 and Preve R7 full bodykit skirtings. Modification of Proton Preve special edition concept ideas includes custom rear bumper, rear skirting, rear led tail lamp, twin exhaust tip tail pipe, spoiler and emblem....

modified proton preve r3 bodykit


Thursday, 12 July 2012

BONGKAR! Kenapa Israel Laknatullah 'HENTAM' Gadis Palestin...?




Sering kali kita dengar dalam berita atau pun di dalam Internet mengenai kelakuan zalim dan kejam puak-puak Yahudi Israel membunuh kanak-kanak Palestin..Kalau korang nak tahu kenapa puak Israel ni melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut, meh baca kat bawah ni..

PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka. 

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka. -sumber

Hairan... Bila keadaan macam inipun masih ada MANUSIA yang sokong Israel... Tidakkah beliau ingat peristiwa ISRAEL kepada Umat Islam...?

Lelaki BAHLUL Cerai Isteri Umur 60 Tahun Pasal Tak ikut 'BULAN'...





KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya. (SINAR HARIAN)

Dasyattttttt...... Manusia apakah ini? Bendera hanya adadi Malaysia... ingat! Islam untuk semua...

Hudud Dalam poket Lim Guan Eng... PAS macam Taik Ayam...



Nampaknya hari ini bilamana PAS sudah ti8dak berani memperjuangkan HUDUD... Kelihatan sudah ada suara dari kalangan Orang UMNO untuk bercakap mengenai Hudud... hiangnya Taring PAS angkara im Guan Eng yang tidak mahu bercakap langsung mengenai HUDUD, PAS semakin hari semakin hilang arah...

Kita Lihat... Lim Guan Eng semakin berkuasa dalam Pakatan... Pemimpin DAP yang muda berbanding Pemimpin Pakatan yang lain sememangnya berhasrat mahu Jadi Perdana Menteri Malaysia... masa tu, PAS dan PKR akan hancur berderai...

Lanjut MyMassa

Ust Azizan Sembunyi DOSA... Tarian Separuh Bogel Di Kedah Kian Berleluasa...


Apa cerita ni Ustaz Azizan... Kata nak laksanakan pemerintahan cara Islam... Kenapa kes macam ini pun tak boleh settle...

Kalau di Selangor tu Exco Agama dipegang oleh Khalid Ibrahim dari PKR... Yang memang tak pernah nak perjuangkan Islam... Orang PAS di Selangor jadi Exco Sukan jer... Tapi di Kedah? MJB Orang PAS tapi nampak tak ada bezanya dengan Selangor...

Takkanlah Ustaz Azizan suka kot... Kalau perkara ini tak bolehs elesai apatah lagi isu-isu besar... Jadi??? Bersama Tukar Kerajaan PAS!!!

lanjut KKKL

Wednesday, 11 July 2012

Akibat Pujukan Negro... Kerani Hamil Akibat 'Dikerjakan'...



Dengarnya ini berlaku di Subang... Apa kes? Apalah sangat ada dengan Awang Hitam ni... Dah lah datang Negara ni tak tahu kerja apa... L:ast-last kacau Anak Gadis Melayu... Bahaya!

“Mangsa mengenali teman lelakinya itu sejak Januari lalu, sebelum melakukan hubungan seks lebih 10 kali di rumah mangsa dan juga di rumah lelaki itu.“Lelaki berkenaan bukan saja meminta mangsa mengadakan hubungan seks dengannya pada waktu biasa malah juga ketika datang haid,” katanya.-apekerpelik.blogspot.com
 Kenalannya melalui Media Sosial... Akhirnya mengandung Anak Negro...

Welcome To Selangor!!!

Debat Panas....


Jom Hadir.... PAS Selangor Bakal Ditelanjangkan.....

GENTAR!!! Anwar Dapat Sambutan 100 Ribu orang di Penang...


Fenomena Anwar semakin hari semakin popular... Di Pulau Pinang beliau memounyai begitu ramai penyokong setianya... Baru-baru ini perjumpaan bersama jentera PKR Negeri mencatatkan bilangan kehadiran yang cukup memberansangkan... Tidak kurang 100 ribu yang hadir... betul ker?

Bukti PKR semakin hari semakin tandus... DAP dah menjahanamkan PK di sana... Tunggu dan Lihat PRU13 nanti....

Kehancuran PKR....

Mak oi... Ramainya hadir....

Terkini! Penjawat Awam DiSARAN Guna FB Waktu pejabat...?




Penjawat awam disarankan guna facebook waktu pejabat

Pejawat awam disarankan guna Facebook waktu pejabat di Britain

Realitinya saranan hanya untuk penjawat awam di Britain.Tetapi secara logikalnya tidak salah kalau di Malaysia pun dilaksanakan seperti ini.Tambahan pula penyebaran maklumat menerusi laman sosial Facebook sangat berkesan di zaman era globalisasi sekarang...

LONDON: Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat. Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka. “Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur.

Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet. Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.

“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall”. Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook. Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.

Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet. Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa. Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter- Agensi -enciknakal.blogspot.com

JOMO kata: kalau kat malaysia...? perlu kepada rundingan dan perbincangan terperinci mengenai hal ini... Ingat, tidak semua yang diaplikasi oleh orang luar tu sesuai dengan masyarakat kita... We Malaysian What!!!

VIDEO SEKS PELAJAR SEKOLAH TERSEBAR @Jawa timur...



Masyarakat Kabupaten Situbondo, Jawa Timur, dikejutkan dengan tersebarnya video seks seorang pelajar sekolah menengah beberapa hari yang lalu.

Video seks yang berdurasi 14 minit itu telah dirakam oleh seseorang dari jarak jauh tanpa pengetahuan si pelaku. Berdasarkan maklumat sumber, video tersebut adalah pertama kali berlaku di Desa/Kecamatan Sumbermalang.

Video berkenaan memperlihatkan adengan seks seperti suami isteri selayaknya yang dilakukan oleh seorang remaja perempuan yang masih beruniform putih biru dan kekasihnya. Mengikut dari gaya bahasa yang dituturkan di dalam video itu, ianya dipercayai bahasa Madura Situbondo.

Sementara itu, Fathorrahman, Pengarah Jabatan Pelajaran Kabuten Situbondo, berkata beliau masih belum menerima laporan mengenai penyebaran video seks berkenaan. Walaupun begitu, beliau berjanji akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil tindakan disiplin terhadap pelakunya.

Ketua Polis Bahagian Perhubungan Situbondo, AKP Wahyudi berkata, pihak berkuasa akan menyiasat perkara ini dan tidak akan berkompromo untuk menangkap pelakon dan juga penyebar video tersebut.-DEDAHKINI

JOMO Kata: Nasi baik bukan di malaysia... jaga-jaga diri dan keluarga kita.... Tapi, hairan, ada mamat tu sampai hari ini tak nak mengaku... Layannnnnnn....

Tuesday, 10 July 2012

Secara Senyap! LGE Mahu Cantas Anwar jadi Perdana Menteri...

Sanggup berbuat apa saja demi undi melayu... Ingatkah kita ini juga cara Lew kuan Yew buat di Singapore...?

Hari ini Lim Guan eng kata dia mahu jadi pemerintah dan memerintah semua Orang di Malaysia... Sebenarnya ini dalam Pakatan Rakyat siapa yang mahu jadi perdana Menteri Malaysia...?

PAS dan PKR kian terdesak... Lim Guan Eng sudah mula membuka mata ramai orang bahawa DAP punyai HASRAT mahu memerintah Malaysia macam di Singapore...

Kenapa kita perlu takut...? INGAT!!! Sekian lama kita tidak pernah terima perjuangan DAP... kenapa hari ini kita perlu terima mereka...? Sekian lama PAS tidak eprnah bersama DAP... kenapa sekrang mahu bersama DAP...? Secara Jelas, DAP tidak pernah terima perjuangan PAS... Tapi, kerana UNDI PAS tetap bersama DAP... Yang lebih tepat lagi, kerana Anwar PAS gadaikan semuanya...

Setitis darah yang mengalir... Takkan pernah sesekali mahu melihat CHAUVINIS DAP memerintah Negara ini....

Berapa kerusi akan ditandingi OLEH DAP??? Dasyat.....

KERUSI PAKATAN

Bongkar!!! Apa @Nor4Danish buat Malam ni...?


Malam ni jangan lupa... Santai bersama Rempit united... Ada Artis... Ada Cabutan bertuah... Silap-silap haribulan Nora Danish yang akan bagi hadiah.... jam 8.30 malam... dtang awal... daftar...


jom hadir Ramai-Ramai...

Artikel Dasyat Tun M!!! Palsu diluar, reput di Dalam...

(Hiasan...) Tiga Serangkai... Luar Palsu Nampak Sama... Dalam dah Tak boleh pakai... Tak sama langsung... DAP PAS PKR.... Kesian...
1. Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.

2. Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

3. Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

4. Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, samada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz. Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

5. Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong PAS.

6. Dahulu kerjasama antara UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.

7. Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya, Nik Aziz mendakwa apabila PAS memerintah Negara ini, Kerajaan PAS akan lelong Putrajaya. Hari ini lain pula bunyinya. PAS berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah.

8. Dalam masyarakat Islam penyelewengan kerap berlaku kerana ajaran sesat yang disampaikan oleh ulama yang tidak bertanggungjawab. Adanya Qadiani dan puak-puak tertentu yang lain ialah kerana taksub kepada pemimpin agama. Kita lihat bagaimana kuatnya pegangan pengikut Ashaari dan Ayah Pin kepada ajaran mereka.

9. Di India, British menggalakan penubuhan dan perkembangan Qadiani kerana ia akan memecah-belah orang Islam dan melemah mereka. Kita syak yang pendaftaran dengan pantasnya Parti Islam Se Malaya oleh British juga mempunyai niat yang sama. Ia berlaku diwaktu orang Melayu buat kali pertama bersatu untuk menentang British. Bahawa PAS, dalam Pilihanraya 1955 menentang kemerdekaan Malaya memanglah menepati hasrat British. Tetapi perjuangan PAS untuk melambatkan kemerdekaan gagal.
10. Dalam Pilihanraya 1955 PMIP hanya menang satu kerusi. Selepas itu PMIP bersungguh-sungguh mengguna agama sehingga dalam Pilihanraya Umum 1959 Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangannya. Walaupun Kerajaan PAS Terengganu runtuh dan diganti dengan Perikatan tetapi ini tidak kurangkan ketaksuban kepada PAS.

11. Berpecah dan lemahnya umat Islam ialah kerana taksub kepada kepimpinan lebih dari ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al Quran.

12. Keadaan orang Islam dan agama Islam di Malaysia begitu juga. sesungguhnyalah segala keburukan datangnya dari orang Islam sendiri.

CheDet....

Lelaki SAMURAI @JPM... Tak Tegap + Boroi...


Ini dia kelakuan pasangan SAMURAI yang membuat ONAR di Jabatan perdana Menteri... Tujuannya hanya satu iaitu untuk menjatuhkan kerajaan dengan Pedang samurai mereka...

Difahamkan, mereka ini telah diupah untuk buat kerja bodoh dan lagi untuk menampakkan kerajaan juga bodoh... Namun, kebodohan mereka tidak kemaana... Akhirnya mereka telah diberkas...




Bodohnya....

Bekas Isteri Sultan Makin CANTIK...


Ingatkah kita dengan Azrinaz Mazhar Hakim.. Beliau telah pun bercerai dengan Sultan Brunei... Difahamkan, Azrinaz dah pulang an menetap di Malaysia...

Apapun, beliau juga teus menerus mendapat tawaran kerja sehingga hari ini... Tahniah kepada beliau! Kuatkan semangat!!!

berhijrah kearah yang lebih baik...

Pssstttt... Apa kata Abby Abadi...?

Monday, 9 July 2012

Rupanya, Ramai 'ORANG' PAS Terperangkap dan Tipu RAKYAT...


"6. Dahulu kerjasama antara UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud... -CheDet"
PAS sudah lupa...? hari ini siapa yang kerjasama dengan siapa...? Ramai penyokong PAS diluar sana yang sebenarnya tahu akan HAKIKAT kerjasama PAS dan DAP tidak akan selamanya... Sebab itu, bilaman Anwar mula merancang untuk bersara, nik Aziz naik Angin... Ramai pemimpin Anwarinas dalam PAS taks enang duduk...

PELIK BIN AJAIB!!!

Kalau dahulu PAS langsung MENOLAK UMNO kerana kata mereka UMNO itu PArti Sekular, kerana kata mereka UMNO itu bersama Kafir.... hari ini???

Semua yang mereka katakan itu mereka telan bulat-bulat ekrana mereka juga sudah ebrsama MUSUH LAMA mereka DAP!!! DAP tidak pernah merestui perjuangan PAS untuk mewujudkan Negara Islam... Tak eprcaya Kita Cabar Lim Guan Eng untuk bercakap!!!

PAS hanya bertanding lebih kurang 60 kerusi parlimen, kalau menang semua pun mereka tak akan dapat mewujudkan kerajaan... Terpaksa melutut dengan DAP untuk mewujudkan Kerajaan... Dasar DAP tidak akan sesekali mewujudkan Negara Islam dan Melaksanakan hukum Hudud... PAS buat-buat pekak, kenapa??? Sebab mereka nak duduk kerusi Putrajaya... Apa maknanya tu? di mana keberangkalian PAS mahu laksanakan Hukum hudud...?

Analoginya...

Rasulullah s.a.w sebelum mewujudkan negara Islam AMdinah apa yang Baginda lakukan... Baginda menyatukan Orang muhajirin dan Ansar... ini kerana akhirnya, hukum yang bakal dilaksanakan adalah untuk umat sejagat bukan hanya ... PAS mahu wujudkan hukum Islam... Sedangkan Hakikatnya Hukum hudud bukan hanya untuk orang PAS tapi untuk semua... Kejadiannya, PAS tak pernah mahu berbaik dengan orang muslim yang bukan ebrsama PAS... Di maki, diherdik oleh mereka....

Sampai Ulama yang mereka sanjung pun mereka tendang keluar... inikah orang nak wujudkan negara Islam dan hukum hudud...?

Dalam buku JINGGA yang di JUAL dimerata tempat kononnya Pakatan Rakyat akan memerintah... Di mana tertulis pernyataan PAS akan wujudkan Negara Islam...??? Mana??? Penggabungan yang SIA-SIA PAS bersama DAP!!! Tapi kenapa Masih mahu bergabung??? Tujuannya SIMPLE... Mahu merasa jadi kerajaan.... makanya, PAS DAP dan PKR sama saja 2 x 5... Buang jauh-jauh perjuangan negara iSLAM...

JOMO Kata: Lanjut akan diulas lagi.... Tolak PAS bererti kita Tolak KAFIR DAP yang kini merajai pakatan rakyat....

AJAIBNYA PENJARA DI MESIR....


Gambar ini diambil ketika Sheikh Yussuf Al-Qardawi berada di dalamnya... Hari ini beliau diangkat sebagai pemimpin HEBAT!

Ingatkah kita bahawa Nabi Yusuf A.S. juga pernah berada dalam penjara Mesir...? Selepas itu beliau diangkat menjadi Seorang Pemimpin yang CUKUP TERBILANG...

Ingat! Allah menentukan segalanya...

pssstttt: Ingat! Nizar Jadi Menteri besar 9 bulan pun Allah yang tentukan... Semuanya sudah tercatat....

TERKINI!!! Mat Rempit Pun Ada PIAGAM...? #RempitUnited


Mat Perlembagaan Rempit United - Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Rempit United dan akan menggunakan akronim ‘RU’ sebagai sebutan yang merujuk kepada persatuan.

Misi - “Membina keperibadian dan kematangan anak-anak muda melalui penimbaan pengalaman”

Visi - “Untuk menjadi salah sebuah organisasi yang terbesar dan berpengaruh di kalangan anak muda untuk meraikan kemudaan dan berpaksikan rekreasi permotoran”

Piagam Rempit United

Kami komited untuk lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, komuniti dan negara; kompetitif dari segi bakat dan kemahiran; produktif dalam aktiviti rekreasi permotoran.
Komited dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk membina kematangan dan meluaskan pengalaman.
Mengubah persepsi negatif Rempit di mata masyarakat dan secara langsung memastikan kami menjadi yang terbaik di dalam apa juga bidang yang diceburi.




JOMO Kata: Lepak Santai bersama #Rempit united!!! Jangan Lupa Datang yer!!! Rujuk banner....

BUDAYA PAS! Bila Sokong Sanjung, Bila Bantah DiMaki, DiHerdik...



"Pas kini banyak terpesong dari perjuangan Asalnya bila dicucuk hidung oleh Komunis DAP...". Moga-moga skuad dan Ulamak Pas tidak terus makinya bila keluarkan kenyataan begini, Dato Mat Daud Bekas Dewan Ulama PAS... KN

Ini budaya PAS... Lihat saja Zulkifli Noordin... lihat saja Ustaz Hassan Ali... Apa jadi dengan mereka..?? Kalau dahulu mereka ini dianggap pejuang... bila beri panangan yang berbeza mereka diketepikan macam SAMPAH.... Inilah PAS... Cakap tidak serupa bikin...


Ingat!!! PAS tidak kuat dan tidak pernah untuk KUAT.... NAsib baik Anwar ada, kalau tak.... PAS AKAN LINGKUP....

GADIS MASIH DARA DAPAT SIJIL...



Status dara atau tidak ini diperiksa di sebuah penempatan di Afrika. Perempuan dara umumnya dikenali sebagai seorang gadis yang belum pernah melakukan sebarang aktiviti seksual. Dara atau tidak memang sesuatu yang dipandang di Afrika. Satu sesi pemeriksaan dan ujian diadakan sebelum perempuan-perempuan tersebut mendapat sijil dara. Semasa ujian dijalankan gadis-gadis ini akan baring di atas tikar dan akan ada seorang wanita yang lebih tua antara masyarakat mereka untuk memeriksa vagina mereka dan mengumumkan sama ada dia masih dara atau tidak...

Tujuan sebenar ujian/pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk membezakan yang mana di antara mereka layak untuk berkahwin, dan yang paling penting adalah bagi mengelakkan menularnya wabak HIV/AIDS...

JOMO Kata: Di Malaysia macamana...? Bagaimana cara kita untuk mencegah ZINA...?Anak-anak gadis kita macamana...? Bersama kita  mencegah diri kita dari ZINA!!!

BENGAP!!! Suami Terkedu Melihat Isteri BERZINA... -Welcome To Selangor


GOMBAK - Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya itu adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.

Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakunya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah.

"Dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena mengetuk pintu rumah beberapa kali namun tidak dibuka. Malah, dia juga menjerit memanggil nama isterinya berulang kali namun tidak bersahut menyebabkan dia melihat dari tingkap rumah mereka sebelum ternampak bayang-bayang seorang lelaki.
"Hatinya yang tidak tenteram mengetuk pintu beberapa kali sebelum akhirnya selepas hampir 10 minit baru ia dibuka isterinya," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang masuk dalam rumah bagaimanapun terkejut apabila mendapati majikan isterinya berada dalam rumah menyebabkan dia tergamam dan bagaikan hendak pitam.
"Malah, ketika itu kekasih gelap isterinya beberapa kali meminta maaf namun tidak diendahkan sebaliknya dia mendesak sama ada mereka melakukan hubungan asmara.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit menafikannya dan memberitahu dia hanya menghantar wanita terbabit pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, majikan isterinya yang panik melarikan diri namun dicekup penduduk. Mangsa sekali lagi mendesak sebelum dia mengaku melakukan hubungan dengan isteri mangsa.

"Mangsa menghubungi polis sebelum sebuah kerea peronda polis (MPV) datang dan membawa lelaki terbabit dan isterinya ke balai polis.

"Dia membuat laporan di balai polis sama untuk tindakan selanjutnya." katanya.

Sunday, 8 July 2012

Terkini Pasal UncleSeekers dan 'TEMAN WANITA' nya...

teman wanita...? bertudung? bersentuhan? erm.... nak kena siasat....


Perintah tahanan reman terhadap pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor menerusi blognya, dilanjutkan selama tiga hari lagi...

Majistret Hafizah Johor Ariff Johor membenarkan tempoh reman Syed Abdullah dan teman wanitanya berusia 26 tahun yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972...

lanjut ke HelangBuana

Rozaimi Pula Jadi SASARAN kelab Luar...



Rozaimi jadi perhatian kelab BEC Tero Sasana – penyerang Harimau Muda

Meskipun Harimau Muda gagal ke pusingan akhir Piala AFC 2013,namun disebaliknya penyerang Harimau Muda berusia 19 tahun,Rozaimi Abdul Rahman yang muncul penjaring terbanyak selepas meledak 10 gol pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar, telah berjaya menarik perhatian naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 BEC Tero Sasana...

Menurut satu sumber yang telah menerima surat tawaran rasmi daripada kelab Thailand pada 26 Jun lalu, mengesahkan Rozaimi akan ditawarkan kontrak tetap andai berjaya menjalani ujian percubaan selama sebulan...

Ia merupakan peluang yang terbaik buat Rozaimi kerana jarang pemain negara ditawarkan beraksi di Thailand. Meskipun hanya di Thailand tetapi kita mengetahui mutu liga mereka berada di tahap yang lebih baik berbanding Malaysia...

Difahamkan salinan surat tawaran tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu menguruskan rundingan dengan majikan Rozaimi, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa)...

Bongkar!!! Bendera Terakhir ISLAM yang Kita Lupa...


INILAH BENDERA terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yang berakhir dengan kekalahan TENTERA ISLAM. Bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam, tetapi yang sedihnya umat Islam pada hari ini lupa sejarah hitam ini bahkan bergembira dengan kemenangan Sepanyol dalam Piala Eropah.......

Fikir-Fikirkan.....